Vyrut melepaskan anak panah ke-50. Ia terbang laju ke papan sasaran dan mendarat pada bahagian berwarna merah. Nampaknya dia sudah semakin mahir. Cuma dia mengalami kesukaran untuk mengekalkan postur sahaja. Semasa dan selepas memanah dia tidak boleh menggerakkan badan. Jauh berbeza dengan fencing.
Seorang jejaka memakai jaket royal blue berdiri di laluan berbumbung memerhati ke arah Vyrut. Nampaknya dia sudah mula berlatih memanah. Sebelum ini dia kata tak nak. Dia mula mendekati Vyrut dan berhenti selang 2 meter darinya.
"Haih...Kamu buat apa dekat sini?", soal Vyrut sambil menoleh ke belakang.
"Tuan muda Noah suruh saya lindungi kamu", balasnya sambil menghulurkan sebotol air dan tuala.
"Abang? Saya bukan budak lagi. Saya boleh lindungi diri sendiri", kata Vyrut. Peluh di dahi dan pipinya dilap.
"Saya tahu. Tapi tuan muda tak boleh lindungi diri sendiri kalau ada banyak orang kan. Lagipun ini memang tugas saya", dia tetap dengan keputusannya.
Vyrut tidak membalas. Air diminum sedikit. Dia tahu bukan mudah untuk mengubah fikirannya.
"Nampaknya tuan muda sukakan dia. Nak saya beritahu dia ke?", katanya mengenai Adam. Dia sudah berada di sini sejak hari pertama lagi. Jadi dari awal lagi dia tahu. Dia pun agak berminat dengan Adam. Dia jauh berbeza dengan tuannya yang lain. Terutama adik beradik angkat itu.
"Tak apa. Saya nak beritahu mereka sendiri", Vyrut memandang ke arah dewan. Sudah sejam masa berlalu. Adam okey ke?
Ray dan Adam pindah ke gelanggang pula. Waktu begini belum ada orang lagi. Hanya mereka sahaja di situ.
"Sekarang kita mulakan ujian reaksi dan tindak balas. Saya akan gunakan bebola api kecil dan kamu perlu elak atau serang", jelas Ray. Stopwatch di tangan. Dia perlu mengukur berapa kali Adam dapat mengelak atau serang dalam tempoh waktu tertentu.
"Satu...dua...tiga...Mula!", kata Ray. Sebanyak 10 biji bola api bersaiz guli terbang ke arah Adam. Dia menggunakan api bersaiz guli untuk mengelakkan kecederaan. Adam mengelak beberapa bola api pertama dan yang lain dipukul dengan batang kayu sepanjang 1 meter.
'Tindak balas dia lebih cepat dari yang aku fikirkan', fikir Ray sambil mencatat pada iPad. Dari 10 bola api itu Adam dapat memukul 6. Yang selebihnya dia mengelak.
"Adam. Kali ini saya gunakan bola api selama 1 minit", kata Ray sambil menyediakan bola apinya yang terapung di udara.
"Okay! Saya dah sedia!", Adam mengambil posisi. Mata dihala ke arah bola api yang semakin banyak.
Beberapa bola api yang terbang dekat dipukul dahulu sambil matanya melilau ke arah bola api yang lain Adam melangkah ke belakang. Memberi jarak antaranya dan bola api itu. Dia mengelak mana yang tidak dapat dan memukul yang perlu sahaja. Masa seminit itu dirasakan lama, dengan jumlah bola api yang semakin banyak muncul.
Masa seminit sudah habis. Adam tercungap-cungap mengambil nafas. Nampak mudah tapi susah juga sebenarnya. Ada beberapa biji bola api yang terkena bajunya menyebabkan kesan terbakar. Nasib baik dia memakai jersi sukan yang diberikan secara percuma kepada semua peserta. Kalau tak habis rosak bajunya.
"Kamu rehat lah 5 minit dulu", kata Ray.
Adam mengangguk. Dia duduk di lantai konkrit itu saja. Botol air dicapai. Dia menoleh ke arah pintu belakang dewan yang menghala ke dataran di mana kawasan memanah terletak. Sebenarnya dia mahu berlatih dengan Vyrut tapi lain kali sajalah.
Selepas itu mereka sambung semula. Ray membahagikan sesi ujian reaksi dan tindak balas kepada 4 bahagian iaitu 1 minit, 5 minit, 10 minit dan 15 minit. Dia mahu lihat berapa lama Adam dapat bertahan dengan serangan bertubi-tubi. Pada ujian sesi 4, langkah Adam mula perlahan. Dia panik sedikit setelah berkali-kali terkena serangan bola api. Adam menoleh kiri dan kanan cuba mencari arah bola api itu datang. Dia banyak terkena pada belakang bajunya.
Setelah masa tamat Adam terduduk kepenatan. Zip jersi dibuka. Air diteguk rakus.
"Kita rehat setengah jam", kata Ray. Dia turut duduk sebelah Adam. iPad diletak tepi.
"Kamu okey ke? Masih dapat teruskan?", tanya Ray. Adam nampak penat. T-shirt putihnya sudah lencun dek peluh.
"Saya okey je! Seronoklah! Lepas ini ujian apa?", kata Adam. Dia baring di lantai. Lantai konkrit itu terasa sejuk.
"Lepas ini kita buat ujian macam pagi tadi. Tapi saya nak kamu biasakan diri dengan suhu 500 C° dulu", Ray melihat jam tangannya. Sudah pukul lima petang. Peliknya. Kenapa tak ada orang datang? Dia memerhati sekeliling. Suasana yang sunyi sepi membuatkan dia tidak sedap hati.
Tiba-tiba pandangannya berubah gelap. Adam terus bangkit duduk. Dia menoleh ke arah pintu masuk kaca di sebelah kirinya. Bayang-bayang orang kelihatan dari luar dewan.
"Adam. Jangan bergerak", kata Ray. Dia mencapai pergelangan tangan Adam. Takkanlah...
Bunyi pisau dikeluarkan dari sarungnya dapat didengari. Ray terus menghalakan bola api bersaiz bola besbol pada sebelah kanan. Dia bangun dan mengambil posisi tanpa melepaskan pegangan tangan Adam. Kalau dia cedera nanti habislah dia kena marah V.
Vyrut mula rasa semacam. Biasanya sudah ada orang jam begini. Tapi dia tidak mendengar apa-apa suara sekalipun. Busur diletak pada stand. Dia dan lelaki itu terus menuju ke dewan. Pintu rintangan api dibuka. Dari cahaya matahari kelam dia dapat melihat beberapa orang mengelilingi Adam dan Ray.
Tanpa berlengah lagi jejaka itu berlari ke arah mereka. Dia menghalakan penumbuk pada salah seorang penjahat . Sebelum mereka sempat menyerang, Ray menggunakan pelindung api untuk menjarakkan dirinya dengan sekumpulan penjahat yang mengelilingi mereka di segenap arah. Ada yang menggunakan genshi air, cuba melumpuhkan pelindung api. Ray menggunakan sedozen anak panah api dan dihalakan ke arah mereka dari dalam pelindung.
Serangan Ray membantu jejaka itu menumpaskan penjahat lain. Dengan mudah dia menyerang mereka satu persatu. Salah seorang penjahat itu menyedari kehadiran Vyrut terus meluru ke arahnya. Vyrut menggunakan tali air membuatkan penjahat itu tersadung. Kemudian jarum air yang halus menembusi lengan dan kakinya, dia mengerang kesakitan dan tidak mampu bergerak lagi.
Vyrut pantas menghulurkan bantuan. Penjahat yang sudah tumpas terus diikat tangan dan badannya dengan tali air dengan ketat. Mengalirkan genshi pada pelindung api itu dan menyerang mereka pada masa yang sama membuatkan aliran genshi Ray semakin lemah. Tambahan pula dia perlu lindungi Adam. Dia sudah kekurangan genshi. Terdapat 6 orang yang menyerang mereka bertalu-talu. Biasanya Ray dapat sahaja menumpaskan mereka. Tapi melindungi Adam membuatkan Ray sukar untuk bertindak.
Pelindung api kian menipis dengan serangan air yang tidak putus-putus. Ray mengambil posisi, sedia untuk menyerang sebaik sahaja pelindung hilang. Ray menggunakan ribut api yang mengelilingi mereka berdua. Penjahat-penjahat itu mengundurkan diri.
'Panasnya', Adam melindungi mukanya dari bahang api. Dia menoleh ke arah Ray. Dia nampak kepenatan.
Setelah ribut api itu kian menyusut. Mereka kembali menyerang. Salah seorang penjahat menghalakan anak panah ais ke arah Adam. Ray tidak sempat menghalang jadi dia menggunakan badannya untuk melindungi Adam. Anak panah itu menghiris tepi bahunya. Mata Adam terbeliak terkejut. Dia melihat bahu Ray. Darah pekat meleleh keluar.
Ray terduduk. Kesakitan menjalar ke arah bahunya. Dia menekap luka itu dengan tangannya. Belum sempat penjahat-penjahat itu melancarkan serangan Vyrut dan jejaka itu melangkah di hadapan mereka. Telapak tangan dihala ke lantai ombak tsunami terhasil. Menyebabkan mereka hanyut ditelan lapisan ombak yang besar.
Vyrut meluru ke arah Ray dan Adam. Raut wajah Adam nampak ketakutan dan terkejut. Vyrut menoleh ke arah Ray. Baru dia perasan luka di bahunya.
"Ray! Kamu okey ke!?", Vyrut pantas meluru. Luka di bahu dilihat. Darah sudah banyak keluar. Kalau luka itu tak ditutup dia akan kehilangan lebih banyak darah. Vyrut mengoyakkan tuala putih yang dipakainya tadi menjadi tali yang lebih panjang lalu dililit pada tepi bahu Ray dengan ketat.
Selepas air mula surut, Vyrut dan jejaka tadi memberkas penjahat-penjahat yang telah pengsan. Selang beberapa minit, pengawal masuk dan membawa mereka ke lokap yang tersedia. Ray dan Adam dibawa ke bilik rawatan. Mujurlah luka pada bahu Ray tidak terlalu dalam tapi ia masih perlu dijahit memandangkan kulitnya terhiris agak panjang . Ia tidak terlalu dalam tetapi cukup membuatkan Ray hilang darah yang banyak. Adam sekadar mengalami luka terbakar.
Vyrut duduk di tepi katil Adam. Adam berbaring sambil merenung tangannya yang berbalut.
"Jangan risau. Mereka sedang rawat Ray sekarang. Nanti dia baik lah. Kamu tidurlah dulu", kata Vyrut sambil menggenggam tangan kanan Adam. Tentu dia rasa bersalah sebab tak dapat buat apa-apa.
"Abang... Salah saya ke dia cedera?", soal Adam dengan perlahan.
"Mestilah tak. Mereka yang salah"
"Tapi... Dia cedera sebab lindungi saya!", kata Adam lagi. Dia melihat ke arah wajah Vyrut.
"Ya...Dia sendiri yang buat keputusan untuk lindungi kamu. Maksudnya dia bersedia untuk hadapi risiko ni. Saya harap perkara ni berikan kamu sesuatu", kata Vyrut.
Adam faham apa yang Vyrut cuba sampaikan. Dia akan hadapi perkara yang sama juga pada masa hadapan. Dia perlu jadi lebih kuat dari sekarang.
"Saya nak tidur dulu", katanya. Latihan dan situasi tadi sangat memenatkan fizikal dan mentalnya.
Vyrut mengusap lembut tangan Adam dengan ibu jarinya. Jejaka tadi mendekati Vyrut.
"Mereka target Ray kan?", tanya Vyrut. Dia sempat melihat logo organisasi pada baju penjahat-penjahat tadi. Mereka bukannya penjahat biasa tetapi pembunuh upahan atau assassin.
"Ya. Saya kena laporkan pada tuan Noah sekarang", katanya sambil menggenggam bahu Vyrut.
Setelah dia keluar melepasi pintu kelihatan seorang gadis bertudung hitam masuk. Matanya melihat sekeliling bilik sebelum matanya mendarat pada Vyrut dan Adam. Dia terus melangkah dan berhenti di tepi katil.
Vyrut mendongakkan kepala. Mata biru langit gadis itu mengingatkan dia pada seseorang.
"Maaf. Saya mengganggu ke?", katanya. Dia melihat tangan Adam yang berbalut.
"Taklah"
"Dia okey ke?"
"Adam cuma kena luka terbakar sikit. Kawan saya yang seorang lagi agak teruk. Luka dia kena jahit", jelas Vyrut.
"Awak siapa ya?", tanya Vyrut. Kalau tak silap dia gadis ini mesti datang dari kerabat 'itu'.
"Nama saya Ephriem Raphael Agnes. Kamu boleh panggil saya Raphael. Kita pergi akademi yang sama", kata Raphael memperkenalkan diri.
"Ah... Yalah. Patutlah saya rasa macam pernah jumpa kamu. Kita sama kelas kan?", Vyrut menghulurkan senyuman.
"Ya... Kamu Vyrut le Ciel dari Kerabat Artorius kan? Kamu okey ke?", tanya Raphael. Dua orang sahabat nya cedera. Mesti dia risau.
"Saya okey...", balas Vyrut sambil melihat wajah Adam.
Kedengaran bunyi pintu berkembar dibuka. Bunyi roda katil disorong sebelah katil Adam. Dua orang jururawat lelaki memindahkan Ray di katil. Beg darah dipasang pada stand. Setelah mereka pergi Vyrut lantas pergi ke sebelah Ray. Raut wajahnya pucat sedikit. Tak sangka dia melihat sahabatnya di hospital untuk kali 'ini' juga. Salah dia ke? Tak. Mesti ada seseorang yang mengupah assassin itu. Dia dan Ray bukannya orang biasa jadi sudah tentu mereka jadi target orang yang hendak menimbulkan kekecohan ini.
Raphael sekadar memerhati. Dia mesti Ray dari Kerabat Lynx. Tengok warna rambutnya pun sudah cukup. This is not going to end well.