Mereka menyusuri ruangan lobi dan menuju ke pintu keluar. Ashera berlari-lari anak mengejar.
"Ashera!", panggil Adam. Vyrut dan dan Ray menoleh ke belakang.
"Kamu dah nak balik kan? Tunggu kejap. Admin dah hantar pemandu untuk jemput kamu", kata Ashera. Dia menghulurkan sekotak coklat kepada Adam.
"Terima kasih", Adam membelek-belek kotak coklat. Coklat bonbon ni nampak sedaplah.
"Ya ke?", kata Ray.
"Ya. Dia hantar kamu terus ke stesen. Bahu kamu okey ke?", Ashera melihat ke arah bahu Ray.
"Masih sakit sikit"
Sebuah kereta hitam menunggu di hadapan. Pemandu itu keluar dan membuka pintu. Peliknya kereta ni.
"Abang. Kereta apa ni?"
"Ini jenama kereta terbaru keluaran syarikat L'espace, L'hiver. Mereka gunakan teknologi terbaru dan ia baru dilancarkan bulan lepas. Kalau kamu nak tahu syarikat itu milik Kerabat Ephriem", jelas Vyrut. Warna obsidian yang berkilau membuatkan kereta itu nampak mewah. Apa yang paling menarik ialah fungsi kereta itu yang mampu terapung. Ia mampu bergerak lebih pantas berbanding kereta biasa.
Chris memandang kereta itu berlalu pergi dari jendela office Ervalen. Si arnab menarik-narik bajunya, minta di dukung. Chris mendukung si arnab dan mencium lembut pipinya. Dia menoleh ke arah Ervalen yang sibuk dengan dokumen.
"Mereka dah pergi ke?", tanya Ervalen.
"Baru je pergi", Chris meletakkan si arnab di atas sofa dan menghulurkan biskut.
"Kenapa kamu guna teknik tu semalam?", tanya Chris. Ervalen menoleh. Dia menuju ke sofa dan mengambil duduk di sebelah si arnab.
"Saya cuma nak uji dia saja", kata Ervalen sambil mengusap lembut rambut si arnab.
"Haih... Nasib baiklah dia dapat serang balas. Kalau tak kau nak jawab apa dengan Mort nanti", Chris menjeling.
"Tapi dia dapat kan?", Ervalen tersenyum.
Chris mengeluh saja. Teknik pedang yang digunakan Ervalen lebih menumpukan kelajuan dan kekuatan di mana kekuatan serangan semakin meningkat pada setiap hayunan. Teknik itu sangat sukar. Si arnab memeluk lengan Chris setelah biskut di tangan lesap.
"He's quite clingy huh", Ervalen tersenyum saja melihat si arnab. Biasanya puak arnab ni tak berapa suka dekat dengan orang. Tapi yang ni lain pula. Pipi si arnab dicucuk dengan hujung jari. Lembutnya pipi dia.
"Dia dah biasa dengan orang", Chris mengusap rambut si arnab. Dia melihat rantai Ervalen. Terdapat ruang kosong di antara susunan batu permata.
"Kenapa dengan rantai tu?"
"Saya bagi ruby ni dekat dia", kata Ervalen. Jari jemarinya membelek loket rantai berbentuk diamond itu. Chris tak membalas. Rasanya dia tahu sebab dia buat begitu.
"Lagi satu. Bukan doktor suruh kau rehat ke? Bila luka tu nak sembuh kalau kau tak pandai duduk diam-diam", bebel Chris.
"Nanti lah. Saya nak siapkan sikit lagi", Ervalen mengelak pandangan mata Chris.
"Yalah. Bila kamu nak pergi?", Ervalen mengubah topik.
"Esok. Saya nak singgah dekat Chocolate Heaven's dulu", pandai betul nak mengelak.
"Untuk dia ke?", fikirannya menerawang kepada si penembak hendap.
"Ya. Saya dah janji nak belikan. Kamu nak pesan apa-apa ke?"
"Boleh juga. Kalau macam tu saya nak 5 kotak Small Heaven's", Ervalen menunjukkan tapak tangan. Banyaknya. Siapa nak makan semua tu?
"Okay. Saya nak pergi dulu", Chris mendukung si arnab.
"Thanks for coming here Christopher", ucap Ervalen sambil tersenyum.
Chris sekadar melambaikan tangan dan berlalu pergi. He can always depend on him.
"Abang tak bawa barang ke?", tanya Adam. Ray pun sama juga.
"Saya simpan dalam ni", Vyrut menunjuk rantai bertatahkan Pink Sapphire. Ray pakai rantai yang sama juga.
"Hmm....", Adam masih tak faham.
"Rantai ni ada diletakkan rantaian formasi untuk genshi Advance Vein, Ruang Penyimpanan atau Storage. Kamu boleh letak banyak barang dalam ni", jelas Vyrut.
Adam beratur untuk membeli tiket kereta api. Mereka terus masuk ke gerabak nombor 3 dan masuk dalam bilik nombor 5. Gerabak nombor 2 dan 3 adalah untuk bilik persendirian. Kamu boleh bawa orang lain juga. Selepas beberapa minit kereta api itu bertolak ke destinasi. Ke kampung halamannya.
Mereka berjalan kaki dari stesen ke rumah Adam. Dari jauh Adam dapat melihat daun kuning keemasan dari rumahnya. Adam berlari-lari anak. Dia tak sabar nak beritahu ibu.
"Assalamualaikum! Ibu saya dah balik!", Adam mengetuk pintu. Tiada sahutan kedengaran. Tanpa menunggu lagi Adam melalui jalan ke belakang rumah. Kelihatan ibunya sibuk memetik sayuran di kebun.
"Assalamualaikum ibu!", kata Adam. Wanita itu menoleh ke belakang.
"Adam. Kamu dah balik", dia memeluk anak tunggalnya itu. Selepas meleraikan pelukan, Adam menunjukkan badge miliknya. Si ibu mengucapkan syukur.
"Kawan kamu ke Adam? Jemputlah mereka masuk", baru dia perasan kehadiran dua orang tetamu itu.
Adam berlalu ke biliknya. Beg diletak ke tepi. Vyrut dan Ray duduk menunggu di ruang tamu. Si ibu menjerang air untuk membuat teh.
"Yalah. Adam nanti saya nak cakap dengan ibu kamu fasal tu", kata Ray.
"Boleh tak kamu bincang esok saja? Lagipun kita baru je balik", kata Adam. Dia belum sedia nak tinggalkan ibunya.
"Okay...", balas Ray.
Selepas makan malam, mereka duduk pada pangkin di luar. Malam itu bintang bersinar terang menerangi langit. Ibunya sudah pun berlalu ke bilik. Mahu tidur awal katanya.
"Rumah kamu ni best lah Adam", kata Ray. Dia berbaring sambil memandang langit.
"Hehe. Ya ke? Rumah saya ni biasa-biasa je", kata Adam.
"Mestilah. Suasana dekat sini tenang. Tak sama macam rumah saya", jelas Ray. Mungkin sebab keluarga dia agak strict, jadi dia kurang bebas bergerak ke mana saja. Tambahan pula dia sudah biasa dikelilingi kemewahan. Jadi suasana begini memang menenangkan.
"Jomlah masuk. Dah lewat ni", kata Vyrut. Dia dah mengantuk sebenarnya.
Ray menguap. Mereka masuk ke bilik Adam. Ray dan Vyrut tidur beralaskan tilam di lantai. Adam pula di katilnya. Baru beberapa minit berlalu Ray sudah masuk ke alam mimpi. Vyrut mengubah posisi. Dia melihat raut wajah Ray sebelum melelapkan mata.
"Ia tak akan patuk saya kan?", kata Vyrut.
"Taklah. Abang ambil je lah", gesa Adam.
Vyrut memasukkan tangannya ke dalam reban perlahan-lahan dan mencapai sebiji telur. Vyrut mengeluarkan nafas lega. Nampaknya ayam tu tak kesah pun. Setelah mengambil semua telur yang ada Vyrut melangkah keluar. Dia melihat Ray yang sedang memerah susu kambing. Adam tertawa bila Ray nampak ketakutan. Vyrut menuju ke dapur dari pintu belakang dan meletakkan bakul berisi telur di tepi singki.
"Terima kasih tolong ambilkan. Susah-susah je", kata si ibu. Telur dicuci.
Vyrut mencuci tangan sebelum melabuhkan punggung pada kerusi. Adam dan Ray masuk. Adam menuang susu ke dalam jag. Si ibu meletakkan mangkuk berisi nasi goreng di tengah meja. Ray terliur dengan bau nasi goreng. Adam menceduk nasi dan menghulurkan pinggan.
Selepas makan dengan kenyang Ray dan Vyrut duduk di pangkin. Menghirup udara segar. Adam ikut duduk bersama.
"Adam", panggil Ray. Dia menoleh dan tersenyum. Vyrut dan Ray memandang sesama sendiri. Mereka masuk ke dalam meninggalkan Adam.
"Mak cik saya ada sesuatu nak dibincangkan. Fasal Adam", Ray memulakan bicara. Si ibu mengelap tangan dan membawa mereka ke ruang tamu.
"Kamu nak cakap apa dengan mak cik ni?", tak mungkin anaknya ada buat hal di situ.
"Ehem! Sebenarnya...Adam ada terima tawaran untuk sambung belajar. Itu pun kalau mak cik benarkan"
"Adam ke?", tanya si ibu. Dia tak salah dengar ke?
"Ya", si ibu mendiamkan diri.
"Mak cik?"
" Mak cik sebenarnya kesal tak mampu nak bagi Adam pergi sekolah macam kawan dia yang lain...", dia memandang muka Ray dan Vyrut.
"Jadi..."
"Mak cik benarkan...", balasnya. Kenapa Adam tak beritahu sendiri?
"Boleh mak cik isi borang ni dulu?", Ray menghulurkan sekeping kertas dan pen. Setelah selesai, si ibu menghampiri Adam yang leka bermain dengan seekor kucing.
"Adam...", dia mengambil duduk di sebelah anaknya.
"Ibu...", Adam menoleh.
"Kenapa tak cakap dengan ibu?", tanya si ibu dengan lembut.
"Adam risau. Adam tak pernah jauh dari ibu"
"Anak ibu ni. Pandailah ibu jaga diri. Banyak je kawan ibu dekat sini"
"Hmm... Ibu. Ayah dulu Tenshiz juga kan?", tanya Adam. Dia jarang jumpa ayahnya sebab dia selalu keluar buat misi. Cari nafkah untuk mereka anak beranak.
"Ya. Ibu yakin dia mesti bangga dengan kamu. Adam banyak ikut sebelah ayah", kata si ibu sambil mengusap kepala Adam.
Adam tersenyum. Bila ayahnya ada masa dia ajar Adam banyak benda. Kebanyakannya adalah cara hidup Tenshiz. Mungkin dia tahu Adam akan ikut jejak langkahnya.
Adam, Vyrut dan Ray berjalan-jalan di sekeliling kampung. Dia menunjukkan sekolah, dewan dan orang-orang kampung. Adam memang peramah orangnya. Semua orang selalu tersenyum bila nampak Adam.
Destinasi terakhir terletak di hujung kampung itu. Terdapat sebatang pokok yang sangat besar memiliki daun ungu yang cantik. Pokok Wisteria.
"Pokok ni dah ada dekat sini sebelum kampung ni ada. Orang-orang kampung selalu datang sini dan jaga pokok ni", kata Adam. Vyrut melihat cabang-cabang yang menjulur panjang dipenuhi dengan bunga ungu.
"Saya nak pergi jumpa Anna sekejap. Abang nak buat apa lepas ni", kata Adam.
"Saya nak duduk sini dulu lah. Kamu pergi lah Adam", Vyrut duduk pada bangku kayu.
Setelah Adam berlalu pergi, Vyrut mengeluarkan buku dari rantainya. Ray duduk di sebelahnya. Dia melihat tajuk buku. V baca novel rupanya. Angin membelai lembut rambutnya. Ray melihat ke arah langit yang membiru.
"Adam. Jemput lah masuk. Anna. Adam datang ni", kata ibu Anna. Dia meletakkan air sirap ais di atas meja.
"Adam. Kamu dah balik. Bila sampai?", Anna duduk pada sofa sebelah Adam.
"Baru sampai petang semalam", kata Adam.
"Kenapa kamu datang ni? Nak beritahu saya sesuatu ke?", kata Anna spontan.
"Saya dah nak pergi dari sini", kata Adam.
"Maksud kamu tu?", dia nak pergi mana? Lain macam je bunyinya.
"Saya... ada terima tawaran untuk sambung belajar", kata Adam perlahan.
"Wah! Ya ke? Baguslah tu. Dekat mana?", Anna tumpang gembira.
"Akademi Vessalius Elit. Tempat ni jauh. Saya nak tinggal dekat asrama je nanti", jelas Adam.
"Owh... Apa-apa pun tahniah Adam", senyum Anna. Nampaknya dia akan berpisah dengan sahabat baiknya.
"Saya nak bertolak lepas beberapa hari. Anna. Boleh kamu tolong tengok-tengokkan ibu?", tanya Adam.
"Boleh je. Kamu pergi dengan mereka kan?", dia perasaan Adam berjalan-jalan dengan dua orang sahabat barunya tadi.
"Ya. Erm... Anna. Kalau kamu nak masuk akademi tu pun boleh juga. Tapi kena ambil ujian kemasukan untuk tahun depan", jelas Adam lagi.
"Boleh ke?"
"Kamu boleh mohon biasiswa. Tapi terpulang pada kamu lah", Anna adalah pelajar paling cemerlang di sekolahnya dan juga seorang pengawas.
"Saya fikir dulu lah", Anna tersenyum.
"V... Kamu ingat lagi ke masa saya cakap ada sesuatu saya nak beritahu kamu hari tu?", kata Ray. Vyrut menoleh.
"Cakaplah", buku ditutup. Dia nak tahu juga apa yang Ray nak beritahu.
"Lepas kamu dah balik ke Verharen. Pihak akademi ada lakukan siasatan. Cuma ada beberapa orang saja yang tahu fasal ni. Termasuk abang saya", kata Ray.
"Kami ada jumpa serpihan alat yang mereka gunakan tak jauh dari gelanggang tu. Mereka syak ini ada kaitan dengan 'mereka'", jelas Ray. Vyrut menoleh. Mereka? Tapi tak mungkin. Mereka dah lama tak munculkan diri. Kenapa sekarang?
"Jadi kamu tak perlulah risau V. Ia bukan salah kamu", kata Ray. Dia menggenggam tangan Vyrut.
"Okay...", dia membalas genggaman tangan Ray. Tapi dia masih tak dapat lupakan insiden tu. Imej Ray yang terkena serangannya masih bermain-main di fikirannya.
"Jomlah pergi. Mesti Adam tunggu", kata Ray dan melangkah mendahului Vyrut.
Vyrut menoleh. Melihat bunga Wisteria yang beralun lembut ditiup angin.