Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 10 - BAB 7

Chapter 10 - BAB 7

Vyrut sambung memanah semula. Ray rasa kekok sebab V mendiamkan diri sejak Adam pergi. Dia menggaru kepala walaupun tak gatal pun sebenarnya. Memikirkan apa yang perlu dikatakan. Vyrut sedar apa yang Ray lakukan tapi dia biarkan saja.

"Err... V... Maafkan saya...fasal tadi", kata Ray perlahan.

Vyrut mengeluh, busur diletak pada stand lalu berkata "Kali ni aku maafkan kau. Tapi sebelum ajar Adam lagi beritahu aku dulu rancangan kau", Vyrut menyilang tangan.

"Okay...", nampaknya dapatlah dia berjumpa dengan Vyrut lagi. Dia risau V akan memutuskan tali persahabatan mereka gara-gara kecuaiannya.

"Yalah. V. Adam tu anak angkat baru keluarga kamu ke?", tanya Ray. Dia mahukan kepastian.

"Huh? Taklah. Belum lagi. Buat masa inilah", balas Vyrut. Mungkin Ray tanya begitu sebab Adam memanggilnya abang. Tapi soalan Ray tadi membuatkan Vyrut terfikir. Dia perlu bercakap dengan Adam fasal tu. Tapi kalau begitu dia perlu beritahu Adam mengenai keluarganya juga.

"Kamu belum beritahu Adam fasal 'itu' kan?", tanya Ray.

"Belum lagi. Mungkin nanti", Vyrut mengambil busur dan anak panah dalam quiver stand.

Vyrut melepaskan anak panah selepas menentukan sasaran selama kira-kira 3 saat. Abangnya beritahu kalau terlalu lama tangannya akan cepat letih. Sementara itu Ray memikirkan jadual dan skop latihan untuk Adam berlatih petang nanti. Memandangkan Adam menggunakan genshi api sudah semestinya dia menggunakan pertarungan jarak dekat.Jadi dia perlu tingkatkan stamina juga. Nanti dia perlu tanya Adam sama ada dia ada menggunakan senjata atau tidak.

Selepas sejam mereka beransur pergi. Ada orang lain yang sudah mula datang memenuhi dewan. Busur dan peralatan lain disimpan semula. Sebelum itu mereka mengambil makanan di cafe. Vyrut hairan kenapa Ray masih ikutnya sampai depan bilik Adam.

"Kenapa kau tak masuk bilik sendiri?", tanya Vyrut sambil menekan loceng.

"Ada sesuatu saya nak tanya Adam. Berkaitan dengan latihan dia", kata Ray.

Pintu terbuka. Vyrut dan Ray melangkah masuk. Adam duduk di birai katil sambil memeluk bantal. Dia memandangkan ke arah mereka dengan malas dengan pipinya ditekap pada bantal.

"Saya dah balik. Adam kamu dah rasa sihat sikit ke?", kata Vyrut. Setelah meletakkan bungkusan makanan di atas meja dia duduk disebelah Adam. Rambut Adam diusap lembut.

"Masih rasa pening sikit", balas Adam.

'Rapat juga mereka ya...', dari penjelasan Vyrut tadi dia boleh agak mereka baru kenal beberapa hari lalu. Personaliti Adam jauh berbeza dengan adik-beradik angkat Vyrut yang lain. Adam mengingatkan dia pada seekor anak anjing yang comel.

"Adam. Kamu ada guna senjata ke? Kalau ada saya nak tengok", kata Ray.

"Hm? Pisau saya dalam beg dekat situ", Adam tunjuk ke arah sofa tepi tingkap. Ray mengeluarkan pisau yang tersarung pada sarung kulit. Pisau pendek itu diteliti.

"Adam kamu pernah guna pedang ke?", tanya Ray selepas menyimpan semula pisau. Dia duduk di sofa.

"Pedang? Tak. Tak pernah. Kenapa?", tanya Adam.

"Owh...Kalau begitu kamu nak tak belajar guna pedang. Saya rasa pedang pendek lebih sesuai untuk awak. Kalau kamu gunakan ini tahap kemusnahan akan naik mendadak berbanding senjata awak sebelum ini", jelas Ray.

"Kalau begitu saya okey je. Tapi... macam mana saya nak pakai semasa jalankan misi nanti? Saya tak cukup duit untuk beli buat masa ini", kata Adam risau.

"Fasal itu nanti saya uruskan. Kan saya dah janji nak beri hadiah kalau kamu lulus", kata Ray.

"Okay!", balas Adam teruja.

"Kamu nak yang macam mana? Maksud saya design pedang tu", tanya Ray.

"Hm.... Entahlah. Apa kata awak pilihkan. Saya tak tahu sangat fasal senjata ni", kata Adam sambil tersengih.

"Kalau begitu saya pilih yang terbaik dan paling sesuai untuk kamu", janji Ray.

"Adam. Saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu", Ray memulakan bicara.

"Hm? Cakaplah", Adam melentokkan kepala pada bahu Vyrut.

"Ehem! Kamu berminat tak untuk sambung belajar di Akademi Vessalius Elit. Kami tawarkan kepada awak biasiswa penuh sepanjang tempoh itu. Macam mana kamu berminat tak", kata Ray sekali nafas.

"Eh!?", Adam terus mengalihkan kepalanya. Dia tak sangka Ray mahu cakap fasal ini. Vyrut pun ikut menoleh ke arah Ray dengan riak separa terkejut.

"Tak apa. Kamu tak perlu beritahu saya sekarang. Fikirlah dulu"

Sepanjang masa sehingga makan tengah hari Adam termenung memikirkan jawapan. Set makanan Jepun di depan mata direnung saja. Fikirannya sudah menerawang ke planet Marikh.

"Adam. Kenapa ni? Makanlah", kata Vyrut. Tentu tawaran Ray tadi membingungkan Adam.

"Okay", balas Adam sambil mencubit sedikit salmon pada penyepitnya. Ray masih lagi di sini. Mangkuk donburi daging masak black pepper nampak menyelerakan di mata Adam. Keluarganya jarang dapat makan daging.

"Kamu nak sikit ke? Nah!", kata Ray sambil menyuakan sesudu kepada Adam.

Adam membuka mulut. Sedapnya! Daging itu rasa sangat lembut dan berperisa. Vyrut melihat saja adegan di depan mata. Dia menyambung semula suapan. Ray menghalakan sudunya ke arahnya pula.

"Kamu nak juga ke?", kata Ray menyakat.

"Kau nak kena cucuk dengan ni ke?", Vyrut menggenggam penyepitnya.

Ray menggeleng laju. Tak pasal-pasal berlubang kepalanya nanti. Adam tersengih saja. Kelakar pula. Walaupun abangnya begitu tak pernah juga dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ray. Dia tahu hubungan mereka agak tegang. Orang luar senang saja menilai dari tingkah laku mereka.

Vyrut dan Ray berbincang tentang latihan Adam nanti. Ray menghulurkan buku nota. Vyrut meneliti satu persatu. Nampaknya kali ini tak ada latihan yang bahaya.

"Saya nak uji tahap stamina Adam dulu dan beberapa ujian lain. Boleh tak kita pergi awal nanti?", soal Ray.

"Baiklah. Kau jangan nak buat lebih-lebih pula nanti", Vyrut memberi amaran.

"Mestilah. Kamu masih nak berlatih memanah kan?"

"Ya...", kata Vyrut sambil membuka novel. Cahaya matahari dari luar membuatkan mata Vyrut bersinar. Ray memang suka dengan matanya kerana warnanya yang unik. Tak ramai orang mempunyai mata berwarna merah delima. Dari yang dia tahu kebanyakan abang-abang Vyrut memiliki mata seperti itu. Cuma ton warna sahaja yang tidak sama.

Tepat jam 2 petang mereka sudah berada di dewan. Vyrut terus menuju ke kawasan memanah. Ray dan Adam pula menuju ke gimnasium.

"Adam saya nak kamu berlari selama mana yang boleh. Sampai kamu tak boleh berlari lagi", kata Ray bersama iPad di tangan.

"Itu saja ke?", tanya Adam sambil meregangkan badan.

"Lepas itu ada beberapa ujian lagi. Kamu boleh mula terus", arah Ray.

Adam mula berlari atas treadmill. Lengan dihayunkan selari dengan larian. Ray melihat postur larian Adam. Okay saja. Kalau berlari dengan postur yang salah nanti badan sendiri yang sengsara terutamanya tulang belakang.

Larian Adam mula perlahan setelah mencapai 6 kilometer setengah. Hampir 7 kilometer. Ray menaip sesuatu dalam iPad.

"Kamu rehatlah 10 minit dulu. Lepas tu sambung", kata Ray sambil menghulurkan sebotol air. Semasa bersenam air sejuk perlu dielakkan untuk kurangkan risiko kejang otot. Adam duduk di bangku sambil memandang ke luar tingkap kaca berhadapan treadmill. Memikirkan apa yang dibuat abangnya sekarang.