Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 17 - BAB 12

Chapter 17 - BAB 12

Raphael dan admin melangkah ke tengah gelanggang. Raphael mengeluarkan pedangnya dan mengambil posisi. Admin meneliti pedang di tangan Raphael.

'Diamond Adamantine... huh?', fikirnya. Dia tak pernah lihat posisi yang dilakukan Raphael.

Raphael menyalurkan genshi angin pada kedua-dua belah kakinya untuk tingkatkan kelajuan. Dia mata Adam dia kelihatan seperti sedang terbang laju ke arah admin. Raphael melancarkan teknik Crescent Moon dengan pedangnya yang meliputi seluruh kawasan di hadapannya ke arah admin.

Mata hitamnya terbeliak terkejut. Dia sempat menghalang pada saat-saat akhir dengan genshinya. Black Crystal.

'Looks like I need to take this girl seriously', dia menyentuh pipinya yang terhiris sedikit.

Pedang dikeluarkan dari sarungnya. Posisi diambil. Dia melangkah dengan pantas ke arah Raphael. Pedang mereka berlaga. Menghasilkan letusan genshi.

Pedang yang admin dan Raphael gunakan bukan hanya diperbuat daripada bahan paling kuat, ia termasuk campuran bahan lain seperti kristal genshi untuk membolehkan pengguna menyalurkan genshi melalui pedang sebagai medium perantaraan.

Deruan angin menampar pipi Adam. Dia memandang kagum ke arah mereka. Tapi ini hanya permulaan.

Libasan pedang dari admin digabung bersama kekuatan fizikal membuatkan genggaman pada pedang Raphael semakin ketat.

Mereka saling berbalas serangan. Raphael memandang tajam ke arah admin sebelum melangkah ke belakang. Hujung mata pedang dihalakan ke konkrit seperti tongkat. Lapisan demi lapisan ombak memenuhi seluruh kawasan gelanggang sehingga mencecah buku lali.

'Apa dia cuba nak buat ni', fikirnya. Dia sambung melancarkan serangan ke arah Raphael.

Raphael hanya fokus melindungi dirinya daripada serangan bertubi-tubi itu. Dia melompat ke belakang beberapa langkah. Beberapa utas tali air muncul dari air di sekeliling admin. Mengikat tangan dan kakinya.

"Ini saja yang kamu boleh buat", katanya dengan sinis.

Dia menarik lengannya untuk melepaskan ikatan tali air itu. Tapi tak dapat. Dia melihat lengannya dan perasan tali air tersebut adalah gabungan tali air yang lebih halus dan ia dilapisi ais pada permukaan. Menjadikan tali air ini lebih kuat dan kukuh dari biasa.

"Haha...I'm screwed", gumam admin.

Raphael mula menghasilkan berpuluh-puluh anak panah air yang mengelilingi admin.

'Wah! Banyaknya anak panah', fikir Adam.

Selepas seketika Raphael melancarkan anak panah itu ke arah admin. Bunyi air dihentam anak panah kedengaran. Air berterbangan di udara, menghasilkan wap.

Hujan anak panah berhenti. Di sebalik wap itu muncul kristal hitam berbentuk kubah mengelilingi admin.

Raphael memandang kristal hitam itu dari jauh. Dia tahu itu saja tidak cukup untuk mengatasi individu di hadapannya.

Sementara itu, semasa anak panah menimpa kubah kristal admin cuba melepaskan ikatan tali air Raphael. Makin dia tarik, ikatan pada lengan dan kakinya semakin ketat. This is going to take a while.

Dia menggunakan kristal hitam yang tajam seperti mata pedang yang tumbuh dari lantai konkrit untuk memotong tali air di lengan kanannya. Perkara yang sama dibuat pada lengan kiri. Tetapi tali itu tiba-tiba mengeras, membentuk ais padu.

'Is she doing this on purpose?', fikirnya. Terpaksalah dia gunakan pedangnya.

'Let's see how he's going to handle that', fikir Raphael.

Bunyi libasan pedang kedengaran dari kristal hitam itu. Sphere itu terbelah dua lalu dia melangkah keluar.

Bahagian lengan kiri kemeja putihnya berlumuran darah. Begitu juga bahagian betis kakinya. Perlawanan terpaksa diberhentikan sebentar. Luka di lengannya perlu dirawat segera.

Chris, orang kanannya, membuka peti first aid. Dia melipat lengan baju admin dahulu. Terdapat hirisan pada lapisan epidermis sepanjang dua inci di lengannya. Darah meleleh keluar. Dia mengelap darah di sekitar luka dan sapu ubat sebelum dibalut ketat.

Riak wajah Adam nampak risau. Mesti luka tu sakit. Dia perasan Adam melihatnya dan menuju ke dia lalu mengusap rambutnya. Adam memandang keliru.

Perlawanan diteruskan. Kali ini admin dalam posisi penyerang. Dia tidak memberi peluang kepada Raphael untuk menyerang balas. Pada masa yang sama, Raphael memikirkan strategi yang hendak digunakan.

Dengan sekali libasan, muncul sedozen jarum kristal terbang laju ke arah Raphael. Dia menghancurkan jarum-jarum kristal itu dengan teknik Double Crescent Moon. Di sebalik serpihan kristal yang berkecai muncul sebatang jarum kristal, Raphael mengelak ke tepi. Jarum itu sempat menghiris pipinya sedikit.

Luka di pipi dilihat dari ekor mata. Mata biru langitnya tiba-tiba bersinar. Dia melangkah setapak ke belakang sambil menghayun pedang ke sisi kanannya. Ais mula terbentuk di kakinya. Pedang dihayun sekali lagi. Bayu angin memenuhi seluruh ruang gelanggang, membeku air di lantai dalam sekelip mata.

Mujur tempat Adam dan yang lain gunakan terletak lebih tinggi. Jadi ais itu tidak sampai ke mereka. Hujan turun renyai-renyai. Admin melihat ke atas.

'Dia dapat hasilkan hujan... Tapi untuk apa?', fikirnya.

Raphael menggunakan summer breeze dengan hayunan pedang seterusnya. Kabus mula terhasil. Memenuhi kawasan gelanggang.

'I see...', admin mengambil posisi. Kabus itu semakin lama semakin tebal. Jarak penglihatannya semakin terhad.

"Tak nampaklah", kata Adam. Kabus itu dapat sampai ke mereka tetapi hanya sampai paras lutut. Kabus itu lebih tebal di kawasan admin dan Raphael.

"Apa yang Raphael lakukan adalah sangat bijak. Dengan mengehadkan penglihatan, sukar untuk admin serang balas", jelas Vyrut. Nampaknya Raphael memiliki kapasiti genshi yang tinggi. Kalau orang lain mereka tak mampu meliputi seluruh kawasan ini dengan kabus.

Raphael melangkah mendekati admin dengan senyap. Dia menggunakan teknik Crescent Moon dengan genshi angin ke belakang admin. Bunyi angin membelah kabus dapat didengari.

Admin membalas dengan libasan pedang sambil berpusing ke belakang. Anak matanya bergerak ke kiri dan kanan sambil mengekalkan posisi. Pendengaran ditajamkan. Memandangkan penglihatannya terhad dia perlu fokus pada deria lain.

Raphael memerhati dari belakang admin. Dia menggunakan Frost Thorn Rose Vine yang menjalar dengan perlahan dan senyap seperti ular. Ia berada di sekeliling admin tanpa dia sedari. Matanya hanya fokus pada kabus di depan mata.

Akar bunga ros itu dengan pantas menjalar ke kakinya dan mengikat dengan ketat. Duri pada akar bunga ros menyiat kulitnya. Dia melihat ke bawah. Terdapat banyak akar bunga ros berduri yang menjalar di lantai di sekelilingnya. Membuatkan pergerakan nya terhad.

Admin melancarkan Crystal Burst. Ceracak kristal hitam muncul menghancurkan akar bunga ros di sekeliling. Akar yang mengikat kakinya turut dipotong.

Dia menoleh ke kiri dan kanan, mencari kedudukan Raphael. Dia bergerak menuju ke depan selangkah demi selangka. Tanpa berlengah lagi Raphael berlari ke arahnya dan melancarkan teknik Crescent Moon diikuti beberapa bilah Wind Blade dari pedangnya.

Admin membalas. Raphael boleh tahu kedudukan nya dari bunyi tapak kakinya pada serpihan ais di lantai. Admin dan Raphael saling berbalas serangan. Libasan dari pedang mereka membuatkan kabus di sekeliling semakin menipis.

Admin mula membalas dengan lebih agresif. Setiap kali dia menghayunkan pedang dia turut menggunakan Single Crystal Burst. Membuatkan Raphael sukar untuk melakukan serang balas kerana dia perlu mengelak ceracak kristal hitam itu.

Raphael menggunakan Wind Burst menyebabkan admin terdorong ke belakang. Ini memberi peluang kepada Raphael untuk serang balas. Belum sempat lagi Raphael menyerang, admin menggunakan Arch Crystal Burst. Ceracak gergasi kristal hitam memenuhi ruang sekeliling mereka.

Admin menyerang dengan teknik Zehn Swing ke arah Raphael dengan kelajuan tinggi. Raphael hanya mampu mempertahankan diri dengan menyerang balas setiap libasan pedang. Libasan terakhir menyebabkan Raphael berlanggar pada kristal gergasi di belakangnya.

Admin menghayunkan pedangnya lagi. Raphael sempat mengelak dengan berpusing ke sebelah kanan. Dia berlari ke tengah-tengah kawasan kristal itu lalu melakukan pusingan penuh sambil menghayunkan pedangnya. Melancarkan teknik Full Moon dengan genshi Frost Wheel.

Roda Ais yang berpusing dengan kelajuan tinggi dengan mudah memotong kristal gergasi di sekeliling. Admin menghalang serangan itu dengan Triple Layered Crystal Barrier tetapi ais itu masih dapat menembusi pelindung itu.

Admin tunduk ke bawah, mengelak serangan Raphael. Dia melihat semua kristal yang dipotong. Kalau dia tak elak tadi tentu badannya sudah terbelah dua. Raphael bersedia untuk serangan seterusnya. Admin berdiri lalu mengangkat sebelah tangan.

"Kamu boleh berhenti sekarang", katanya. Dia hanya perlu menguji sejauh mana kemahiran Raphael sahaja. This is more than enough.

Raphael menyarung pedangnya. Mereka melangkah keluar dari gelanggang. Adam dapat melihat mereka keluar dari sebalik kabus.

"Kita akan mula selepas setengah jam", kata admin kepada Ray sepintas lalu.

"Raphael. Boleh kamu hilangkan kabus tu?", dia menoleh ke Raphael.

Raphael mengeluarkan pedangnya lalu dihayunkan ke arah kabus dan menggunakan Wind Blade yang meliputi seluruh kawasan gelanggang. Kabus perlahan-lahan mula menipis dan menghilang. Ray, Adam dan Vyrut dapat melihat kesan-kesan perlawanan antara Raphael dan Admin. Terdapat banyak sisa-sisa serpihan kristal hitam di merata tempat. Ais di permukaan lantai mula cair sedikit demi sedikit.

Admin dan Raphael berlalu ke bilik rawatan di bahagian belakang gelanggang. Mereka yang lain melihat pemandangan di depan mata dengan perasaan kagum. Sepanjang masa perlawanan tadi mereka hanya dapat mendengar bunyi hentaman kristal dan pedang berlaga.

Ray mula rasa gelisah. Macam mana dia nak pertahankan diri dari serangan begitu. Raphael nampaknya memiliki kawalan teknik dan genshi yang lebih hebat daripadanya. Dia risau kalau tak dapat lepasi ujian ini.

Kemudian muncul sepasukan anggota yang bertanggungjawab untuk membersih dan membaik pulih gelanggang. Mereka terkejut dengan pemandangan di depan mata. Apa yang terjadi ni? Haih... Dah satu kerja lagi nak angkat kesemua kristal-kristal itu. Sudahlah besar dan berat pula tu!

Doktor lelaki sedang merawat luka admin di bahagian betis dan pergelangan kakinya. Raphael menyapu sendiri ubat pada pipinya dan menampal plaster. Dia melihat sebentar luka admin.

"Raphael. Ambil lah", kata Ashera sambil menghulurkan sebotol air. Raphael menyambut dan terus diteguk. Dia memang tengah rasa haus sekarang.

"Kamu nak tengok perlawanan Ray nanti?", tanya Ashera.

"Tak. Saya nak pergi rehat", balas Raphael. Kepalanya sudah rasa pening sebab penggunaan genshi yang banyak tadi. Kalau boleh mahu saja dia tidur di situ.

"Okay. Kami akan beri badge kamu esok",kata Ashera lagi. Gadis ni agak ganas juga. Dia boleh cederakan admin sampai begitu sekali. Mujurlah tak serius sangat.

Raphael terus berlalu pergi. Admin hanya memerhati kelibat Raphael dari belakang. Tak silap dia gadis itu adalah salah seorang dalam senarai pewaris kerabat Ephriem. Boleh tahan juga dia tu. Teknik dan kawalan genshi dia sangat bagus. Dia perasan mata gadis itu bersinar semasa perlawanan tadi. Adakah dia...

Chris melangkah masuk. Dia mencari-cari admin. Setelah jumpa dia terus menuju ke arahnya. Raut wajahnya mempamerkan riak marah?

"Kau okey ke?", katanya. Dia menghulurkan tuala basah dan sebotol air.

"Okay je. Kenapa kau marah ni?", kata admin. Dia mengelap muka dan lehernya dengan tuala itu. Doktor memberikan dua biji painkiller sebelum beredar keluar.

"Tak ada apalah", kata Chris. Tapi matanya sempat melihat balutan di lengan dan kakinya.

"Kau sudah beritahu mereka ke?", tanya admin. Dia menelan ubat. Rasanya dia boleh bertahan untuk ujian seterusnya. Dia tidak mahu ujian ini ditangguhkan.

"Dah. Rasanya mereka sempat siapkan badge esok", balas Chris.

"Macam mana dengan isu semalam?", tanya Chris.

"Dah jumpa. Aku dah soal siasat mereka. Tapi nampaknya dia tak tahu apa-apa. Mereka cuma beri dia rasuah saja", jelas admin.

"Ya ke? Apa kau buat dengan dia?"

"Aku serahkan kepada Unit Khas. Biar mereka uruskan dia", kalau boleh sudah lama dia membunuh lelaki itu. Berani dia berkomplot dengan assassin tu.

"Lepas ujian ni selesai saya nak balik terus", kata Chris.

"Hmm... Baliklah", balas admin. Chris berada di sini hanya untuk mengisi kekosongan sebagai orang kanannya sekejap saja.

"Ervalen. Kalau kau ada masalah beritahu saya lain kali", kata Chris. Sahabatnya itu jarang minta pertolongan darinya.

"Okay", Ervalen tersenyum. Dia ni mudah sangat risau dengan orang lain.

Raphael menuju ke arah Adam, Vyrut dan Ray dahulu.

"Kamu nak tengok ujian Ray ke lepas ni?", tanya Adam.

"Tak. Saya nak pergi ke bilik", kata Raphael.

"Okay", Raphael penat agaknya.

"Ah... Ray. Good luck", kata Raphael dengan riak muka yang tidak berubah.

"Ya. Terima kasih", balas Ray. Harapnya dia lepas ujian ini. Raphael menuju ke lif.

Selepas setengah jam, ujian seterusnya bermula. Ray mengalirkan genshi pada rod besi berwarna merah di tangannya. Rod itu berubah menjadi panjang dan membentuk Spear dengan corak ukiran emas dan terdapat kristal genshi merah pada batang.

Ray dan Ervalen bergerak ke tengah gelanggang yang sudah dibaik pulih. Tiada lagi sisa kristal hitam.

'Dia ni mesti Ray', fikir Ervalen. Adik kepada lelaki itu. He does resemble him a bit especially that red hair.

Ray menarik nafas dan dihembus perlahan. Cuba menghilangkan perasan gemuruh. Posisi diambil. Ervalen tersenyum nipis. Chris memandang risau pada sahabatnya. Jangan pula dia buat bukan-bukan nanti.