Bunyi ayam dan itik memenuhi kawasan rumah ladang itu, diselangi bunyi kanak-kanak ketawa riang dan lembu mengembu tak jauh dari kandang yang terletak beberapa meter dari kawasan tempat ternak burung belanda dekat situ.
Kelihatan beberapa orang sedang terbongkok-bongkok di celah deretan sayuran dekat kebun sebelah rumah panas untuk anak ayam.
Sambil mengenakan topi kebun dan pakaian kotor, dia gembur tanah hitam itu dengan pencakar lalu memasukkan biji benih kubis hijau ke dalamnya sebelum disiram dengan air. Setelah itu dia lakukan proses yang sama untuk sepanjang barisan itu.
Tengah dia bercakung dekat situ menanam sayur, terasa sesuatu seakan sedang menjalar di belakang badannnya. Nak tahu apa benda, dia pandang la ke balik bahunya. Sekali pandang....
"WUARRGHHHHHHHH ULAR GET OFF ME!GET OFFFFF!"jerit Aster sebelum melompat-lompat terkejut menepis benda alah itu dari bahu dia sebelum melanggar baldi berisi air lantas melungkup di atas tanah itu.
"AHAHAHAHAHAHAHAHAH!"suara ketawa besar kedengaran setelah itu.
Sambil terbatuk-batuk sebab sebu, Aster angkat kepala dia dari tanah tu sambil menyembur keluar tanah yang dia termakan sebab jatuh tadi.
"Oh my god...nenek tengok tadi...ahahahaha..." komen suara itu dari belakang Aster dan mendekat.
Dengan berang Aster tumbuk tanah tu lalu bangun dari situ. Dengan kepalan penumbuk, dia berpaling ke belakang hanya untuk melihat Ashton sedang ketawa memegang perut dekat tanah sambil pegang ular getah warna hijau dekat tangan.
"Ahahahahaha.....nasib baik aku sempat rakam!"
Dengan dada naik turun, Aster berarak mendekati Ashton hendak belasah lelaki tu. Dia tak boleh sabar lagi. Lelaki tu kena di ajar. "YAHHHH!!!YOU ARE DONE YOU DIPSH*T!!!!!!" laung Aster.
"Aster! Bahasa tu!"marah mama Aster dari kejauhan masa tolong suami dia letak benih dan suami dia gembur tanah.
Nenek dan datuk Aster yang ada di situ hanya membiarkan tingkah dua orang cucunya yang memang suka bergaduh memenuhi kawasan kebun sayur itu.
"Wekk...tak dapat...kejar la.."ejek Ashton masa Aster dekat belakang cuba kejar dia sambil baling barang.
"Berhenti kau dekat situ sekarang!!!!"jerit Aster termengah-mengah nak dapatkan sepupu tak gunanya itu.
Dah masuk tiga hari mereka dekat rumah nenek belah ibu Aster. Sehari masa Aster demam tu, parents Aster rancang untuk bawa mereka sekeluarga balik ke kampung halaman. Berfikir dengan cara itu dapat bantu Aster. Yang mana berjaya. Tak sampai sehari dekat situ Aster terus sihat.
Kebetulan semasa keluarga Aster tiba di situ, parents Ashton berada di situ jugak. Itu yang mamat selenge tu ada sekali dekat situ. Budak bertuah!
"Ashton! Cukup! Berhenti sakat Aster!"teriak mama Ashton yang sedang mencangkul tanah.
Lepas puas berlari, Ashton mengalah, dia berhenti berlari lalu menunggu Aster sampai dekat dia. Dengan sengih jahat, Ashton berdiri membelakangkan tong air itu.
"Okay-okay...aku minta maaf..."Ashton sengih sambil angkat tangan surrender masa Aster berlari ke arah dia.
"Kau tunggu...botak kepala kau aku kerjakan!"terkam Aster ke Ashton.
Tepat semasa Aster maju ke depan, Ashton elak ke tepi.
KEDEBUSSH!!!!!
Terjunam Aster dalam tong air yang digunakan untuk menakung air hujan buat siraman tanaman di situ.
"AHAHAHAHAHAHAHAHA"ketawa Ashton dengan besar sampai terbaring lelaki tu dekat atas tanah.
Sementara Aster dekat dalam tong tu dah terkapai-kapai sebab terkejut dengan air sejuk tersebut. Habis lenjun dibuatnya.
Mujurlah tong tu paras airnya hanya paras lutut Aster je, jadi masa dia berdiri dekat dalam tong tu tak ada tenggelam. Cuma gaya dia dah macam anjing kebasahan la.
"Ashton! Aku benci kau!"jerit Aster sambil berjalan hendak keluar dari tong tu.
Masa tu jugak labudak-budak kecik iaitu anak-anak saudara mereka ikut menyertai kekecohan itu.
"Yeah! Main air!"
"Eh!Jangan!Bagi aku keluar dulu!"teriak Aster masa budak-budak di situ mula terjun masuk ke dalam tong itu.
"Mama kita nak main air!"
"Ahaha...aku masuk dulu!"
Riuh tempat tu dibuatnya dengan budak-budak di situ yang berebut masuk ke dalam tempat itu. Sampai tolak Aster jatuh semula ke dalam tong itu.
"Ashton!!"teriak Aster masa dia bergelut nak bangun dari situ. Budak-budak kampung ni lasaknya jangan cakap tau! Beruang pun boleh takut!
Masa tu la Ashton muncul, dia capai tangan Aster yang terkapai dekat udara lalu menarik Aster bangun sebelum keluarkan Aster dari situ.
"I got you.."
Aster peluk Ashton dengan erat lepas diangkat keluar dari situ. Takut lelaki tu campak dia semula ke dalam tong yang penuh dengan kanak-kanak piranha tu.
Waktu itu orang tua yang ada di situ ternampak kemesraan dua orang sepupu tersebut. Masing-masing memasang senyuman di bibir.
"Dah besar dah dua orang tu ya?"soal papa Aster pada adik bongsunya yang sedang menanam anak pokok dalam dalam di batas sebelahnya.
"Macam baru semalam je aku ambik Ashton dekat rumah anak yatim tu.."seloroh ayah Ashton.
Papa Aster ketawa. "Umur berapa ya kau ambik Ashton?"
"Masa Ashton tiga tahun rasanya...mak ayah dia meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.."
Mama Aster yang ada berdekatan hanya tersenyum senang. "Untung kamu dapat anak sebaik Ashton...tak risau la nanti kalau kamu nak serahkan company kamu pada dia untuk diuruskan.."
"Tak ada la kak...isteri saya pun bising jugak dengan perangai main-main Ashton tu.."
"Biasa la budak lelaki...tak bergurau...tak sah.." tambah papa Aster.
Tiba-tiba suara orang menjerit kedengaran lagi.
"Tak payah lah! Maksu tengok Ashton ni...." teriak Aster masa berdiri belakang mama Ashton mintak perlindungan dari lelaki itu yang asyik hendak suakan ular getah kepadanya.
"Sudah la tu...dari kamu kacau Aster baik kamu pergi tolong atuk kamu angkat kereta sorong tu.."bebel mama Ashton sambil pukul ringan lengan anak lelakinya.
"Alah...gurau je pun.."balas Ashton yang masih pegang ular getah dekat tangan nak takut-takutkan Aster.
"Tak payah la! Aku tak nak!"rengek Aster.