Anak panah tepat mengena tengah papan sasaran. Dia mengambil lagi anak panah. Tali ditarik hingga paras dagu.
"Tuan Noah", sapa suara dari belakangnya. Dia melepaskan anak panah dahulu sebelum menoleh. Ian tersenyum.
"Kenapa?", kata Noah. Dia tak sangka juga Ian balik sendiri ke sini tanpa adiknya. Ada sebab ke?
"Tuan muda baru sampaikan mesej tadi. Dia baru bertolak. Mereka akan sampai dalam beberapa hari lagi", kata Ian.
"Mereka? Dia ada bawa kawan ke?", tanya Noah.
"Hehe. Tuan tunggu saja lah", kata Ian sambil tersengih. Ian tunduk dan berlalu pergi. Noah tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan Ian. Rasanya bukan Ray. Hm...
Adam memeluk erat ibunya dan mengucup pipi dan tangan sebelum melepaskan pelukan. Dia menatap lama wajah ibunya.
"Belajar rajin-rajin dekat akademi nanti. Jangan buat perkara tak elok dekat tempat orang", pesan si ibu. Adam tersenyum.
"Okay. Adam ingat pesan ibu. Adam pergi dulu ya", dia mencium tangan ibunya lagi. Dia melambai sebelum berlalu pergi. Bila mereka melintasi rumah Anna, Anna berlari-lari anak ke arahnya. Dia menghulurkan bungkusan berisi sandwich.
"Terima kasih Anna", kata Adam. Anna melambai ke arah mereka. Itu kali terakhir di dapat melihat Adam.
Sampai di stesen kereta api. Tiket dibeli untuk pergi ke negeri seterusnya. Mereka masuk ke gerabak nombor 4. Di dalamnya terdapat katil dua tingkat. Ruangnya tidak terlalu sempit. Ray mengambil katil atas. Vyrut dan Adam ambil katil bawah. Tidak lama selepas itu, kereta api itu bergerak. Perjalanan memakan masa sehari setengah. Verharen terletak jauh dari tempat tinggal Adam. Ia adalah bandar pelabuhan yang dekat dengan laut. Adam tak sabar nak sampai.
Mereka makan tengah hari di gerabak seterusnya yang menempatkan cafe. Selesai makan, mereka duduk berehat di situ. Vyrut membaca buku. Ray pula main game phone. Adam melihat ke luar tingkap. Kereta api sedang melintasi kawasan penternakan. Terdapat berpuluh ekor kambing dan juga lembu sedang meragut rumput yang menghijau saujana mata memandang.
Vyrut membuka tingkap bilik. Membiarkan angin masuk. Adam bersiap-siap untuk tidur. Bantal ditepuk-tepuk. Dia baring menghadap tingkap. Pokok kelihatan bergerak laju. Matanya mula kuyu dan dia masuk ke alam mimpi.
Esok paginya, mereka bersarapan. Cafe penuh dengan penumpang lain. Suasana riuh rendah dengan suara penumpang. Adam melihat penumpang lain. Ada beberapa orang Elf dan demi-human, yang selebihnya orang biasa. Adam menutup telinganya dengan rambut. Half elf sepertinya jarang ditemui. Dia risaukan pandangan orang.
"Kenapa Adam?", kata Vyrut.
"Tak ada apa-apa lah", Adam menggeleng. Ray menghala garpu yang dicucuk pancake madu ke arah Adam. Adam menyambut suapan. Madu ni sedaplah.
Beg disandang. Sekejap lagi kereta api nak sampai ke stesen. Penumpang berpusu-pusu keluar ke platform. Mereka terus berjalan keluar dari stesen itu. Adam melilau memerhati stesen yang nampak berbeza dari stesen di tempatnya. Di sini terdapat lebih ramai orang. Adam melihat ke arah skrin besar di atas yang menayangkan iklan.
Sudah masuk waktu tengah hari. Mereka membeli kebab daging dari food truck. Adam menggigit dahulu. Hm?! Sedap nya. Selepas itu, mereka berjalan-jalan dahulu. Ray perasan ada seorang lelaki berambut hijau mint di celah-celah orang ramai. Macam kenal je.
Vyrut singgah di kedai peralatan dan senjata. Dia menuju ke kaunter. Adam melihat senjata dan baju-baju yang dipamerkan. Matanya terbeliak melihat harga pedang di dalam kotak kaca. Harganya mencecah lima juta. Ray pula melihat aneka jenis tombak yang pelbagai bentuk.
"Kamu tengok apa tu Adam?", kata Vyrut. Dia melihat aksesori rantai dengan pelbagai design.
"Lepas ni kita nak pergi mana?", tanya Adam.
"V. Kamu beli apa tadi?", tanya Ray pula.
"Tak adalah. Saya ambil order abang je", kata Vyrut. Abangnya ada order beberapa set anak panah baru.
Sampai di stesen bas, hari telah pun senja. Termasuk mereka terdapat 10 orang penumpang sahaja dalam bas ini. Vyrut dan Adam duduk bersama di kerusi berkembar. Ray duduk di barisan sebelah kanan. Mereka makan dahulu bento yang dibeli tadi. Sepanjang perjalanan Adam melihat ke luar tingkap. Malam sudah melabuhkan tirai. Adam tidur berbantalkan bahu Vyrut.
Vyrut memakaikan selimut sebelum tidur. Ray masih lagi dengan phone di tangan. Penumpang lain sudah pun lelap.
Esok pagi, bas berhenti di stesen. Vyrut bertanya dengan orang yang lalu lalang. Kemudian mereka tiba di hotel. Esok mereka akan bertolak. Jadi hari ini mereka berehat dulu. Selepas sarapan, Adam berlatih dulu. Sebelah petang, mereka bersiar-siar di sekitar bandar dan sempat membeli beberapa barangan tempatan.
"Adam. Saya dah nak balik esok. Jom selfie kejap", ajak Ray.
"Selfie? ", apa tu? Ray mendekati Adam dan menghalakan kamera pada muka mereka. Ray menunjukkan gambar di phone. Adam melihat gambar.
"Selfie dengan abang juga boleh?", Adam duduk di tepi katil Vyrut. Ray berdiri di sebelah Adam. Vyrut hairan. Kenapa berkumpul dekat sini? Dia melihat Ray memegang phone. Oh nak selfie ke.
"Adam fasal kamu punya pedang tu. Nanti saya hantar terus ke rumah V", kata Ray.
Selepas mengambil beberapa selfie lagi mereka masuk tidur.
Esok pagi mereka naik bullet train dan menuju ke negeri seterusnya. Jam 2 petang, kereta api berhenti di stesen utama. Sampai di luar stesen, kelihatan sebuah kereta kuda moden.
"Adam saya pergi dulu ya. Tolong jagakan V untuk saya", sempat lagi Ray berpesan. Dia melambai dari tingkap.
Adam melihat kereta kuda itu berlalu pergi sehingga jauh dari penglihatan. Dia melihat suasana bandar yang jauh berbeza berbanding tempat yang dia pernah singgah. Terdapat banyak golongan dwarf dan demi-human di sini. Infrastruktur bandar ini juga lain. Ada banyak lampu kristal tergantung di serata bandar.
Vyrut menghampiri seorang pemandu kereta kuda dan memberitahu destinasi seterusnya. Adam masuk ke dalam dan duduk pada kusyen yang empuk.
"Tempat ni terkenal dengan kualiti pembuatan senjata dan pelbagai jenis peralatan. Negeri ini adalah pengeluar utama kristal genshi. Itu salah satu dari lombong kristal", Vyrut menunjuk ke arah bukit dengan tanah berwarna merah.
Vyrut mengeluarkan kotak kecil dari poket seluar. Dia beralih ke sebelah Adam dan memasang sesuatu di lehernya.
Adam menyentuh loket bertatahkan kristal genshi ruby. Dia menoleh ke arah Vyrut.
"Saya beli ni masa kita singgah dekat kedai senjata masa tu. Rantai ni ada Storage jadi kamu boleh simpan barang", kata Vyrut. Jari jemari Adam bermain dengan rantai itu.
"Terima kasih abang", Adam tersenyum.
"Kita akan sampai esok pagi kalau tak ada halangan", kata Vyrut. Dia mengusap rambut Adam.
Mereka sampai di jeti. Vyrut membeli tiket. Adam melihat feri besar yang mampu memuatkan 100 buah kereta dalam satu-satu masa. Vyrut menggenggam tangan Adam. Bimbang nanti dia sesat pula. Banyak orang di situ. Mereka menuju ke restoran untuk makan malam dulu.
"Abang. Saya dah ni", Adam mengelap rambut dengan tuala.
"Erm", balas Vyrut. Dia meletak telefon hologram di meja.
"Abang buat apa tu?"
"Cakap dengan Ian yang kita sampai pagi esok", Vyrut mengambil tuala.
Adam melihat bulan di luar beranda. Air sungai kelihatan bersinar di bawah cahaya bulan. Angin menampar lembut pipinya. Dia masuk ke dalam semula dan menuju ke Vyrut yang duduk di tepi katil lalu dipeluk lengannya.
"Kenapa ni?", Vyrut mengusap rambut Adam. Manja betul lah.
"Nak peluk abang je", kata Adam. Dia melihat buku di tangan Vyrut. Apa ni? Bahasa apa ni? Berkerut-kerut kening Adam cuba memahami perkataan asing itu.
"Tak payahlah baca kalau tak faham. Nanti kamu belajar bahasa ni dekat akademi nanti", Vyrut menjentik dahi Adam.
"Boleh ke?", Adam menyentuh dahi yang terasa perit.
"Kamu boleh pilih nak belajar mana satu", kata Vyrut lagi.
Adam membayangkan rupa akademi dan dirinya memakai uniform. Tahun depan dapatlah dia mula belajar.