Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 26 - BAB 18

Chapter 26 - BAB 18

Raphael melangkah menyusuri koridor menuju ke bilik bacaan. Di tangannya terdapat kotak berisi badge. Pintu diketuk.

"Masuk"

Seorang lelaki berusia 40-an sedang meneliti dokumen. Dia memandang ke Raphael dengan mata birunya.

"Raphael"

"Kenapa Tuan panggil saya?", kata Raphael.

"Macam mana dengan ujian tu? Saya dengar ada sesuatu terjadi", katanya.

Raphael meletakkan kotak di atas meja. Dia mengambil dan membuka kotak. Badge berbentuk sayap terletak elok dengan batu moonstone yang bersinar. Jadi ini badge untuk Ujian SS huh?

"Tahniah. Jadi... kamu ada apa-apa yang diinginkan?", badge diletak tepi. Dia melihat ke arah Raphael. Gadis ini jarang tersenyum di hadapannya.

"Hmm... Kalau begitu saya nak Tuan buat tempahan khas", kata Raphael. Dia tak ada apa yang diinginkan. Memandangkan dia dengan mudah dapatkannya. Tapi model terbaru tu belum masuk pasaran lagi jadi dia nak buat tempahan awal.

"Baiklah. Apa yang kamu nak?"

"Saya nak DVL - 10M3 dengan batu genshi elemen elektrik", kata Raphael.

"Albert. Sediakan seperti yang dia nak", arah Tuan Ephriem kepada pembantunya.

"Baik Tuan"

"Terima kasih. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu", kata Raphael. Raphael mengambil semula kotak.

"Cik muda", panggil Albert.

"Ada apa?", Raphael menoleh. Dia dah lambat nak berlatih ni.

"Ada surat untuk Cik muda", kata Albert.

"Okay...", Raphael melangkah keluar.

Dia menuju ke tempat berlatih kesatria. Mereka sudah mula berlatih. Kelihatan seorang lelaki berambut putih yang menutup sebahagian mukanya sedang berlatih dengan salah seorang kesatria. Bila dia terlihat Raphael dia cakap sesuatu dengan kesatria itu sebelum menuju ke arah Raphael.

"Cik muda buat apa dekat sini?", katanya.

"Tak ada apalah. Lepas ni kamu datang jumpa saya. Saya ada sesuatu untuk kamu", kata Raphael.

"Okay... Saya pergi dulu"

Raphael menuju ke taman dan berhenti di depan sebatang pokok berdaun kuning keemasan. Daun pokok itu bersinar di bawah cahaya matahari. Dia mengeluarkan pedang dan mula berlatih. Selepas puas menghayunkan pedang Raphael duduk di bawah pokok. Dia mengeluarkan botol air lalu diminum.

Sepasang telinga gebu menjenguk di sebalik pokok. Dia melihat ke arah Raphael sebelum menghampirinya. Raphael menoleh. Dia datang lagi nampaknya. Si arnab duduk di tepinya. Raphael mengusap lembut rambutnya. Si arnab melihat ke arah pedang di tepinya. Dia menyentuh batu genshi berwarna biru laut. Tiba-tiba tangannya terasa seperti terkena renjatan elektrik. Si arnab terus berlari ke sisi sebelah Raphael. Dia memandang takut ke arah pedang itu.

Raphael tersenyum saja. Puak Spirit Bunny agak sensitif dengan genshi. Batu genshi miliknya ada tahap kapasiti genshi yang tinggi. Mesti dia terkejut tadi. Raphael mengusap rambut si arnab. Cuba menenangkan dia.

Raphael memimpin tangan si arnab. Dia menuju ke biliknya. Raphael melihat seorang lelaki berdiri di muka pintu biliknya.

"Cik muda", katanya. Dia melihat si arnab di sisi Raphael.

"Boleh kamu minta Chef sediakan makanan. Untuk dia juga", kata Raphael.

"Baiklah", katanya lalu dia berlalu pergi.

Raphael masuk ke bilik. Dia meletakkan si arnab di kerusi. Pedang diletak tepi. Dia mencapai rod hologram di atas meja. Butang ditekan. Terpapar skrin hologram di depannya. Dia mencari mesej yang dikatakan Albert. Si arnab memerhati sekeliling bilik.

Dia menekan ikon dengan simbol mahkota. Surat dari dia ke? Raphael membaca dahulu. Hmm.. Dia perlu pergi ke sana esok nampaknya. Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Lelaki tadi masuk sambil membawa dulang besi. Dia meletakkan pinggan di atas meja. Sandwich ayam diletak di hadapan si arnab. Si arnab mencium bau sandwich, dia terus mencapai sekeping.

"Cik muda makanlah dulu. Surat tu dari dia ke?", katanya.

"Erm. Saya nak pergi ke sana esok. Kamu pergi dengan saya", rod hologram ditutup. Raphael menuju ke meja.

"Okay", balasnya. Bunyi pintu diketuk kedengaran lagi. Lelaki berambut putih tadi melangkah masuk.

"Kamu dah habis berlatih ke?", tanyanya.

"Sudah", balas lelaki itu. Dia melihat ke arah si arnab yang sedang makan.

Setelah selesai makan, Raphael mengeluarkan sekotak manisan dari badge yang dipakainya. Dia menghulurkan kotak kepada lelaki tadi.

"Kamu berdua kongsilah", kata Raphael. Si arnab memandang ke arah kotak. Ingin tahu apakah isi di dalamnya.

"Ah.. Ini manisan dari kedai Chocolate Heaven's kan? Sempat juga Cik muda beli", katanya.

"Terima kasih Cik muda", kata lelaki itu. Dia dah tak sabar nak makan.

Pada sebelah petang Raphael membawa novel dan menuju ke taman. Dia duduk di bawah pokok tadi. Angin membelai lembut pipinya. Si arnab tadi hanya duduk di tepinya dengan sekuntum bunga tulip. Si arnab mencium bau bunga itu. Seorang lelaki berambut dan bermata biru mendekati Raphael. Raphael mendongak.

"Raphael...", katanya.

"Ada apa?", kata Raphael. Dia duduk di sebelah si arnab dan mengusap rambutnya.

"Tak ada apa", katanya. Dia melihat novel di tangan Raphael.

Raphael sambung membaca. Lelaki itu menghulurkan sepeket biskut kepada si arnab. Si arnab tersenyum.

"Macam mana dengan ujian tu?", katanya.

"Okey", Raphael membuka muka surat seterusnya.

"Ya ke", masing-masing membisu. Raphael melihat ke arahnya. Dia nak apa ni?

"Kamu ada sesuatu nak beritahu saya ke? Cakaplah"

"Ah... saya dengar ada akuarium baru dibuka dekat Verharen. Ia akan buka tak lama lagi. Kamu nak pergi ke?", katanya.

"Akuarium?", kata Raphael. Verharen huh? Dia tinggal dekat sana kan?

"Hmm... Boleh juga. Kamu pergi juga kan?", kata Raphael.

"Ya. Kalau begitu saya beli tiket awal. Kamu nak bawa sesiapa ke?", katanya.

"Saya bawa pembantu saya sekali. Kamu bawa dia kan?", kata Raphael.

"Ya", balasnya.

"Kamu nak ikut saya pergi ke bandar? Saya nak beli buku", tanya Raphael. Dia cuma rapat dengan lelaki ni saja.

"Boleh juga. Bila kamu nak pergi?"

"Lusa lah. Esok saya ada hal", kata Raphael.

"Okay. Saya pergi dulu", katanya. Raphael memandang dia berlalu pergi. Si arnab sibuk menyumbat biskut.

Ray mengelap peluh yang mengalir di pipinya. Matanya fokus ke arah pihak lawan. Ray melancarkan serangan seterusnya. Tombak dihayun. Kesatria itu membalas. Ray menghalang dengan menghala hulu tombak ke arahnya. Selepas seketika mereka berhenti. Ray meneguk botol minuman. Baru rasa lega tekaknya.

"Pergerakan Tuan muda dah semakin tangkas. Tapi tak apa ke berlatih ni?", kata si kesatria. Dia tahu bahu Ray belum sembuh sepenuhnya lagi.

"Tak apa. Saya nak berlatih sekejap je", Ray berlalu pergi. Dalam perjalanan menuju ke biliknya dia terserempak dengan abangnya.

"Ray. Kamu... berlatih ke tadi?", tanyanya.

"Saya berlatih sekejap", Ray mengelak pandangan abangnya.

"Kamu tahu tak boleh berlatih dulu buat masa ni. Jangan sampai saya nampak kamu nanti", dia memberi amaran. Ray menunduk memandang lantai.

"Baik...", Ray menunduk sebelum berlalu pergi. Si pembantu melihat belakang Ray.

"Tuan. Tak apa ke cakap macam tu", mereka sambung berjalan.

"Biarkan dia. Sampai bila nak layan dia macam tu", katanya. Pembantunya tersenyum saja. Dia nampak saja garang tapi dia ingat lagi siapa yang gelabah hari tu.

Ray membersihkan diri. Telefon di atas meja dicapai. Dia mencari ikon dengan gambar Vyrut. Mesej ditaip dan dihantar. Ray mencapai baju yang disangkut pada pengangkut kayu. Dia menuju ke ruang makan. Ibu bapa dan adik beradiknya sudah pun duduk. Cuma menunggu kedatangan Ray. Dia duduk di kerusi ketiga sebelah kiri.

Ray menyua penyepit dengan daging mentah ke arah mulut burung hantu peliharaannya. Who si burung hantu berbulu putih menyepit daging dengan paruhnya. Telefon dia berbunyi. Ray mencapai dan melihat mesej yang dihantar Vyrut. Dia tersenyum nipis. Who berkicau pada Ray.

"Hmm. Lapar ke. Nah", Ray menyua lagi. Ray melihat gambar yang dihantar Vyrut.

Ray menghala kamera telefon ke arah Who. Cahaya dari lampu kamera menyebabkan Who mengibas sayapnya.

"Eh? Lupa nak tutup flashlight. Sorry Who", Ray ambil gambar sekali lagi dan dihantar.

Vyrut mencapai telefon. Dia melihat gambar Who. Dah lama dia tak lihat Who. Burung hantu yang mereka selamatkan. Vyrut menaip sesuatu sebelum tangannya mencapai pen.