Chereads / You and Me Never / Chapter 39 - 39.

Chapter 39 - 39.

"Aunt 3 tambah 3 berapa?"tanya anak saudara dia yang berusia 5 tahun yang tengah bercakung dekat tanah menghitung buah epal yang dikutip dekat kebun atuknya tadi.

"Kira la...tu tiga epal, tambah lagi tiga epal...ada berapa semua.."juih Aster sambil kipas diri dengan topi kebunnya semasa duduk dekat pangkin depan rumah neneknya itu. Nak keringkan badan dia yang basah kuyup dan tenangkan diri lepas Ashton berhenti ganggu dia. Dan sekarang lelaki tu tengah kemas kandang kuda atuk mereka sebagai denda. Padan muka!

"Ah...1...2...3...4...3...4...5"hitung budak kecik itu tergagap-gagap.

Aster yang dengar buat muka tak percaya.

"Eh..apa kau kira tu...lepas 4 berapa?Asal tiga balik kau sebut...kira lagi."bebelnya.

"Alah..penat la kira-kira ni.."sungut budak itu sebelum kutip epal-epal itu lalu dimasukkan dalam baju yang dipakai. Buatkan perut bulat milik budak lelaki itu kelihatan.

"Apa la...kira sikit dah penat...makan tak penat. Tengok tu perut tu.."juihnya.

"Mana ada..."nafi budak itu.

Aster terus bangun dari duduknya. "Oh ya...mana..tengok?"agahnya masa dapatkan budak itu lalu kejar sekeliling laman itu.

"AHh....tak nak!"terkekek-kekek budak itu masa cuba larikan diri.

Ketika Aster sedang ketawa mengejar anak buahnya itu, sebuah kereta hitam bergerak masuk ke dalam laman itu lalu berhenti di sebelah kereta Ashton. Hal itu buatkan Aster terus berhenti berlari dan berdiri tegak memerhati kereta tersebut.

Budak lelaki tadi ikut berhenti berlari. Dia berdiri dekat sebelah Aster lalu pegang hujung jari Aster dengan mulut ternganga sedikit. "Siapa tu?"

"Entah.."jawab Aster.

Tak lama lepas enjin kereta tu mati, pintu kereta itu pun terbuka. Seorang lelaki berkaca mata hitam dengan pakaian kaya di badan keluar dari kereta tersebut. Dan bila pintu kereta di tutup, mulut Aster pulak yang terbuka.

WHAT THE HELL!

"Hai!"lambai Zander sewaktu jalan mendekat.

APAHAL!

"Uuuh...boyfriend aunt ke?"nyanyi budak lelaki itu.

Aster tunduk ke bawah dan buat muka supaya budak tu diam. Cakap main lepas je.

"Nak bagi tahu mama la...."budak itu kemudiannya lari pergi dari situ sambil bawa epal dalam baju terkedek-kedek.

Aster pandang tak berkedip bila perhatikan langkah Zander, macam tak percaya je dia masa ni. Macam mana Zander boleh ada dekat sini?Tak...macam mana Zander boleh tahu dia ada dekat sini?

"Tutup mulut lalat masuk pulak nanti."Zander pegang dagu Aster lalu bantu Aster tutup mulut yang ternganga itu.

Tersentak Aster lepas dagunya di sentuh. Dia cepat-cepat undur dua langkah ke belakang jauhkan diri. "Apa yang dah berlaku?"soal Aster yang menjadi cemas. Jangan cakap lelaki ni tinggal dekat area sini sudah. "Saya yakin yang saya tak ikut senior ke sini."

"Jangan risau...kali ni bukan awak yang ikut saya,..tapi saya yang ikut awak ke sini.."sengih Zander dengan handsome sekali.

"Huh?"terkebil Aster.

"Saya dengar sesuatu terjadi pada awak?"Zander tilik Aster dari atas kebawah. Nampak sangat imej gadis kampung pada Aster. Dengan kemeja lepas, t-shirt hitam lusuh di baliknya, boot hitam, topi kebun dekat tangan, rambut yang diikat malas.

"Huh?"terkebil Aster sekali lagi.

Apahal ni?Apa yang dah berlaku sebenarnya?Lelaki ni datang ke sini semata nak pastikan dia okay?

"But you look just fine...good then."kata Zander sambil tersenyum lega pada Aster.

"Macam mana senior tahu saya dekat sini?Dari mana senior dengar sesuatu terjadi pada saya?"tanya Aster lagi dengan kening berkerut. Serius, dia tak beritahu sesiapa. Malah Feina sendiri tak tahu mengenai hal dia sakit atau balik kampung.

Baru je Zander nak bukak mulut, masa itu lah Ashton muncul bersama ahli keluarga yang lain dari lorong kecil di sebelah kanan sebelah reban ayam. Elok je kumpulan tu bising dengan suara orang berbual dan ketawa terus senyap bila mereka semua nampak lelaki lampai yang berdiri di depan Aster.

"Wo..siapa tu?"tegur abang sepupu Aster masa keluar dari barisan tu lalu mendekati Aster.

Ashton yang berdiri dekat situ pun boleh tahu siapa orang tu walaupun hanya pandang dari belakang badan saja.

Waktu itu muncul la budak-budak dari belakang barisan itu dan mula berasak hendak masuk ke dalam rumah sambil menjerit-jerit siapa masuk dulu dia yang menang la..siapa masuk dulu dia yang mandi dulu la...

Mama Aster dan Papa Aster muncul sejurus itu.

Zander berpaling ke arah kumpulan keluarga Aster dengan senyuman mesra di bibir. Dia lipat cermin matanya lalu bertentang mata dengan Ashton yang sedang berdiri memandangnya. Terus hilang sedikit senyuman di bibir dia. Kenapa Ashton boleh ada dekat sini?

"Apa yang tengah berlaku?Kenapa semua orang tak gerak?"soal suara dari belakang barisan tu.

Sambil mengetap gigi, Ashton mula bergerak maju ke depan. Hal itu buatkan ahli keluarga lain ikut bergerak ke depan dan mendekati laman depan rumah itu dan mula berkumpul di belakang Aster macam bodyguard.

"Sayang...siapa ni nak?"Mama Aster dekat sebelah pegang lengan Aster semasa menilik anak muda yang segak lagikan kacak di depannya dengan hairan.

"Zander Knight.."sebut Ashton dulu sebelum Zander sendiri sempat perkenalkan diri. "Dia kawan satu kolej kami berdua."renungan dingin diberikan pada Zander.

"Oh ya ke...kamu jemput dia ke sini?"tanya ayah Ashton.

Aster pandang Ashton hendak tahu jawapan itu.

Zander tersenyum lepas dengar. "Tak adalah...saya datang sebab Aster. Dia yang jemput saya ke sini, kan sayang?"pandang dia ke Aster.

Semua di situ pandang Aster dengan serentak sementara Aster pandang Zander dengan muka dumbfounded. "Saya?"dia tunjuk dirinya sendiri.