Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 4 - BAB 3

Chapter 4 - BAB 3

Seorang gadis bertudung hitam berjalan menuju ke arah Ashera yang berada di dalam pejabat berdekatan gelanggang tadi. Dia mengetuk pintu dahulu. Kedengaran suara menyahut dari dalam lalu dia melangkah masuk.

"Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Ujian seterusnya akan bermula sekejap lagi", kata Ashera dengan senyuman.

"Boleh saya berjumpa dengan Administrator? Ada sesuatu yang hendak saya bincangkan", kata gadis itu dengan riak muka bersahaja.

Raut wajah Ashera berubah. Mata hijau Zamrud merenung gadis itu dengan tajam. Dia tidak menyangka akan ada seseorang bertanya soalan tersebut. Tambahan lagi pada hari pertama. Sebelum ini tiada seorang pun peserta pernah bertanya soalan itu kepada mana-mana testrilliar. Mungkinkah?

"Saya boleh bawa kamu berjumpa dengan dia tapi kamu perlu tunggu sehingga ujian ini berakhir esok hari", balas Ashera dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Baiklah. Saya akan tunggu. Tapi saya tidak mahu ambil bahagian dalam Ujian Kelayakan ini", jelas gadis itu lagi. Dia tidak mahu membuang masa dengan ujian yang semudah itu.

"Kalau begitu kamu perlu serahkan kepada saya badge itu dahulu. Selepas ini sila tunggu di bilik yang disediakan. Kamu boleh dapatkan kunci di tingkat 2 dari kaunter", balas Ashera dengan tenang. Gadis itu menghulurkan badge itu dan beredar keluar selepas menunduk hormat kepada Ashera.

'Nampaknya sesuatu yang menarik akan terjadi pada ujian kali ini', getus hati Ashera. Jari jemarinya bermain dengan badge yang tidak bernombor itu.

Siang bertukar menjadi malam. Adam dan Anna masuk ke dalam bilik masing-masing yang sudah disediakan. Hari ini sebanyak 150 orang peserta telah mengambil ujian dan kira-kira 75 orang lulus. Esok adalah giliran kumpulan kedua. Jadi Adam dan Anna perlu bersedia. Setelah menutup lampu. Adam berbaring sambil merenung siling.

'Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar esok', fikir Adam.

Pukul 7 pagi esoknya, Adam dan Anna makan sarapan di cafe tingkat 2. Selesai makan, mereka beredar ke gelanggang.

"Ujian bahagian kedua bermula. Nombor 178 dan 200. Sila masuk ke gelanggang", kata Ashera.

Seorang lelaki berambut kuning dan bertanduk di sebelah kiri bernama Kyrion yang memegang nombor 178 dan Gin lelaki botak bernombor 200. Kyrion menggunakan tiga fire ball sekaligus dengan mudah dan menghalakan ke arah Gin. Peserta lain meluahkan rasa kagum. Menggunakan tiga fire ball sangat sukar kerana memerlukan tahap kawalan genshi yang bagus.

Gin mengelak dengan pantas dan mengeluarkan pisau lalu berlari ke Kyrion. Pisau dihunus ke bahu. Tetapi Kyrion sempat mengelak sambil menggunakan fire blade. Gin mengaktifkan pelindung tanah. Kemudian Kyrion melangkah ke belakang untuk menjarakkan diri. Lima fire arrow terbang ke Gin.

Gin mengelak secepat yang mungkin tetapi salah satu anak panah itu berjaya mengenai kaki kirinya. Pada masa yang sama anak panah tanah terkena lengan Kyrion. Mengguris kulitnya sedikit.

"Perlawanan tamat! Nombor 178 dan nombor 200 lulus!", umum Ashera. Peserta lain kebingungan. Mereka fikir salah seorang sahaja yang lulus.

"Tuan kenapa mereka berdua lulus? Bukankah hanya salah seorang yang perlu lulus?", tanya salah seorang peserta kepada Ashera.

"Ah... Sebenarnya objektif Courage Test ini adalah peserta hanya perlu mencederakan peserta yang lain sahaja", jelas Ashera.

Semua orang terkejut. Jadi itu sahaja yang mereka perlu lakukan. Mereka memandang antara satu sama lain. Adam terdiam. Nampaknya dia ada peluang untuk lulus ujian ini. Beberapa jam kemudian hanya tinggal 50 orang sahaja.

"Nombor 215 dan 280. Sila tampil ke depan!", kata Ashera.

Anna mengucapkan selamat berjaya kepada Adam. Anna sudah pun lulus ujian ini tadi. Adam menarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam gelanggang. Seorang jejaka berambut kelabu yang memiliki raut wajah yang tenang turut melangkah masuk.

"Kamu boleh mula sekarang", kata Ashera.

Jejaka bernombor 280 terus menggunakan 5 anak panah air dan menghalakan ke arah Adam. Adam menyediakan diri. Dia menggunakan fire blade untuk menghapuskan dua anak panah. Kemudian dia terus melarikan diri. Tetapi anak panah itu mengekorinya. Adam meneruskan larian, menuju ke jejaka yang sedang berdiri di sebelah kanan gelanggang. Sebelum mereka berlanggar Adam melompat ke tepi pada saat-saat akhir.

"Tch!", dia mendengus geram. Dia mengawal anak panah dan ditukar menjadi air semula.

Dia menghayunkan penumbuk ke Adam. Adam menghalang dengan lengannya. Pisau pendek miliknya dihunus ke arahnya. Dia mengelak dan menyepak kaki, membuatkan terjatuh. Dia mengambil kesempatan itu untuk menggunakan water blade.

Adam berpusing untuk mengelak. Dengan pantas Adam menggunakan fire blade. Mereka berdua terkena serangan masing-masing pada masa yang sama. Adam mengerang kesakitan.

"Tamat! Nombor 215 dan 280 lulus!", umum Ashera.

Adam tersenyum lega. Lelaki tadi menghulurkan tangan ke arahnya. Adam menyambut. Lelaki itu menarik Adam bangun.

"Boleh tahan juga kamu ni. Saya Vyrut. Kamu boleh panggil saya V saja", Vyrut memperkenalkan diri.

" Saya Adam. Kamu pun hebat juga. Macam mana kamu kawal anak panah itu untuk mengekori saya?", kata Adam pula. Mereka berdua sudah pun berdiri di luar gelanggang.

" Oh! Itu senang sahaja. Saya sambungkan genshi saya pada anak panah yang berbentuk benang halus. Kemudian saya kawal sajalah", jelas Vyrut bersahaja.

"Oh... Macam tu. Saya tak pernah terfikir untuk gunakan genshi macam tu", Adam meluahkan rasa kagum.

"Kamu pun boleh lakukan juga nanti. Cuma perlu banyak berlatih saja", kata Vyrut.

"Adam!", panggil Anna.

" Anna! Nampaknya dapatlah kita mengembara sama-sama nanti", Adam tersenyum gembira.

"Tahniah! Oh? Siapa ni Adam?", tanya Anna.

" Nama dia Vyrut. Ini kawan saya Anna", Adam memperkenalkan diri mereka berdua kepada masing-masing.

Anna tersenyum manakala Vyrut sekadar menundukkan sedikit kepala dengan tangan kanan ke arah dada kirinya. Vyrut menoleh ke arah Adam dan terlihat luka pada tangannya.

"Adam tangan kamu luka. Apa kata kita pergi rawat luka itu dulu?" , kata Vyrut.

" Lupa pula tangan saya cedera. Kalau begitu saya pergi dulu", Adam memberitahu Anna. Anna mencari tempat duduk dahulu sementara menunggu mereka berdua.

Sampai sahaja di bilik rawatan, bilik itu kelihatan kosong. Adam duduk pada kerusi berdekatan sebuah meja sementara Vyrut mengambil kapas, penyepit dan anti septik. Vyrut duduk di hadapan Adam dan mula membasuh luka dengan anti septik dahulu. Dia menyentuh luka itu dengan kapas yang basah dengan cecair itu. Adam mendesis sakit. Luka dia agak besar pada tangannya. Jadi ambil masa sedikit untuk membasuh luka itu.

Setelah selesai Vyrut menyapu ubat dan membalut luka itu dengan pembalut kapas dan dipin dengan klip aluminium. Dia membuang kapas dan mencuci lalu membalut luka pada lengannya pula. Setelah selesai Vyrut membasuh tangan dan mereka menuju ke cafe di tingkat 2. Anna melambai ke arah mereka. Adam duduk di sebelah Anna, Vyrut memesan makanan di kaunter. Anna sudah pun makan tadi. Vyrut meletakkan makanan di atas meja dan duduk bertentangan dengan Adam. Vyrut memesan mee laksa Sarawak. Adam merenung makanan Vyrut. Nampak sedaplah. Vyrut baru sahaja mahu menyuap terus terhenti suapannya.

"Kamu tak makan Adam?", tanya Vyrut.

" Tak apalah. Saya tak lapar pun", Adam menggeleng kepala. Sebenarnya dia tak cukup duit untuk membeli makanan. Sebab dia perlukannya untuk bayar tambang bas dan kereta api bila pulang. Terpaksalah dia berlapar hari ini.

Vyrut telah pun selesai makan tetapi masih berbaki separuh lagi laksa itu. Dia menolak mangkuk itu ke arah Adam. Adam menoleh hairan.

"Kamu makanlah. Saya dah kenyang", tipu Vyrut. Kasihan pula dia lihat Adam berlapar begitu. Lagipun dia boleh agak Adam lapar sebab dari tadi lagi dia merenung mangkuknya. Anna sudah pun berlalu pergi ke biliknya untuk berehat. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang.

"Terima kasih!", kata Adam. Sedapnya!

Vyrut tersenyum saja. Seorang gadis berambut kerinting paras bahu yang berwarna perang muda tersengih melihat Vyrut dan Adam. Dia lantas bangun dari tempat duduknya dan mengambil duduk di sebelah Vyrut sambil menopang dagunya pada tangan.

"Are you flirting with him V?", tanya gadis itu dengan nada menyakat. Adam terus tersedak dan terbatuk-batuk mendengar komen itu. Vyrut terus menghulurkan segelas air kepada Adam. Adam menghirup air dengan rakus.

"Apa yang kau merepek ni Elena?", tanya Vyrut dengan geram.

"Tak ada apa-apa. Nampaknya kau pun lulus juga", balas Elena.

"Mestilah aku lulus. Kau pula?", tanya Vyrut.

" Lulus...", balas Elena sambil menoleh ke arah Adam.

"Comel juga kamu ni. Saya Elena. Apa nama kamu?", katanya.

"Saya Adam", balasnya. Nampaknya Vyrut dengan Elena sudah lama kenal sesama sendiri.

" Kalau dah kau boleh pergi", kata Vyrut dengan dingin. Adam terkejut sedikit. Tak sangka Vyrut berkelakuan begitu. Jauh berbeza dengan imej gentleman tadi.

"Suka hati akulah nak duduk sini", balas Elena tak puas hati. Vyrut mengeluh perlahan. Dia lantas bangun dari duduknya. Adam pun ikut bangun.

"Kalau macam tu aku pergi dulu. Kau duduklah situ seorang diri", Vyrut berlalu pergi dengan Adam mengekorinya di belakang. Mereka berdua berjalan sampai ke tangga. Vyrut mengucapkan selamat malam kepada Adam dan beredar pergi ke biliknya. Adam pun turut pergi ke biliknya. Badannya lenguh sedikit sebab perlawanan tadi. Selepas mandi dia terus tidur dengan lena.