Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 18 - BAB 13

Chapter 18 - BAB 13

Sebaik sahaja ujian bermula, Ervalen menuju ke arah Ray dengan pantas dan melibas pedangnya. Ray melindungi diri dengan menggunakan Spear sebagai penghadang.

Pada masa yang sama Ray mencari peluang untuk serang balas. Semasa Ervalen mengangkat pedang untuk serangan seterusnya, Ray bergerak dengan pantas. Dia melangkah ke belakang dan melibas tombak nya.

Ervalen menggunakan Single Crystal Burst sambil menjarakkan diri. Tombak Ray melekat pada kristal hitam itu. Ray menggunakan Fire Burst untuk melepaskan tombak nya. Serpihan kristal hitam terbang ke sekeliling.

Ray meneruskan serangan. Dia menyerang Ervalen bertubi-tubi dengan Flame Slash. Ervalen serang balas hayunan tombak Ray dengan mudah.

Luka di bahunya menyebabkan Ray sukar untuk mendaratkan serangan yang lebih kuat. Setiap hayunan membuatkan lukanya terasa pedih.

Ervalen memegang pedangnya dengan kedua-dua belah tangan lalu dihayun ke arah Ray. Ray membalas setiap hayunan. Dia perasan pergerakan Ervalen semakin tangkas dan pantas.

Ervalen menggunakan teknik Zwanzix Swing. Teknik ini memfokuskan pada kelajuan hayunan dan kekuatan serangan. Semakin sukar untuk Ray mengikut pergerakan Ervalen. Dia nyaris terkena bilah pedang yang tajam. Tetapi serangan terakhir agak sukar untuk dielak. Ray cuba tapi bilah pedang sempat terkena bahu kirinya. Walaupun dia memakai jersi yang dilengkapi dengan perlindungan genshi. Ia masih tidak dapat lindungi Ray daripada serangan fizikal.

Ray mendesis sakit. Dia melihat bahunya sekejap. Tombak dihayun untuk menghasilkan pelindung api. Ervalen menjauhkan diri dari bahang api. Kelibat Ray di sebalik api dilihat. Muncul dua Fire Lance menuju ke arahnya. Ervalen mengelak. Ray menggunakan beberapa anak panah api. Ervalen menghayunkan pedang pada anak panah itu. Percikan api jatuh ke lantai.

Ray mengambil peluang itu untuk menggunakan Flame Burst dari percikan api tadi. Api yang besar meletus. Ervalen melindungi mukanya dari api. Setelah api dari pelindung padam Ray melihat kristal hitam yang melindungi Ervalen. Ray dengan pantas berlari ke arah pelindung dan mencucuk kristal hitam. Dia terus menggunakan Flame Burst sekali lagi. Ervalen melompat ke belakang sepantas kilat. Mujurlah cuma lengan bajunya sahaja yang di sambar api. Walaupun sekejap. Api yang Ray guna sangat panas sehingga mampu membakar lengan bajunya dalam tempoh yang singkat.

Tombak dihayun dengan lebih tangkas dan agresif. Ervalen membalas setiap serangan. Nampaknya dia sudah mula tingkatkan kekuatan serangan. Tapi sejauh mana dia mampu bertahan? Dengan kecederaan itu.

Ray menghasilkan Fire Wheel dengan tombak nya. Ervalen menggunakan beberapa Single Crystal Burst untuk mengurangkan kelajuan dan impak serangan itu. Setelah memastikan jarak antara mereka berdua agak jauh Ray menggunakan Twin Fire Cyclone. Kedua-dua Cyclone itu yang berada di kiri dan kanan semakin mendekati Ervalen.

Ervalen melarikan diri tetapi Ray menggunakan Flame Blade. Menghalang Ervalen untuk bergerak pergi. Ervalen tiada pilihan melainkan melindungi dirinya. Dari situ saja dia sudah dapat rasa bahang api yang semakin panas. Dia menggunakan Zwei Crystal Shield. Dua Shield gergasi terbentuk di kiri dan kanannya. Sebaik sahaja Cyclone menghampiri. Ia menghentam Shield yang keras dan padu itu. Ervalen hanya mampu menunggu di antara Shield itu.

Selepas beberapa minit, suhu api dari Cyclone semakin menurun. Kemudian Cyclone itu perlahan-lahan semakin menyusut. Ervalen melangkah keluar dari Shield. Kelibat Ray yang sedia untuk menyerang dilihat. Raut wajahnya nampak penat dan pucat. Dia melihat tompokan darah pada jersi Ray.

Ervalen melangkah mendekati Ray. Ray menghala tombak ke arah nya tetapi Ervalen mengangkat tangan. Menandakan ujian telah tamat. Tombak Ray bertukar menjadi rod merah semula. Pandangan Ray berpinar-pinar. Lantai kelihatan berpusing di matanya. Ervalen sempat memegang bahu Ray, tangan hinggap pada dahi nya. Dia demam nampaknya. Ervalen memberi isyarat kepada Ashera.

Pasukan medik tiba, Ray diletak pada strecher. Tanpa membuang masa mereka terus berlalu untuk memberi rawatan. Ervalen menuju ke Vyrut dan Adam.

"Ray okey ke?", tanya Adam.

"Mereka sedang rawat Ray sekarang", Ervalen menepuk bahu Adam.

"Dia lulus ke?", kata Vyrut.

Ervalen mengangguk.

"Saya akan berikan badge mereka esok. Kamu berdua rehatlah dulu", Ervalen berlalu pergi selepas menghulurkan rod merah kepada Vyrut. Mereka menaiki lif dan menuju ke bilik masing-masing.

"Jumpa dekat cafe nanti", kata Vyrut. Adam mengangguk saja. Abang nak pergi mana tu?

Vyrut membuka pintu bilik Ray dengan kad yang diberinya sebelum ujian tadi. Dia melihat keadaan bilik itu dahulu. Nampaknya dia dah kemas bilik ni. Vyrut mengambil beg roda merah bersaiz sederhana selepas memastikan tiada barang tertinggal.

Dia menyimpan di dalam bilik dia dahulu. Baju ditukar dan dia menuju ke cafe. Vyrut memesan makanan sebelum menghampiri Adam.

"Kamu dah order ke?", kata Vyrut.

"Dah"

Cafe nampak lenggang memandangkan peserta lain semuanya telah pulang. Tinggal mereka sahaja di situ. Vyrut dan Adam berbual tentang Ujian SS tadi.

"Boleh saya duduk sini?", kata Raphael.

"Duduklah", balas Adam. Vyrut menoleh dan sempat melihat sesuatu yang berbulu gebu di belakang Raphael.

"Apa dekat belakang kamu tu?"

"Hm?", telinga gebu itu menjenguk dari belakang Raphael. Dia melihat Adam dan Vyrut.

"Abang. Apa tu?", kata Adam teruja.

"Ini demi-human. Dia ni mesti dari puak Oak Rabbit. Kamu tak pernah tengok ke?", jelas Vyrut. Raphael meletakkan dia pada kerusi di sebelahnya.

Adam menggeleng. Dia melihat si arnab. Mata coklat yang bundar itu memerhati ke arah Adam. It's so cute! Seorang pelayan datang membawa makanan. Adam memesan black pepper beef dengan kentang goreng dan salad. Vyrut pula makan set sushi.

Si arnab mengambil kek cawan coklat cip. Raphael mencubit ikan salmon dengan penyepit, sambil makan dia mengawasi si arnab.

Selesai makan, mereka melawat Ray sekejap. Dia masih tidur lena. Si arnab cuba melihat Ray tetapi kepalanya tidak dapat melepasi katil itu. Raphael mendukung dia.

Nasib baiklah ujian tadi habis awal. Kalau tak makin bertambah kecederaan Ray. Adam memandang risau.

"Bila kamu balik?", tanya Raphael.

"Saya kena tunggu Ray dulu", kata Vyrut.

"Lepas Admin serahkan badge esok saya balik terus", kata Raphael.

Mereka balik ke bilik. Raphael menghantar si arnab kepada penjaga dia. Vyrut dan Adam mengemas barang untuk esok. Malam itu mereka tidur lebih awal dari biasa.

Adam merenung siling bilik. Fikirannya berputar pada ujian tadi. Teknik yang Raphael dan Ray gunakan sangat hebat dan sukar dilakukan. Agaknya bila dia dapat buat seperti mereka.

Pagi esoknya Vyrut dan Adam bersarapan bersama Ray yang baru terjaga. Dia sekadar menjamah bubur ayam. Adam membuka balutan plastik sandwich tuna. Raphael menghulurkan botol lutsinar berisi pil.

"Apa ni?", kata Ray. Dia membaca penerangan pada botol.

"Makan ni sekali sehari. Pil ni untuk mempercepatkan proses pemulihan luka", jelas Raphael.

"Owh... Terima kasih", Ray terus makan sebiji.

"Kamu semua dekat sini pagi-pagi ni?", suara Ervalen kedengaran dari pintu masuk. Di tangannya terdapat dua kotak. Dia melangkah mendekati Ray dan meletakkan tangan pada pipinya. Demam dia dah kebah sikit. Kotak dihulurkan kepada Ray dan Raphael.

Raphael membuka kotak dan di dalamnya terdapat badge berbentuk sayap putih sepanjang dua inci setengah. Badge itu bertatahkan batu moonstone.

"Saya nak berikan kamu ni", kata Ervalen sambil menghulurkan kotak kecil kepada Ray. Di dalamnya terdapat batu ruby dengan potongan Asscher.

"Untuk apa ni?", tanya Ray.

"Pampasan untuk hari tu. By the way, ruby tu saya punya sebenarnya. Kamu letaklah pada badge tu", jelas Ervalen. Ray meletakkan ruby itu pada ruangan kosong badge. Ia terus melekat.

Ervalen mencubit pipi Ray. Ray memberikan pandangan keliru ke arahnya. Dia melihat mata Ray yang berwarna kelabu. I suppose only his eyes are different.

"Baiklah. Saya nak pergi dulu ni. Bila kamu nak balik?", kata Ervalen.

"Tengah hari nanti kami pergi", balas Vyrut. Ervalen mengusap rambut Ray sebelum berlalu pergi. Raphael sudah pun pergi tadi.

Ray masih tak percaya dia lulus ujian yang dikatakan sangat sukar untuk dilepasi. The Admin seems like a nice person as well. Dia melihat ruby yang bersinar di bawah cahaya lampu.