KNOCK!KNOCK!
"Aster Faith!"
KNOCK!KNOCK!
"Mama kira sampai tiga kamu tak bukak pintu mama tinggalkan kamu ya!"
Terpisat-pisat dia dekat katil dengar suara tu. Hairan dia macam mana mamanya itu sekali pun tak pernah tinggal dari kejutkan dia setiap pagi. Malas betul nak bangun awal. Lagi-lagi tengah cuti macam ni. Memang tak la!
KLIK!
Bunyi pintu terbuka tak lama lepas tu.
"Ya ampun!Kamu masih tidur lagi!Dah pukul berapa ni. Kamu kata kamu bertugas awal hari ni!"
Mula dah!
Dari mana mama dia dapat kunci spare ni!Bukan ke dia dah sorokkan semua kunci spare yang ada.
"Bangun sekarang!"selimut yang menutupi badan itu direntap tarik lalu tangan yang berada di atas mata itu ditarik. "Cepat!"
Dengan malas dia bangun dari baringnya dengan mata terpejam. Well...tipikal jadi anak dara yang baru menginjak usia 19 tahun...sesiapa yang ada dekat tempat dia akan rasai perkara yang sama. So jangan judge dia okay!
"Apa ni Ma...."rungut dia sambil garu belakang telinga kerimasan.
"Mama nak pergi kerja ni..kamu lambat nanti untuk ke perpustakaan... Papa kamu dah bertolak awal hari ni...tak ada siapa nak hantar kamu..."
Oh sh*t!
"Hah!"terbutang luas mata dia lepas dengar.
"Kamu bertugas awal hari ni..dah jam berapa dah kamu nak lambat-lambat macam ni..."
Yalah!Dia lupa yang hari ni dia bertugas awal sehinggala cuti musim panas dia tamat. "Kenapa mama tak bangunkan As awal-awal.." bebel dia yang kalut turun dari katil lalu bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
"Mama dah terpekik terlolong macam apa sejak tadi...kamu tu yang tidur mengalahkan badak sendiri."bebel mama Aster sebelum keluar dari bilik tu.
Sepuluh minit macam tu baru la Aster keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban. Dah serupa macam ninja, Aster ke sama sini merentasi bilik tu untuk bersiap.
Sekejap dia berdiri depan cermin solek kering rambut, sekejap dia kenakan pakaian ke badan. Sekejap dia kemas katil. Sekejap dia dandan rambut pulak.
Dekat 10 minit kemudian dia keluar dari bilik terus ke dapur di mana mama dia sedang bercakap melalui telefon.
"Ya Ma...nanti saya pesan dekat dia."ujar mama Aster sewaktu menyerahkan segelas jus oren pada Aster."As...nenek kamu kirim salam." maklum dia.
Sambil gigit roti bakar dekat mulut dan memegang gelas, Aster bersuara. "Miss you too nenek!"laung dia dengan mulut penuh.
"Okay Ma...saya nak hantar Aster dulu. Kita borak lain kali."
Aster teguk jus oren tu sampai habis sebelum gerak ke sinki dan cuci gelas tu sambil gigit roti bakar dekat mulut.
Sementara mama Aster sudah pun bergerak keluar dari dapur.
Seusai cuci gelas tu, Aster lari gegas ke depan pintu. Dia sarung kasut dengan kalut sambil ditemani mama dia depan pintu tu.
"Itu la...lain kali lock alarm..."bebel mama Aster semasa memerhati anaknya itu kalut uruskan diri.
Aster terlompat-lompat sarung kasut sewaktu memandang mamanya. "Orang balik lambat kan malam tadi...lagi pun hari ni hari sabtu...siapa pergi perpustakaan awal-awal.."
"Itu la tahunya kamu...bila orang tua nasihat..menjawab...tak boleh ke kalau di nasihatkan dengar?"
Aster berdiri tegak dengan muka mengah lepas siap pakai kasut. Dia pandang mama dia dengan muka tak bersalah. "Nanti singgah starbuck okay mama...As nak beli Frappuccino favourite As..."ajunya semasa gerak keluar dari situ.
"Frappucino je la yang kamu suka...kencing manis nanti baru tau.."bebel mama Aster lagi masa kunci pintu.
Aster yang dengar hanya jalan mendekati kereta dan masuk ke dalamnya.