Ashera berjalan ke arah mereka dan berhenti di sebelah Vyrut. Mata hijau zamrud nya sempat mendarat pada Raphael Ian.
"Saya nak cakap fasal semalam", kata Ashera. Admin masih lagi menguruskan hal ini. Sejak semalam lagi mood dia tak baik.
"Sekarang kami masih mencari pekerja kami yang mungkin berkomplot dengan mereka. Admin sendiri yang turun padang mencari", jelas Ashera. Dia di sini sekadar menyampaikan berita sahaja. Di hadapannya adalah orang paling penting di empayar ini. Walaupun dia turut termasuk dalam senarai itu.
"Saya harap mereka jumpa orang tu cepat. Sebelum dia sempat lari", kata Vyrut.
"Ah... Kamu Ray kan?", tanya Ashera.
"Ya. Kenapa?"
"Tuan Mort minta kami luluskan permohonan untuk kamu ambil Ujian SS", dia memohon dari Admin dengan syarat isu ini akan diketepikan. Kalau admin tak terima habislah mereka.
"Huh? Ujian SS? Maksud kamu ujian tu ke?", dia salah dengar ke? Tak sangka pula abangnya membuat permohonan itu.
"Apa Ujian SS tu?", kata Adam ingin tahu.
"SS adalah singkatan bagi Specialized Secret. Tak ramai tahu ujian ni dan risikonya sangat tinggi. Biasanya Tenshiz yang sudah mahir saja akan apply untuk ujian ni. Untuk lompat tahap kelas Tenshiz", jelas Raphael.
"Seperti yang Cik ni terangkan. Itulah Ujian SS. Untuk makluman kamu Cik ini pun akan ambil ujian ini nanti", tambah Ashera.
"Betul ke Raphael?", tanya Vyrut. Dari yang dia tahu tahap kesukaran ujian itu sangat tinggi.
"Ya. Saya dah buat permohonan sejak hari pertama lagi"
"Ujian ini akan dilakukan sejurus sesi penyerahan badge selesai esok. Kamu berdua perlu berada di gelanggang tingkat bawah tanah lebih awal. Ada orang bawa kamu ke sana nanti", sambung Ashera. Sudah lama dia tidak mendengar orang memohon ujian ini.
"Encik Ashera. Kamu kenal Shira ke?", tanya Ray. Dia dapat melihat persamaan antara mereka.
"Ya. Shira sepupu saya. Kamu boleh panggil saya Ashera saja"
"Saya kena pergi dulu. Jumpa kamu esok", dia perlu menyiapkan tugasan untuk esok.
Mereka melihat Ashera berlalu pergi. Ray nampak bingung. Permintaan abangnya terlalu mengejut. Sudahlah esok pula tu! Sepatutnya dia boleh agak abangnya akan buat perkara ni. Nak tak nak dia kena datang juga esok. Ray menoleh ke arah Raphael.
"Raphael. Kamu sudah tahu apa nak dibuat esok ke?", kata Ray. Lukanya pun belum sembuh lagi. Haih....
"Ya. Saya ada sediakan beberapa strategi dan sudah tahu elemen genshi admin. Kamu tahu kan admin sendiri yang jadi pihak lawan esok?"
"Eh? Ya ke? Saya baru tahu. Kalau kamu tak cakap saya langsung tak tahu"
"Saya nak pergi dulu. Bye", Raphael terus menuju ke dewan untuk berlatih.
"Tak apa lah. Benda dah jadi pun. Kau ada bawa Spear kan?", kata Vyrut.
"Saya memang sentiasa bawa", Ray pasrah sahaja. At least his technique already reach secondary vein. Cuma dia rasa itu saja tak cukup untuk ujian esok.
"Yalah. Kamu tak panggil nama saya lagi ke?", sakat Ray.
"Bila pula aku panggil nama kau?", Vyrut menoleh geram. Hish! Kenapa dia ingatkan aku balik ni.
"Betul lah. Saya-", belum sempat lagi Ray habis cakap Vyrut sudah menekup mulutnya.
"Kau ni tak pandai diam ke?", Ian dan Adam tertawa saja melihat gelagat mereka.
Ray tersenyum di sebalik tangan Vyrut. Dia ingatkan V tidak mahu panggil namanya lagi. Dia masih ingat lagi riak wajah Vyrut yang panik semalam.
Ray diberi pelepasan pada tengah hari. Mereka semua makan di bilik Adam. Selepas itu, Ray memikirkan beberapa strategi dia boleh gunakan untuk esok. Sekurang-kurangnya dia perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Esoknya Vyrut menukar bandage di lengannya kepada band aid saja. Dia memakai jaket royal red kegemarannya bersama tali leher putih diikat reben. Dia menggunakan hair straightener untuk mengurus rambutnya.
Dia duduk di bangku sebentar. Menunggu Adam. Vyrut menoleh bila mendengar bunyi tapak kaki. Kelihatan Adam bersama Anna dan juga Elena.
"V. Cantik baju", kata Elena yang memakai gaun paras lutut berwarna hijau pucuk pisang.
"Kamu pakai tu saja ke Adam?", Vyrut menghiraukan komen Elena. Adam memakai t-shirt putih dan jaket denim berwarna merah. Anna pula pakai blaus putih bersama skirt kembang paras lutut.
"Pelik ke?", Adam meneliti pakaiannya.
"Tak lah. Okey je", Vyrut membelek-belek rambut Adam ke tepi.
Adam dan Vyrut duduk di barisan kerusi lelaki di sebelah kanan dewan. Sesi dimulakan dengan ucapan dari orang kanan admin. Penyerahan badge disampaikan kepada bahagian perempuan dahulu. Anna mendapat badge berwarna silver berbentuk hexagon dan berantai halus untuk dipin pada baju. Adam menepuk tangan.
Giliran bahagian lelaki dimulakan ikut pangkat badge. Dari diamond, gold, silver dan bronze. Berdasarkan tahap pencapaian setiap orang. Vyrut mendapat badge diamond berantai merah dan Adam pula badge gold. Hanya Vyrut seorang saja yang mendapat pangkat diamond.
"Abang punya badge cantiklah", Adam meneliti badge lut sinar yang tertera huruf E.
"Jomlah. Kita pergi tengok Ujian SS. Sekejap lagi nak mula", sekarang semua orang pergi ke dewan di sebelah. Ada jamuan diadakan tapi mereka tidak mahu pergi.
"Boleh ke?", tanya Adam. Mereka menuju ke lif. Ashera turut berada di situ. Menunggu pintu lif buka.
"Ashera. Boleh kami tengok juga ke?", kata Vyrut.
"Mestilah. Orang luar dialu-alukan untuk melihat. Walaupun cuma kamu berdua saja", Ashera menghulurkan senyuman. Di tangannya terdapat iPad. Mungkin untuk catat markah ujian nanti.
Mereka melangkah masuk lif. Lif bergerak turun ke bawah. Selepas beberapa minit pintu lif terbuka. Di hadapan mereka tertera ruang berbentuk bulat dengan siling yang tinggi. Saiz gelanggang itu sebesar padang bola sepak. Nampaknya mereka berada jauh ke dalam bawah tanah.
Raphael dan Ray berdiri di luar garisan merah itu. Vyrut dan Adam menuju ke arah mereka. Ashera masih menunggu admin berdekatan lif tadi.
"V. Kamu datang nak tengok ke?", sapa Ray. Tangannya menjalar ke badge di bahagian dada Vyrut. Dia dapat pangkat diamond. As expected of my V!
"Ashera cakap kami boleh tengok", Vyrut menepis tangan Ray.
"Selamat berjaya", ucap Adam kepada Ray dan Raphael.
Ray membalas dengan senyuman. Dia menepuk-nepuk rambut Adam. Mereka berdua memakai jersi yang diedarkan. Ray memakai jersi putih berbelang merah di lengan dan Raphael memakai jersi biru. Jaket jersi diikat di pinggang bersama tali pinggang untuk pedangnya.
"Itu pedang ke?", Adam melihat sarung pedang Raphael yang berwarna Royal blue dan bercorak bunga silver.
Raphael mengeluarkan pedang dari sarung. Bilah pedang itu bersinar di bawah cahaya lampu. Dia menghalakan pedang ke atas. Pedang itu diperbuat dari bahan paling kuat dan keras. Diamond Adamantine. Susah nak dapat senjata yang menggunakan bahan itu dan harganya memang jauh lebih mahal dari yang difikirkan.
Pintu lif terbuka. Seorang lelaki dengan rambut blonde keemasan melangkah keluar. Ashera menyambut lelaki itu. Dia mesti admin. Tak lupa juga orang kanan admin.
"Kamu berdua dah sedia?", mata hitamnya meneliti pemakaian Ray dan Raphael.
"Ya", balas Ray. Raphael sekadar mengangguk.
"Baiklah. Kita mulakan dengan Raphael", jaket hitam dihulurkan kepada orang kanannya.