Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 5 - BAB 4

Chapter 5 - BAB 4

Cahaya matahari yang masuk melalui celah jendela membuatkan Vyrut terjaga dari lena. Setelah bersiap dia menunggu Adam di tepi tangga semalam. Elena dapat melihat Vyrut dari jauh lagi. Elena tersenyum nakal dan melangkah dengan cepat ke arah Vyrut.

"Hey V! Tengah tunggu boyfriend ke?", usik Elena. Dia tahu Vyrut tak suka disakat begitu.

Vyrut mengeluh. 'Tak habis-habis lagi budak ni', getus hati Vyrut. Dia menoleh ke arah Elena yang tersenyum nakal.

"Apa kau merepek pagi-pagi buta ni?", tanya Vyrut dengan perasaan bengang.

"Saja... ", balas Elena. Dari ekor mata dia dapat melihat Adam berjalan ke arah mereka bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya.

"Selamat pagi Vyrut. Pagi Elena", ucap Adam. Vyrut menyahut dan menghulurkan senyuman.

"Siapa dia Adam?", tanya Anna. Dia tidak kenal gadis di sebelah Vyrut.

"Ini Elena. Elena ini kawan saya Anna", jelas Adam.

Mereka makan sarapan bersama pagi itu. Tepat jam 8 pagi mereka bergerak menuju ke dewan.

"Baiklah sebelum kita mulakan ujian terakhir, kumpulan lelaki perlu pergi ke Dewan A1 manakala kumpulan perempuan pula pergi ke Dewan A2", umum suara itu. Semua peserta kebingungan tetapi menurut sahaja arahan yang diberikan. Adam dan Vyrut berjalan bersama. Sampai sahaja di Dewan A1 kelihatan dua orang lelaki yang tidak dikenali berdiri di atas platform. Ashera melangkah ke arah tengah pentas.

"Sekarang kita akan mulakan ujian terakhir iaitu Ujian Pengendalian Kuasa. Sila masuk ke dalam bilik ini selepas saya panggil ikut nombor masing-masing", jelas Ashera. Terdapat sebuah bilik disebalik pintu merah itu.

Sejam telah pun berlalu, kira-kira separuh peserta telah masuk ke dalam tetapi tiada seorang pun yang keluar. Adam tertanya-tanya apakah ujian yang dijalankan oleh mereka?Vyrut perasan yang Adam nampak gelisah.

"Jangan risau. Saya pasti kamu akan lulus ujian ini", Vyrut cuba meredakan kegelisahan Adam. Adam hanya tersenyum.

"Nombor 280!"

Vyrut bangun dan berlalu pergi ke bilik itu. Setelah lima minit berlalu Ashera memanggil orang seterusnya.

'Rasanya Vyrut sudah lulus', getus Adam.

Apabila tiba giliran Adam, dia membuka pintu merah itu dengan penuh debaran. Bilik itu serba putih sehingga membuatkan dia sukar untuk membezakan dinding dan lantai. Kelihatan dua orang lelaki berdiri di hadapan.

"Sekarang saya nak kamu tunjukkan teknik yang paling kamu mahir gunakan", kata seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an. Rambut hitamnya tersisir rapi ke tepi. Dia melihat ke arah Adam disebalik cermin mata hitamnya. Lelaki di sebelahnya kelihatan di lebih muda mungkin berumur pertengahan 20-an. Dia sekadar menganggukkan kepala.

Adam menenangkan diri dahulu. Mata dipejam. Dia mula membayangkan teknik yang diajar oleh gurunya.

Vyrut menoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat Adam. Dia berdiri berdekatan cermin sambil mata merah delima miliknya mencari-cari Adam. Selepas ujian ini terdapat dalam 50 orang lulus. Dia harap Adam turut lulus. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang sebaya dengannya. Rambut merahnya yang seperti api itu menonjol dengan ketara berbanding orang lain.

'Nampaknya dia pun lulus juga....'

Setelah keluar dari bilik itu Adam melepaskan nafas lega. Nampaknya dia berjaya! Tanpa membuang masa Adam terus mencari Vyrut. Setelah nampak dia terus bergegas ke arahnya.

"V!", jerit Adam sambil melambaikan tangannya.

Vyrut menoleh. Dia tersenyum setelah ternampak Adam. 'Adam pun lulus juga', Vyrut lega sahabat barunya berjaya melepasi ujian terakhir. Sekarang mereka cuma perlu tunggu pemberian badge sahaja.

"Macam mana ujian tadi?", tanya Adam.

"Okay. Senang saja...", ujian itu memang terlampau senang bagi orang seperti Vyrut.

"Perhatian! Tahniah kepada yang berjaya lulus ujian ini. Semua boleh berehat di bilik masing-masing. Sesi penyerahan badge akan diadakan selepas 2 hari", jelas suara itu.

"Jomlah! Tentu awak penat. Apa kata kita makan di bilik saja?", cadang Vyrut. Dia tengok Adam nampak letih, mungkin disebabkan penggunaan genshi. Adam mengangguk sahaja.

Vyrut take away 2 bungkus nasi ayam. Mereka terus berlalu ke bilik Adam. Adam imbas kad biliknya di pengimbas. Vyrut masuk dan meletakkan bungkusan makanan di atas meja makan. Bilik itu agak besar, ada ruang makan, dapur dan juga televisyen. Adam mencuci muka dahulu untuk menyegarkan badan. Vyrut mencuci tangan dan mengambil set sudu dan garpu untuk dirinya dan Adam.

Selesai makan, Adam berehat dahulu di sofa. Dia memandang ke luar tingkap di sebelah kiri. Vyrut mencuci dahulu perkakas tadi. Jaket kelabu miliknya disangkutkan pada penyangkut. Dia turut duduk menghadap Adam.

"Adam. Kalau kamu letih rehatlah dulu"

" Kalau saya tidur kamu nak buat apa?", tanya Adam. Matanya sudah terkelip-kelip menahan ngantuk.

"Saya nak pergi ambil buku saya sekejap. Nanti saya datang lagi", kata Vyrut. Adam terus berbaring di atas katil lalu memejamkan mata. Vyrut berlalu keluar ke biliknya. Dia terserempak dengan Elena di luar.

"Owh? Kamu buat apa dalam bilik Adam V?", tanya Elena curiga.

"Aku nak berborak dengan Adam nanti. Kau kenapa nak menyibuk ni?", kata V dengan nada jengkel.

"Tak ada... Kau ada nampak 'dia' tadi?", tanya Elena dengan berhati-hati. Dia tahu hubungan mereka berdua agak renggang sejak akhir-akhir ini.

Vyrut mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mahu bercakap fasal itu dan meninggalkan Elena sendirian di situ. Elena mengeluh. Entah sampai bilakah mereka akan terus begitu.

Vyrut membaca buku yang dibawanya dari rumah sementara menunggu Adam terjaga. Jam menunjukkan pukul 3 petang semasa Vyrut menutup buku. Dia menoleh ke arah Adam yang masih lena tidur. Vyrut bangun dan melangkah mendekati Adam. Dilihatnya raut wajah Adam.

'Lena betul dia tidur. Letih sangat agaknya', Vyrut menyelimut Adam. Dia menoleh ke sekeliling. Memikirkan apa yang hendak dibuat.

Adam menggeliat bangun dari tidurnya. Dia duduk dahulu dan memandang ke sekeliling. 'Huh? Mana Vyrut?', fikir Adam. Dia terlihat buku milik Vyrut di atas meja. Mungkin dia masih disini. Adam mencuci muka dahulu. Sekarang sudah pukul 4 petang. Kedengaran bunyi pintu terbuka dan ditutup.

"Kamu dah bangun Adam?", Vyrut mencari-cari Adam. Adam menjengulkan mukanya di sebalik pintu tandas.

" Apa kata kita pergi berlatih? Dekat sini ada gelanggang", tanya Vyrut.

"Hmm.... Boleh juga. Lebih baik berlatih daripada tak buat apa-apa", balas Adam.

Gelanggang tertutup itu terletak di bangunan berasingan. Terdapat juga orang lain yang turut berlatih di situ. Vyrut melihat ke kiri dan kanan. Mencari si rambut merah. Tak ada. Dia mengeluh lega. Mereka meregangkan badan sebelum bermula. Adam berlari mengelilingi dewan itu beberapa kali sementara Vyrut melakukan senaman ringan.

Vyrut mengajar Adam berkenaan teknik yang dia gunakan semasa mereka berlawan tempoh hari. Adam menggunakan anak panah api dan menyambung hujung anak panah dengan aliran genshi yang halus seperti benang. Pada mula Adam mengalami kesukaran untuk mengekalkan benang tersebut. Dia mulakan dengan mengawal satu anak panah dahulu.

"Kalau kamu nak tanya apa-apa saya ada dekat sana", kata Vyrut. Quiver dipasang pada lengan kirinya dan bow sling pada jari telunjuk sebelah kanan. Busur dan beberapa batang anak panah diambil lalu dia melangkah ke arah bahagian latihan. Anak panah diletakkan pada busur sebelum disasarkan pada papan sasaran. Ditarik tali sehingga paras dagu lalu dilepaskan. Anak panah itu tersasar keluar dari papan sasaran.

'Hm.... Nampak mudah tapi susah juga rupanya. Macam mana abang buat selama ni', fikir Vyrut. Abang sulungnya mahir dalam menggunakan busur dan banyak memenangi pertandingan. Abangnya pernah ajar cara menggunakan busur sebelum ini tetapi dia lebih selesa menggunakan rapier miliknya. Lagipun dia fikir sudah tiba masanya untuk dia belajar kemahiran lain. Dia tidak boleh terlalu bergantung dengan rapier sahaja.

Selepas 30 minit, Vyrut letak ketepi busur itu. Tangannya sudah lenguh. Dia mengambil minuman di tong air yang disediakan. Dia menuju ke arah Adam dan menghulurkan segelas air.

"Terima kasih V!", kata Adam. Dia minum air itu dengan rakus. Vyrut sekadar tersenyum.

" Macam mana tadi? Okay?", tanya Vyrut. Dia fokus sangat dengan memanah tadi sampai terlupa Adam.

"Okay. Tapi susahlah. Saya cuma dapat kawal satu anak panah saja", rungut Adam.

"Haha...Sabarlah. Nanti kamu mahir juga kalau selalu berlatih", sokong Vyrut.

Selepas berehat seketika, mereka sambung berlatih semula. Vyrut mencatat berapa anak panah yang digunakan hari ini dan jumlah yang mengena papan sasaran ke dalam buku nota. Dia perlu mencatat perkembangan dari sehari ke sehari. Tidak lama selepas itu dewan itu mengeluarkan cahaya jingga dari lampu dinding, menandakan masa menggunakan dewan itu sudah tamat.

Adam dan Vyrut berlalu keluar. Cahaya jingga-ungu meliputi langit. Peserta lain turut pulang ke bilik masing-masing. Selepas membeli makan malam dan membersihkan diri, Adam dan Vyrut berborak sambil makan.

"Oh... Jadi kamu anak tunggal rupanya", kata Vyrut.

" Ya. Saya selalu terfikir mesti seronok kalau ada adik", kata Adam.

"Ya? Saya ada banyak abang. Tak seronok pun. Mereka selalu cari fasal dan usik saya", Vyrut membuat muka. 'Kecuali dia', fikirnya. Dia lebih rapat dengan abang sulungnya berbanding abangnya yang lain.

"Haha... Tapi...walaupun macam itu awak mesti sayang mereka kan?", kata Adam sambil tersenyum.

"Mestilah. They are my family. Kalau awak nak saya boleh jadi abang awak", gurau Vyrut.

"Abang?", kata Adam. Dia melihat ke arah Vyrut. Dari luaran Vyrut nampak lebih tua darinya.

"Berapa umur awak V?"

"Hm? Saya 17 tahun"

" Heh.... Awak tua dua tahun dari saya rupanya"

" Jadi bolehlah awak jadi adik saya. Cuba panggil saya abang", kata Vyrut. 'Tak kanlah dia nak panggil aku macam itu kan?',fikirnya.

"Abang", panggil Adam.

Vyrut terdiam. Dia bergurau sahaja tadi. Tak sangka pula Adam akan panggil dia begitu. Pegangan sudunya muka kendur.

"Haha...Tak perlulah awak panggil saya begitu. Saya gurau saja tadi", kata Vyrut sambil tertawa kecil.

"Owh... Ah... Baiklah...", entah kenapa Adam terasa kecewa sedikit. Mungkin sebab selama ini dia teringin memiliki seorang abang. Dia rasa cemburu setiap kali melihat orang lain bersama adik beradik mereka.

Vyrut perasan raut wajah Adam berubah. Secara tak sedar dia menyentuh hujung rambutnya. Ah... apa aku dah buat ni... mesti Adam kecewa. Macam mana ni?

Kerusi bergeser apabila Adam bangun. Dia mengambil pinggannya dan Vyrut lalu dibawa ke singki. Pili air dipusing. Vyrut menoleh ke arah Adam. Serba salah pula dia dibuatnya. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Setelah selesai Adam duduk di birai katil. Memandang ke luar tingkap. Vyrut bangkit dan duduk di sebelah Adam.

"Adam...Kalau awak tak kisah saya boleh jadi abang awak. Itu pun kalau....", belum sempat lagi Vyrut habis bercakap Adam sudah memeluknya.

"Mestilah saya nak. Kalau macam itu bolehlah saya panggil awak abang", kata Adam sambil tersenyum lebar. Dia rasa gembira sangat.

"A-Abang? ", Vyrut tergagap. Dia tak biasa orang lain panggil dia abang memandangkan dia anak bongsu dalam keluarganya. 'Maksudnya...sekarang aku ada adik baru?', fikir Vyrut.

"Tak boleh ke...?", kata Adam dengan nada kecewa. Dia memandang ke arah Vyrut dengan muka kasihan.

" Err...mestilah boleh...", memandang anak mata amber Adam yang bulat itu membuatkan Vyrut sukar untuk menolak permintaan dia. Dia tersenyum sambil mengusap kepala Adam. Adam pula sekadar memejamkan mata dengan senyuman di wajahnya.