Chris membuka pintu masuk ke kedai Chocolate Heaven's. Terdapat ramai pelanggan sedang berbaris. Ada juga yang duduk makan di situ. Dia menuju ke tepi kaunter.
"Maafkan saya Cik. Saya nak ambil pesanan semalam", kata Chris kepada salah seorang pekerja.
Sementara menunggu, Chris melihat pelbagai jenis kek dan coklat yang sedia terhidang. Si arnab mencium bau manis dan menuju ke arah seorang pekerja lelaki yang menuang batch baru biskut cip coklat kismis. Pekerja itu terkejut melihat si arnab. Jarang ada demi-human di sini. Tapi dia ni comel sangat lah. Dia sempat mengusap rambut si arnab sebelum berlalu pergi. Pelanggan-pelanggan lain pun sesekali memandang ke arah si arnab.
"Kamu nak ni ke?", tanya Chris. Si arnab merenung ke arahnya dengan mata coklat yang bundar.
"Saya ambil sikit ya. Tak perlulah tengok saya macam tu", kata Chris. Pandai betul nak guna mata bulat tu. Dia menceduk biskut ke dalam beg kertas dan dilipat.
Dia menuju ke kaunter semula. Di tepi kaunter itu dipenuhi dengan berkotak-kotak kek, biskut dan coklat. Chris menyimpannya ke dalam ruang penyimpanan dalam gelang. Dia order permintaan Ervalen untuk esok. Gadis juruwang melihat ke arah si arnab yang memegang hujung bajunya. Comelnya dia! Telinga arnabnya bergerak-gerak.
Selepas itu, Chris berjalan window shopping. Dia berhenti pada sepasang baju berwarna hitam yang bercorak bunga emas sebahagiannya. Baju ni seperti direka khas untuk dia. Chris membayangkan Ervalen memakai baju itu.
Waktu tengah hari, mereka makan di restoran makanan laut. Si arnab menggenggam sudu dan menyuap udang yang sudah dikupak kulitnya oleh Chris. Selepas singgah di beberapa kedai lagi mereka balik. Tangannya sudah lenguh mendukung si arnab dari tadi.
"Tengok dia sekejap lah", Chris menggumam. Si arnab menguap.