Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 28 - BAB 20

Chapter 28 - BAB 20

Cahaya mentari memancar masuk ke dalam bilik melalui celah-celah tabir. Sekujur tubuh masih lagi berbaring. Jarum jam bergerak sedetik. Tepat pukul 7 pagi dia membuka mata. Dia bangun dan duduk di birai katil. Badan diregangkan sedikit.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi dia mencapai baju yang telah digosok rapi. Rantai bermanik dikait pada pin berbentuk sayap. Dia menuju ke luar balkoni. Rambutnya beralun ditiup angin.

"Dia datang hari ni huh..", katanya pada diri sendiri. Matanya dihala ke arah sekawanan burung yang terbang. Hari ni pun cerah juga nampaknya. Fikirnya bila melihat gumpalan awan di langit.

Selepas sarapan dia menuju ke bilik kerja. Timbunan dokumen di atas meja diperhati. Dia duduk dan mencapai fail terdekat. Dibelek-belek dan dibaca sambil jari jemarinya menghayun pen. Selepas beberapa jam, timbunan dokumen itu berkurangan lebih dari separuh. Seorang wanita beruniform masuk dan meletakkan cawan, teko dan snek di atas meja dan terus beransur keluar. Dia duduk di sofa, tangannya mencapai air teh lalu dihirup sedikit.

Dia menoleh ke arah bingkai gambar di sebelah kiri. Potret ayah dan datuknya dipandang. Sudah 5 tahun berlalu sejak ayah meninggal dunia. Meninggalkan dia sebagai pewaris mutlak.

Andelf. Empayar yang diusahakan sejak zaman kegemilangan datuknya telah diusahakan dengan hasil titik peluh dan titisan darah kesatria dan rakyat mereka selama berpuluh tahun. Datuknya pemegang jawatan Maharaja paling lama. Dikenali kerana ketegasan dan keberaniannya. Arwah ayahnya telah meninggalkan dunia ini kerana penyakit yang dihidapinya. Tetapi sempat mencapai pengiktirafan setaraf datuknya. Sejak kecil dia kagum dengan dua individu ini.

Kini bila tiba masanya. Dia dapat rasakan betapa peritnya jawatan yang dipikul.

Bunyi pintu diketuk kedengaran. Dia memberi kebenaran untuk si pengetuk pintu masuk. Sepasang telinga berbulu merah keemasan menjenguk masuk sambil membawa buku di tangan. Dia menuju ke arahnya dan tunduk hormat dengan tangan kanan ke dada kiri.

"Duduklah", katanya.

Si musang duduk di tepinya. Dia dah 13 tahun pada tahun ini. Masa terasa cepat berlalu. Dia mengusap lembut rambutnya.

Si musang menghulurkan buku. Dia mencapai dan diselak helaian muka surat. Di dalamnya terdapat barisan ayat yang yang menunjukkan soalan dan jawapan latihan yang diberinya minggu lepas. Dia membelek muka surat lain sehingga ke soalan yang masih kosong jawapannya.

"Kamu tak faham soalan ni ke?", si musang mengangguk. Dia menerangkan maksud soalan itu. Kemudian si musang duduk di situ dan menulis jawapan yang dia fikirkan.

Dia mencapai sandwich daging di piring tingkat. Sekejap lagi makan tengah hari. Lepas tu dia nak sambung kerja kejap sementara menunggu kedatangan tetamunya petang ini.

Raphael mengusap badan kuda berbulu kelabu dan bertompok hitam putih sambil memberi sebiji epal. Kuda itu menguyah terus sebiji epal. Terdapat beberapa ekor kuda lagi di kandang itu. Ada pekerja lain sedang membersihkan kandang dan mengisi tempat makan.

Raphael berlalu pergi ke bangunan kediaman utama. Dia perlu bersiap untuk pergi. Dia membersihkan diri ala kadar dan mencapai kemeja putih dan vest hitam. Tudung ditukar kepada warna hitam. Pin berbentuk sayap dipakai pada bahu kiri bersama rantai bermanik yang bersambung dengan pin berbentuk diamond yang dipin pada vest bahagian sebelah kanan.

Beg briefcase dicapai dan dia bergerak masuk ke dalam kereta. Pembantunya Sebastian duduk di hadapan sebelah pemandu. Mereka sedang menuju ke Stesen Sky Align. Kereta diparkir. Mereka membeli tiket untuk 2 orang.

Tiket di scan dan mereka menunggu gerabak seterusnya. Beberapa minit kemudian sebuah gerabak persendirian bergerak menuju ke arah mereka. Raphael dan Sebastian melangkah masuk. Laluan di hadapan menyala dengan warna merah. Menandakan terdapat gerabak sedang bergerak.

Gerabak itu bergerak menuju ke atas perlahan-lahan. Bila ia keluar dari stesen ketinggian sudah mencecah 300 kaki. Raphael melihat ke luar tingkap kaca. Ke arah kesibukan bandar di bawah kakinya. Gerabak itu mula bergerak laju sedikit. Setelah mencapai ketinggian 1800 kaki dari paras laut, mereka dapat melihat 2 buah pulau yang terapung di langit. Ia nampak seperti berada di dunia fantasi. Di hadapan dia dapat melihat sebuah pulau kecil untuk pengesahan dan pemeriksaan di antara stesen.

Seorang kesatria wanita dan lelaki melakukan pemeriksaan tepuk kepada Sebatian dan Raphael serta memeriksa barangan yang dibawa. Kemudian mereka sambung semula perjalanan. Gerabak itu menukar haluan menuju ke Istana Kristal Langit. Mereka menapak keluar dari gerabak. Dari sini mereka dapat berjalan masuk terus ke kawasan istana.

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa Ibu Negara Andelf terletak bukan di tanahnya tetapi di langit. Perkara ini tidak mustahil kerana hasil uji kaji Kerabat Ephriem dan saintis genshi selama 20 tahun untuk melengkapkan formasi genshi dan mencari bahan yang sesuai untuk memastikan kedua-dua pulau ini sentiasa terapung. Pulau pertama adalah Ibu Negara di mana terdapat banyak bangunan pentadbiran utama dan juga asrama turut disediakan.

Pulau kedua pula adalah Istana Kristal Langit. Kecantikan Istana ini adalah hasil kerja keras arkitek paling bertauliah dan mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan. Iaitu semasa pemerintahan Maharaja sebelum ini. Istana ini terkenal di seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keunikan seni bina yang membuatkan istana ini nampak seperti kayangan.

Raphael melaporkan diri mengenai kedatangannya kepada seorang kesatria. Mereka berdua duduk menunggu di bahagian lobi istana. Selang 10 minit kemudian muncul seorang lelaki merangkap pembantu kepada keluarga Diraja muncul dan mengiringi mereka menuju ke sebuah bilik.

"Sila tunggu sebentar Cik Raphael", katanya sambil menutup pintu. Mereka berdua duduk menunggu. Raphael menuju ke luar balkoni. Angin yang menampar lembut pipinya membuatkan dia rasa tenang. Dia melihat bangunan yang nampak kecil di bawah kepulan awan.

Raphael masuk semula ke dalam dan mengambil duduk. Selang seminit dua dia dapat mendengar bunyi selak pintu dibuka. Mereka segera bangun. Sebaik sahaja gerangan orang yang ditunggu masuk mereka berdua menunduk hormat. Beberapa orang wanita masuk dan menyusun cawan dan pinggan tingkat yang disusun barisan manisan.

"Tuanku. Terima kasih sebab menjemput saya ke Istana Kristal", kata Raphael.

"Tak perlulah formal sangat. Kita dah lama kenal kan? Cakaplah dengan lebih selesa", katanya sambil menghulurkan senyuman.

"Maafkan saya Tuanku. Saya tak boleh buat begitu", balas Raphael.

"Baiklah. Saya tak akan paksa kamu. Lama tak jumpa kamu Sebastian", katanya sambil menoleh ke arah Sebastian.

"Ya. Dah lama saya tak jumpa Tuanku", kata Sebastian.

"Saya rasa kamu sudah selesai ambil ujian tu kan Cik Raphael", dia menoleh ke arah Raphael pula.

"Ya. Saya baru saja pulang beberapa hari lepas", jelas Raphael.

"Apa pendapat kamu fasal Ujian 'itu'?", katanya.

"Hmm.. Saya rasa ujian itu lebih sesuai untuk golongan elit yang lebih berkemahiran dan berpengalaman dalam kawalan genshi"

"Hmm. Okay.. Kamu rasa ujian tu boleh dilakukan oleh orang biasa juga ke?", dia menambah soalan.

"Mungkin. Tapi hanya untuk segelintir individu sahaja. Tahap kesukaran ujian itu sangat tinggi. Tapi dari yang saya tahu pihak kerajaan akan tanggung segala kos perubatan kalau peserta mengalami kecederaan. Itu pun kalau ada orang yang nak ambil ujian itu", jelas Raphael panjang lebar.

"I see. Saya dengar kamu lulus ujian tu dengan cemerlang. Tahniah", katanya. Dia meneliti badan Raphael mencari sebarang kecederaan. Hmm.. Mustahil gadis di hadapannya itu boleh cedera. Tapi dia perasan terdapat garisan halus di pipinya. Dia lulus ujian tu dengan itu saja ke?

"Terima kasih Tuanku", kata Raphael.

Mereka berborak mengenai banyak topik selepas itu. Tak lupa juga mengenai si musang merah. Raphael mendengar dan membalas sesekali. Cahaya mentari memancar masuk dari balkoni.

"Ah.. Dah lewat ni. Maafkan saya sebab bercakap lama. Kamu berdua baliklah. Terima kasih sebab sudi datang", katanya.

"Sama-sama Tuanku. Kami pergi dulu", kata Raphael setelah memberi tunduk hormat. Mata biru-ungu melihat mereka berlalu keluar sehingga pintu ditutup.

Di dalam kereta Raphael melihat ke arah bandar yang masih bernyawa walaupun hari sudah mula melabuhkan tirai. Dia memikirkan soalan tadi.

Sebab Ujian SS tidak berapa dikenali adalah sebab ia baru disahkan 2 tahun lepas. Maharaja yang menduduki takhta terkini adalah jauh lebih muda berbanding yang sebelumnya kerana hanya dia seorang pewaris empayar ini.

Meredith le Èclair de Andelf.

Beliau yang melaksanakan ujian tersebut dengan tujuan untuk mengukur tahap kemampuan seseorang berdasarkan kemahiran genshi yang dimiliki atau lebih handal berbanding orang lain. Selain daripada itu, ujian itu adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk diasah dan digilap. Tetapi ia hanya untuk individu yang memiliki keberanian yang teguh. Jadi hanya mereka yang memiliki kriteria tersebut layak untuk memakai lencana istimewa itu.

Raphael melihat bayang-bayang dirinya pada cermin kereta. Ke arah matanya. Dia dilabel sebagai insan terpilih dan istimewa kerana sepasang mata itu. Dia mendapat layanan terbaik berbanding ahli Kerabat Ephriem yang lain dan semuanya kerana itu. Dia mengalih pandangan ke hadapan. Dia lakukan semua itu hanya sebab seorang insan yang sangat disayangi nya. Tak lebih daripada itu..