Bagaimana seseorang Tenshiz dipilih?
PERINGKAT 1
Setiap kanak-kanak berumur 5 tahun akan menghadiri suatu pemeriksaan untuk mengesan kehadiran genshi dalam diri dan dibahagikan mengikut elemen.
Biasanya seorang hanya akan ada satu jenis elemen sahaja tetapi ada juga yang lahir dengan dua jenis elemen atau lebih.
PERINGKAT 2
Ibu bapa akan mencari seorang guru untuk mengajar anak-anak mengikut jenis genshi. Ini hanya bagi yang mampu sahaja. Ataupun ibu bapa itu boleh mengajar sendiri anak-anak mereka.
PERINGKAT 3
Setiap orang yang berumur antara 15 - 20 tahun perlu menghadiri ujian saringan untuk menentukan sama ada seseorang itu layak atau tidak memegang gelaran Tenshiz.
Ujian ini terbahagi kepada 2:
a) Courage Test
b) Pengendalian Kuasa
COURAGE TEST
* Objektif: untuk menentukan sama ada seseorang itu ada keberanian untuk menghadapi cabaran pertama sebagai Tenshiz.
* Dia dikehendaki untuk mencederakan pihak lawan.
* Dalam bentuk perlawanan antara individu.
PENGENDALIAN KUASA
* Dalam bentuk individu dan disaksikan oleh beberapa testrilliar.
* Seseorang itu akan diminta untuk melakukan demonstrasi genshi.
* Objektif: untuk mengukur tahap kemahiran seseorang dalam mengendali dan menggunakan genshi.