Selepas makan tengah hari Ervalen menuju ke bilik adiknya. Risau juga kalau ada apa-apa terjadi. Pintu diketuk. Hmm? Dia tidur lagi ke? Pintu diketuk sekali lagi. Bunyi tapak kaki dapat didengari. Pintu dibuka.
"Ya... Nak apa ni?", jawabnya dengan lemah.
"Taklah. Abang nak tengok kamu je. Kenapa tak pergi makan tadi?", dia perasan mukanya pucat sedikit.
"Kamu okay ke?", tanya Ervalen dengan risau.
"Hmm.. Saya nak rehat dulu kalau tak ada apa-apa lagi", balasnya. Selepas tidur tadi kepalanya masih rasa pening.
"Ahh okay. Kamu rehatlah", pintu ditutup. Ervalen berlalu pergi. Harap-harap tak ada apa-apa yang serius.
Dua biji pil diambil dalam laci. Pil ditelan bersama air. Gelas diletak pada meja di sisi katil. Telefon dicapai. Mesej yang dihantar pagi tadi dibalas dahulu. Kepala diletak atas bantal. Dia melihat senarai misi rank A yang ada.
Selepas memilih dua misi telefon diletak tepi. Dia reserve dahulu misi-misi itu untuk dilakukan bila cuti ini habis. Siling dipandang. Bunyi pintu diketuk kedengaran. Dia bangun dan duduk di tepi katil.
"Masuk"
"Saya mengganggu ke?", kata Max. Pintu ditutup.
"Memang pun", dia melihat dulang yang dibawa Max.
"Apa tu?"
"Saya dengar kamu tak berapa sihat jadi saya minta chef sediakan ni", takkan nak beritahu Ervalen minta dia hantarkan ini.
Bubur ayam dipandang. Bolehlah. Perut pun rasa kosong ni. Dia menuju ke meja putih di ruang beranda.
"Awak okay ke Kira?", kening dia berkerut mendengar nama itu.
"Jangan panggil aku dengan nama tu", Max seorang saja yang panggil dia begitu.
"Tapi saya nak juga", dia mengabaikan renungan tajam sahabatnya.
"Ah ya! Esok kita nak pergi mana?", kata Max dengan mata bersinar.
"Saya mungkin tak pergi esok. Nanti saya minta kesatria lain pergi dengan awak", bubur disuap lagi.
"Ehhh.. Tak best lah macam tu. Saya nak pergi dengan awak juga", katanya dengan nada tak puas hati.
"Aku cakap mungkin tadi kan", katanya dengan bengang.
"Hmm.. Kalau awak dah sihat esok. Kita pergi dekat tempat tu dulu", Max teringat fasal tempat yang pernah diberitahu nya.
"Tempat tu ke?", mata birunya melihat ke arah Max.
"Ya. Sejak awak beritahu dulu saya nak pergi", Max tersenyum. Lagipun ini kali pertama dia dapat berjalan di negeri ini.
"Yalah", balasnya bersahaja.
Raphael mencapai buku tebal itu lalu menekan punat pada elevator mini. Ia turun ke lantai dan dia melangkah keluar. Sebastian menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Raphael.
"Cik muda", panggil nya. Raphael menoleh.
"Barang yang Cik tempah sudah sampai"
"Okay. Terima kasih. Nanti saya tengok", Sebastian tunduk sebelum berlalu pergi.
Raphael menuju ke meja kayu dan mengemas buku-bukunya. Dia menuju ke bilik. Buku diletak tepi. Kotak besar yang diletak atas meja dilihat. Dia duduk di sofa dan menarik kotak lebih dekat.
Balutan pembalut dikoyak. Isi diletak atas meja. Kotak yang kosong diletak di lantai. Raphael memasang bahagian-bahagian yang ada menjadi satu senjata. Dipasang bersama stand. Kotak lebih kecil diambil. Batu genshi berwarna ungu saiz sederhana dimasukkan ke dalam ruangan kosong di bahagian atas senapang.
'Saya nak bagi dia cuba dululah'
Senjata diletak ke dalam beg hitam. Dia menuju ke gelanggang latihan. Mencari kelibatnya. Raphael memanggil salah seorang kesatria.
"Beritahu dia untuk jumpa saya di padang latihan", kesatria itu mengangguk faham dan bergegas pergi.
Raphael menuju ke padang yang luas saujana mata memandang dengan rumput yang menghijau dan langit biru menjadi latar. Dia mengeluarkan senjata dan diletak pada stand di atas rumput. Terdapat papan sasaran sejauh 50 meter. 10 minit berlalu bila lelaki berambut putih itu sampai.
"Maafkan saya sebab lambat", katanya. Dia mengambil nafas dahulu.
"Tak apa. Kamu sibuk ke tadi?"
"Tak juga..."
"Mari sini. Kamu cuba tembak dengan ni", Raphael menunjuk ke arah senjata.
"O-okay", dia meniarap di tanah. Raphael mencangkung dan mengalih rambutnya di sebelah kanan muka yang menutupi mata.
"Macam mana kamu boleh tengok dengan rambut begini?", katanya.
Dia tidak membalas. Mata didekatkan pada kaca mata skop. Pemacu ditekan selepas menetapkan sasaran. Peluru mengena bahagian tepi sebelah kanan. Riak mukanya berubah kecewa sedikit tanpa diketahui Raphael.
"Cuba second Vers pula", Raphael menekan butang di sebelah kanan senjata. Batu genshi menyala.
Sebaik pemacu ditekan tembakan yang berbentuk laser berwarna ungu menuju ke papan sasaran dengan cepat. Meninggalkan lubang sebesar satu inci. Riak muka lelaki itu berubah terkejut. Raphael meletakkan jari di bawah dagu.
"Macam mana? Okay?", tanya Raphael. Lelaki itu mendongakkan kepala.
"Okay...", balasnya. Kenapa dia rasa lain bila guna senjata ni?
"Kamu ambillah tu. Saya bagi", lelaki itu bingkas bangun.
"T-tapi..", mesti mahal senjata ni. Takkanlah dia nak ambil saja.
"Tak apa. Saya memang nak bagi kamu pun. Pastikan kamu berlatih selalu", kata Raphael.
"Dan...", perlukah dia beritahu? Biar dia tahu sendirilah.
"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa tanyalah", lelaki itu memandang belakang Raphael. Rambutnya beralun ditiup angin.
Headphone berwarna putih dipakai. Dia menekan simbol play di telefon. Raphael menyelak muka surat buku yang diambilnya tadi. Gambar tumbuhan dan penerangan dibaca. Ada sesuatu yang dia nak cuba. Tak pasti dapat ke tidak. Sambil itu dia mencatat di buku nota.
"Kamu buat apa tu Raphael?", kata si jejaka berambut biru. Dia melihat buku dengan lebih dekat.
"Saya nak belajar fasal ni", Raphael melonggarkan headphone.
"Ah... Fasal aquarium tu. Saya dah beli tiket", katanya.
"Bercakap fasal tu. Saya nak tahu bila aquarium tu dirasmikan", lelaki itu duduk di hadapannya.
"Lupa pula nak beritahu. Bulan 10 nanti ia dirasmikan. Tempat penginapan saya dah tempah juga", dia keluar untuk mengambil angin sekejap. Bila terlihat Raphael di taman baru dia teringat fasal tu.
"Saya nak melawat rumah kawan masa tu nanti", dia menulis di buku nota.
"Siapa?"
"Awak tahu Kerabat Artorius tinggal di sana kan?", Raphael bersandar pada kerusi.
"Ohh. Saya ada dengar mereka ambil anak angkat lagi. Kamu tahu ke fasal tu?", dia mendengar khabar angin dari pembantunya.
"Dia ke?", Raphael teringat wajah Adam.
"Kamu tahu siapa ke?", mukanya berubah riak.
"Hmm. Kebetulan pula dia sama tempat ujian"
"Apa pendapat kamu fasal dia?", katanya ingin tahu.
"Dia okay", Adam tu nampak macam budak baik. Dan naif sedikit.
"Ya ke", tunggu masa sajalah. Tak lama lagi juga.
Adam mengambil kotak yang sudah dibungkus kemas dan menuju ke ruang tamu. Seorang pekerja dari pusat penghantaran duduk menunggu di situ bersama Vyrut sambil berbincang mengenai sesuatu.
"Itu barang yang Tuan muda nak hantar?", tanyanya kepada Adam yang telah duduk.
"Ya. Saya nak bagi ibu", pekerja itu tersenyum mendengar kata Adam.
"Pembayaran sudah dilakukan. Sebelum kita mula boleh saya minta alamat?", dia menekan butang On pada sebuah objek di atas meja. Adam membalas sambil memandang ke arah objek itu.
"Ini kali pertama Tuan muda gunakan NOVA kan? Saya akan jelaskan serba sedikit mengenainya", dia mengangkat muka setelah selesai memasukkan alamat ke dalam sistem objek itu.
"Kos penghantaran NOVA lebih mahal berbanding penghantaran biasa adalah disebabkan ini", katanya lalu menunjukkan objek itu.
"Ini dipanggil Pembawa Selari atau Sync Carrier. Ia menggunakan genshi sebagai salur tenaga untuk membolehkan ia bergerak ke alamat yang diberikan. Lagi jauh tempat itu lebih banyak genshi ia perlukan. Ada juga yang panggil ini Spirit Carrier", jelasnya.
"Spirit Carrier?", muka Adam berubah keliru.
"Sekarang Tuan muda boleh salurkan genshi ke dalam ini. Berhenti bila lampu biru menyala dan fikirkan juga bentuk apa yang Tuan muda nak", dia meletakkan sebuah objek berbentuk kotak bersaiz 1x1 inci di depan Adam.
'Bentuk huh'
Adam meletakkan tangan di atasnya. Dia menyalurkan genshi sehingga bunyi Ting kedengaran. Lelaki itu mengambil dan diletakkan ke dalam ruang kosong.
Objek yang pejal pada mulanya menjadi cecair dan berubah bentuk menjadi seekor burung helang laut. Ia mengibas sayapnya. Adam memandang kagum. Ia hiduplah!
Dia mengambil kotak Adam dan dimasukkan ke dalam badan burung itu yang masih lembut. Kemudian badannya yang diperbuat dari logam itu berubah pejal. Matanya berwarna merah sama seperti genshi Adam.
Adam cuba memegang kepalanya. Burung helang itu membiarkan saja. Lelaki itu bangkit berdiri.
"Baiklah. Kita pergi lepaskan ia dahulu", mereka menuju ke padang yang luas tanpa sebarang pokok. Burung helang itu duduk diam di lengan Adam. Angin membelai lembut wajahnya.
"Hantarkan barang saya dengan selamat ya. Terbanglah", Adam mengangkat tangannya ke udara. Burung helang laut itu membuka sayapnya dan terbang tinggi sehingga ia menuju ke arah utara.
"Terima kasih sebab menggunakan perkhidmatan NOVA. May the wind come to your whisper~", katanya di hadapan pintu masuk utama sambil menunduk hormat. Selepas dia berlalu pergi seorang lagi pekerja datang sambil membawa sebuah kotak besar.
"Maafkan saya. Saya datang untuk hantar barang ini kepada Tuan Adam", katanya sambil melihat di antara Adam dan Vyrut.
"Saya Adam", dia mengangkat tangan.
"Sila tandatangan di sini", katanya sambil menghulurkan kertas yang dikepil pada papan.
"Terima kasih", Adam memberi senyuman. Kotak diambil. Berat juga. Apa dalam ni?
"May the wind come to your whisper~", ini kali pertama dia hantar barang ke kediaman Kerabat Artorius. Dia hantar terus ke sini pun sebab si pemberi yang memohon.
"Abang apa yang mereka cakap tu tadi?", Adam masih tertanya-tanya.
"Oh. Itu cuma greeting. Setiap negeri ada kata sapaan yang berbeza. Greeting tadi tu bermaksud kebebasan dan semangat keberanian, sama seperti angin yang bertiup bebas dan pada masa yang sama ia kuat seperti ribut", jelas Vyrut. Adam duduk semula di kerusi. Kotak diletak atas meja.
Vyrut sekadar berdiri di tepi melihat Adam membuka balutan kotak itu tanpa melihat nama si penghantar. Terdapat sebuah kotak dengan fabrik merah lembut pada permukaannya. Adam mengambil sampul surat di atasnya.
'Saya harap kamu suka pilihan saya - Ray Lumiere Lynx'
Adam mengeluarkan isi dan diletak atas meja. Kotak diletak di lantai. Dia mengangkat barang itu. Oh! Macam beglah. Dia memegang tali beg. Diturunkan semula lalu selak pada kotak memanjang itu dibuka.
Di dalamnya terdapat dua bilah pedang pendek dengan pemegang berwarna emas yang bercorak daun, ia diletakkan pada kedua-dua belah bahagian kotak. Di bahagian tengah pemegang terdapat lima batu genshi bersaiz kecil di kedua-dua belah bahagian. Adam mengeluarkan pedang itu dan dihala ke udara. Bilahnya bersinar.
"Kamu suka ke Adam?", tanya Vyrut. Design pedang itu macam pernah tengok saja. Ray tempah dari dia ke?
"Mestilah", balas Adam sambil tersenyum. Vyrut tak kisah asalkan Adam berpuas hati.
'Pedang tu mesti dah sampai'
Ray mengusap kepala Who. Mejanya penuh dengan kertas, buku dan alat tulis. Dia sedang membaca dan menganalisa mengenai lombong-lombong batuan genshi milik Kerabat Lynx.
"Tuan muda. Tuan Mort minta pergi ke biliknya sekarang", kata pembantu itu.
'Abang? Ada apa agaknya kali ni?'
"Baiklah. Saya pergi sekarang", Ray melangkah menyusuri koridor. Dia memandang ke luar tingkap. Langit di luar kelihatan merah jingga disebabkan kawasan ini memiliki kepekatan genshi yang tinggi yang datang dari lombong-lombong di sini. Negeri ini adalah merupakan negeri perlombongan utama di empayar.
Tetapi sejak beberapa tahun ini semakin banyak lombong dibiarkan kerana tiada lagi bekalan batuan genshi. Mereka kini sedang giat mencari kawasan perlombongan baru. Ray melangkah masuk selepas mendengar jawapan dari dalam.
"Kamu dah sampai Ray. Duduk", katanya sambil menghalakan tangan pada sofa di hadapannya. Ray mengambil duduk. Mort menghulurkan kepingan kertas yang dikepil bersama kepada Ray.
"Baca tu dulu", katanya. Dia mengambil golongan kertas besar dan dibentangkan atas meja. Tertera peta kawasan perlombongan.
"Abang nak saya uruskan ini?", Ray mendongakkan kepala selepas selesai membaca.
"Ya. Mereka ada jumpa sebuah gua yang agak besar di sini. Abang nak kamu pergi lakukan pemeriksaan dengan pasukan pencarian", Mort menunjuk lokasi gua itu di peta. Ray melihat jari telunjuk abangnya.
"Bukan gua tu dekat Hutan Larangan ke?", kata Ray dengan risau.
"Jadi? Kamu tak akan pergi seorang Lumiere. Saya bagi masa 2 ke 3 minggu untuk kamu selesaikan ini. Ada soalan?", kata Mort tanpa berubah riak.
"Boleh saya bawa Who?", kata Ray perlahan.
"Suka hati kamu. Pastikan ini selesai nanti"
"Baiklah. Saya akan pastikan misi ini berjaya", Ray melangkah keluar.
Mort memandang semula lokasi gua itu. Dia risau juga mahu menghantar Ray ke situ. Lokasinya terletak di bahagian Luaran Hutan Larangan. Ia dipanggil begitu sebab raksasa di situ adalah dari rank C ke A. Menurut khabar angin terdapat seorang 'penjaga' di hutan itu yang dikatakan oleh tenshiz yang pernah masuk ke situ.
Itu pun mereka berjaya keluar dengan kecederaan yang serius. Mujurlah ada orang kampung yang lalu di luar kawasan hutan itu.
Mort menuju ke tingkap di belakang meja. Dia melihat gunung ganang yang tidak jauh dari kediaman ini.