Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 43 - BAB 29

Chapter 43 - BAB 29

Klang!

Pisau dan anak panah kristal merah saling berlaga. Si penjahat melempar beberapa bilah pisau ke arah Azrien. Beberapa perisai kecil dari Kristal merah bergerak untuk menghadang setiap pisau. Azrien menghayun pedang sambil menuju ke arah lelaki yang memakai kelubung dan bertutup muka. Hanya menampakkan sepasang mata hijau.

Jejaka itu menghentakkan bahagian hadapan but sebelah kanan dengan perlahan ke tanah dan muncul ceracak batuan tanah yang bergerak menuju ke arah Azrien. Dia hanya membalas dengan menghayunkan pedang. Ceracak itu dipotong dengan mudah seperti ia diperbuat dari mentega.

Azrien berlari dengan pantas sambil mata pedangnya berlaga dengan ceracak batuan yang terbang laju ke arahnya. Dia mula panik bila melihat serangannya tidak membuahkan hasil.

'Siapa dia ni?!'

Dia melihat seorang demi seorang ahli kumpulannya ditumpaskan oleh kesatria lain.

Azrien mengambil peluang itu lalu melancarkan Crystal Cage. Ceracak kristal yang tajam muncul dari tanah dan penjahat itu dikelilingi kristal merah yang tajam. Azrien menghunus mata pedang ke leher jejaka itu. Ia menghiris kulitnya sedikit, darah mengalir keluar.

"Ughh!"

Dia tidak mampu membuat apa-apa selepas dikepung oleh kristal merah di belakang dan Azrien di hadapan. Dia dapat rasakan kristal merah yang menembusi baju dan mencucuk kulitnya.

Azrien merentap rambut dia dan menghempas mukanya ke tanah. Dia mengerang kesakitan. Dia melihat Azrien dari ekor mata dan tersenyum sinis.

Thunk!

Mukanya berubah riak bila melihat mata pedang di depan mata. Azrien memandang dengan pandangan dingin dan tajam. Dia mengambil sesuatu yang berbentuk silinder dari poket seluar. Ia berubah bentuk menjadi gari lalu dipasang pada pergelangan tangan penjahat itu.

Max berlari-lari anak ke arah Azrien.

"Kapten. Kami sudah berkas mereka semua", Azrien menoleh. Max tersentak bila melihat wajah dia.

Raut wajah Azrien tidak menunjukkan sebarang emosi tetapi matanya memancarkan aura kebencian dan kemarahan. Dia kelihatan seperti ingin mencabut nyawa penjahat itu di situ juga.

"Bawa mereka ke pangkalan. Jangan tinggalkan seorang pun", dia mengeluarkan arahan. Kesemua aura tadi lenyap dalam sekelip mata bila dia membuka mulut.

Max tabik hormat dan berlalu pergi. Pancaran cahaya jingga merebak ke kawasan pertarungan. Pokok di sekeliling tumbang dan membentuk dataran tanpa sehelai rumput.

Lima hari sudah berlalu sejak tragedi di perkampungan demi-human berlaku. Pasukan mereka menerima tugasan kecemasan berkaitan kumpulan yang melakukan aktiviti penyeludupan manusia. Mereka hanya tahu kedudukan kumpulan kecil yang telah diberitahu oleh pemberi maklumat tetapi tidak tahu di mana dalang utama. Azrien membatalkan tugasan yang telah ditempah. Mereka bergegas menuju ke lokasi yang diberikan selepas melakukan persiapan.

Mereka mengambil masa sehari untuk sampai ke hutan ini sebab lokasi yang jauh ke dalam. Malam sudah mula melabuhkan tirai. Semalaman masa berlalu untuk memberkas kesemua ahli kumpulan.

Sebaik tiba di Pangkalan, Max mengasingkan ketua kumpulan di khemah berasingan. Dia diletak pada kerusi, kedua belah tangan dan kaki diikat pada sisi kerusi . Azrien muncul bersama seorang kesatria yang menyelak kanvas khemah. Max tunduk hormat sebelum berlalu keluar. Kesatria itu berdiri di luar khemah.

Azrien melihat jejaka yang tidak lagi diselubungi kelubung dan berpenutup muka sebelum berlalu ke meja di sebelah kanan. Beg kecil dan sedozen bilah pisau dilihat. Dia membuka zip beg dan mengeluarkan isi. Buku nota kecil dicapai dan diselak halaman. Terdapat senarai nama dan jumlah orang yang telah mereka berjaya seludup keluar. Kesemua nama digaris dengan pen merah. Dia mencapai pisau dan dibawa ke muka. Melihat corak pada pemegang. Bilah pisau bersinar di bawah cahaya lampu dari penjuru khemah.

"Siapa pemimpin kamu?", tanya Azrien tanpa menoleh. Jejaka itu memandang ke hadapan.

"Heh. Kau ingat aku akan jawab?", katanya dengan sinis.

"Dekat mana pangkalan utama kumpulan kamu?", kata Azrien lagi. Dia melihat pantulan matanya pada bilah pisau.

"Dah terlambat. Tempat tu mungkin dah kosong sekarang", balasnya. Walaupun mereka tahu lokasi tempat itu, masa tidak menyebelahi mereka.

Azrien berdiri di hadapan dia dengan pisau di tangan.

"Keughh!"

Tangan kirinya dicucuk dengan pisau. Muka dia berkerut menahan kesakitan dengan badannya terdorong ke depan. Azrien menuju ke belakang kerusi dan menekan sesuatu. Dia tarik bahunya supaya dia duduk bersandar. Azrien menekan punat pada kolar anti genshi yang dipasang oleh Max.

"Let's see how long you can last", bisik Azrien di telinga.

Kening dia berkerut mendengar kata Azrien sebelum melihat dia melangkah keluar. Sebaik sahaja penutup kanvas khemah ditutup, badan dia tersentak. Renjatan elektrik mengalir dari dalam badan bermula pada tangan dan kolar di leher.

Dia dapat rasakan renjatan elektrik mengalir ke seluruh badan.

"Ughhh!"

Dia meronta kesakitan walaupun tahu dia tidak dapat lepaskan diri. Tangan kirinya yang masih dicucuk terasa pedih dan sakit, kedua-dua rasa ini bercampur aduk. Dia mahu gerakkan tangan tapi tak mampu.

Kesatria yang berjaga di hadapan khemah tak mendengar satu suara pun dari dalam sebab ada formasi kalis bunyi diletakkan dalam khemah. Tapi dia tahu apa yang dialami orang di dalam.

Azrien masuk ke dalam khemah utama di tengah pangkalan. Max duduk menunggu di situ sejak tadi. Selepas semalaman berlawan perut dia berbunyi minta diisi. Dia menelan gumpalan makanan sebelum bercakap.

"Macam mana tadi?"

"Degil. Nanti dia tak akan ada pilihan lain selain dari menjawab", kata Azrien lalu menuju ke meja panjang di ruang tengah.

'Mesti dia guna kerusi tu', fikir Max.

"Makanlah dulu. Awak belum makan lagi sejak semalam", dia dah letakkan pinggan di mejanya.

"Kalau betul apa yang dia cakap tadi. Kita tak ada banyak masa. Awak makanlah ni", Azrien menghulur pinggan kepada Max.

Max mengeluh perlahan. Dia ni kalau dah macam tu memang taklah jawabnya. Dia sambung makan.

Azrien melihat peta yang tertera kedudukan kumpulan yang mereka temui. Mereka sempat selamatkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja yang dikurung di ruangan bawah tanah yang sempit. Mengikut apa yang dia katakan pangkalan utama mereka mungkin berada agak jauh dari sini. Sempatkah dia selamatkan mangsa yang lain?

Azrien masuk semula ke dalam khemah tadi selepas setengah jam berlalu. Dia menutup suis pada kerusi dan kolar.

"Hahh... Hahh..."

Dia menarik nafas yang dirasakan tersekat sejak direnjat tadi. Dia tunduk merenung lantai. Setengah jam terasa lama bila badannya terus menerus direnjat elektrik. Walaupun voltan elektrik tidak terlalu tinggi.

"Aku tak nak ulang balik soalan", kata Azrien tanpa emosi.

Badan disandarkan pada kerusi sambil dia melihat uniform Azrien yang serba hitam kecuali corak emas simetri pada baju dan tali leher yang bercorak daun keemasan.

"Kalau aku nak cakap pun. Aku tak boleh. Tak. Aku tak dapat nak tunaikan apa yang kau minta", keningnya masih berkerut menahan sakit. Tangan dia masih menggeletar. Tapi tidak sekuat tadi.

Azrien memberi pandangan yang meminta dia jelaskan apa yang dia maksudkan.

"Dia letakkan Lone Covenant pada aku", Azrien terkejut mendengar pengakuan itu tapi tidak ditunjukkan pada wajahnya.

Formasi Lone Covenant atau Perjanjian Tunggal sudah lama diharamkan penggunaan sejak diketahui 20 tahun lalu. Ia menyekat kebebasan dan keinginan seorang manusia. Kalau dia ingkar dengan arahan yang diberikan oleh 'tuan', orang itu akan mengalami kesakitan yang luar biasa.

Azrien menyelak baju dia dan melihat corak merah pada dada kiri. Sekarang dia dah faham. Dia ni... pun mangsa juga. Dia tiada pilihan selain patuh dengan arahan yang diberikan.

"Berapa lama sudah?", jejaka itu tak pasti tapi dia dapat rasakan ada sesuatu yang berubah dari nada suaranya.

"Lima tahun. Aku 16 tahun masa tu", kalau bukan sebab tuan dia sudah letakkan formasi ini, sudah lama dia melarikan diri. Dia pun tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk ini.

Azrien membuka gari pada tangan dan kakinya. Kunci berbentuk silinder dimasukkan ke dalam ruang kosong di belakang kolar. Dia memandang hairan ke arahnya. Azrien membuka kolar.

"Kita pergi ke pangkalan tu sekarang", katanya tanpa emosi.

Azrien memberitahu kesatria di luar untuk panggil doktor. Kesatria itu bergegas menuju ke khemah rawatan. Tak lama kemudian seorang doktor masuk bersama kotak perubatan. Matanya mendarat pada pisau di tangan jejaka itu.

Tanpa menunggu lama dia mulakan sesi rawatan. Azrien duduk di penjuru meja sambil melihat doktor menjahit luka di tangan. Selepas selesai dibalut dia memberi dua biji pil tahan sakit dan berlalu keluar. Dia terus masukkan pil ke dalam mulut. Azrien menghulurkan botol minuman lalu diteguk. Tangannya rasa berdenyut-denyut.

"Tapi macam mana kau nak pergi? Aku cakap tak boleh beritahu tadi kan", katanya dengan perasaan keliru.

"Kamu tak boleh cakap tapi kamu boleh bawa kami ke sana", Azrien menepuk bahu dia.

Muka dia berubah. Kenapa dia tak perasan selama ni? Dia mengikut Azrien ke luar dan menuju ke khemah utama.

"Tunjukkan dekat mana tempat tu", dia melihat peta di meja.

Jari telunjuk diletakkan pada kawasan hutan yang berada kira-kira 10 kilometer dari sempadan negara jiran. Azrien melihat lokasi yang ditunjukkan. Max turut menyelit, melihat apa yang mereka lakukan.

"Sempat ke kita sampai?", tanya Max. Tempat tu agak jauh dari lokasi mereka sekarang.

Jejaka itu mencapai kertas kosong dan sebatang pensil. Azrien melihat apa yang dia tulis.

[ Mereka akan hantar kumpulan seterusnya sebelum subuh ]

Dia melihat reaksi Azrien. Ingatkan dia akan rasa cemas tapi raut wajahnya nampak tenang.

"Max sediakan Unit 00 sekarang", arah Azrien.

"Baik Kapten!", Max bergegas keluar. Azrien menekan punat pada gelang yang dipakai dan menolak penutup kanvas khemah. Dia mengikut belakang Azrien.

"Dante", panggil Azrien.

Kerongsang di bahagian dada kiri uniform memancarkan cahaya keemasan. Seekor harimau kumbang hitam bercorak abstrak jingga keemasan pada bahagian belakang badan melompat keluar dari cahaya itu. Ia memakai pelana pada badan, helmet besi dan kakinya dipasang perisai besi . Pipi ia juga ada corak.

Saiz harimau kumbang itu sangat besar dan berbadan tegap. Dia turut melihat haiwan lain yang muncul seekor demi seekor. Ada harimau, kucing hutan dan yang tidak diketahui spesies. Semua haiwan itu bersaiz besar dan mampu menampung dua ke tiga orang. Setiap kesatria membawa seorang kanak-kanak.

"Naik cepat", arah Azrien. Mata kuning Dante, si harimau kumbang melihat ke arahnya. Melihat wajah bengis Dante membuatkan dia rasa gerun.

Dante merendahkan badannya ke tanah untuk memudahkan dia naik. Dia duduk dengan selesa pada pelana. Azrien naik dan duduk di belakang. Sarung tangan hitam yang merah di bahagian tapak tangan disarung.

"Kami ikut selepas Kapten pergi", kata Max. Kumpulan Azrien akan bertolak dahulu bersama empat ekor haiwan dan empat orang kesatria. Azrien mengangguk. Dante berlari pantas masuk ke dalam hutan.

Badan dia terdorong ke belakang dan berlanggar dengan Azrien.

"Pegang ni!", katanya. Azrien melihat ke arah pemegang pada pelana, hanya tangan kanannya sahaja menggenggam pemegang kayu. Dia bergerak ke hadapan sedikit. Merapatkan ruang antara mereka.

Mereka bergerak dalam kelajuan tinggi. Dante berlari sambil mengelak pokok di sekeliling. Dia menoleh ke bawah, kagum dengan kelincahan pergerakan si harimau kumbang. Dia melihat haiwan lain dari ekor mata yang berada 10 meter di belakang.

Azrien melihat jam yang tertera di gelang.

[ 2:15 a.m. ]

Angin malam yang menampar pipinya membuatkan jejaka di hadapan dia rasa mengantuk. Mata dia terkelip-kelip menahan ngantuk. Dia melihat sesuatu yang bersinar di atas pokok dek cahaya bulan.

"Kita dah sampai!", katanya kepada Azrien. Dante memperlahankan larian dan berhenti. Kesatria yang lain turut berhenti. Dante merendahkan badan. Dia turun dan menuju ke arah pokok yang dilihatnya tadi. Rantai dikeluarkan. Dia halakan kad besi pada batang pokok. Cahaya alat pengimbas memancar.

Tanah di sekeliling bergegar dan muncul tangga konkrit yang menuju ke bawah tanah. Azrien berdiri di hadapan tangga dan melihat ke bawah. Ada lampu dinding menerangi laluan.

"Kamu masuk dulu", dia melangkah turun. Azrien mengikut dari belakang sambil menjarakkan diri. Dia aktifkan formasi penyamaran di gelang. Badannya bertukar halimunan.

Dia bukan menjadi halimunan tapi formasi ini adalah sebuah pelindung yang menyalut badan. Formasi ini sama seperti haiwan yang menggunakan camouflage. Bayang-bayang pun tidak kelihatan.

Dia menyusuri koridor yang diterangi dengan lampu malap. Tiada pengawal yang bertugas. Mereka ni yakin sangat ke tiada orang dapat jumpa tempat ni?

Dia berhenti di hadapan pintu berkembar dan menoleh ke tepi. Azrien mengangguk walaupun tahu dia tak dapat lihat. Tombol pintu dipulas. Sebaik pintu ditutup Azrien melihat sekeliling, memastikan tiada kamera CCTV. Dia mengeluarkan kertas yang menunjukkan peta ringkas pangkalan ini. Dia melihat kedudukan bilik simpanan, tempat mereka menyimpan kanak-kanak dan remaja yang akan diseludup masuk ke negara jiran.

"Tuan. Saya dah kembali", dia melutut di hadapan lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan 30-an. Ada dua pengawal berbadan tegap berdiri di belakang sofa.

"Ohh. Kamu dah balik ya. Macam mana dengan tugasan tu?", mata coklat gelap melihat ke seluruh tubuh jejaka bermata hijau di hadapan.

"Semua berjalan lancar. Mereka-"

"Kenapa dengan tangan kamu?", dia melihat balutan pembalut yang ada kesan tompokan darah kering.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja", dia menundukkan kepala.

"Kamu tahu saya tak suka kalau ada luka dekat badan kamu kan? Saya maafkan kamu kali ni saja. Mari sini"

Dia mengangkat muka. Senyuman terukir di muka lelaki yang dia panggil tuan. Dia bangun dan duduk di sisinya. Lelaki itu mengusap pipinya dengan belakang jari.

"Kenapa kamu lambat hari ni? Saya ingat nak 'tidur' dengan kamu tadi", katanya. Matanya yang tunduk merenung jari melihat ke arah muka tuan nya.

"Maafkan saya. Mereka buat hal sebab tu saya lambat", balasnya.

"Hmm... Kalau macam tu malam esok pastikan kamu masuk ke bilik saya", dia menyelak rambutnya ke belakang dan melihat lehernya di sebalik kolar baju hitam. Dia bangun dan masuk ke dalam biliknya di sebelah kanan.

Pelbagai perasaan bercampur baur bila mendengar perbualan antara mereka.

'Dasar binatang! Aku akan pastikan kau tak akan mati dengan aman!'

Azrien menggenggam tangannya dengan perasaan marah. Pintu terbuka dan jejaka itu melangkah keluar. Dia perasan mata hijaunya seakan bersinar lemah, walaupun raut wajahnya kelihatan tenang.

Dia tahu Azrien dapat mendengar perbualan antara mereka. Seorang kesatria yang menyamar melangkah ke arah dia sambil membawa empat orang kanak-kanak yang diikat tangan. Langkah kaki dihala ke bahagian dalam pangkalan. Dia berjalan di hadapan untuk menunjukkan jalan ke bilik simpanan.

Mereka sampai di sebuah pintu besi besar yang dikawal oleh dua orang pengawal. Dia menganggukkan kepala ke arah mereka.

"Ini saja ke?", tanya dia bila melihat wajah sugul setiap kanak-kanak.

"Mereka akan bawa yang selebihnya kejap lagi", si pengawal mengangguk dan mereka berdua menolak pintu besi yang berkeriut bila ditolak.

Lampu dinding di dalam menyala satu persatu. Azrien dapat melihat beberapa buah bilik yang kelihatan sama seperti bilik tahanan, setiap bilik ada jeriji besi pada bahagian depan dengan pintu masuk besi. Setiap bilik penuh dengan kanak-kanak dan remaja sehingga padat seperti ikan sardin.

Dia menuju ke sebuah bilik yang masih kosong di bahagian belakang dan meletakkan kad besi pada alat pengimbas. Pintu terbuka. Kesatria yang memakai kelubung hitam yang menutup muka dan keseluruhan badan menolak kanak-kanak masuk ke dalam. Dia berdiri di tepi pintu.

Jejaka itu melangkah ke pintu masuk dengan perlahan. Azrien hanya menunggu di sebelah seorang pengawal. Mereka tidak dapat melihat dia apatah lagi bayang-bayang. Bila sudah semakin hampir, dia menggenggam pisau dalam sarung di belakang badan.

Sebaik sahaja tinggal selangkah untuk sampai ke luar pintu, Azrien mencucuk leher pengawal di sebelah kanan dengan pisau.

"Keughh!"

Pengawal A terkejut melihat sahabatnya yang tiba-tiba rebah dengan darah pekat memancut keluar dari leher. Tapi dia tak nampak siapa yang menyerang.

Dia menggunakan genshi dakapan tanah, membuatkan pengawal A ditolak ke dinding. Seluruh bahagian bawah badannya kecuali leher dan kepala ditutup dengan batuan tanah.

"Pengkhianat!", jerit pengawal A. Dia dengan pantas mengelar leher. Darah membuak-buak keluar, dia meronta sekejap sebelum kaku di situ.

"Kita kena cepat. Kamu tahu ke macam mana nak buka bilik yang lain?", kata Azrien yang masih halimunan.

"Kunci yang lain disimpan oleh Tuan. Dalam bilik dia", dia mengelap darah yang terkena muka.

Dia melangkah dengan pantas ke bilik tadi. Daun pintu ditolak dengan kasar. Pengawal yang berjaga di depan pintu bilik pemimpin terkejut.

"Apa kau buat ni? Tuan tengah tidur. Ada sesuatu terjadi ke?", katanya. Tak mungkin si boneka ni sengaja buat begitu.

Dia tak membalas sebaliknya dia menghalakan tangan ke arah salah seorang pengawal. Tali batuan tanah muncul di bawah kaki dan mengikat badan pengawal dengan ketat lalu mengeras seperti batu.

"Heh. Aku tahu kau akan memberontak. Kau ingat ni boleh halang aku?", perisai yang diperbuat daripada batuan tanah terbentuk pada seluruh lengan. Pengawal berbadan sasa C dengan mudah menghancurkan tali batuan.

"Kau sorang nak tumpaskan kami? Mana orang suruhan kau yang lain tu?", katanya dengan sinis. Pengawal D yang tidak berganjak dari tadi tersenyum mengejek.

Pengawal C melangkah dengan tenang ke arah dia di muka pintu. Azrien menuju ke pengawal D tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Pengawal C meletakkan tangan atau bahu dia.

"Tak perlu buat semua ni. Mengalah saja. Aku tak nak cederakan kau. Kau pun tahu Tuan tak suka kan?", dia cuba memujuk untuk melupakan pemberontakan ini. Dia berkata lagi bila tidak mendengar balasan.

"Walaupun kau cuma boneka. Sekurang-kurangnya Tuan berikan apa kau minta. Duit, senjata, dia berikan semua tu. Hidup kau mudah je. Dengar arahan"

"Kau hanya perlu jadi kaki dan tangan Tuan", pengawal C menggenggam bahu dia dengan ketat. Kening dia berkerut sedikit.

'Mudah? Berikan apa yang aku minta?'

Tuan dan juga pemimpin kepada dia bukannya memberi semua itu untuk dirinya. Dia tak pernah meminta. Tuan hanya berikan sebab dia cuma nak boneka ini menjadi lebih berguna. Dia hanyalah buah catur.

Pengawal di hadapannya tidak tahu apa yang dia alami sepanjang lima tahun dalam kumpulan ini. Tempat ini adalah neraka dunia bagi dirinya. Dia hanya mampu patuh dengan setiap arahan yang keluar dari mulutnya, tak kira perkara kecil atau besar.

Dia masih ingat lagi kesakitan yang yang menyerang jantungnya dan merebak ke seluruh badan bila dia tidak mendengar arahan. Pengawal ini tak tahu apa-apa fasal Lone Covenant dan apa yang ia boleh lakukan.

Termasuk dirinya, entah sudah berapa ramai yang menjadi mangsa nafsu serakah si durjana tu.

Dia menolak lengan pengawal C dengan kasar lalu berkata

"Perkataan mengalah tak pernah wujud dalam hidup aku"

Dia sudah bertahan sehingga saat ini. Tindakan yang dia akan lakukan selepas ini akan menjadi penentuan bagi permulaan baru.

Dua bilah pisau dikeluarkan dari sarung dari sebalik kemeja hitam. Dia melibas pisau ke leher. Pengawal C menghadang dengan sebelah tangan. Dia menjarakkan diri ke koridor di luar. Pengawal itu melayangkan penumbuk ke badan dia.

Dia mengelak setiap serangan dengan lincah. Pisau di tangan kanan dibaling ke arah muka. Pengawal C mengelak ke tepi. Mereka saling berbalas serangan. Lantai dihentak perlahan dengan bahagian hadapan but. Ceracak batuan tanah muncul di hadapan, menuju ke badan pengawal.

Azrien melibas pedang ke pengawal D. Pengawal itu mengeluarkan pedang bila mendengar bunyi pedang yang dikeluarkan dari sarung. Pedang mereka berlaga. Dia cuba melihat orang di hadapan walaupun tak nampak. Pemegang pedang dipegang dengan ketat lalu dia menolak pedang halimunan itu ke tepi sekuat hati. Dia menuju ke tengah bilik dan mengambil posisi.

Azrien terus menyerang. Pengawal D semakin sukar untuk menyerang, dia hanya mampu mempertahankan diri. Macam mana dia nak berlawan dengan orang halimunan? Dia menggunakan genshi libasan air ke merata tempat yang dia rasakan kedudukan pihak lawan.

'Kemahiran pedang dia biasa saja. Pengawal yang seorang lagi nampak lebih handal. Dapatkah dia tumpaskan pengawal tu?', fikir Azrien. Dia dah mula bosan dengan pengawal D yang kelihatan panik.

Dia perlu selesaikan ini dengan cepat. Dia melibas pedang dari bahagian tepi perut ke bahagian atas dada sebelah kiri.

"Aghhh!"

Pengawal D rebah ke lantai dengan darah mengalir keluar dari mulut. Dia memandang ke arah Azrien. Matanya mula kuyu sebelum kaku di situ dengan mata yang masih terbuka sedikit.

Pedang disarung. Dia menoleh ke bilik pemimpin. Pelik. Dengan keadaan yang bising begini dia tak keluar langsung. Tidur mati ke?

Tumbukan pengawal C semakin pantas. Dia tak mahu cederakan si boneka tapi nampaknya dia tak ada pilihan. Sekurang-kurangnya jangan sampai patahkan tulang dia. Lebih baik dia kembalikan dia dengan badan penuh lebam dari patah tulang. Dia tak kisah dikenakan hukuman.

Penumbuk yang dilitupi dengan perisai batuan memberi impak yang lebih kuat bila mendarat di perut jejaka itu.

"Keughh!"

Dia tunduk sambil memegang perut dengan sebelah tangan. Pengawal C tidak terus menyerang semula.

"Kau nak aku patahkan tulang kau, baru nak berhenti ke?", katanya. Dia hanya mengancam tanpa niat. Dia melihat jejaka yang tunduk mengambil nafas.

Dia tidak membalas. Pisau di tangan kiri dilibas beberapa kali. Pengawal C hanya menggunakan kedua belah lengan yang dilitupi perisai batuan untuk menghadang. Sebilah lagi pisau dikeluarkan lalu ditusuk ke perut. Dia mengelak ke belakang.

Jejaka itu menjarakkan diri, tapak tangan dihala ke lantai. Ceracak batuan tanah memancar keluar dari lantai. Pengawal C mengelak dengan pantas dan menumbuk ceracak batuan sehingga ia berkecai. Tetapi serangan ini tidak berhenti di situ saja.

Ceracak batuan turut muncul dari dinding sebelah kiri dan kanan. Ruang koridor panjang dan luas memudahkan dia untuk mengelak. Ada juga yang sempat terkena bahagian bawah badan. Seluar dia koyak dan cairan merah mengalir keluar.

'Dia lebih handal dari yang aku fikirkan. Sebab ini ke Tuan lebih hargai dia?'

Jejaka di hadapannya diberikan pangkat pemimpin bagi Kader utama bagi cawangan ini yang bertanggungjawab menculik dan mendapatkan bekalan secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.

"Hahh... Hahh", badan dia semakin lemah sebab penggunaan genshi yang banyak. Koridor di hadapan penuh dengan ceracak batuan dan serpihan batu di lantai.

Tanpa diduga pengawal C merempuh ceracak batuan sambil berlari ke arahnya. Dia memakai perisai batuan serta helmet yang lebih keras dan tahan lasak. Selepas merempuh ceracak, sebahagian perisai pecah dan bahagian pipi helmet retak lalu berderai jatuh.

Pengawal C dengan pantas mencekik leher dia lalu dihempas ke lantai.

"Ughhh!"

"Kau tak berikan aku pilihan lain", katanya sambil mengeluarkan sesuatu menggunakan tangan sebelah lagi. Riak wajahnya berubah bila melihat picagari yang berisi cecair kekuningan.

"M-macam mana k-kau boleh ada tu", katanya. Dia cuba menolak lengan yang mencekik batang lehernya.

"Tuan berikan kepada aku. Dia cakap kalau ada sesuatu yang tak terkawal terjadi, aku boleh guna ni pada kau", dia menggigit penutup picagari dan dibuang ke tepi. Ditekan sedikit untuk memastikan cecair dapat mengalir keluar.

Dia meronta dengan lebih terdesak bila melihat picagari semakin dekat ke lehernya.

'T-tak. Aku tak nak benda tu lagi!'

Sebelum dia sempat menyuntik, sebuah tiang air sebesar pokok balak menolak dia sehingga berlanggar ke dinding. Jejaka itu terbatuk-batuk dan mengambil nafas sambil melihat gerangan yang menyerang pengawal C.

Pukulan yang kuat membuatkan pengawal C pengsan serta merta. Perisai batuan tanah berkecai dan air tanah mengalir ke lantai. Kepala dia berdarah. Max mengambil kolar anti genshi dan dipasang ke leher dia dan tangan digari. Max menuju ke arahnya.

"Awak tak apa-apa ke?", tanyanya. Max perasan bahu dia menggeletar.

"Hey-", Max mencapai bahu dia.

"Lebih baik kau pergi jumpa Kapten tu dulu", dia memalingkan wajah.

"Okay. Awak tunggu sini dulu. Jangan buat apa-apa. Tolong tengokkan dia ni", kata Max lalu berlari ke bilik tadi.

Rambut blonde cerah yang hampir ke warna putih jatuh menutup sebelah muka. Dia menggenggam lengannya yang masih menggeletar. Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan untuk menenangkan diri. Dia bangun dan duduk bersandar di dinding sebelah lagi. Picagari yang telah pecah dilihat, cecair kekuningan mengalir di lantai.