"V. Cuba yang ni pula. Ni sedaplah", Ray menghulurkan sebiji coklat bonbon.
"Apa ni?", Vyrut merenung.
"Dalamnya ada inti raspberry", Ray menghala coklat ke mulut Vyrut.
"Aku boleh makan sendirilah", rungut Vyrut. Coklat diambil dari tangan Ray lalu dimakan. Adam mencapai coklat dari kotak.
"Ian balik dulu ke hari tu?", tanya Ray. Sejak dia terjaga Ian yang selalu bersama Vyrut tiada.
"Ya...", manis lah coklat ni. Dia tak berapa nak makan manisan ni. Adam suka nampaknya.
"Abang. Ray. Saya ada sesuatu nak beritahu ni", dia sudah memutuskan untuk memberitahu mereka. Ray dan Vyrut menoleh. Adam menyelak rambutnya ke belakang.
"Adam kamu?!", kata Vyrut terkejut. Kenapa dia tak perasan selama ni?
"Saya separuh Elf", kata Adam.
"Owh... Pandai kamu ya", kata Ray pula sambil tersengih.
"Ayah saya Elf. Warna mata saya pun ikut ayah juga", jelas Adam.
Vyrut melihat mata Amber Adam yang bersinar dan kulit Adam putih melepak. Mereka mesti terkejut nanti.
"Tapi peliklah. Kenapa genshi kamu api lah Adam? Ikut ibu kamu ke?", tanya Ray. Biasanya Elf memiliki genshi yang berkaitan dengan unsur alam. Tapi api?
"Taklah. Saya macam ayah juga. Fasal tu saya tak tahulah. Ayah tak pernah beritahu", kata Adam.
"Kenapa tak beritahu saya?", tanya Vyrut.
"Bukannya saya tak nak. Cuma... saya nak fikir dulu. Lagipun saya beritahu sekarang sebab kita akan jadi keluarga tak lama lagi", Adam tersenyum.
Mereka akan bertolak dalam masa 3 hari dari sekarang. Buat masa ni Adam nak luangkan masa dengan ibunya dulu. Malam itu, Vyrut dan Ray duduk dalam bilik Adam sementara Adam dengan ibunya.
"Adam. Ibu nak bagi ni", dia menghulurkan sebuah kotak besar.
"Apa ni ibu?", Adam meneliti ukiran pada kayu itu.
"Bukalah"
Di dalamnya terdapat busur dengan ukiran bunga yang cantik. Tapi yang peliknya busur itu tiada tali.
"Ini arwah ayah punya. Sekarang ibu nak serahkan pada kamu", kata si ibu.
Adam mencapai busur itu. Ayah pun pakai busur ini juga. Kotak kayu itu dibawa ke biliknya. Ray dan Vyrut menoleh bila pintu dibuka.
"Apa tu Adam?", tanya Vyrut.
"Ibu baru je bagi. Ini milik ayah saya dulu", kata Adam. Kotak dibuka sekali lagi.
"Busur lah", kata Ray. Ini mesti busur ukiran Elf.
"Saya nak bawa nanti. Abang ajar saya boleh?", kata Adam.
"Mestilah. Kita boleh mula berlatih bila dah sampai rumah saya nanti", kata Vyrut. Dia sambung membaca novel.
Sebuah kereta L'hiver menyusuri perkarangan airport dan berhenti di depan Raphael. Pemandunya keluar dan membuka pintu.
"Selamat kembali Cik muda. Macam mana dengan ujian tu?", tanya si pemandu. Dia mula tingkatkan kelajuan.
"Okay je", balas Raphael. Si pemandu tahu mesti Cik muda berjaya dengan cemerlang dalam ujian SS.
Mereka tiba di ibu kota. Kelihatan banyak bangunan tinggi dan keadaan trafik yang sibuk menunjukkan suasana biasa di situ. Raphael menoleh ke luar cermin. Semakin ramai orang menggunakan kereta L'hiver walaupun baru sebulan selepas pelancaran.
Pintu pagar utama terbuka. Kereta diparkir. Raphael keluar dan terus menuju ke pintu masuk. Rumah agam tersergam kukuh dan indah dengan seni bina klasik. Matahari sudah mula terbit. Mengeluarkan cahaya jingga menyuluh biliknya. Raphael duduk di tepi katil. Penerbangan selama 3 jam setengah membuatkan badannya terasa penat.
Negeri L'avreno terkenal dengan teknologi canggih melebihi negeri lain dan juga peneraju utama dalam industri berkaitan. Tapi ia adalah satu-satunya negeri yang tiada pusat yang melakukan Ujian Kelayakan. Jadi Raphael terpaksa pergi ke negeri lain.
Bunyi pintu diketuk kedengaran.
"Masuk"
Si pemandu tadi masuk sambil membawa dulang. Dia menghulurkan air jus sejuk kepada Raphael.
"Mana dia?", tanya Raphael.
"Kalau waktu begini dia baru habis berlatih. Kenapa? Cik muda nak jumpa dia ke?"
"Tak lah. Esok sajalah", gelas yang sudah kosong dihulur.
"Nanti bawa saja makan malam ke sini. Saya tak makan dengan mereka", kata Raphael lagi.
Si pemandu tunduk sebelum keluar. Raphael membersihkan diri. Dia mengeluarkan kotak berisi badge dari rantai berbentuk kepingan salji. Batu moonstone disentuh dengan hujung jari. Dia sudah minta awal jenis batu permata yang dia inginkan. Ujian SS berbeza dengan ujian lain kerana ada ganjaran istimewa berbaloi dengan risikonya.
Seorang maid masuk membawa troli. Makanan disusun atas meja. Selepas makan malam, Raphael berbaring pada kepala katil dengan novel di tangan. Dia nak habiskan terus novel ini malam ini juga.
"Cik muda", kata suara dari sebalik pintu.
"Kenapa ni? Cakaplah cepat", dia pantang betul dengan orang yang mengganggu masa dia membaca.
"Tuan Ephriem minta Cik muda jumpa dengan dia esok", katanya.
"Okay", si penyampai pesanan terus berlalu pergi.
"Nngghh...", Adam merenung api kecil di tangannya. Nombor pada gelang tangan mula naik perlahan-lahan.
"Kamu buat apa tu Adam?", tanya Ray.
"Saya...nak berlatih kejap", balas Adam. Bila suhu mencapai 500 C° Adam berhenti.
Mereka berada di bawah pokok Wisteria. Vyrut selalu datang ke sini pada sebelah petang. Cuaca yang redup sangat menenangkan.
"Macam mana?", kata Ray. Rasanya sudah lima kali Adam buat tu.
"Rasa penat sikit. Tapi saya dah boleh mula kawal sikit", kata Adam. Ray menoleh ke arah Vyrut yang sedang membaca buku dekat pokok Wisteria.
"Kamu dah sedia ke untuk esok?", tanya Ray. Dia akan ikut Vyrut dan Adam separuh jalan sahaja.
"Emm...", Adam mengiakan. Dia tak tahu bila dia akan datang sini lagi. Tapi dalam masa yang sama dia teruja untuk lihat tempat kelahiran Vyrut, Verharen.
Chris mengetuk pintu. Tak ada orang ke? Dia mengetuk lagi. Masih tiada balasan. Mana dia ni? Si arnab sudah menguap. Penat berjalan agaknya. Chris mendukung si arnab. Dia menuju ke office pula.
Bila pintu dibuka tiada seorang pun di situ. Hm? Dekat situ ke? Chris menuju ke bilik di sebelah kanan yang dilindungi penghadang. Sekujur tubuh berbaring di atas sofa panjang.
'Lah... Dia tidur rupanya', fikir Chris. Dia berjalan mendekati Ervalen. Lena betul dia tidur. Sampai tak sedar dia datang. Biasanya dengar je bunyi tapak kaki mesti dah duduk tegak. Dia penat agaknya.
Cahaya jingga matahari menyuluh wajah Ervalen. Si arnab sudah lelap di bahunya. Chris memegang rambut keemasan Ervalen yang kelihatan bersinar. Ia nampak seperti emas.
"Nngghh...", Ervalen membuka mata. Siapa pula yang kacau ni? Dia melihat mata biru laut Chris yang melihat ke arahnya. Buat dia terkejut saja.
"Kamu rupanya. Kenapa ni?", Ervalen bangun.
"Kenapa kamu tidur sini? Pergi tidur dekat bilik lah", bebel Chris. Dia selalu sangat membebel dengan sahabatnya itu.
"Yalah...", Ervalen tersenyum saja melihat si arnab yang melentok di bahu Chris. Lena betul dia tidur.
Dia hampir terjatuh sebelum Chris sempat memegang bahunya. Luka di kakinya tiba-tiba rasa menyengat.
"Kenapa? Kaki kamu sakit ke?", tanya Chris dengan risau.
"Tak ada apa-apa lah. Kamu nak makan dengan saya nanti?", kata Ervalen lalu tersenyum. Entah bila lagi dia dapat bertemu Chris nanti. Dia jarang dapat cuti begini.
"Yalah...", Chris tersenyum saja. Kalau dia tak sakit tadi dapat juga mereka berjalan-jalan bersama tadi. Tapi dia lebih pentingkan kesihatan Ervalen. Nampaknya lain kali lah mereka dapat bersama lagi.