Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 48 - BAB 32

Chapter 48 - BAB 32

Matahari bersinar indah bersama langit membiru. Di dalam bilik, Adam terkial-kial dengan tali leher. Dia dah lama tak pakai sebab itu terlupa. Dari tadi dia cuba mengatur lilitan tali leher hitam itu.

"Adam. Kamu dah siap ke?", kata Vyrut selepas mengetuk pintu.

"Abang. Tolong saya kejap", Adam membuka pintu. Vyrut melihat tali leher Adam yang berpintal. Dia masuk ke dalam dan meminta tali leher. Selepas dililit dan diatur sekejap sahaja Vyrut ambil masa. Dia letak pada kolar baju dan diketatkan. Adam mencapai jaket hitam dan mafela merah. Dia melihat cermin sebentar dan mereka berlalu keluar.

"Baju tu sesuai dengan kamu Adam", kata Vyrut.

"Ya ke?"

"Mestilah", dia berhenti sekejap dan mengatur mafela di leher Adam.

Vyrut memakai pakaian lebih kasual. Kemeja putih dengan sweater bercorak di hadapan dan jaket kelabu bersama tali leher merah.

Mereka melangkah pantas ke kereta yang sudah sedia menunggu. Ian yang menunggu di situ melihat pakaian mereka berdua. Dia membuka pintu. Ian dan beberapa orang kesatria yang berpakaian uniform akan mengiringi mereka berdua sepanjang majlis perasmian.

Selepas 45 minit, Adam dapat melihat sebuah bangunan berbentuk kubah dengan bahagian luar berwarna biru terang, nama aquarium tersergam kukuh. Aquarium Hamparan Angkasa. Kereta membelok ke kanan memasuki laluan belakang aquarium.

Apabila mereka melangkah keluar ada seorang lelaki menunggu lalu membawa mereka ke bilik menunggu melalui pintu belakang, diiringi tiga orang kesatria termasuk Ian. Selepas berjalan seketika mereka sampai di hadapan sebuah bilik. Masih ada sejam setengah sebelum majlis bermula.

Vyrut dan Adam melangkah masuk selepas mengetuk daun pintu. Orang-orang di dalam menoleh. Bila melihat gerangan individu tersebut mereka dengan pantas bangun. Vyrut menundukkan kepala sedikit dengan senyuman. Mereka turut tersenyum tidak melepaskan pandangan dari individu penting dalam majlis ini.

"Selamat datang ke Aquarium Hamparan Angkasa Tuan Vyrut. Saya Direktor Aquarium ini, Hugh", katanya sambil berjabat tangan.

"Terima kasih. Saya datang dengan adik angkat baru saya, Adam", balas Vyrut lalu memperkenalkan Adam kepada mereka. Dia tahu mereka tertanya-tanya dengan status Adam.

"Selamat berkenalan Tuan Adam", kata Hugh lalu menghulurkan tangan pada Adam pula.

"Selamat berkenalan", balas Adam sambil tersenyum. Dia rasa gelisah pula melihat individu dalam bilik ini.

"Tuan rehatlah dulu. Ini jadual majlis perasmian hari ini", katanya sambil menghulurkan dua keping brochure.

Mereka duduk di sofa panjang lalu melihat jadual yang tertera. Majlis akan bermula pada jam 9 pagi nanti. Vyrut menyimpan brochure dalam poket dada jaket setelah meneliti jadual. Dia mencapai gelas air kosong.

Individu ternama yang lain menoleh ke arah mereka berdua sekali sekala. Bukan setiap hari mereka dapat lihat ahli Kerabat.

'Mereka ingat aku tak perasan ke', fikir Vyrut. Dia menoleh ke arah Adam yang melihat buku info bagi pengunjung. Dia langsung tak sedar. Vyrut tersenyum lalu mengusap rambut Adam.

"Hmm?"

"Tak ada apalah. Kamu nervous ke?"

"Sikit. Tapi saya okay je sebab abang dengan saya", kata Adam sambil tersenyum nipis.

Wartawan dari beberapa stesen tv akan turut datang untuk merekod majlis perasmian. Mestilah dia rasa gelisah. Jurumekap menempek bedak dengan nipis di wajah Adam. Perlu ke buat ni? Dia menoleh ke Vyrut di sebelah kanan. Vyrut membiarkan jurumekap wanita membuat kerjanya sementara dia melihat telefon. Selepas mengatur rambut mereka beralih ke sofa. Tinggal 20 minit lagi.

Mereka semua lantas menuju ke pintu masuk utama. Wartawan-wartawan di situ lantas menghalakan kamera ke arah mereka. Majlis perasmian tidak mengambil banyak masa, selepas majlis memotong reben wartawan melakukan sesi temu ramah di bahagian lobi. Vyrut membalas beberapa pertanyaan yang diajukan.

"Apa pendapat Tuan berkenaan konsep Aquarium ini?", tanyanya kepada Adam pula. Adam terkejut mendengar pertanyaan tersebut dan cepat-cepat memikirkan jawapan.

"Konsep angkasa adalah sangat unik untuk tema lautan. Bagi saya lautan ada persamaan dengan angkasa. Lautan yang dalam dipenuhi dengan pelbagai spesies aquatik yang unik tapi dalam masa yang sama lautan masih suatu misteri sama seperti angkasa"

"Saya harap orang ramai akan lebih tertarik dengan konsep terbaharu ini", kata Adam. Dia sempat berlatih dengan Vyrut bagaimana mahu menjawab soalan yang akan ditemu ramah. Dia menghembus nafas lega bila sesi temu ramah selesai.

Pengunjung yang berpusu-pusu di luar sudah tidak sabar mahu masuk. Setelah jarum jam menunjukkan pukul 10 orang ramai mula bergerak ke pintu masuk. Pengunjung mengimbas tiket di mesin pengimbas dan melangkah masuk dengan wajah gembira dan teruja.

Shawn scan tiket VIP untuk empat orang. Mereka menuju ke kaunter lobi. Seorang pekerja lelaki melihat mereka melangkah ke sini. Dia menunjukkan senyuman penuh ramah.

"Selamat datang ke Aquarium Hamparan Angkasa. Ada apa-apa saya boleh bantu?", tanyanya.

"Kami pengunjung kelas VIP. Sepatutnya ada guide yang bawa kami", kata Shawn dan memberi tiket yang dia tempah atas talian.

Selepas melihat tiket dia meminta mereka menunggu sebentar. Seorang guide lelaki melangkah pantas.

"Terima kasih sebab menunggu. Saya Nick. Sila ikut saya", katanya sambil menuju ke laluan utama.

Laluan berbentuk terowong dengan lampu yang diletakkan di penjuru lantai membuatkan laluan itu bercahaya dengan malap. Siling yang tinggi dipenuhi batuan kristal, ia kelihatan seperti bintang di langit malam. Raphael melihat cahaya kebiruan di hujung laluan.

Dinding aquarium yang tinggi bersinar dengan cahaya biru, ada juga tiang silinder yang direka seperti aquarium memenuhi ruang antara pengunjung yang melihat pelbagai jenis hidupan laut. Mereka berempat mengambil gambar dengan aquarium sebagai latar belakang. Ada juga haiwan lain seperti penguin, ikan lumba-lumba, anjing laut. Mereka kini duduk di barisan hadapan melihat pertunjukan anjing laut dan ikan lumba-lumba.

Anjing laut itu menepuk tangan dengan gembira ke arah pengunjung yang teruja melihat pergerakan anjing laut yang mengikut arahan jurulatih. Ikan lumba-lumba melompat, air memercik ke sekeliling. Selepas pertunjukan tamat si anjing laut menunduk ke arah pengunjung. Raphael melihat pembantu dia yang jelas nampak gembira.

Nick membawa mereka ke bahagian bawah laut aquarium. Pengunjung kelihatan leka melihat kawanan ikan sardin, ikan Nemo dan ikan kecil lain yang tinggal di sekitar terumbu karang. Terowong bawah laut ini disokong dengan tiang yang dibuat dari bahan yang tidak mencemarkan air laut. Terowong sepanjang 450 meter ini dibina dalam bentuk cincin yang bersambung dengan bahagian sebelah bangunan aquarium. Raphael melihat seekor penyu berenang di atas terumbu karang.

Terumbu karang yang pelbagai warna kelihatan sangat indah, ia adalah ekosistem lautan yang tidak ternilai. Mereka duduk di bangku besi di laluan tengah terowong. Dinding terowong dibina dengan kaca yang tebal, cahaya matahari yang masuk ke dalam membuatkan terowong kelihatan terang. Suasana yang riuh dengan suara pengunjung tidak menghalang mereka untuk menikmati keindahan terumbu karang.

Adam menyentuh dinding aquarium dan melihat lebih dekat terumbu karang. Dia leka melihat keindahan terumbu karang. Ikan-ikan kecil berenang di sekitar terumbu. Vyrut menyentuh bahu Adam dan menghala kamera telefon ke mereka berdua.

"Kamu masih nak tengok lagi ke?", Vyrut melihat pengunjung lain.

"Rasanya kita dah pergi tempat lain kan. Saya nak baliklah. Penat", kata Adam.

"Okay", Vyrut mencapai tangan Adam. Mereka singgah di kedai cenderamata dan membeli beberapa barang. Adam mengambil plushie berbentuk ikan lumba-lumba. Lembutnya. Dia membenamkan wajahnya pada permukaan yang lembut. Vyrut mengambil penanda buku dengan ikan lumba-lumba yang diikat dengan tali sebagai penanda.

"Tuan Vyrut. Saya harap kita boleh bekerjasama dalam projek akan datang", kata Hugh dan berjabat tangan.

"Ya. Kami pergi dulu", Kerabat mereka berkolaborasi dalam pembinaan aquarium ini jadi apa-apa projek akan datang mereka akan bekerjasama lagi.

Si kucing menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu utama. Adam mengusap rambut si kucing.

"Esok giliran kami pula pergi", kata Ian. Dia hanya mengikut mereka sebagai pengawal sahaja sepanjang majlis tadi.

Vyrut ada memberi tiket kepada semua pekerja mereka. Ia boleh digunakan dalam tempoh satu minggu pertama. Rasanya dia nak rehat dulu. Adam menunjukkan plushie yang dibelinya kepada si kucing.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Bunyi pintu diketuk kedengaran. Tiada sahutan. Dia mengetuk lagi. Kening Azrien berkerut mendengar ketukan di pintu. Dia bangun dengan mamai dan membuka pintu. Max melihat rambut Azrien yang berserabut.

"Kenapa?", katanya.

"Saya datang nak bagi laporan perbincangan semalam dan... Kira. Sekarang dah pukul 2 setengah petang", kata Max. Sekurang-kurangnya Azrien dapat rehat lebih lama.

"Pukul 2?", dia menggosok rambut. Dia letih sangat ke?

"Masuklah", kata Azrien dan membuka daun pintu dengan lebih luas. Max melihat Dante yang turut menoleh ke arahnya.

"Pergilah mandi dulu", Max menyorok fail di belakang bila Azrien cuba mengambil.

Azrien tak membalas tapi kening dia berkerut sedikit. Dia masuk ke dalam bilik mandi. Max baru perasan uniform yang dibiarkan di lantai. Dia letak dalam bakul dan mencapai uniform bersih dalam almari. Dia ni dah macam pembantu Azrien pula.

Dante melihat saja apa yang Max lakukan sebelum menutup mata semula. Azrien keluar sambil mengelap rambut. Max menghulurkan kemeja merah. Azrien berkerut kening, hairan tapi dia menyambut saja.

"Kira. Duduk sini", katanya sambil menarik kerusi. Apa dia buat ni? Dia malas nak tanya jadi dia duduk saja dan membaca laporan.

Max mengambil pengering rambut dan gunakan suhu sederhana panas dan dihala ke rambut blond keemasan Azrien. Selepas kering dia simpan. Azrien melihat barisan ayat di bahagian modus operandi. Dia bangun dan letak tepi laporan dan mencapai uniform, tali leher dipasang sambil melihat cermin. Rambut disikat rapi. Anting-anting dengan batuan merah berbentuk titisan air dipakai di sebelah kanan.

"Kamu habiskan ni lepas tu kita pergi", kata Max sambil meletak pinggan di hadapannya.

"Kau ni macam dia pula", kata Azrien dengan nada jengkel. Dia menggigit sandwic ham.

"Sampai hati awak cakap macam tu. Saya kan kawan awak. Mestilah saya nak yang terbaik untuk awak Kira", kata Max dengan dramatik.

'Dia ni stress sangat sampai jadi tak betul ke?', fikir Azrien, malas dia mahu melayan kerenah Max.

Mereka menuju ke bilik utama Unit Elit. Kesatria yang sibuk dengan fail dan kertas di atas meja menoleh bila Azrien melangkah masuk. Suasana dalam bilik berubah. Ketua Unit Elit Kesatria menuju ke arahnya.

"Selamat petang Kapten Azrien. Saya Louie, Kapten Unit Elit Kesatria 02. Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik dalam kes ini", katanya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia melihat keadaan Azrien yang kelihatan lebih baik dari semalam.

"Saya Azrien. Saya pun berharap unit kamu beri kerjasama penuh pada kami", mereka berjabat tangan. Mereka menuju ke pejabat Azrien di tingkat dua. Unit Elit diberikan bangunan persendirian untuk setiap unit bersama tempat latihan dan kelengkapan lain.

"Maafkan saya sebab lewat", kata Azrien sambil memulas tombol pintu. Louie yang tinggi sedikit dari Azrien melihatnya dari belakang.

"Tak apa. Kapten Azrien perlu rehat secukupnya. Kalau ada apa-apa berlaku pada Kapten saya rasa mereka akan risau", katanya merujuk kepada kesatria di bawah unit Azrien.

"Saya yakin mereka boleh lakukan apa saja walaupun saya tak bersama mereka", dia menolak tepi langsir di belakang sofa. Max mengikat langsir lain. Louie dan penolong kapten mengambil duduk di sofa. Azrien duduk sementara Max hanya berdiri di sisi.

"Mengikut modus operandi yang sudah ditetapkan saya sudah hantar ahli-ahli kesatria saya ke tempat yang mereka gunakan pagi tadi", kata Louie. Azrien melihat laporan yang dia berikan. Nak serbu semua tempat ni akan ambil masa.

"Macam mana dengan negeri lain?", katanya tanpa mengangkat muka.

"Kami sudah maklumkan dengan segera semalam", balasnya. Penolong di sebelahnya membisikkan sesuatu.

"Kapten Azrien. Memandang kita bekerjasama saya tempatkan kesatria saya di asrama bersama kesatria unit Kapten. Saya sudah berbincang dengan Maxwell semalam", jelas Louie. Azrien mendiamkan diri sambil membaca laporan selebihnya. Louie dan penolong dia menanti dengan gelisah.

"Baguslah. Lebih baik kesatria kamu tinggal di sini. Senang saya nak berbincang dengan nanti", balas Azrien selepas berfikir seketika. Walaupun Max nampak seperti kesatria biasa dia sebenarnya penolong Kapten.

"Terima kasih. Saya akan pastikan mereka tak menyusahkan Kapten Azrien", kata Louie dengan lega. Dia tak boleh benarkan mereka buat hal di sini.

Louie menerangkan semula mengenai perbincangan semalam. Bunyi pintu diketuk kedengaran. Max membuka pintu melihat gerangan yang datang. Seorang kesatria memberi fail dan katakan ia dari Andrew. Selepas selesai, Louie dan penolong dia melangkah keluar.

"Dari siapa tu?", tanya Azrien. Max memberi fail tersebut. Azrien menyelak helaian muka surat. Ahh.. Kes demi-human tu. Dia hampir terlupa. Fail itu adalah laporan penuh mengenai maklumat yang mereka ada setakat ini. Azrien menyentuh kertas dengan gambar bahan bukti yang dia lihat sebelum ini. Max memandang hairan nombor di gambar bahan bukti.

"Kira. Awak tak rasa ke ni nampak macam urutan nombor?", kata Max setelah berfikir beberapa kali.

"Urutan?", tanya Azrien lalu menoleh. Max menunjuk dengan jari telunjuk pada gambar bahan bukti. Di bahagian atas simbol aneh itu.

"Ya. Kalau tak kenapa dia letak sifar di depan. Biasanya orang letak ni untuk urutan", kata Max yang masih berdiri di sisinya.

'Nombor...', fikir Azrien. Ini nombor 09. Kejap! Kalau ni nombor sembilan, mesti ada nombor sebelum ini. Azrien bangun mendadak. Max terkejut dengan tindakan tiba-tiba Azrien.

"Kita pergi jumpa Andrew sekarang", katanya. Max yang masih terpinga-pinga hanya mengikut langkah kaki Azrien yang menuju ke keretanya di ruang parkir. Dia ternampak Louie di hadapan pintu bilik meeting.

"Louie. Saya kena pergi. Ada hal kejap", katanya sekilas lalu mengambil kunci dalam poket. Louie menoleh. Kereta dia rupanya. Bukan tu kereta limited edition ke?

"Kami datang semula nanti", Max tersenyum saja melihat muka keliru Louie. Dia duduk di sebelah tempat pemandu. Sejam suku kemudian mereka masuk ke pangkalan tentera darat. Mereka melangkah menyusuri koridor. Dia mengetuk pintu.

"Kapten Azrien. Dah lewat ni. Awak ada sesuatu nak beritahu saya?", katanya dari meja yang dipenuhi kertas dan fail.

"Awak ada dapat petunjuk lain ke fasal kes tu?", Azrien duduk di sofa.

"Haih... Tak. Mereka ni licik. Kami tak jumpa apa-apa yang baru"

"Saya tak pasti kalau ini boleh bantu siasatan Tuan tapi Max dapat tahu sesuatu", kata Azrien. Andrew berkerut kening.

"Tuan saya rasa nombor pada bahan bukti itu maksudnya nombor urutan sebab ada nombor sifar di depan", jelas Max.

"Nombor urutan?", dia mengambil fail dengan gambar bahan bukti.

"Kenapa kamu fikir itu maksudnya? Kamu boleh sokong kata-kata tu?", Andrew mempersoal kata-kata Max.

"Saya rasa maksud di sebalik nombor tu senang saja nak faham. Sesiapa sahaja boleh salah tafsir dan saya tak rasa mereka nak menyusahkan diri sendiri dengan bermain teka teki dengan kita"

"Andrew. Saya rasa lebih baik awak maklumkan pangkalan lain mengenai ini. Mungkin kes ini sudah berlaku sebelum ini tapi di tempat lain. Kalau ada ini bermaksud apa yang Max cakap adalah benar", cadang Azrien.

"Baiklah. Saya ikut cadangan awak. Terima kasih sebab beritahu saya", kata Andrew. Dia perlu hantar email dengan segera. Kalau betul itu nombor urutan, perkara sama akan berulang lagi.

"Kalau begitu saya pergi dulu. Maafkan saya kalau menganggu", Azrien bangun dan menuju ke pintu.

"Awak boleh saja bermalam di sini dulu. Dah lewat ni", katanya. Azrien bergegas ke sini dari petang tadi. Sekarang sudah hampir pukul lapan malam.

"Tak apa. Saya ada kes yang perlu diuruskan", jelas Azrien.

"Saya ada dengar fasal tu. Max kamu jaga Kapten kamu ni baik-baik", Max tersengih mendengar kata-kata Andrew. Dia mengangguk.

Azrien meneliti peta di bilik kerjanya. Dia menanda tempat-tempat yang Ludric katakan. Louie masuk selepas mengetuk daun pintu. Dia memberi mug berisi air kopi panas.

"Terima kasih", Azrien menghirup sedikit dan letak ke tepi.

Louie melihat tanda di peta. Hmm. Kebanyakannya tertumpu di kawasan terpencil dan ada juga di kawasan bandar. Dia melihat wajah Azrien yang fokus membaca laporan.

"Kenapa? Awak ada sesuatu nak cakap?", Azrien menoleh.

"Tak. Saya-", daun pintu terbuka. Max masuk sambil membawa plastik makanan.

"Kapten. Makanlah dulu. Saya beli tadi", kata Max sambil meletak plastik atas peta. Louie menoleh. Cuma dia seorang saja yang bercakap begitu dengan Kapten Azrien. Dia tak pernah lihat kesatria Azrien yang lain bercakap begitu dengan dia.

"Boleh saya tanya sesuatu? Awak rapat dengan Kapten Azrien?", tanya Louie di luar bilik.

"Kami kenal sejak di Akademi. Bolehlah katakan saya yang paling rapat dengan Ki- Kapten", jelas Max.

"Kira... Itu nama panggilan Kapten Azrien ke?", tanya Louie. Dia ada mendengar Max memanggil dia begitu semalam.

"Ahh haha. Lebih baik awak jangan beritahu orang lain. Kalau tak habislah saya", Max ketawa dengan rasa kekok. Alamak. Dia dengar ke semalam? Max menggaru kepala yang tidak gatal.

"Saya nak beritahu siapa pula", tak pasal-pasal ada khabar angin pelik pula nanti.

"Saya pegang kata-kata Kapten tu. Memandangkan awak selalu dengan Kapten. Saya nak minta tolong", kata Max.

"Hmm? Tolong macam mana?"

"Kapten tak akan makan kalau saya tak bawa untuk dia", jelas Max. Dia perlu uruskan kesatria-kesatria yang lain. Dia tak dapat nak datang sini selalu.

"Ohh. Ya ke? Saya akan ingatkan dia", Louie tersenyum nipis.

"Okay. Saya pergi dulu", Louie melihat belakang Max. Dia tak tahu pula Azrien tu susah nak makan. Fikir Louie lalu memulas tombol pintu. Azrien melonggarkan ikatan tali leher.

Dia duduk di sofa selepas mengambil air sejuk di tangki minuman. Dia mengambil fail di atas meja dan duduk berdekatan Azrien.

"Ini laporan soal siasat yang kesatria saya lakukan. Kapten Azrien. Awak tahu ke siapa yang beri maklumat fasal pangkalan mereka?"

"Saya ada dengar yang orang dalam beritahu fasal tu kepada mereka tapi saya tak tahu siapa", Dia membuka balutan kertas lilin putih pada sandwich ham.

"Orang kanan dia sendiri yang beritahu. Nama dia Ash", kata Louie dan menunjukkan gambarnya di fail.

'Dia ni? Kenapa dia bocorkan lokasi mereka?', Louie menunjukkan fail pada Azrien. Mata birunya melihat maklumat latar belakang Ash.

Louie melihat rambut blond keemasan Azrien lebih dekat. Kerabat Goldstein dikenali dengan rambut mereka. Rasanya dia tahu kenapa Max panggil dia Kira.

Selepas selesai membaca Azrien menggigit sandwich. Lepas ni dia perlu baca semua laporan soal siasat bagi ahli kumpulan Ludric.

Jam dinding bergerak ke nombor 3:45 a.m.. Azrien masih lagi membaca dokumen. Louie keluar sebentar untuk mengambil beberapa fail. Dia terserempak dengan Max dalam perjalanan ke bilik kerja Azrien.

"Baru sampai Max?", tanya Louie.

"Ya. Kami serbu beberapa tempat. Tak ambil masa sangat pun", katanya dengan perasaan lega. Dia memulas tombol pintu bila melihat timbunan fail di tangan Louie. Mereka melihat Azrien yang terlelap di sofa. Max mengambil kertas yang bertaburan dan meletakkan cloak yang dipakainya untuk menyelimut Azrien.

"Tolong tutup lampu dan buka lampu meja tu", kata Max. Dia menyusun dokumen di meja.

"Tak apa ke biar Kapten Azrien tidur sini?", tanya Louie.

"Bilik Kapten dekat tingkat atas ni saja"

"Dekat saja rupanya bilik Kapten Azrien. Tapi kenapa di sini?"

"Sebab senang dia nak terus mulakan kerja", Max tertawa kecil. Bangunan asrama kesatria terletak di bangunan berlainan. Cuma Azrien seorang saja di sini.

"Kapten selalu tertidur macam tadi ke?", katanya sambil berjalan ke tingkat bawah.

"Erm. Kapten biasanya tidur lewat kalau ada kes begini. Esok pagi saya kena lakukan serbuan seterusnya. Kapten jangan lupa apa saya cakap tadi ", kata Max.

"Mestilah. Jumpa esok", kata Louie sebelum mereka berpecah menuju ke bilik masing-masing.