Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 13 - BAB 10

Chapter 13 - BAB 10

Sepanjang dua hari ujian berlangsung Raphael banyak menghabiskan masa sendiri. Meneliti fasiliti yang disediakan. Ada taman bunga di bahagian bumbung tingkat atas. Dewan untuk berlatih, cafe, perpustakaan pun ada juga dan kelas. Tempat ini ada menyediakan kelas untuk mereka yang mengambil tempoh belajar tertentu di situ. Walaupun cuma beberapa orang sahaja. Terdapat fasiliti dan kemudahan yang lengkap di Bangunan Permulaan.

Setiap pagi dia pergi ke dewan untuk berlatih kemahiran pedangnya. Sebelah petang pula dia membaca novel dari penulis kegemarannya. Hmm.... Bila bosan dia melihat perlawanan antara peserta di situ dari jauh. Ada sebuah bilik untuk menonton di tingkat yang sama tetapi dekat dengan siling. Dia meneliti bagaimana seorang demi seorang menggunakan genshi. Dia boleh tahu sejauh mana tahap kawalan genshi seseorang daripada aliran genshi dan teknik yang digunakan.

Hari kedua. Dia tak boleh melihat ujian seterusnya sebab ia diadakan di bilik yang terhad. Jadi... dia naik ke bumbung dan berlatih genshi miliknya. Elemen air. Dia mampu menghasilkan berpuluh-puluh hingga seratus anak panah sebab kapasiti genshin yang tinggi. Selepas itu dia menghasilkan pusaran air berbentuk bulat seperti kawanan ikan sardin yang berpusing perlahan. Cahaya matahari yang melalui lapisan air membuatkan ia bersinar mengeluarkan cahaya pelangi.

Raphael memandang bosan ke arah pusaran air. Kalau pembantunya di sini boleh juga dia buat perkara lain.

Dia perasan ada sesuatu bergerak di sebalik rimbunan bunga kertas biru ungu dari ekor matanya. Kakinya melangkah ke arah bunga itu lalu dia melutut di hadapan dan menyentuh kelopaknya.

Matanya tertancap pada sesuatu yang berwarna perang muda dan berbulu gebu. Apa ni?

Tiba-tiba ia bergerak-gerak dan pop!

'What is this... fluffy thing?', fikir Raphael. Tangannya terasa mahu menyentuh telinga yang nampak gebu itu. Mesti bulunya lembut sangat.

Seorang budak lelaki demi-human dalam lingkungan 5 tahun duduk di hadapannya. Di tangannya terdapat kelopak bunga yang mungkin dipetiknya tadi. Sepasang telinga arnab bergerak-gerak. Budak ni mesti demi-human. Ini kali pertama dia melihat seekor? hm... seorang arnab huh?

Raphael meletakkan tangannya di atas kepala si arnab lalu diusap perlahan. Dia memejamkan matanya. Nampaknya dia suka.

"Kamu nak ni ke?", Raphael membuka paket gula-gula coklatnya dan dihulurkan kepada si arnab. Dia mengambil dan terus masuk ke mulut.

'Cute...', Raphael tersenyum.

Dia tidak mahu berlama-lama di situ jadi dia terus bangkit dan menuju ke pintu kaca dia masuk tadi. Si arnab ikut bangun dan mengekori Raphael.

Dia masih lagi mengikut setelah sampai turun ke tingkat bawah menggunakan tangga. Raphael menoleh ke belakang. Dia merendahkan badan.

"Kenapa ni? Kamu tak boleh ikut saya lah", kata Raphael. Serba salah pula dibuatnya. Si arnab mencondongkan kepala ke tepi sedikit. Hairan.

"Apa kamu buat dekat sini?", kata suara dari belakang Raphael.

Dia bangun dan memberi laluan kepada jejaka yang mendukung si arnab.

"Maaflah. Dia ganggu kamu ke?"

"Tak lah. Saya risau juga sebab dia ikut saya dari tadi", jelas Raphael. Dia melambaikan tangan ke arah si arnab bila mereka berlalu pergi.

Petang itu dia sambung membaca novelnya. Lampu tiba-tiba terpadam. Dia menoleh ke luar tingkap. Dari situ dia dapat melihat ke arah dewan. Api yang besar dan marak dapat dilihat dari tingkap atas dewan itu. Biliknya di tingkat 3 jadi mudah untuk dia lihat.

Setelah elektrik kembali, ada pengumuman yang menjelaskan ada masalah teknikal di bilik kawalan. Dia tahu itu tak benar. Dia melangkah keluar. Menuju ke bilik rawatan.