Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 42 - BAB 28

Chapter 42 - BAB 28

Dewan makan untuk pekerja dan kesatria riuh dengan suara dari segenap arah. Ada yang berbual sambil makan, mengambil makanan dan membaca surat khabar. Tapi ia tidak menghalang si kucing melepasi seorang demi seorang untuk sampai ke meja manisan. Mata birunya melihat balang kaca berisi biskut Oat yang sudah sedia dipaket di atas meja. Emylle melangkah ke arah adiknya dengan dulang di tangan.

"Mew...", katanya sambil menunjuk balang biskut. Dia menarik hujung baju Emylle.

"Kamu nak ni ke? Abang ambil satu saja", katanya dan mengeluarkan sepaket biskut. Si kucing tersenyum. Mereka menuju ke meja di luar dewan. Dia melihat Lucillez yang duduk sendirian di meja kayu di bawah pokok.

"Selamat pagi. Kamu seorang je. Mana Ian?", dia duduk di hadapannya. Si kucing duduk di sebelahnya. Emylle memberi sarapan dahulu kepada si kucing. Dia terus mencapai sudu dan menyuap daging sosej yang telah dipotong lebih kecil.

"Tak tahu. Saya bangun tadi dia tak ada", kata Lucillez. Dia ditempatkan sebilik dengan Ian. Dia menggigit roti bakar sambil matanya melihat barisan ayat di buku.

"Kamu cari saya ke?", tanya Ian yang melangkah ke arah mereka. Dia duduk di sebelah Lucillez tapi dia tak menoleh pun.

"Macam mana dengan hal malam tadi?", tanya Emylle. Malam tadi keadaan agak kelam kabut sebab ada raksasa dari laut yang mengamuk di tepi pantai. Mujurlah ia di kawasan yang jauh dari orang awam.

"Semua okay. Nak pergi tengok raksasa tu?", tanya Ian. Walaupun mereka dekat dengan laut, bukan mudah untuk melihat raksasa laut yang dikatakan bersaiz lebih besar dan ganas berbanding raksasa daratan.

"Boleh ke?", tanya Emylle.

"Ya. Tak lama lagi mereka nak bedah raksasa tu. Kamu nak ikut ke Luc?", kata Ian sambil menoleh ke arah Lucillez.

"Hmm... Saya pergi tanya Tuan muda dulu. Kalau dia nak tengok", dia bangkit sambil membawa dulang. Ian melihat belakang dia.

"Mew~", kata si kucing ke arah abangnya. Ian tersenyum saja mendengar dia mengiau.

"Nah. Ambil sebiji dulu", Emylle menghulurkan paket biskut. Si kucing mengambil sebiji.

"Berapa umur dia?", Ian melihat si kucing. Ekornya bergerak-gerak.

"Dia 8 tahun", Emylle mengusap rambut si kucing.

"Kalau kamu ikut nanti, siapa nak jaga dia?", tanya Ian. Kalau dibiarkan si kucing ni nanti dia merayau sana sini.

"Saya off hari ni. Memandangkan awak dah tanya saya dulu, saya nak pergi jalan-jalan sekali lepas tu", dah lama dia tak keluar bawa si kucing berjalan-jalan.

"Ohh. Baguslah. Lagi satu... Kenapa dia tak nak bercakap selama ni?", dia merujuk kepada si kucing yang sentiasa bercakap dalam bahasa kucing.

"Dia ni pemalu sikit", kata Emylle.

"Heh~ Bila masa pula si kucing ni pemalu?", Ian melihat si kucing yang memberi pandangan hairan ke arahnya.

Adam menghayun pedang. Si arnab berbulu putih dan bertompok hitam melihat Adam dari sebalik pokok. Selepas selesai di mencapai tuala di kerusi kayu. Dia terlihat telinga arnab dari sebalik pokok. Adam tersenyum saja. Lucillez mendekati Adam.

"Lucillez. Selamat pagi. Kenapa ni?", tanya Adam.

"Tuan muda nak ikut kami pagi ni? Ian cakap kita boleh pergi tengok raksasa malam tadi", kata Lucillez.

"Eh? Boleh tengok ke?", dia terjaga malam tadi sebab perkara itu.

"Ya. Kejap lagi kami nak pergi"

"Okay. Saya nak pergi tengok juga", dia meneguk air sebelum berlalu ke bilik. Pedang disimpan. Lucillez menunggu di depan pintu. Mereka menuju ke kereta kuda yang sudah menunggu. Adam melangkah masuk dahulu.

"Hai Ian. Emylle", Adam melihat mereka seorang demi seorang. Dia nampak si kucing juga di sisi Emylle.

"Dia ikut juga ke?", tanya Adam.

"Tak. Saya nak pergi bandar lepas ni. Dia tunggu sini saja nanti", balas Emylle.

Kereta kuda berhenti di tepi persimpangan jalan sebelum masuk ke kawasan pantai. Mereka turun sementara Emylle bercakap dengan si kucing.

"Tunggu sini kejap. Abang tak pergi lama", katanya sambil mengusap rambut si kucing. Si kucing melihatnya dengan muka kasihan.

"Nanti abang belikan apa yang kamu nak. Okay?", pujuknya lagi.

"Janji?", kata si kucing, dia melihat Emylle dengan mata bundarnya.

"Ya. Duduk sini je. Jangan pergi mana-mana", Emylle menutup pintu dan melangkah pergi.

Adam memandang kagum dengan saiz raksasa yang sepanjang 7 ke 9 meter. Ia adalah seekor raksasa ular laut yang bercorak jalur merah, putih dan hitam pada badannya. Ada kesan luka yang dalam atas kepala ular itu.

Sekumpulan pekerja sedang berdiri di tepi dan mencatat sesuatu. Ada yang mengukur panjang anggota badan raksasa itu. Ian sedang bercakap dengan salah seorang pekerja. Lucillez pula sekadar memandang raksasa itu dari jauh. Emylle melangkah masuk ke dalam gudang.

"Itu ke raksasa laut tu?", tanya Emylle kepada Lucillez. Lucillez hanya mengangguk.

"Tuan muda tak nak tengok lebih dekat ke?", tanya Ian.

"Tak apalah", kata Adam. Bukannya dia takut, cuma tak nak mengganggu mereka yang sedang mengkaji raksasa itu.

Selepas setengah jam mereka berlalu pergi. Mereka singgah di bandar untuk menghantar Emylle dan si kucing. Adam menukar baju , bimbang ada bau raksasa tadi melekat di bajunya. Sekarang sudah pukul 9, dia sudah sarapan tadi tapi masih lapar. Dia minta Lucillez beritahu chef untuk sediakan sandwich.

Adam mengambil telefon pintar dan melihat mesej yang dihantar Ray sebelum ini. Dia menghantar beberapa sesi latihan untuk dilakukan sepanjang waktu dia tidak dapat menghubungi Adam. Ray kata dia ada ekspedisi penting.

Dua buah lori berhenti tidak jauh dari khemah pada pagi itu. Sekumpulan orang keluar dari sebuah van putih. Orang lain dari lori tadi mengeluarkan peralatan dan memasang khemah baru. Ray melihat dari luar khemahnya. Who berkicau di luar khemah sebelum subuh lagi. Ia membawa pesanan dari Mort. Memaklumkan akan kedatangan sekumpulan pengkaji yang melakukan kajian berkaitan gua itu.

Seorang wakil dari kumpulan itu mendekati Ray.

"Selamat sejahtera Tuan muda. Saya Gilbert, ketua bagi pihak pengkaji", mereka berjabat tangan sebentar. Gilbert memberi fail yang mengandungi segala perkara berkaitan kumpulan yang baru sampai.

"Tuan Mort ada maklumkan saya mengenai kedatangan kamu. Encik Gilbert boleh pergi ke khemah pengurusan. Sekejap lagi meeting berlangsung", Ray menunjuk ke arah khemah hijau. Gilbert menunduk sedikit dan melangkah pergi.

Mereka baru sahaja selesai sarapan pagi semasa kumpulan baru tiba. Ray menuju ke khemah Rosalyn. Rosalyn melangkah keluar.

"Kak Rosa. Mereka dah sampai", kata Ray.

"Cepatnya mereka sampai", balas Rosalyn. Rambut merahnya yang diikat ekor kuda beralun mengikut langkahnya yang menuju ke khemah pengurusan.

Gilbert melihat peta yang ditampal di papan kayu. Bila dia melihat Rosalyn dan Ray tiba dia menuju ke meja panjang putih di tengah ruang khemah.

"Kami perlukan sampel tanah dan juga batuan genshi. Kalau boleh ambil dari pelbagai tempat dalam gua itu", kata Gilbert kepada yang lain.

"Baiklah. Saya akan pastikan setiap sampel diambil", balas Rosalyn.

"Kalau tak keberatan, boleh berikan kami bangkai raksasa yang ada nanti?", ada beberapa raksasa di Hutan Larangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini, sebab hutan ini jarang dimasuki. Jadi kemungkinan ada spesies raksasa baru adalah tinggi. Gilbert tidak mahu lepaskan peluang ini untuk mendapatkan spesimen bagi mengkaji spesies baru.

"Boleh. Kami ada beberapa ekor raksasa dalam simpanan. Encik Kyrie. Berikan beberapa ekor kepada Encik Gilbert", kata Ray pula.

Mereka menyimpan beberapa ekor raksasa di dalam formasi penyimpanan atau storage yang dilengkapi dengan genshi ais di dalamnya untuk mengurangkan proses pereputan.

Selepas sejam setengah, perbincangan selesai, Kyrie membawa Gilbert ke khemah lain. Dia mengeluarkan tiga ekor raksasa dari dalam kotak besi bersaiz 3x2 meter. Seekor raksasa semut bertompok merah dari gua, seekor raksasa berbulu tebal yang kelihatan sama seperti beruang kecuali bulunya yang berwarna merah gelap dan seekor burung dengan bulu hijau zamrud yang bersinar.

"Dari mana kamu dapat semut ni?", tanya Gilbert. Dia tak pernah lihat raksasa semut sebelum ini sebab ia tinggal jauh di dalam tanah dan di tempat yang terpencil, jauh dari manusia.

"Gua yang kami terokai tu ada banyak semut ni. Malakh kata gua tu sarang semut", jelas Kyrie.

"Saya ambil yang ini", kata Gilbert. Dia lebih tertarik dengan raksasa semut ini.

"Kamu perlukan yang lain ni juga ke?", tanya Kyrie.

"Simpan saja dulu. Selepas ekspedisi ini berakhir, hantarkan ke pusat kajian", katanya.

"Hari ni kita tak pergi?", tanya Ray kepada Rosalyn. Mereka berdiri di bawah pokok, melihat kesatria yang sedang berlatih.

"Tak. Esok kita sambung. Rehatlah dulu. Kita ada banyak masa lagi", Rosalyn menepuk lembut bahu Ray lalu menuju ke khemahnya.

Raphael menyelak muka surat seterusnya. Dia melihat gambar tumbuhan berdaun hijau dan berbunga kecil putih. Hmm. Tak. Bukan yang ni. Dia melihat yang lain pula.

Si arnab keluar dari batang pokok yang bergegar permukaannya seperti air. Dia melihat sekeliling. Si arnab dapat rasakan kepekatan genshi yang tinggi dari belakang pokok ini. Dia menjenguk ke arah Raphael yang duduk di atas akar.

Si arnab memandang Raphael dengan rasa ingin tahu. Raphael menoleh ke belakang bila dia rasakan ada seseorang memerhati. Dia melihat sepasang telinga arnab yang gebu, terkeluar dari sebalik pokok.

Raphael mengambil biskut dari paket beg kertas yang dibawanya. Si arnab menjenguk semula. Raphael menghalakan biskut ke arahnya.

"Kamu nak ke?", kali ni arnab yang lain pula. Tapi masih lagi Spirit Bunny. Si arnab mengambil biskut dan digigit sedikit. Dia berdiri saja di tepi pokok.

Raphael memandang hairan si arnab. Spirit bunny sukar untuk dilihat tapi entah kenapa dia sentiasa didatangi oleh spesies arnab yang masih diselubungi misteri ini. Dia pernah mendengar seorang Elf mengatakan Spirit bunny bukannya makhluk seperti manusia, elf atau yang lain. Tetapi mereka lahir dari suatu tempat yang ada kepekatan genshi yang tinggi. Sebab itu mereka lebih sensitif dengan genshi.

Cuma ia masih lagi teori yang tiada bukti nyata yang menyokong mengenai Spirit bunny. Ada juga yang kata arnab ini memilih orang yang hendak dia jumpa sahaja.

Raphael sambung membaca. Si arnab mendekati dan turut melihat ke arah halaman buku. Dia melihat gambar tumbuhan dan bunga. Si arnab duduk di sisinya sambil melihat buku walaupun dia tidak faham isi kandungan.

Adam duduk di sofa dalam biliknya setelah selesai berlatih. Cahaya matahari yang malap muncul bersama cahaya jingga yang dari ufuk barat. Seorang pembantu lelaki meletakkan minuman di atas meja. Adam baru hendak mencapai bila dia melihat beg kertas di ruang simpanan bawah meja. Dia mencapai dan mengeluarkan isi beg.

Buku yang dibelinya sebelum ini. Dia terlupa fasal buku ini sebab dia sibuk kebelakangan ini. Semenjak dia mula berlatih pedang. Adam menyentuh tajuk buku pada hujung jari. Menara.

Adam membaca beberapa muka surat. Lucillez melangkah masuk bersama sepinggan buah-buahan di tangan. Pembantu lelaki tadi terlupa hendak hantar. Dia letak di hadapan Adam.

"Lucillez. Kamu tahu apa-apa ke fasal ni?", Adam menunjukkan gambar menara di hadapan buku. Lucillez berdiri di tepi sofa dan melihat ke arah tajuk buku.

"Ah... Ya. Saya pernah dengar fasal menara ni masa saya kecil. Kenapa?"

"Saya tak pernah dengar pun. Mungkin sebab tempat kami jauh atau kami tak tahu fasal menara ni", balas Adam.

"Tak ada apa yang penting pun fasal menara ni. Ia cuma lagenda dari orang lama. Kebanyakan orang tahu sebab ia cerita turun-temurun"

"Ohh..", Adam mengiakan. Dia melihat semula isi kandungan buku. Ia lebih kepada buku bergambar dengan sedikit penerangan di bawah.