Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 24 - BAB 17

Chapter 24 - BAB 17

Angin Menderu masuk dari tingkap. Tabir beralun ditiup angin. Vyrut membuka mata bila loceng dari telefon hologram berbunyi. Dia menoleh ke sebelah kiri. Adam tidur sambil memegang lengannya. Vyrut menopang dagu. Dia dapat melihat telinga Adam yang runcing sedikit.

Macam mana dia nak cakap dengan abangnya nanti. Adam adalah half elf pertama yang dia jumpa. Apatah lagi abangnya. Tapi yang dia pasti keluarganya okey saja dengan Adam.

"Adam bangun. Dah pagi ni", Vyrut menepuk bahu Adam.

"Nngghh...", kening Adam berkerut menahan sinar matahari.

Vyrut bangun dan mencapai tuala. Adam menguap. Dia mengemas katil dulu sementara menunggu Vyrut. Setelah membersihkan diri ala kadar mereka berlalu ke restoran. Vyrut memimpin tangan Adam.

Adam melihat pelbagai jenis lauk yang sedia terhidang. Dia terus mencapai pinggan. Mereka duduk di bahagian beranda. Menghadap laut. Suasana yang riuh rendah tidak menghalang mereka menikmati sarapan. Adam menyuap nasi kismis dan ayam panggang. Vyrut pula makan roti bakar, sosej daging dan salad. Jam 8 feri akan sampai ke jeti.

Adam melihat ke arah daratan yang semakin dekat. Vyrut bersandar pada pintu. Melihat Adam dari belakang. Dia mencapai tangan Adam.

"Jomlah. Kejap lagi nak sampai", kad bilik dihantar ke kaunter. Mereka menunggu di bahagian atas feri.

Feri itu perlahan-lahan berhenti di jeti. Beberapa buah kereta bergerak keluar dahulu. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Mereka berjalan berpimpin tangan. Setelah keluar dari kesesakan, Vyrut menuju ke lorong belakang bangunan. Sebuah kereta kuda sudah menunggu di situ. Mereka terus masuk.

"Rumah abang dekat mana?", tanya Adam. Kereta kuda itu melalui jalan yang jauh dari kesesakan bandar.

"Nanti kamu tengoklah", Vyrut tersenyum.

Beberapa minit kemudian kereta kuda itu melalui jalan berbukit. Adam cuba melihat ke hadapan dari tingkap tapi tak dapat. 15 minit menunggu Adam dapat melihat sebuah rumah agam di sebalik selekoh. Rumah agam beratap putih dapat dilihat. Tak lama selepas itu kereta kuda berhenti. Bunyi pintu pagar dibuka kedengaran. Kereta kuda berhenti di hadapan pintu masuk utama.

Vyrut membuka pintu dan menapak keluar. Adam turut keluar. Kereta kuda berlalu pergi. Dia melihat corak pada pintu kayu berkembar diri hadapan. Vyrut baru sahaja mahu buka pintu sebelum sesuatu memeluk kakinya. Dia menoleh ke bawah.

Sepasang telinga kucing berwarna kelabu menyapa pemandangannya. Si kucing tersenyum gembira kepada Vyrut.

Vyrut mendukung si kucing. Dia sempat lagi mencium pipi Vyrut.

"Kucing?", Adam melihat ekor dan telinganya. Ekor si kucing bergerak-gerak.

"Erm. Abang dia kesatria di sini. Mereka semua tinggal dekat asrama sebelah sana", Vyrut melihat ke arah rimbunan pokok kayu Oak di bahagian sebelah kanan rumah agam.

Adam membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki yang serupa dengan Vyrut menunggu di tengah lobi.

"Selamat pulang. Ada yang dah jumpa kamu dulu nampaknya", dia mengusap rambut si kucing. Vyrut menurunkan si kucing.

"Saya dah balik", senyum Vyrut. Ian mendukung si kucing. Pagi-pagi lagi dah sibuk jumpa orang.

"Ian. Kamu bawa tetamu kita ke bilik dulu", katanya. Adam mengikut Ian. Dia ke yang dimaksudkan Ian?

Setelah mereka hilang dari pandangan, dia mencium pipi Vyrut.

"Abang ni", nasib baik tak ada orang. Vyrut menolak lengan Noah.

"Hehe", dia mengusap rambut Vyrut.

"Macam mana dengan ujian tu?"

"Mestilah saya boleh. Tak susah pun", Vyrut tersengih. Noah mencubit pipi dia.

"Kamu ada sesuatu nak beritahu abang ke?", Vyrut menggosok pipi yang terasa perit.

"Saya nak cakap fasal Adam", mereka berjalan menuju ke taman bunga di belakang.

"Apa kamu nak cakap?", Noah mendahului di depan. Mereka berada di dalam terowong yang ditumbuhi bunga berwarna putih.

"Saya... pilih dia", kata Vyrut. Noah menoleh.

"Ya ke. Baguslah tu. Kenapa kamu pilih dia?", nampaknya ujian tu adalah pertemuan antara mereka. Dia ingatkan Vyrut mungkin ambil masa lagi untuk pilih.

"Dia tinggal sini jadi abang dapatlah kenal dia sendiri", kata Vyrut.

"Okay. Malam ni kita buat barbeku. Ajaklah dia sekali", kata Noah.

"Erm. Hmm... Abang ada sesuatu saya belum beritahu lagi, Vyrut menyilang tangan.

"Ya..."

"Adam sebenarnya... half elf", kata Vyrut perlahan.

"Owh?", that's quite a plot twist.

"Janganlah risau. Abang okey je dengan siapa kamu pilih. Hm... Tapi abang tak tahu yang lain tu macam mana", Noah menepuk bahu Vyrut.

"Mereka dekat mana sekarang?", tanya Vyrut. Abangnya yang seorang tu mungkin sukar sikit nak terima Adam.

"Dia dekat laut sekarang. Tak lama lagi baliklah tu. Yang lain ada ambil misi. Dia pula balik petang ni", jelas Noah.

"Owh. Saya nak masuk bilik dulu lah", Vyrut berlalu pergi. Noah melihat adiknya pergi. Adam ya?

"Sini bilik kamu. Rehatlah dulu", kata Ian. Si kucing meronta minta dilepaskan. Ian turunkan ke bawah. Adam melihat sekeliling bilik. Bilik ini jauh lebih besar dari bilik di rumahnya. Bilik itu dihiasi dengan warna serba merah. Si kucing meluru ke arah meja yang terdapat sebakul buah dan beberapa balang biskut. Dia cuba mencapai balang biskut.

"Tak boleh ambil tu lah", tegur Ian. Telinga si kucing terus kuyu mendengar kata Ian.

"Saya pergi dulu ya tuan muda", Ian memimpin tangan si kucing.

Adam meletakkan beg dan kotak kayu di tepi katil. Nanti dia kena kemas barang pula. Dia menuju ke tingkap dan dibuka. Ruang hadapan rumah yang luas dipandang. Terdapat pokok hiasan dan air pancut menghiasi ruang hadapan. Macam tak percaya pula dia sudah jadi sebahagian dari keluarga abangnya. Adam mencubit pipi. Ini bukan mimpi.

Ian berjalan di bawah laluan berbumbung ke arah tempat latihan kesatria. Waktu pagi sebegini mereka berlatih di situ. Dia pun sepatutnya berada di situ juga. Bunyi pedang berlaga dapat didengari. Ian menuju ke ruang menunggu. Si kucing duduk di tepinya. Mencari-cari kelibat seseorang di sebalik kesatria.

Selepas sejam setengah mereka berhenti. Si kucing sibuk makan biskut di tangan. Seorang kesatria menuju ke arah mereka.

"Kenapa makan biskut ni? Abang tak suruh pun", dia memarahi si kucing. Dia terus mendekati Ian.

"Kenapa bawa dia sini?", katanya.

"Tadi dia jumpa Tuan muda. Dia baru balik hari ni", kata Ian. Dia melihat ekor si kesatria yang bergerak-gerak.

"Ya ke. Mari sini ikut abang", dia mendukung si kucing. Mereka berlalu pergi ke arah asrama. Ian melambai ke arah si kucing.

Vyrut berjalan melalui koridor ke biliknya. Dia terjumpa Victor, head butler sedang bercakap dengan seorang pembantu lelaki.

"Victor", panggil Vyrut. Tepat pada masanya.

"Tuan muda. Ada apa-apa saya boleh bantu?", katanya.

"Boleh kamu tolong Adam dulu untuk sementara saja. Saya nak kamu cari pembantu peribadi baru", arah Vyrut. Memandangkan dia sudah pulang ada banyak perkara dia kena buat.

"Tuan muda baru tu ke?", katanya. Ian ada beritahu serba sedikit fasal Adam. He took a liking on him.

"Erm. Saya serahkan dia pada kamu", kata Vyrut. Dia berlalu pergi ke biliknya di tingkat atas.

"Baiklah", lebih baik dia pergi jumpa Tuan muda itu dahulu.

Vyrut melihat timbunan kertas dan dokumen di atas meja belajar. Dia menggaru kepala. Banyaknya. Bila nak habis ni. Vyrut mencapai kepingan kertas yang dikepil bersama dan dibaca. Hm...Ini dia boleh buat esok.

Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Adam menoleh ke arah pintu. Siapa tu?

"Masuklah"

"Selamat pagi Tuan muda. Saya Victor. Saya akan bantu Tuan muda mulai hari ini. Tapi hanya untuk sementara saja", Victor menghulurkan senyuman. Dia nampak lebih muda dari Tuan Vyrut.

"Owh. Saya Adam", dia menghulurkan tangan. Victor tersenyum sebelum menyambut. Dia ni lain betul dari mereka.

"Hmm... Nampaknya Tuan muda perlukan baju baru. Saya akan panggil tailor service untuk ukur baju", kata Victor. Dia melihat mata Amber Adam. Dia tak pernah lihat warna mata itu sebelum ni.

Sejam setengah sudah berlalu selepas Adam menyukat baju dan memilih design. Walaupun Victor yang memilih sendiri. Dia dah pening kepala melihat senarai design yang dibawa. Tak apa ke dia beli semua baju tu. Rasanya Victor buat banyak order tadi.

"Saya pergi ambil minuman kejap", kata Victor. Adam terbaring kepenatan di katil. Tukang tailor tadi buat dia rasa penat. Entah kenapa dia teruja pula bila berjumpa tadi.

Timbunan dokumen masih berbaki separuh lagi bila Vyrut mengambil lagi. Seorang lelaki berambut biru masuk dan menghulurkan segelas teh buah ais kepada Vyrut.

"Tuan muda baru je balik. Tak apa ke buat semua ni?", katanya.

"Ini memang kerja saya juga. Tak lama lagi abang akan bagi posisi dekat saya. Jadi saya kenalah biasa dengan kerja ni", jelas Vyrut. Dia minum dahulu. Baru lega sikit.

"Saya dengar Tuan muda ada bawa tetamu", katanya.

"Kamu kena panggil dia macam tu juga nanti", kata Vyrut. Dia sambung meneliti dokumen.

"Eh? Maksudnya... Tuan muda...", katanya. Tak sangka pula dia bawa orang baru. Eh silap. Tuan muda baru.

"Erm. Kamu pun mesti suka dia juga nanti", Vyrut tersenyum.

'Tuan muda suka dia nampaknya', fikirnya. Vyrut jarang senyum begitu. Dia lebih suka kalau Tuan muda selalu tersenyum. Hmm. Ini membuatkan dia mahu mengenali 'dia' dengan lebih cepat.

"Abang dah makan ke?", tanya Adam kepada Victor. Dia seorang sahaja di meja makan.

"Tuan muda dah makan awal tadi. Dia tengah buat kerja sekarang", kata Victor.

"Hm... Victor. Siapa orang yang nampak sama macam abang tu?", dia teringatkan lelaki bermata pink tadi.

"Maksud kamu Tuan Noah ke?"

Tu nama dia ke? Lepas ni nak buat apa ya.

"Victor. Boleh tak tunjukkan saya apa yang ada sini?", kalau di jalan sendiri nanti sesat pula. Kediaman ini sangat luas.

"Mestilah"

Vyrut bersandar pada kerusi. Penat pula tengok dokumen ni dari tadi. Dia berdiri dan melihat keluar di tingkap belakangnya. Nak keluar kejaplah.

"Ini perpustakaan. Ada banyak buku yang didapati dari seluruh empayar dan juga buku dari negara lain. Ada juga buku dalam bahasa lain di sini", jelas Victor. Adam memandang kagum dengan jumlah buku yang tak terkira. Ada beberapa pustakawan menyusun buku-buku.

Victor menunjukkan bilik pawagam, gimnasium, dapur, asrama pekerja, bilik mandi dan banyak lagi. Mereka menuju ke arah tempat latihan kesatria. Adam dapat melihat banyak kesatria sedang berlatih. Ian juga berada di situ. Victor membawanya ke kandang kuda.

"Kuda lah!", kata Adam teruja.

"Tuan muda bagi ni dekat kuda tu", Victor menghulurkan sebiji epal.

Adam mendekati seekor kuda berbulu putih yang bertompok coklat lalu menghulurkan epal dekat mulut si kuda. Ia makan epal. Adam menggosok badan kuda itu.

Pembantu peribadi Vyrut melilau mencari seseorang di taman bunga. Di tangannya terdapat sepeket biskut. Dia menuju ke arah rimbunan bunga ros putih dan perasaan terdapat sepasang telinga gebu di sebaliknya.

"Hai. Kamu datang lagi ya", dia menghulurkan peket biskut. Si kecil menyambut dan mengeluarkan biskut lalu dimakan. Comelnya. Dia tersenyum.

"Arth. Kamu buat apa tu?", kata suara di belakang.

"Tuan muda? Ada apa-apa saya boleh bantu?", dia terus berdiri menghadap Vyrut.

Vyrut memandang hairan. Dia melihat ke arah belakang pembantunya. Si arnab menjenguk dari belakang kakinya. Ah... Dia lupa pula Arth sukakan benda comel.

"Tak ada apa lah. Saya cuma nak ambil angin kejap", kata Vyrut. Dia melihat bunga yang kembang mekar. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya. Rambutnya beralun ditiup angin. Dia dapat mencium bau laut dari sini.

Arth melihat Vyrut. Dia sukakan benda comel tapi dia sukakan Tuan nya juga. Kenapa dia kacak sangat ni? Terutama mata merah delima tu. (Uhh.. You're handsome to Arth)

"Abang...", sapa Adam. Arth menoleh. Siapa ni? Dia terus meluru ke arah Vyrut.

"Adam. Buat apa dekat sini?", Vyrut mengusap rambut Adam.

"Saya minta Victor tunjukkan tempat dekat sini. Abang buat apa je hari ni?", tanya Adam.

"Saya buat kerja tadi", kalau diikutkan dia mahu tunjukkan pada Adam sendiri sebenarnya.

"Victor. Siapa tu?", kata Arth.

"Tuan muda baru kita", kata Victor. Mereka nampak rapat.

"Siapa dia tu abang?", tanya Adam. Rambut biru dia cantiklah.

"Dia pembantu saya. Arth", dia terus menunduk hormat kepada Adam. Bila dia mengangkat muka dia dikejutkan dengan sepasang mata Amber. Cantiknya mata dia.

'Nama dia Adam kan? Cute nya Tuan muda ni', fikir Arth. Rasanya dia yang paling muda berbanding mereka yang lain. Dia dah mula sukakan Adam.

"Kamu nak pergi jalan tak esok?", kata Vyrut. Dia nak bawa Adam berjalan di bandar.

"Tuan muda. Dia belum ada baju untuk esok", kata Victor. Dua minggu lagi baru baju yang ditempah siap.

"Ya ke. Hm... Kalau macam tu kamu pakai baju lama sayalah", kata Vyrut. Rasanya muat kalau Adam pakai.

"Saya okey je nak pakai mana-mana baju", kata Adam. Dia nak pergi tengok laut esok.

Malam sudah melabuhkan tirai. Ramai pekerja sudah berkumpul untuk mulakan barbeku. Terdapat 3 tempat memanggang yang sudah mula berasap.

"Tak boleh ikutlah. Duduk sini je. Abang tak pergi lama pun", dia mengusap rambut si kucing. Dia merenung ke arahnya, minta simpati.

"Kamu pergi ke tak? Mereka dah mula tu", kata salah seorang kesatria dari muka pintu.

"Saya pergi lah. Kejap", dia baru saja sampai di muka pintu. Si kucing memaut kakinya.

"Lepas lah. Macam mana abang nak jalan ni", dia mengeluh perlahan. Dia nak ikut sangat ni.

"Kamu bawa je lah dia sekali. Mereka nak kenalkan Tuan muda baru nanti", kata Ian pula. Walaupun dia dah tahu siapa. Si kucing meluru ke arah Ian. Ian terus mendukung si kucing.

"Yalah", bilik dikunci.

Adam berdiri bersama Vyrut dan Noah. Ramainya . Semua orang ni kerja dekat sini. Noah berdehem. Minta perhatian. Semua terus senyap.

"Saya nak perkenalkan orang yang adik saya dah pilih. Nama dia Adam. Saya harap kamu semua layan dia dengan baik", kata Noah. Dia menoleh ke arah Adam.

"Hai...", Adam melambai perlahan. Rasa kekok pula berhadapan dengan ramai orang ni.

Bila Noah sudah selesai, parti barbeku bermula. Ramai pekerja berkerumun dekat Adam. Masing-masing memperkenalkan diri. Adam pening dengan banyak orang yang cakap serentak.

"Kamu ni janganlah kerumun Tuan muda macam ni", kata Ian.

"Ian", kata Adam. Si kucing tadi pun ada juga dan juga seorang kesatria yang ada sepasang telinga kucing berdiri di sebelah Ian.

"Dia ni abang si kucing ni. Nama dia Emylle", kata Ian.

"Selamat berkenalan Tuan muda", Emylle menghulurkan senyuman.

Vyrut melihat dari jauh. Semua pekerja sukakan dia nampaknya. Baguslah tu. Noah menghulurkan pinggan berisi daging bakar.

Selepas semua pekerja memperkenalkan diri, barulah Adam dapat makan. Victor menghulurkan pinggan. Si kucing makan seekor ikan panggang dengan Emylle. Ian pula bersama kesatria lain. Noah mengambil kesempatan itu untuk menghasilkan bunga api dengan genshinya. Adam melihat percikan bunga api mewarnai langit.

Seorang kesatria memerhati Adam dari jauh. Dia tu Tuan muda baru ya. Tapi... mata dia tu macam pernah nampak. Tak mungkinlah.