"Hmm... Mereka okey ke?"
"Baguslah. Dia macam mana?"
"Kami akan uruskan. Tolong jaga mereka buat masa ni", tak sangka ada orang hantar ke situ. Paling pelik mereka dengan mudah memecah masuk tanpa ada sedar. Mesti ada orang dalam yang berkomplot dengan mereka. Telefon hologram ditutup. Dia menoleh ke arah sahabatnya yang jelas terganggu emosinya. Mesti dia tengah marah sangat sekarang. Dia boleh rasa kemarahan yang meluap-luap mahu keluar dari wajahnya yang tegang.
Waktu sudah menginjak ke malam. Adam terjaga dari tidur. Matanya terkelip-kelip memandang siling putih. Dia menoleh ke arah Vyrut yang tertidur di kerusi. Hanya lampu dari luar yang menerangi bilik itu sedikit. Vyrut bergerak sedikit sebelum mendongak.
"Kamu dah bangun? Nak makan ke?"
"Bolehlah... Kafeteria masih buka ke?", perutnya terasa kosong.
"Masih buka lagi rasanya. Saya pergi beli kejap", Vyrut terus berlalu pergi.
Adam melihat Ray yang masih tidur. Bahagian tepi bahu kanannya yang berbalut terdapat kesan darah.
Vyrut sampai dengan dua plastik makanan dan minuman. Bubur ayam dihulur kepada Adam. Dia sekadar menjamah sandwich cheese dan ham bersama teh panas.
Setelah mengalas perut, Adam duduk di tepi katil. Kaki dihayun perlahan. Dia sekadar melihat bulan penuh yang bersinar bersama bintang berkerlipan. Vyrut melihat Adam dari belakang. Dia nampak okey. Dia risau juga kalau insiden tadi beri kesan buruk kepadanya.
"Kamu tak sambung tidur?"
"Kejap lagi lah"
"Abang. Bila doktor nak beri pelepasan?", dia masih merenung bulan.
"Esok pagi dia periksa kamu lagi. Lepas tu dah rasanya. Saya nak masuk bilik ni. Jangan tidur lewat sangat", pesan Vyrut. Selepas melihat Adam sekejap dia terus berlalu pergi.
Esok paginya jam 7 pagi seorang doktor memeriksa Adam dan memberi ubat sapu untuk lukanya. Bahagian tangan, lengan dan pipinya yang terkena luka terbakar. Adam pergi ke bilik untuk membersihkan diri ala kadar dan memakai ubat sebelum menuju ke kafeteria.
"Adam. Kenapa saya tak jumpa kamu semenjak dua ni? Dari mana kamu dapat luka ni?", tanya Anna dengan risau. Ibu Adam memintanya untuk selalu bersama Adam sepanjang berada di sini memandangkan mereka rapat.
"Hehe. Tak ada apa lah. Saya cedera sebab berlatih", nampaknya orang lain tak tahu fasal kejadian semalam.
"Ya ke? Hati-hatilah. Baguslah kamu dah dapatkan rawatan. Saya nak pergi dulu. Nak pergi berlatih dengan kawan kejap lagi", Anna melambaikan tangan.
Adam membalas. Sempat lagi dia mengambil beberapa bungkusan sandwich dan kuih muih. Kalau Ray bangun mesti dia lapar. Baru dia tahu makanan diedarkan secara percuma sejak semalam. Masih ada banyak orang beratur.
Sampai di bilik kesihatan, dia melihat Ray sudah bangun. Dia terus melangkah dengan cepat.
"Awak okey ke Ray? Saya ada bawa sandwich dan kuih kalau awak lapar", plastik berisi makanan diletak atas meja.
"Boleh juga. Saya memang tengah lapar ni", dua bungkusan sandwich diambil. Vyrut menarik meja beroda yang bersambung dengan katil ke arah Ray. Air teh panas diletak di hadapan Ray.
"Thanks V!", air teh yang masih panas berasap dihirup sedikit. Ray mendesis sakit. Lukanya terasa pedih. Vyrut mengambil semula cawan di tangannya.
"Kalau tak dapat biar aku tolong", dah tahu sakit buatlah macam orang sakit.
"Kamu nak tolong suapkan ke?", gurau Ray.
"Kalau tu tak cukup aku pergi ambil lagi", makin dilayan makin jadi nanti. Hm...
"Boleh juga. Dari semalam lagi belum makan", Ray mengusap perutnya.
"Yalah", Vyrut terus menuju ke cafe. Dia pun belum sempat makan lagi.
Adam mengambil satu lagi kerusi. Ray mengunyah sandwich. Sedap juga. Dia perasan Adam merenung balutan di bahunya.
"Saya okey lah. Nanti pandailah luka ni sembuh", Ray menepuk perlahan bahu Adam dengan tangan kirinya.
Adam tersenyum saja sebelum berkata "Saya nak terima tawaran tu". Raut wajah Adam yang berubah serius membuatkan Ray rasa lega. Nampaknya ada sesuatu yang memberikan tekad dan keazaman baru kepadanya.
"Betul ke? Kamu pasti?"
"Ya. Sebenarnya saya memang nak terima tawaran tu sejak awal lagi. Cuma saya risau siapa nak jaga ibu nanti", luah Adam. Dia tahu ibunya pandai jaga diri. Tapi anak siapalah yang tak risau dengan ibu sendiri. Bimbang kalau sesuatu terjadi semasa dia tiada di sisinya.
"Tak apa. Nanti saya akan cakap dengan ibu kamu sendiri", kata Ray. Dia menyambung suapan.
"Kamu nak pergi rumah saya?", kata Adam keliru.
"Mestilah. Sebab yang akan tanggung perbelanjaan kamu di akademi nanti adalah keluarga saya", kata Ray seperti perkara itu hanyalah sesuatu yang biasa sahaja.
"Keluarga kamu?"
"Ya. Saya belum beritahu kamu lagi. Saya dari kerabat Lynx. Kami biasanya akan berikan biasiswa penuh untuk orang tertentu saja yang penuhi kelayakan dan ujian khas dari kami. So...Don't worry too much", jelas Ray dengan gaya bersahaja.
"Kerabat Lynx? Apa tu?", dia tertanya-tanya.
"Saya dah agak kamu akan tanya. Bahagian tu biar dia jelaskan", kata Ray sambil menunjuk tapak tangannya ke arah Vyrut yang baru sampai dengan muka terpinga-pinga.
"Jelaskan apa?", tanya Vyrut. Bungkusan nasi butter dan daging black pepper dibuka Ray. Bau saja pun dah sedap.
"Abang. Apa kerabat Lynx tu?"
"Kamu beritahu Adam ke?", Vyrut menoleh ke arah Ray yang sibuk menyumbat mulutnya.
"Hm? Lambat laun dia akan tahu juga. Jadi saya beritahulah", matanya melekat pada daging yang lembut dan empuk.
"Kalau macam tu. Saya kena jelaskan fasal saya juga lah nampaknya", Vyrut mengambil duduk.
"Huh?"
"Dia dah beritahu kamu yang dia dari Kerabat Lynx kan? Ia adalah salah satu daripada 7 kerabat bangsawan yang memerintah 7 buah negeri di empayar. Saya pun dari salah satu kerabat itu. Kerabat Artorius. Kami memerintah negeri Verharen. Orang di sini tak tahu sangat fasal kami. Sebab tu lah tak ada hal yang terjadi. Lagipun kami datang sendiri ke sini tanpa seorang pengawal. Orang atasan di sini sudah dimaklumkan lebih awal tentang kedatangan kami", jelas Vyrut satu persatu.
'Huh? Maksudnya abang sebenarnya orang bangsawan ke?', fikir Adam. Tiba-tiba dia rasa pening pula.
"Sebenarnya... saya ada sesuatu nak beritahu kamu", Vyrut memegang hujung rambutnya. Ray mendengar sahaja perbualan mereka.
"Saya nak ambil kamu sebagai adik angkat. Secara rasmi", kata Vyrut dengan serius. Biasanya hanya ayah dan abangnya yang lain memilih sendiri anak angkat baru. Ini kali pertama dia pilih sendiri. Lagipun dia tak rapat sangat dengan adik beradik angkatnya yang lain.
"Eh? Boleh ke? Orang biasa macam saya ni", Adam tunduk memandang tangan yang digenggam tanpa sedar.
"Mestilah. You're not the first after all", Vurut menyilang tangan.
"Maksud abang?"
"Ada 6 orang lagi selain kamu", Ray mencelah.
"Macam yang dia cakapkan tu. Lagipun kamu yang pertama", Vyrut memalingkan wajahnya.
"Apa tu?", Adam tertanya-tanya.
"Ehem! Enam orang sebelum kamu semuanya dipilih oleh ayah dan abang saya yang lain. Saya tak pernah pilih sesiapa sebelum ni", jelas Vyrut. Sudah jadi tradisi kerabat mereka untuk mengambil anak angkat. Tetapi hanya yang terpilih saja layak.
"Oh? Ya ke?", kenapa dia nak malu-malu pula ni. Dia rasa gembira juga sebenarnya. Hm... Maksudnya dia ada banyak abang lah lepas ni.
"Kalau macam tu saya terima. Saya nak jadi adik abang", balas Adam sambil tersenyum. Hehe.
"Tahniah Tuan muda", kata seorang lelaki sambil menepuk bahu Adam.
Adam menoleh. Siapa dia ni?
"Ian. Kamu dah beritahu abang ke?", tanya Vyrut. Mengelak ucapan tahniah dari Ian.
"Sudah. Tuan cakap nanti dia uruskan. Dia minta saya lindungi kamu berdua buat masa ni. Tak lupa juga tuan muda baru ni", kata Ian sambil mengusap rambut Adam.
"Awak ni siapa?", tanya Adam. Ini kali pertama mereka berjumpa.
"Saya Ian. Pengawal dan juga kesatria dari Kerabat Artorius. Selamat berkenalan tuan muda", Ian tersenyum lebar. Raut wajah Adam yang nampak mulus dan innocent tu buat dia tersenyum. Dia teringatkan adiknya.
"Saya ada bawa buah tangan", Ian menghulurkan plastik berisi beberapa biji buah epal, anggur dan strawberi.
"Kamu dah sihat ke?", kata Raphael sambil melangkah ke arah mereka.
"Raphael. Kamu datang lagi?", kata Vyrut. Bukannya dia tak suka gadis itu. Cuma tertanya-tanya saja.
"Kenapa? Tak boleh? Saya dengar mereka yang serang kamu tu assassin kan?", Raphael menghulurkan bungkusan plastik buah honey dew kepada Adam.
"Ya. Tak apa. Abang saya akan uruskan"
"Awak Raphael kan?", tanya Ray.
"Saya lah tu", balasnya sambil memasukkan sebelah tangan ke dalam poket vest.
"Ah. Nampaknya kamu semua di sini", kata Ashera dari muka pintu.