Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 32 - BAB 21

Chapter 32 - BAB 21

Seorang lelaki berlari dalam kegelapan malam di dalam sebuah hutan. Bunyi daun berdesir dan ranting patah dapat didengari. Sesekali dia memandang ke belakang. Mencari gerangan orang yang telah membunuh rakannya yang lain.

Nun jauh di atas pokok kelihatan seseorang sedang memegang senapang. Dia melihat lelaki itu dari kaca mata scope.

'Engkau tak akan dapat lari dari cengkaman aku wahai si durjana', bisiknya dalam hati.

Dia menekan picu. Peluru terbang laju, melalui celah-celah dedaun. Ia mendarat tepat pada belakang kepala sasaran. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Selepas memastikan sasaran mati dia mengalihkan pandangan. Tugas dia sudah selesai malam ini. Dia mendongak, memandang bulan yang bercahaya. Bulan purnama malam itu memantul pada matanya.

Selepas sarapan, Adam meluangkan masa pagi dengan belajar perkara baru. Dia perlu belajar untuk ujian kemasukan ke Sekolah Elit Vessalius hujung tahun ini. Noah telah pun memanggil beberapa orang guru berwibawa untuk datang dan mengajar Adam.

"Tuan muda ada soalan?", katanya. Adam masih leka menulis nota. Dia pantas mendongak.

"Ah ya. Saya tak berapa faham bahagian ni. Boleh cikgu terangkan semula?", pinta Adam.

"Terumbu karang adalah hidupan laut yang sangat sensitif dengan suhu laut. Ia hanya hidup pada suhu antara 30°C sehingga 40°C dan juga dikenali sebagai ekosistem laut. Kamu perlu ingat ia sama seperti pokok di hutan. Terumbu karang juga merupakan habitat untuk 25% hidupan laut. Sekarang kamu dah faham?", jelas guru lelaki itu panjang lebar.

"Ohh.. Saya faham", balas Adam. Dia menulis nota di buku.

"Baiklah kita rehat 10 minit. Lepas itu kita akan sambung mengenai klasifikasi hidupan laut"

Sudah 2 minggu berlalu sejak dia datang ke kediaman Kerabat Artorius. Memandangkan dia ada kelas sehingga jam 3 petang, dia jarang dapat berjumpa Vyrut. Dia perlu banyak belajar mengenai tanggungjawab sebagai ahli baru Kerabat ini. Ia termasuk melindungi hidupan laut dan terumbu karang. Adam melihat ke luar tingkap. Tak lama lagi musim luruh. Hari sudah mula membawa angin sejuk.

Selesai sesi kelas pertama, selepas itu matematik. Adam naik pening melihat bermacam jenis formula di papan hitam. Dia menulis nota dan mendengar penjelasan guru dengan lebih fokus. Hmm.. Nak tanya abanglah nanti. Dia ada juga bertanya tapi masih kurang faham. Adam menggaru kepala.

Tengah hari itu Adam menuju ke ruang makan. Tak nampak abang Noah pun. Adam duduk di kerusi hadapan. Walaupun sudah dua minggu berlalu dia masih belum berjumpa dengan adik-beradik yang lain, iaitu abang-abangnya.

"Adam kelas dah habis ke?", kata Vyrut sambil menuju ke arah kerusi di hadapan Adam.

"Petang ni ada juga", kata Adam.

Beberapa orang pembantu datang da meletakkan pinggan dan beberapa lauk lagi di hadapan mereka. Adam mencapai sudu dan garfu. Menu hari ni ikan, sayur herba dan nasi mentega. Dia pantas menyuap. Belajar dari pagi tadi membuatkan otaknya letih dan dia perlukan makanan.

"Abang sibuk ke hari ni?", tanya Adam.

"Tak juga. Kenapa?"

"Saya nak minta abang ajarkan math. Saya tak fahamlah", kata Adam.

"Ohh. Hmm.. Kalau macam tu malam ni boleh?", kata Vyrut.

"Boleh je. Abang berlatih memanah lagi ke petang nanti?"

"Ya. Dalam pukul 3 macam tu", Vyrut mencapai gelas berisi jus buah.

"Kamu berlatih tunggang kuda nanti kan?"

"Ermm. Saya nak cepat mahir tunggang kuda", senyum Adam.

"Baguslah tu. Tapi buat je perlahan-lahan. Kalau kami dah mahir nanti dapatlah kita pergi berjalan tunggang kuda sama-sama", kata Vyrut.

"Abang janji?", tanya Adam. Inginkan kepastian.

Vyrut mengangguk. Selesai makan tengah hari, Adam menukar baju yang lebih selesa untuk menunggang kuda. Vyrut sambung meneliti dokumen. Kebanyakan kerja yang diberi kepadanya hanya perkara-perkara kecil sahaja. Telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk. Vyrut mencapai dan melihat mesej. Dari Ray huh.

'Hm? Oh. Dah siap nampaknya. Tak lama lagi sampailah', fikir Vyrut.

"Tuan muda kena tegakkan badan. Pegang badan kuda dengan ketat dengan kedua-dua belah kaki. Ya. Macam tu", arah si guru. Adam cuba membetulkan semula postur badan.

Selepas berlatih beberapa jam, mereka berhenti. Adam turun dari kuda. Belakang badannya sakit sebab kena duduk tegak. Tambahan pula badan kuda itu bergoyang. Nampak mudah tapi susah juga. Nasib baiklah kuda ni jinak jadi mudah dia nak berlatih. Adam menggosok badan kuda berbulu coklat gelap itu.

"Pastikan Tuan muda berlatih. Saya akan tengok prestasi minggu depan. Saya pergi dulu", katanya. Buku disimpan dalam beg.

"Terima kasih Cikgu", senyum Adam. Dia mencium tangan gurunya. Guru lelaki itu tersenyum saja melihat tingkah laku Adam.

Seorang pekerja dari kandang kuda datang dan mengambil kuda itu. Adam duduk bersandar pada dahan pokok. Penatnya. Tapi dia suka. Adam memejam mata. Angin bertiup lembut.

"Dah habis berlatih ke?", Adam membuka mata.

"Baru je habis", balas Adam. Vyrut memegang busur di sebelah tangan.

Vyrut meregangkan tangan dahulu. Papan sasaran sudah pun diletakkan di hadapan. Tempat Adam berlatih dekat dengan padang yang luas. Adam memerhati Vyrut berlatih dari bawah pokok. Selepas sejam setengah, Vyrut duduk di tepi Adam.

"Kamu baliklah dulu. Mandi", kata Vyrut.

"Okay. Saya pergi dulu ya", Adam berlalu pergi. Badannya masih lenguh-lenguh. Selepas mandi dia berbaring di katil. Rasa nak tidur pula. Matanya sudah terkelip-kelip menahan ngantuk. Sedar-sedar hari sudah senja bila dia bangun. Adam menggosok mata. Muka dicuci dulu.

Selepas makan malam, Vyrut mengajar Adam di biliknya.

"Macam mana? Kamu faham ke?", tanya Vyrut. Dia menoleh ke arah Adam.

"Hmm.. Bolehlah. Saya faham juga. Senang saya nak faham penjelasan abang", kata Adam.

"Baguslah. Kamu cuma perlu banyak berlatih je untuk math ni. Mula-mula memang susah tapi lama kelamaan nanti kamu faham juga", kata Vyrut.

"Okay!", Adam mengiakan.

"Kamu tidurlah awal. Mesti kamu penat kan", Vyrut mengusap rambut Adam.

"Selamat malam", Vyrut menutup pintu.

Adam menyimpan alatan tulis dan buku. Lampu ditutup. Selimut ditarik hingga paras dada. Malam ini terasa kesejukan musim luruh.

Seorang lelaki sedang menulis sesuatu ke dalam sebuah buku. Bilik itu hanya diterangi dengan cahaya dari lampu meja. Tangannya ligat menulis perkara yang baru diketahuinya.

Dia ada syak sesuatu mengenai Tuan muda baru itu. Tapi dia tak pasti dia adalah salah seorang daripada mereka. Dia teringatkan sepasang mata Amber itu.