Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 27 - BAB 19 - 2nd Arc: The Dark Red Sun

Chapter 27 - BAB 19 - 2nd Arc: The Dark Red Sun

Selepas menaiki Sky Train Express selama 2 hari Christopher sampai ke bandar terdekat dengan sempadan. Jam 2 petang dia turun dari kereta api dan menaiki kereta menuju ke sempadan. Si arnab melihat ke luar tingkap. Beberapa orang arnab melihat kereta itu bergerak laju ke destinasi.

Kereta itu berhenti di hadapan gerbang besi yang besar. Chris melangkah keluar dari perut kereta. Dia scan kad ID dan cap jari. Pintu gerbang itu terbuka menunjukkan ruang dalam. Si arnab mengekori Chris. Beberapa orang kesatria yang lalu lalang tabik hormat ke arah Chris.

Sekumpulan arnab menuju ke arah Chris dan tersenyum ke arahnya. Chris melutut dan mengusap rambut mereka.

"Kenapa lama sangat?", kata suara dari belakangnya.

Chris menoleh. Muka lelaki itu berkerut sedikit. Chris menuju ke arahnya dan mengusap rambutnya.

"Kenapa? Rindu abang ke?", senyum Chris.

"Mana ada", dia menepis tangan Chris.

"Tuan ada beli ke?", katanya sambil menghulurkan tangan.

'Formal nya', fikir Chris. Dia mengeluarkan beberapa kotak manisan yang dijanjikan. Kotak diambil dan dia berlalu pergi.

"Nak pergi mana tu. Tolong abang dulu", Chris memaut bahunya. Mereka menuju ke meja kayu yang terletak berdekatan dengan dewan makan. Chris mengeluarkan kesemua kotak ke atas meja. Si arnab duduk di kerusi kayu.

"Tolong letak dalam ni", Chris menghulurkan beg kertas saiz sederhana. Dia menyambut dan terus membuka kotak. Chris membuka kotak lain. Si arnab melihat ke arah deretan kotak manisan.

"Tuan", kata seorang kesatria. Dia menuju ke arah Chris. Meja itu dipenuhi dengan timbunan kotak manisan.

"Tolong saya bawa ke dalam", kata Chris sambil menunjuk ke arah dewan. Si kesatria mengangguk dan mengambil beberapa kotak.

Chris melihat adiknya menghulurkan paket biskut kepada si arnab yang berkerumun di sekeliling seorang demi seorang.

"Tuan.. Saya dah habis letak ke dalam", kata si kesatria. Chris menoleh. Dia menghulurkan sekotak manisan kepadanya.

"Ini untuk kamu", kata Chris.

"Eh. Saya boleh ambil satu kotak ni?", katanya.

"Mestilah. Kamu pergilah rehat dulu", kata Chris. Si kesatria tabik hormat dan berlalu pergi.

'Hmm. Dia dari puak Rubah Merah huh', fikir Chris. Puak itu terkenal dengan warna merah yang menonjol dan mata biru. Kesatria tadi masih seorang kadet dalam lingkungan umur 15 atau 16.

"Tuan sudah ke?", katanya. Mata biru laut memandang Chris dengan bosan. Ingatkan boleh rehat terus tadi tapi kena buat ni pula.

Chris memanggil beberapa orang kesatria lain dari dewan untuk membantu mengagihkan yang selebihnya. Mereka berdua menghantar si arnab kepada penjaganya.

"Maafkan saya sebab menyusahkan Tuan. Dia tak ada buat hal kan?", kata abang si arnab.

"Tak ada lah. Dia budak baik. Kamu makanlah ni nanti", Chris menghulurkan kotak. Si arnab melambai ke arah Chris.

Selepas membersihkan diri mereka menuju ke dewan untuk makan malam.

"Ambilkan untuk abang juga", kata Chris.

"Tuan nak yang mana?", katanya.

"Kamu pilihlah", Chris mengambil tempat duduk berdekatan tingkap.

"Boleh saya duduk sini?"

"Oh. Ivan duduklah", Ivan letak pinggan di hadapannya.

"Macam mana dengan ujian tu?", Ivan membuka bicara.

"Hmm", Chris teringatkan Raphael dan Ray.

"Ada dua orang ambil Ujian SS kali ni", katanya.

"Ohh. Okay ke?"

"Erm. Mereka peserta paling cemerlang saya jumpa setakat ni", kata Chris.

"Selamat petang Tuan Ivan", katanya. Pinggan diletakkan di hadapan Chris. Chris melihat lauk yang dipilih adiknya. Hmm. Dia marah dengan aku ke?

'Dia ambil masa lebih lama dari yang dia jangka kan. Mesti dia dah tunggu lama', fikir Chris. Mereka dua beradik bekerja jauh di sempadan jadi jarang dapat pergi ke bandar.

"Saya dengar ada beberapa orang ahli kerabat ambil ujian dekat situ", sambung Ivan. Sambil bercerita dia menyumbat makanan.

"You heard it right. Saya sendiri ada jumpa mereka juga", Chris menyuap sesudu.

"Jadi merekalah yang ambil Ujian SS tu?"

Chris mengangguk. Adiknya mendengar sahaja dua orang di hadapannya berborak. He's not really curious about it.

Selesai makan, Chris menuju ke bilik untuk berehat awal. Adiknya menuju ke tembok sempadan. Dia memang suka tempat tinggi.

Esok pagi Chris melaporkan diri. Melaksanakan pelbagai tugas seperti mengawasi orang bawahannya dan juga latihan kesatria lain. Chris membaca dokumen di tangannya. Hmm..

Bunyi pintu diketuk kedengaran. Seorang lelaki beruniform melangkah masuk dan tabik hormat.

"Tuan saya ada laporan untuk disampaikan", katanya dengan riak muka gelisah.

"Teruskan"

"Pasukan rondaan ada terjumpa kesan-kesan pertarungan dekat Zon B9", jelasnya.

"Hantar semua laporan kepada saya secepat mungkin", riak muka Chris berubah. Pena diletak ketepi. Kesatria itu berlalu keluar. Chris memegang kepala. Tiba-tiba rasa pening pula.

Sejam kemudian kesatria tadi datang semula membawa laporan. Chris membaca dengan teliti dan melihat gambar yang diambil. Jumlah mangsa yang terselamat. Sifar.

Chris menghentak tangan pada meja. Kenapa waktu begini perkara ni terjadi. Dia memandang sayu ke arah gambar mangsa. Ada juga kanak-kanak yang terkorban. Disebabkan ketamakan mereka.

Chris mencapai jaket dan menuju ke tembok. Angin menderu-deru menampar pipinya. Dia memandang ke arah luar tembok. Pokok saujana mata memandang memenuhi pemandangan. Chris menutup mata. Bayang-bayang hitam keluar dari bayang-bayang di bawah kakinya.

Bayang-bayang itu bergerak dengan laju dia antara pokok-pokok dan menuju ke tempat kejadian. Chris dapat melihat tempat itu dengan genshinya. Terdapat sisa-sisa pertarungan seperti yang dilaporkan. Masih terdapat beberapa orang kesatria di situ. Dia dapat melihat barisan mayat ditutupi plastik hitam. Chris melihat setiap ceruk. Mencari sesuatu.

Dia terjumpa sesuatu yang melekat di celah-celah ranting kayu. Chris membuka mata. Objek tersebut turut muncul di tapak tangannya. Hmm. Apa benda ni? Dia letakkan ke dalam sapu tangan dan disimpan ke dalam poket seluar.

"Tuan buat apa dekat sini?", kata adiknya. Chris menoleh ke arah pintu masuk di sebelah kanannya. Dia melangkah ke arahnya.

"Tak ada apalah. Abang nak ambil angin je", Chris menepuk bahunya dan berlalu pergi. Dia memandang keliru ke arah abangnya.

Semasa dia menuju semula ke office, si arnab berlari ke arahnya dan memaut kakinya. Chris tersenyum lalu mendukung si arnab.

"Kenapa lari ni?", si abang tercungap-cungap mengambil nafas.

"Eh. Tuan! Maafkan saya. Dia ni memang nakal sikit", kata si kesatria.

"Tak apa. Dia cuma nak main dengan orang", Chris mengusap lembut rambut si arnab. Si arnab membulatkan mata ke arah abangnya.

"Kenapa buat muka macam tu?", Chris mencuit hidung si arnab.

"Kamu pergilah. Nanti saya tengok-tengokkan dia ni"

"Eh. Tak apa ke. Saya menyusahkan Tuan je", dia menjawab dengan kekok. Dia tahu adiknya suka dengan lelaki itu.

"Tak apa. Kejap saja pun. Pergilah", Chris tahu dia ada latihan petang ni. Dia berlalu pergi ke tempat latihan.

Chris meletakkan si arnab di sofa. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Chris meletak beberapa keping kertas dan sebatang pensel untuk si arnab menconteng. Beberapa minit kemudian bunyi pintu diketuk kedengaran. Seorang kesatria masuk bersama beberapa dokumen di tangan. Dia menoleh ke arah si arnab sekejap.

"Kamu letak saja atas meja. Nanti saya tengok", kata Chris.

"Tuan dah tahu ke fasal tu?", katanya selepas meletakkan dokumen.

Chris bangun dan mengeluarkan objek dari poketnya lalu dihulurkan kepada penolong nya. Dia menyambut dan membuka lipatan sapu tangan itu. Matanya meneliti objek di depan mata.

"Saya nak kamu siasat dan cari mengenai 'tu'. Secepat mungkin", arah Chris.

"Baiklah", dia tabik hormat. Si arnab menarik seluarnya. Dia melihat ke bawah. Mata si arnab yang bundar merenung ke arahnya. Dia memandang dengan perasaan ingin tahu ke arah objek di tangannya.

"Dan tolong ambilkan snek dekat dewan makan nanti. Untuk dia juga", sambung Chris sambil tersenyum ke arah si arnab. Dia berlalu keluar.

Chris duduk di kerusi kulit. Dia mencapai dokumen baru.