Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 49 - BAB 33

Chapter 49 - BAB 33

Azrien merenung siling yang dia sudah biasa lihat. Mesti dia tertidur di sini semalam. Dia bangun dan perasan cloak di badannya. Ini Max punya kan? Azrien mengeluh dan sidai di sofa. Dia membersihkan diri di bilik. Cuaca hari ini agak sejuk jadi dia memakai mafela. Azrien melihat kabus dari tingkap biliknya.

Louie pergi ke kaunter cafe dan memesan makanan. Dia mengetuk pintu pejabat.

"Pagi. Kapten belum makan lagi kan. Saya ambil tadi", Louie letak plastik di atas meja.

"Max beritahu awak ke?", tanya Azrien. Dia mencapai cawan air kopi panas. Mustahil dia tahu kalau bukan Max yang beritahu.

"Ya", Louie mengambil bungkusan satu lagi.

"Awak belum makan?", tanya Azrien lalu menggigit sandwich ham dan cheese.

"Ya. Saya tak nak Kapten Azrien tunggu lama jadi saya datang terus", dia memesan English Breakfast set.

Louie menyelak muka surat fail. Mencari sesuatu di antara barisan ayat. Seorang kesatria masuk dan memberi laporan terkini kepada Louie. Azrien menanda kawasan yang sudah diserbu.

"Louie. Beritahu mereka untuk soal siasat ketua kumpulan mereka sahaja. Tak perlu buang masa dengan yang lain tu", arah Azrien.

"Baiklah", dia terus menuju ke tingkat bawah untuk memberitahu penolong dia.

Azrien memicit dahi yang berdenyut tiba-tiba. Mata dipejam. Dia minum air sedikit dan duduk di kerusi kulit. Dia bersandar dan mengambil telefon pintar di dalam laci meja sebelah kanan. Ada mesej dari Ervalen.

[ Kamu dah makan ke? ]

[Kamu ada pakai ke hadiah tu?]

Azrien memberitahu dia sudah pakai dan letak tepi telefon. Mengantuk pula. Dia bangun pada jam yang dia sudah terbiasa bangun. Tidur kejap lah. Dia set alarm dalam tempoh sejam. Azrien meletak telefon di meja kopi dan berbaring di sofa. Louie masuk kemudian dan melihat Azrien yang sedang tidur.

'Kapten kadang-kadang tidur sekejap waktu pagi', kata Max awal pagi tadi.

Louie mengambil dokumen dan duduk di sofa. Mafela merah yang Azrien pakai tadi diletak atas meja.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Si arnab yang sedang menyusun blok mainan bangun dan menuju ke jejaka yang berdiri di hadapan taman permainan. Dia menarik baju Chris yang membawa sekotak biskut.

"Tuan. Kenapa tak beritahu saya Tuan nak datang?", kata pekerja wanita lalu mengambil kotak di lengan Chris.

"Saya nak singgah kejap saja", kata Chris lalu tersenyum nipis. Penolong dia di belakang turut membawa sekotak lagi. Dia melayan kerenah si arnab yang lain yang sedang bermain di taman permainan. Mereka semua gembira melihat kedatangan Chris. Penolong dia melihat Chris dari jauh selepas bercakap dengan pekerja di situ.

Salah seorang si arnab memberi sekuntum bunga yang entah dari mana dia petik kepada Chris. Sejak kejadian itu dia tiada masa untuk datang menjenguk mereka. Selepas setengah jam mereka berdua menuju ke office.

Erun, orang kanan Chris melihat email yang baru masuk di tablet. Ia dari Andrew. Dia membawa tablet ke bilik sebelah, office Chris.

"Tuan Espen. Ada email untuk Tuan", katanya sambil menghulurkan tablet.

Chris membuka dan terus membaca. Ekspresi wajahnya yang tenang tadi berubah terkejut. Dia membaca sekali lagi sebelum menoleh ke Erun.

"Erun. Berikan saya nombor telefon Tuan Andrew sekarang", kata Chris dengan serius. Erun mengambil tablet dari tangan Chris dan mencari nombor telefon dalam sistem pangkalan. Selepas mendapat nombor, Chris bergegas menghubungi Andrew menggunakan telefon pejabat.

"Selamat pagi. Saya Christopher dari Seksyen Sempadan. Boleh saya berbincang dengan Tuan sebentar? Okay. Terima kasih", dia tutup talian.

"Erun. Sediakan sekarang", mereka menuju ke bilik perbincangan terdekat. Chris menunggu sementara Erun menyediakan alat komunikasi video. Selepas Andrew dalam talian Erun menghalakan alat komunikasi ke arah Chris. Skrin hologram terpapar di hadapannya.

"Selamat pagi Tuan Christopher. Tuan tahu sesuatu fasal laporan kes yang saya hantar?", kata Andrew.

"Perkara yang sama berlaku di sini. Boleh saya tahu kenapa Tuan hantar email ini? Rasanya bukan saya seorang saja kan?",beritahu pangkalan lain mengenai kes ini. Mereka tahu sesuatu dari bahan bukti yang kami jumpa", jelas Andrew.

"Boleh saya tengok?", Chris memberi isyarat mata kepada Erun untuk mengambil bahan bukti yang mereka jumpa.

Andrew menunjukkan bahan bukti yang disimpan dalam beg plastik bahan bukti. Chris tersenyum. Kedua-dua bahan bukti yang pihak mereka jumpa hampir sama kecuali nombor dan simbol aneh. Chris menunjukkan bahan bukti di pihaknya pula.

"Tuan Andrew. Saya rasa kes Tuan dan saya ada kaitan. Boleh Tuan hantar laporan penuh kes Tuan kepada saya dengan segera? Saya akan hantar kes saya juga", kata Chris.

"Saya akan hantar terus dan jelaskan lebih lanjut nanti", Andrew menghentikan video. Dia menghantar mesej kepada Chris untuk melakukan perbincangan petang nanti.

Sebaik sahaja laporan kes Andrew sampai, Chris terus membaca dengan teliti. Dia perasan ada seorang mangsa yang terselamat, seorang kanak-kanak demi-human dari puak kucing. Dia masih budak lagi. Mesti dia trauma sejak kejadian itu.

Selepas makan tengah hari, Chris berbincang dengan Andrew bersama Erun di bilik tadi. Semuanya dibincangkan, keadaan tempat kejadian dan kecederaan mangsa. Apa yang pasti kedua-dua tempat kejadian ada kesan terbakar dari penggunaan genshi api. Kecederaan yang dialami mangsa juga sama. Kes yang dikendalikan oleh Andrew ada beberapa orang demi-human ditangkap tapi mereka tidak minta wang tebusan atau apa-apa pun sejak ia berlaku. Apa yang terjadi dengan mereka?

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Tegakkan badan kamu. Tak perlu hayun kuat sangat", kata Raphael.

Adam menghayun pedang dengan kekuatan yang kurang sedikit dari tadi. Dia berlatih di taman bunga. Guru dia mengambil cuti selama seminggu.

"Kamu baru belajar kan? Pastikan kamu buat latihan fizikal dan berlatih hayunan setiap hari. Lebih bagus lagi kalau kamu tetapkan kuota dan tambah bilangan hayunan lepas kamu dah biasa dengan jumlah sebelum ni", jelas Raphael.

"Okay. Saya akan ingat. Terima kasih", ada banyak dia perlu lakukan sebelum masuk ke akademi. Dia membuat senarai di dalam minda.

Vyrut membaca berita dari telefon di ruang makan. Makanan sudah dihidang, dia hanya perlu menunggu Adam selesai berlatih untuk makan bersama tetamu mereka. Shawn melangkah masuk. Pintu tak bertutup. Dia melihat Vyrut yang duduk membelakangi tingkap.

"Pagi V", sapa Shawn sambil duduk di kerusi hadapan dia.

"Pagi", balas Vyrut dan memberi senyuman nipis. Dia kembali membaca. Mesej dari Noah sampai.

"Shawn. Abang saya cakap dia akan sampai esok pagi", kata Vyrut.

"Okay", Raphael dan Adam masuk. Adam duduk di tepi Vyrut manakala Raphael duduk selang satu kerusi di sebelah Shawn.

"Awak pergi jalan-jalan ke hari ni?", tanya Vyrut kepada Shawn semasa berjalan ke office dia.

"Saya nak pergi pantai petang nanti. Pagi ni saya di sini saja. Library dekat mana?", tanya Shawn.

"Ikut saya", Vyrut mendahului. Mereka menuju ke bilik di hujung tingkat dua. Adam dan Raphael sudah menunggu di depan.

"Kamu berdua boleh datang bila-bila masa sepanjang berada di sini. Tanya dengan Lin kalau awak perlukan bantuan", kata Vyrut.

"Terima kasih", balas Raphael. Vyrut dan Adam keluar. Membiarkan mereka berdua di situ. Shawn melihat genre buku yang pelbagai. Dia mengambil buku yang bertajuk lautan dan membelek muka surat. Raphael sedang bercakap dengan Lin, ketua perpustakawan. Ada juga perpustakawan lain sedang menyusun buku dan membersihkan rak yang berdebu.

Vyrut membaca mesej dari Noah. Dia bertanya berkenaan aquarium. Vyrut hantar gambar yang diambil bersama Adam. Dia mengambil laporan yang diberi oleh Arth tadi, ia dari Kediaman Utama.

Noah yang berada di dalam office melihat gambar yang dihantar Vyrut bila telefon dia berbunyi. Dia tersenyum melihat gambar mereka berdua.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Max mengejar lelaki yang berlari di lorong yang sempit di kawasan setinggan. Dia membelok ke lorong sebelah kiri. Bila sampai ke penghujung ia adalah jalan mati. Dia pusing ke belakang untuk pergi ke jalan lain tapi Max sudah sampai di hadapan. Dia menggunakan genshi air dalam keadaan panik.

Serangan yang kucar-kacir itu dengan mudah dielak Max. Dia mendekati lelaki itu lalu merentap tangannya dan menolak badannya ke lantai. Dia mengambil gari. Max kembali ke hadapan tempat persembunyian mereka di mana kesatria lain sedang mengeluarkan mangsa yang terselamat. Max menyerahkan dia kepada salah seorang kesatria. Penduduk di situ menjenguk dari tingkap rumah, tertanya-tanya mengenai situasi tersebut.

"Tuan Max. Boleh Tuan tolong kami sekejap. Ada seorang kanak-kanak demi-human tak mahu keluar. Rasanya dia masih takut", kata seorang kesatria bila Max masuk ke dalam. Dia membawa Max ke ruang simpanan bawah tanah yang terang berbanding keadaan yang gelap gelita semasa mereka sampai tadi. Max melihat kanak-kanak demi-human yang memeluk badan di penjuru bilik. Dia menghampiri dan melutut di hadapan dia.

"Janganlah takut. Kami dah tangkap orang jahat tu. Ikut abang keluar ya", kata Max cuba memujuk. Dia menghulurkan tangan.

Dia melihat muka Max dan kesatria yang menunggu di muka pintu. Dia menyambut tangan Max dengan perasaan takut tapi dalam masa yang sama dia cuba mempercayai jejaka di hadapannya. Max bangun sambil membawa dia dalam pangkuan. Bila mereka keluar dia mendongak ke langit yang sudah lama dia tidak lihat.

Max menuju ke belakang lori. Bila dia rasa Max mahu melepaskan dia, dia terus memeluk leher Max.

"Kenapa ni? Nanti mereka bawa kamu ke tempat selamat. Hmm", Max menggosok badan dia. Dia ni kucing ke? Max melihat ekornya yang kembang. Badannya kotor dengan debu. Berapa lama mereka simpan dia dalam tu?

'Si kucing' tidak melepaskan pelukan. Kesatria di sebelah Max melihat dengan perasaan gelisah. Max cuba melepaskan pegangan tangan 'si kucing' tapi makin ketat pelukan dia. 'Si kucing' melihat Max dengan mata berkaca-kaca.

"Okay. Okay. Kamu ikut saya ya", Max mengusap rambutnya. 'Si kucing' melonggarkan pelukan.

"Tapi Tuan kita nak pergi tempat lain lepas ni", kata si kesatria dengan risau.

"Tak apa. Nanti saya jaga dia", kata Max. Mereka masuk ke dalam kereta dan menuju ke lokasi seterusnya. 'Si kucing' melihat ke luar cermin.

Azrien mencapai laporan baru yang diberikan oleh Louie. Dia menanda bahagian penting dan letak tepi. Tali leher yang terasa ketat di leher dilonggarkan sedikit. Dia bersandar pada kerusi kulit dan memejam mata, mendengar bunyi jam dinding.

"Kapten... Kalau penat rehatlah dulu", kata Louie yang sedang menaip sesuatu di tablet. Azrien membuka mata.

"Ada laporan baru sampai?"

"Ada mesej dari Tuan Andrew", Louie menghulurkan tablet. Azrien membuka email. Dia membaca isi kandungan.

"Hmm..", Azrien berkerut kening selepas membaca. Tekaan dia mengena. Seksyen Sempadan huh...

"Boleh saya tahu email tu berkenaan apa Kapten?", tanya Louie.

"Kamu tahu ke fasal kes demi-human tu?", tanya Azrien.

"Saya tak dengar apa-apa berkenaan kes begitu. Ada kaitan dengan kes itu ke?", kata Louie.

"Ya. Saya harap ini cuma anggapan saya saja", dia mengalih rambut depan ke tepi.

Max mengetuk pintu dan masuk bersama 'si kucing' dalam pangkuan. Azrien dan Louie menoleh.

"Kenapa awak bawa dia sini?

"Dia tak nak berenggang dengan saya jadi saya bawalah sekali", Max letak dia di sofa. Si kucing melihat sekeliling bilik. 'Si kucing' sudah bersih diberi mandi tadi, bulunya yang kelabu biru menarik perhatian Azrien. Apatah lagi telinga dia yang besar.

" Dia tu..."

"Entahlah. Sebab tu saya bawa ke sini", kata Max. Rasanya dia bukan dari puak kucing. Louie mendekati 'si kucing' dan mengusap rambutnya.

"Haih...", Azrien mengeluh.

"Siapa nak jaga dia nanti?", tanya Azrien dengan perasaan bengang. Nampaknya mereka jumpa sesuatu yang menyusahkan.

"Hehe", Max tersengih saja.

"Kau tahu kita tengah sibuk dengan kes ni. Maklumkan kepada mereka sekarang", arah Azrien. Max dengan pantas keluar. Louie memberi sandwich yang dibeli tadi kepada 'si kucing'.

Azrien melihat lelaki yang bersandar di kepala katil. Keadaan dia sudah semakin pulih selepas mendapat rawatan.

"Dia sudah beritahu saya berkenaan markas tu. Kau tahu dekat mana?", kata Azrien.

"Saya tak pernah pergi ke sana tapi saya ada cuba untuk jejak tempat tu dari orang suruhan mereka. Tuan ada peta? Saya tunjukkan", Azrien membuka peta hologram dari gelangnya.

"Saya cuma tahu sampai sini saja. Penjejak yang saya letak dekat dia tak berfungsi bila dekat sini", dia tunjuk di kawasan hutan. Lokasi terakhir alat pengesan.

"Saya rasa ada sesuatu yang menghalang sebarang alatan berfungsi di sekitar pangkalan tu"

"Mereka tahu tu kerja kau ke?", kata Azrien sambil melihat lokasi yang ditunjuk.

"Kalau mereka tahu saya tak akan berada di sini. Mungkin juga mereka sengaja biarkan apa yang saya buat"

"Dia okay ke?"

"Dia dalam sel tahanan. Kau cakap nak batalkan formasi tu kan. Bila kau boleh buat?", kata Azrien dari muka pintu.

"Saya perlukan sesuatu untuk upacara tu", katanya sambil memandang tangan yang digenggam.

"Beritahu mereka. Saya akan sediakan", pintu ditutup.

Max masuk dalam office Azrien dengan bungkusan makanan. Dia masih meneliti laporan dari pasukan kesatria Louien dan laporan baru dari Max.

"Kira. Saya tahu awak belum makan malam lagi", Max letak bungkusan di hadapan Azrien. Dia mengambil senarai nama mangsa.

"Hmm...", Azrien hanya fokus dengan kertas di tangan. Dia tak rasa nak makan hari ni.

"Kamu pergilah. Saya masih ada kerja lagi", kata Azrien. Louie sampai bersama dua mug kopi panas.

"Okay. Kapten makan tu nanti", sempat lagi Max berpesan.

Azrien melihat belakang Max sebelum dia menutup pintu. Louie letak mug di meja kopi. Dia melihat Azrien yang hanya memakai kemeja merah dengan vest hitam. Dia tak sejuk ke?

Perbezaan paling ketara antara Unit Elit dan Unit seperti dia adalah design uniform yang berbeza bagi setiap Unit Elit. Jadi senang kesatria lain tahu mereka adalah dari Unit tersebut. Louie menghirup sedikit air kopi. Dia terlihat fail kes demi-human yang Azrien katakan di hujung meja. Kenapa dia berminat dengan kes tu?

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Selepas sarapan Shawn dan Vyrut menunggu di ruang tamu. Noah turun dari kereta dan menuju ke ruang tamu bila dia perasan ada orang di situ. Vyrut menoleh.

"Selamat pulang abang", Noah mendekati dan mengusap rambut Vyrut sampai ia berserabut.

"Abang dah pulang", Vyrut menepis tangan Noah dan mengatur rambutnya.

"Abang ini Shawn", Noah menoleh dan menghulurkan senyuman.

"Boleh kamu tunggu di office saya dulu. Saya nak cakap dengan adik saya sekejap", kata Noah. Pembantu Noah yang menunggu di tepi membawa Shawn pergi.

"Abang ada beli sesuatu untuk kamu dengan Adam. Kamu tak rindu abang ke?"

"Nak rindu apa pula. Abang bukannya pergi lama pun", Noah tersenyum saja. Apa yang dia nak bincangkan?

Noah mencapai cawan teh panas. Dia melihat Shawn yang menunggu dengan gelisah.

"Apa yang kamu nak bincang dengan saya?", kata Noah.

"Kami nak lakukan program pertukaran dengan kesatria Tuan dalam tempoh setengah tahun. Saya pasti Tuan ada dengar yang Kerabat kami mula rekruit demi-human sejak akhir-akhir ini. Saya harap sesi pertukaran ini boleh bantu kami lebih mengenali mereka", jelas Shawn. Noah membaca isi kandungan fail yang Shawn bawa.

"Kenapa awak pilih kami? Ada juga Kerabat lain yang ambil demi-human sebagai pekerja mereka", tanya Noah.

"Saya lihat hubungan antara tuan rumah dengan demi-human di sini sangat rapat dan mesra. Saya harap program ini boleh memberi peluang untuk kami lebih mengenali mereka", balas Shawn.

"Hmm. Baiklah. Saya akan maklumkan kepada Tuan Artorius dengan segera", kata Noah lalu tersenyum nipis. Shawn melihat sepasang mata merah magenta yang berlainan ton dari Vyrut.

"Kamu boleh panggil saya Noah. Rasanya awak dah jumpa Adam kan? Saya bawa awak jumpa kesatria kami", Noah membuka daun pintu.

Mereka melihat tempat latihan yang penuh dengan kesatria yang sedang berlatih. Emylle memerhati setiap seorang sebelum perasan kehadiran mereka berdua. Dia melangkah dengan tenang ke arah mereka.

"Ini Kapten Emylle Grey. Dia dari puak Kucing Kelabu", kata Noah. Emylle menundukkan kepala.

Shawn melihat sepasang telinga kucing berwarna kelabu. Dia nampak sama macam kucing. Fikir Shawn bila melihat bentuk mata Emylle.

"Mereka dua dekat mana?"

"Kapten Ian dekat office. Unit 04 pergi jalankan misi sekejap lagi. Baik Tuan jumpa dia dulu", balas Emylle.

Noah menuju ke bangunan pejabat kesatria yang tidak jauh dari situ. Kesatria di bawah Unit Lucillez menunggu di hadapan. Mereka semua menunduk hormat bila melihat Noah. Shawn melihat beberapa orang kesatria demi-human di antara mereka. Lucillez yang sedang bercakap dengan penolong dia turut menoleh.

"Tuan perlukan apa-apa dari saya?", tanya Lucillez. Shawn melihat rupa paras Lucillez yang berlainan dari yang lain. Dia tak nampak seperti orang dari empayar ini.

"Tak ada apalah. Saya bawa dia jumpa kamu semua saja", Lucillez menoleh ke arah Shawn.

"Saya Lucillez. Kapten bagi Unit 04"

"Maaf kalau saya mengganggu. Kamu boleh pergi bertolak sekarang", kata Noah.

"Baiklah. Saya minta diri dulu", Lucillez menunduk sedikit dan melangkah ke kesatria dia yang menunggu di pagar belakang kediaman ini.

"Dia dari puak Snowshoe Hare", Shawn menoleh bila mendengar kata Noah.

"Dia demi-human juga?", tanya Shawn dengan keliru. Dia tak nampak pun ciri-ciri demi-human pada Lucillez.

"Ya. Susah nak bezakan dia dengan orang biasa sebab puak dia ada kelebihan yang berlainan dari puak lain", jelas Noah. Dia membuka pintu yang menuju ke office kesatria. Ian yang sedang membaca dokumen mengangkat muka bila melihat individu yang masuk.

"Tuan Noah", kata Ian lalu melihat Shawn di sebelahnya.

"Tak apa. Saya datang sekejap saja. Ini Kapten Ian", kata Noah bila melihat Ian hendak bangun. Ian bangun dan menghulurkan tangan kepada Shawn.

"Saya Ian. Ian Skyrish", Shawn menyambut huluran.

"Skyrish... Awak dari Skyrish tu ya?", tanya Shawn, dia duduk di sofa. Dia pernah mendengar nama keluarga itu sebelum ini.

"Ya", Ian duduk di sofa menghadap mereka berdua.

"Mereka sihat ke?", tanya Shawn. Dia pernah melawat kediaman Skyrish sebab rakannya berasal dari kediaman itu.

"Ya. Abang-abang saya semua sihat", balas Ian. Dia pernah berjumpa dengan Shawn dahulu, cuma sepintas lalu.

Mereka berbual seketika. Noah dan Shawn menyusuri koridor. Shawn menghulurkan senyuman bila ada pekerja yang lalu menunduk hormat kepadanya. Sepanjang berada di sini dia dapat melihat hubungan antara manusia dan demi-human yang jauh berbeza dari Kerabat Ephriem.

"Kamu ada nak pergi mana-mana ke nanti?", tanya Noah bila mereka berhenti di depan bilik kerjanya.

"Saya nak pergi bandar nanti", balas Shawn.

"Pastikan kamu tak pergi seorang diri", kata Noah lalu melangkah masuk. Shawn menuju ke biliknya sambil memikirkan apa yang nak dilakukan nanti.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Apa ni?!", kata Emylle dengan nada marah dan kecewa sambil menunjukkan laporan prestasi ke arah kesatria di bawah unitnya. Mereka berada di padang latihan.

"Kau semua datang sini nak main-main ke?! Kamu dah lupa ke apa saya cakap bulan lepas?", kata Emylle lagi. Raut wajahnya kelihatan marah tapi dia masih cuba kawal. Semua kesatria di hadapannya membiarkan apa yang dikata Emylle. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mereka melihat telinga kucing Emylle. Salah seorang kesatria wanita dengan rambut yang diikat ekor kuda melihat wajah Emylle, kemudian ke ekor dia. Kenapa Kapten nampak cute sangat bila marah begitu? Sebab dia kucing ke?

Entah kenapa kesatria lain turut melihat Kapten mereka dengan perasaan gembira tanpa menyedari perubahan di wajah Emylle.

"Tak ada seorang pun dengar saya ya?", kata Emylle bersama senyuman yang sedingin ais. Raut wajah semua kesatria terus berubah kaku bila mendengar kata-katanya. Mereka dapat melihat wajah Emylle yang sinis dengan lebih jelas.

"Hmm~ Rasanya dah lama kita tak pergi 'situ' kan?", semua kesatria terus panik bila melihat ekspresi Emylle.

"Noel. Tukarkan jadual latihan kita esok. Kita akan berlatih di 'sana' selama sebulan. Saya jumpa kamu semua esok pagi macam biasa", kata Emylle lagi dengan senyuman dingin itu lalu melangkah pergi.

"Baik Kapten", balas Noel, kesatria wanita yang berambut perang muda paras bahu. Dia melihat mereka semua dengan pandangan yang mengatakan..

'Haih... Habislah kita semua esok', dia sudah pasrah. Latihan yang Emylle lakukan adalah sangat sukar dan ekstrem.

Semua kesatria memandang satu sama lain dengan panik. Mereka terlalu menikmati pemandangan yang 'indah' tadi sampai terlupa yang mereka kena marah.

Ian yang mendengar semua ini dari tempat menunggu yang tidak jauh dari situ meletak tangan ke mulut. Pfft... Dia cuba menahan ketawa tapi meletus juga.

Dia tahu kesatria di bawah unit Emylle sangat sukakan Kapten mereka. Tapi...

"HAHAHA", penolong Ian di sebelah melihat saja kelakuan Kapten dia. He's enjoying this isn't he. Dua orang ahli Puak Kucing Kelabu itu memang disukai semua orang di sini. Bukan setiap hari dapat lihat ahli Puak Kucing Kelabu yang dikatakan sangat sukar untuk didekati.

Puak itu jarang berinteraksi dengan orang lain selain dari ahli Puak mereka sendiri. Jadi kehadiran mereka berdua di kediaman ini agak mengejutkan mereka semua. Tapi Tuan Noah tak ambil peduli atau bertanya kenapa dua beradik itu datang ke sini.

Dia melihat kesatria-kesatria Emylle yang masih bercakap sesama sendiri dalam keadaan panik.