Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 35 - BAB 24

Chapter 35 - BAB 24

Pedang dilibas ke arah raksasa berbulu lebat itu. Darah memercik pada bajunya. Raksasa itu mengaum kesakitan tapi ia masih lagi mampu berdiri. Jejaka itu mengelak ke tepi bila ia cuba menghentamnya dengan badannya yang besar. Mata merah raksasa itu merenung tajam ke arahnya.

Ia berlari ke arahnya sambil menghala tanduknya yang panjang dan tajam. Jejaka itu mendepakan telapak tangannya ke udara. Sebuah ceracak kristal merah menembusi badan raksasa itu dan ia tidak bergerak lagi. Pedang disarung. Dia menoleh ke arah kesatria yang masih berlawan dengan raksasa lain.

"Kapten!", kata seseorang sambil berlari-lari anak ke arahnya.

"Ini yang terakhir kan?", dia menoleh.

"Ya. Kami sudah periksa tadi. Lepas ini tak ada lagi kan?", tanya dia sambil tersenyum nipis.

Jejaka itu merenung tajam ke arahnya. Lelaki berambut perang muda itu tersengih saja. Sudah hampir 2 minggu mereka bermalam di hutan untuk menyelesaikan misi ini. Dia dah tak sabar nak keluar dari sini.

Dia memandang bintang yang bersinar terang di langit sebelum menoleh ke arah orang bawahannya. Mereka memanggang daging raksasa tadi. Seorang kesatria menghampiri dan memberi sepinggan penuh daging dan segelas air. Air sejuk membasahi tekaknya.

"Kapten. Boleh saya duduk sini?", kata lelaki berambut perang. Dia membawa makanan dan minuman.

"Duduklah", gelas diletak pada kerusi di antara mereka. Dia mencucuk daging yang empuk dengan garfu.

"Awak tak makan ke?", katanya sambil mengunyah.

"Boleh tak senonoh sikit?", katanya dengan bengang. Dia memotong daging kepada potongan lebih kecil sebelum disuap.

Tiba-tiba dia teringatkan abangnya yang tak suka makan daging ini. Walaupun rasanya tak seberapa tapi masih boleh dimakan lagi.

'Huh? Kenapa aku fikir fasal dia pula ni?'

Raut wajahnya bertukar masam. Dia ada beritahu akan pulang tak lama lagi. Nak kena hadap dia pula balik nanti.

Lelaki itu memandang hairan ke arahnya. Kenapa bad mood je tiba-tiba ni?

Ervalen melangkah keluar dari kereta. Dia tak sabar nak jumpa dengan adiknya yang lain. Dia membuka pintu masuk utama. Seorang lelaki bersut hitam menunduk hormat lalu berkata

"Selamat pulang Tuan", katanya dengan senyuman.

"Alex. Saya dah balik. Mana yang lain?", kata Ervalen. Ruangan lobi itu senyap sunyi.

"Cik muda sedang belajar sekarang. Tuan Goldstein pula menghadiri perbincangan di syarikat. Puan keluar awal pagi tadi", balas butler bernama Alex.

"Ya ke? Saya nak berehat dulu. Bawakan air ke bilik saya", kata Ervalen. Alex mengangguk faham.

Sampai di dalam bilik, dia membuka jaket lalu diletak atas sofa. Ervalen mengambil duduk. Telefon dikeluarkan dari poket. Dia melihat mesej yang dihantar kepada adiknya beberapa hari lepas. He didn't even bother to reply. Ervalen tersenyum saja.

Alex masuk sambil membawa dulang. Air sejuk berais dituang dalam gelas. Ervalen terus meneguk air.

"Alex boleh kamu tolong susun barang yang saya bawa ni?", tanya Ervalen. Gelas diletak tepi.

"Baiklah", balasnya. Ervalen membuka rantai yang dipakai dan aktifkan formasi supaya Alex dapat keluarkan barang-barang itu. Dia taklah bawa banyak pun. Tapi penat pula bila duduk lama sepanjang perjalanan tadi. Jam dinding menunjukkan pukul 10 pagi.

Waktu makan tengah hari, Ervalen duduk menunggu di ruang makan. Pembantu lain menyusun pinggan dan lauk pauk. Bunyi pintu dibuka kedengaran. Seorang gadis dalam lingkungan umur 12 tahun terhenti langkahnya di muka pintu. Dia terkejut melihat Ervalen di situ.

"Abang?", tanya dia, inginkan kepastian.

"Ya. Abanglah ni", Ervalen tersenyum lebar. Gadis itu berlari-lari anak ke arahnya. Rambut blonde keemasan beralun mengikut gerak langkahnya. Dia memeluk Ervalen sebelum mendongak, melihat mukanya.

"Selamat pulang abang", katanya sambil tersenyum gembira. Ervalen mengusap lembut rambutnya.

Banyak yang mereka berdua ceritakan sepanjang waktu makan. Ervalen memberi perhatian. Dia tahu adiknya kesunyian. Dia sibuk dengan kerjanya. Anak kedua pula sentiasa menghadiri misi dan seorang lagi duduk di asrama akademi. Ibu bapanya pula menguruskan hal syarikat kerabat mereka.

Ervalen meletakkan kotak di atas meja. Harap-harap dia suka dengan pilihannya kali ini. Dia memandang bilik itu seketika. Hanya cahaya dari luar pintu menerangi bilik sedikit. Selepas meletakkan sebuah kotak lagi di bilik lain dia berlalu masuk ke biliknya.

"Ini untuk kamu", kotak kecil diletak di hadapannya.

"Apa ni abang?", dia memandang kotak dengan rasa ingin tahu.

"Lepas makan kamu tengoklah", cahaya matahari menerangi ruang makan. Cuaca di luar mendung tapi tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan.

Pembantu lain mengambil pinggan dan gelas kosong sambil yang lain mengemas meja. Gadis itu melonggarkan balutan reben lalu kotak dibuka. Di dalamnya terdapat pin berbentuk bunga ros bertatahkan permata merah jambu.

"Mari sini abang pin kan", gadis itu mengalih duduk untuk memudahkan dia memakaikan pin itu pada rambutnya.

"Abang cantik tak?", katanya lalu berdiri di hadapannya. Pembantu wanita yang lain tersenyum saja melihat keakraban adik beradik itu.

"Mestilah. Adik abang memang cantik pun", kata Ervalen dengan senyuman. Gadis itu menunjukkan pin rambut barunya kepada pembantu yang masih di situ. Senyuman gembira terukir di wajahnya.

Ervalen berjalan menyusuri taman bunga. Dia duduk di tepi air pancut lalu mengeluarkan telefon. Belum sempat dia menyentuh skrin ia berbunyi. Tap! Hologram wajah Chris muncul dari kamera pancaran.

"Pagi. Awak dah balik ke?", tanya Chris.

"Baru sampai semalam. Kamu macam mana dekat situ? Ada apa-apa berlaku?", Chris memikirkan kejadian itu. Perlu ke dia beritahu?

"Okay je. Sampaikan khabar dekat adik-adik awak. Bila kamu nak pergi?"

"Saya kerja dekat rumah saja buat masa ni. Kalau ada hal penting baru saya pergi", Ervalen mengalih ketepi rambutnya yang mengganggu pandangan.

"Ahh.. ", Chris teringat semasa dia mengganti tempat orang kanannya sementara waktu. Sahabatnya datang pun sebab ada kerabat lain mendaftar di situ.

"Saya pergi dululah. Kalau ada apa-apa call je", Ervalen dapat mendengar suara orang lain.

"Ok. Bye", Chris menutup panggilan dahulu. 'Dia sibuk agaknya'. Dia membaca sebentar berita terkini sebelum berlalu masuk.

Pintu pagar terbuka. Kereta obsidian yang dihiasi dengan corak keemasan berhenti di pintu masuk. Dua orang jejaka melangkah keluar. Lelaki berambut perang meregangkan badannya. Dia menekan butang pada remote. Sistem kereta itu bertukar kepada pilot dan ia berlalu pergi.

"Selamat pulang Tuan muda", kata Alex sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Bawa dia ke bilik tetamu", Alex mengangguk. Lelaki berambut perang mengikut Alex selepas melambai ke arahnya. Waktu sekarang adalah beberapa jam sebelum dinihari.

Sampai di bilik dia membuka lampu meja dan menghempaskan punggung di katil. Jaket dibuka lalu di berbaring pada tilam yang empuk itu. Kelopak mata dipejam.

Sedar-sedar hari sudah pagi. Dia bangun duduk. Selimut dipandang.

'Bila pula aku pakai selimut?'

Dia mengabaikan saja dan berlalu ke bilik mandi. Meja dituju sambil mengelap rambut. Kotak yang diletak di tengah meja dilihat.

'Mesti dari dia ni'

Kotak dibuka. Dia mengambil barang itu. Hmm. Bolehlah ni. Abang ni macam tahu je apa dia suka.

Pintu dibuka. Ervalen kaku sebentar. Tangannya baru sahaja mahu mengetuk daun pintu. Pintu ditutup. Dia kehairanan. Apa dia buat depan biliknya? Pintu dibuka semula. Ervalen tersenyum.

"Abang baru je nak kejutkan. Kamu balik malam tadi ke?"

"Ya.."

"Pergilah makan dulu. Max pun baru bangun tadi", dia mengikut belakang Ervalen menuju ke ruang makan.

"Pagi Kapten", kata Max dengan mulut penuh. Keningnya berkerut melihat etika sahabatnya.

Dia duduk pada kerusi di hadapannya. Air diteguk dahulu. Ervalen duduk selang satu kerusi di sebelahnya. Pisau dan garfu dicapai.

"Lepas ni pasukan kamu ambil misi baru lagi ke?", tanya Ervalen.

"Kapten bagi kami rehat seminggu. Jadi saya nak berjalan-jalan dekat sini", balas Max. Dia memanggil pembantu di situ untuk meminta makanan lagi.

"Baguslah. Kamu semua perlu berehat sekali sekala daripada lakukan misi saja", kata Ervalen. Dia tahu pasukan di bawah pimpinan adiknya agak tegas. Mereka jarang mengambil cuti rehat. Banyak sahaja misi ketenteraan dilakukan.

"Chris kirimkan khabar dekat kamu", dia menoleh ke arah adiknya.

"Hmm", dia menggumam sahaja.

Max mengeluh perlahan tanpa didengari mereka. Dia pun tak faham kenapa dia tak suka dengan Ervalen. Selesai makan dia bangkit berdiri dan menuju ke pintu. Ervalen melihat dari ekor mata.

"Kenapa agaknya dia tak suka Tuan?", tanya Max. Tinggal mereka berdua sahaja selepas pembantu selesai mengemas.

"Saya pun nak tahu juga sebabnya", balas Ervalen lalu tersenyum nipis. Dah bermacam cara dia cuba untuk rapat dengan adiknya yang seorang itu.

"Apa saja misi yang kamu lakukan?", dia mengubah topik.

"Kebanyakan misi yang kami ambil adalah rank A atau B. Kami baru selesaikan misi rank A beberapa hari lepas", kata Max.

"Ohh. Dia okey ke?", tanya Ervalen dengan risau.

"Kapten jarang cedera. Dia kan 'malaikat maut'", kata Max sambil bersandar pada kerusi.

Ervalen tersenyum saja mendengar gelaran adiknya. Dia terfikir apakah yang dilalui oleh pihak lawan sehingga dia mendapat gelaran itu. Malaikat huh... Dia membayang raut wajah adiknya yang tampan itu dengan pandangan dingin tanpa belas kasihan.

Di dalam bilik, dia berbaring di tepi katil dengan tangan di dahi. Kepalanya rasa pening. Kelopak mata dipejam.

'Sebab tak cukup tidur ke?'

Perut pun rasa tak selesa. Tidur dululah. Tadi dia bangun awal sebab dah terbiasa dengan rutin harian. Tepat jam 6 mesti dia dah bangun. Angin dari luar yang bertiup lembut membuatkan langsir beralun.