Rule.
Ethics.
Code.
Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan ikut apa mereka minta! Takkan ikut apa yang peraturan telah ditetapkan.
Never!
Tapi itu la, kalau dah hidupnya sejak azali lagi merupakan keturunan kerabat diraja, suka atau tidak dia perlu dengar perkataan yang sama, berulang kali...lagi, lagi dan lagi!
Seorang puteri tak boleh buat begini
Seorang puteri perlu lemah lembut
Seorang puteri perlu bertutur kata sopan
Kena buat macam tu jangan buat macam ni,
Kena buat macam ni jangan buat macam tu
Yadaa ..yadaa...yadaa
Hello! Ingat dia ni robot apa nak di program bagai! Kalau nak dapat anak dan princess yang perfect lagikan perfectionist pergi buat robot sana. Programkan robot tu. Gerenti puas hati punya!
Ini tidak. Dari kecik sampai la ke besar, tak habis-habis dengan etika!etika!etika!
Urgghh!
Dasar royal pain in the ass!
"Kamu dengar atau tidak apa yang bonda katakan tadi Puteri Mahkota Sulung?"tegur Permaisuri Fiona Genevive kepada anakandanya.
Dia yang dengar hanya angguk kepala sambil cucuk makanan dekat pinggan dengan garfu tiada mood.
"Adalina Bloom...bonda kamu bertanya tu. Sekiranya di tanya jawab dengan suara. Bukan mengangguk semata."tegur Raja Eden pula dengan nada authoritive.
Mata beranak coklat hazelnutnya perlahan-lahan naik memandang ke hujung meja dimana ayahanda baginda sedang duduk di situ menjamu selera. Sementara dia di sini makan hati semenjak tadi.
"Apa?"balas Adalina selepas diamkan diri sejak sesi makan pagi bersama bermula setengah jam yang lepas. Bukan dia tak nak bersuara. Nanti kan, kalau dia buka mulut mula la ada yang melabel dirinya anak durhaka...
Bercakap salah, tak bercakap salah.
Haih.
Permaisuri Fiona berkerut kening, dia pandang ke anak sulungnya yang sudah menginjak 21 tahun itu dengan renungan letih.
"Artikel mengenai kamu telah naik semula. Berapa kali bonda nak pesan pada anakanda supaya kawal sikit sikap baran tu. Sekarang lihat..."Permaisuri Fiona pegang ipad lalu memandang skrin tersebut dengan kening mencerlung. "Puteri Adalina Bloom Genivive, sekali lagi telah dilabel sebagai puteri paling menyakitkan hati dan tiada perasaan setelah didapati memalukan anak senat dan senator negeri ini di sebuah makan malam tempoh hari. Menurut saksi puteri mahkota telah memaki Tyler Rain pada hari itu dengan kata-kata kesat yang tak sewajarnya di lontarkan sebagai seorang tuan puteri." beritahunya.
Adalina melepaskan keluhan panjang, dia sandar ke belakang dengan malas. Maki? Siapa saksi tu. Dia nak jumpa. Suka hati je menuduh dia. Pemberita ni kan memang dah tak ada kerja agaknya sebarkan cerita yang belum tentu kesahihannya.
"Mana ada anakanda maki si siput tu...anakanda beri kata yang sopan dan lemah lembut seperti yang bonda pesan." kata Adalina tanpa rasa serba salah.
Raja Eden perhatikan tingkah anakandanya itu dengan kening mencerlung. Susah hati sungguh dia dengan sikap anak perempuannya yang satu ini. Sudah la satu-satunya anak perempuan, puteri mahkota lagi tu, tapi sikap tak semengah Adalina sering buat dia pening kepala.
Suka melawan kata.
Tiada rasa belas kasihan.
Suka memberontak.
Paling penting sadisnya memang tak boleh nak bawa berbincang.
Kerana ini Raja Eden dan Permaisuri Fiona ambil keputusan ini. Berharap bahawa apa yang mereka lakukan ini dapat bantu mematangkan Adalina dan mendidik anak ini supaya menjadi tuan puteri yang sejati.
"Oleh kerana anakanda tidak mahu mendengar kata dan patuh akan permintaan kami, maka dengan itu, ayahanda telah menerima perutusan dari Agong Negara mengenai hal ini." ujar Raja Eden dengan nada tegas seriusnya.
Adalina kerlingkan mata ke arah Raja Eden. Dah apa lagi orang tuanya mahu lakukan kali ni. Kurung dia? Perintah berkurung?Gelang kaki beradius?Ketatkan kawalan? Kelas tutor etika dengan nanny diraja? Please la, dia boleh handle semua ni dalam sekelip mata je!
"Ayahanda terima perutusan apa dari pihak istana negara?"soal Adalina dengan renungan mencerunnya.
Permaisuri Fiona tarik senyum senang.
"Lamaran untuk kahwinkan anakanda dengan Putera Mahkota Utama."maklumnya. Memandangkan Adalina reject semua calon yang ditetapkan olehnya dan khabar angin tak benar asyik tersebar, Raja Agong sendiri yang perkenankan utusan ini kepada mereka beberapa hari lepas. Yang mana amat dia hargai.
"What the heck!"Adalina menjegil mata dengan bulat. Dia duduk tegak dari sandarnya serta merta."putera mahkota negara?!"soalnya dengan nada tak percaya. Terus terbayang dia muka lelaki beza 10 tahun dengan dia! Orang tua tu!?Serius!
"Adalina Bloom...jaga bahasa. Anakanda seorang puteri mahkota berapa kali bonda perlu ingatkan!"tegur Permaisuri Fiona dengan nada lemah lembut namun menjegil mata.
Adalina yang dengar buat muka. Pergi lantak situ tuan puteri ke apa. Dia tengah marah ni! Sebab ini la dia tak suka jadi kaum kerabat diraja. Dia lebih suka jadi commoner. Ada saja songehnya. Penat dengar!"Bonda...ayahanda...are you kidding me. Kenapa terima lamaran tu tanpa tanya anakanda terlebih dahulu?"soal Adalina dengan jengkel. Suka hati je!
"Sebab ayahanda tahu anakanda akan bising seperti ini."balas Raja Eden dengan bersahaja. Dia sayang sangat akan puterinya ini. Malah dia treasure. Kerana itu dia buat keputusan ini. "Lagipula putera mahkota utama seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik. Ayahanda rasa tak salah kalau kamu mencuba nasib."
Adalina berdengus tak percaya. Ya-ya la baik! Pernah dengar peribahasa don't judge book by it cover? hah..itu yang selalu dia pegang kalau bab nak menilai orang.
"I'm still young for this...memangnya hanya anakanda seorang apa dalam dunia ni tuan puteri. Ramai je-"
Terus tuanku permaisuri menyampuk. "Ya...bukan kamu seorang, tapi empat orang lagi calon dari beberapa buah negeri yang lain turut di jemput hadir untuk menghadap ke Istana Genovia. Kamu adalah calon terakhir. Raja Agong Genovia beritahu, sekiranya kita gagal hadirkan diri, baginda raja akan kenakan tindakan...kamu nak ke semua itu terjadi pada keluarga kamu?"ujar Permaisuri Fiona lagi dengan renungan penuh muslihatnya.
Adalina duduk bersandar semula ke kerusi lepas dengar. Pandangan tak percaya dia terarah pada bonda permaisuri. Hebat betul ibunya ini. Kalau bab mengena dan memaksa memang nombor satu. Sekeras-keras kepala dia, sedegil-degilnya, dia tak pernah tak tunduk akan bondanya ini.
Menyusahkan betul la semua ni. Ingat dia ni apa!
"Kamu akan pergi bukan?"soal Raja Eden.
Adalina buat muka sambil berkerut kening. Memang dia akan pergi tapi itu tak bermakna dia akan biarkan dirinya terpilih.
Ada empat calon lagi kan...itu bermakna kemungkinan besar, dia takkan terpilih sebab dia akan pastikan Putera Mahkota Utama takkan pilih dia.