"Tahniah kepada yang berjaya mendapat badge! Sesiapa yang tidak mendapat sebarang badge sila keluar dari dewan ini sekarang", jelas suara di sebalik pembesar suara itu.
"Tidak! Saya tak akan pergi dari sini!", jerit seorang lelaki. Muka dia jelas memancarkan riak tidak puas hati.
"Kenapa aku kena keluar dari sini?! Hanya sebab tak dapat badge itu sahaja! Ini tak adil!", jeritnya lagi. Sekumpulan pengawal mula masuk dan salah seorang mendekati lelaki itu.
"Encik perlu keluar sekarang. Sesiapa yang tiada badge juga perlu keluar", kata pengawal itu dengan tegas. Lelaki itu lantas menghayun pisau sehingga menyebabkan pengawal itu terluka pada lengannya. Tanpa berlengah lagi pengawal bertopi biru itu menggunakan genshi unsur air untuk mengikat tangan dia. Orang lain yang tiada badge tidak mahu melawan dan terus beransur keluar. Adam memandang dengan riak kasihan. Barangkali lelaki itu terdesak untuk melepasi test ini. Terdapat dalam 50 orang keluar.
" Baiklah! Sekarang setiap orang perlu mengalirkan genshi masing-masing ke dalam badge. Nombor akan tertera dan ujian seterusnya akan bermula iaitu.... Courage Test! Setiap seorang dari kamu akan berlawan sesama sendiri. Siapa yang lulus akan mara ke ujian terakhir!", suara itu bergema ke segenap dewan.
Adam mengalirkan genshi pada badge miliknya. Badge itu bercahaya dan nombor 215 kelihatan. Dia menoleh ke arah badge Anna. Nombor 183. Orang lain mula melakukan perkara yang sama kecuali seorang gadis bertudung hitam. Dia mengeluarkan gula-gula coklat dari briefcase warna biru langit miliknya lalu dimasukkan ke dalam mulut. Seorang lelaki berambut hijau mint keluar keluar dan menuju ke arah platform. Dia memandang ke arah semua orang lalu tersenyum.
" Selamat berkenalan. Nama saya Ashera dan saya adalah testrilliar anda semua bagi sepanjang tempoh Ujian Kelayakan ini berlangsung. Baiklah! Sekarang test seterusnya akan bermula dengan nombor 001 dan 025. Sila tampil ke depan!" kata Ashera.
Dua orang perempuan berambut hitam memunculkan diri. Ashera mengarahkan mereka untuk pergi ke gelanggang di tengah dewan. Peserta yang lain menjarakkan diri dari gelanggang.
"Sila gunakan genshi pada tahap basic sahaja. Mula!"
Nina, seorang gadis berambut hitam pendek paras bahu berdiri di sebelah kiri manakala Grace yang berambut ekor kuda pula disebelah kanan. Nina menggunakan genshi elemen angin iaitu wind blade. Grace sempat mengelak dan ia menghentam barrier di sekeliling gelanggang.
Grace mula bertindak dan menggunakan dua anak panah api yang meluncur laju ke arah Nina. Nina lantas menggunakan pelindung angin. Anak panah itu berlanggar dengan pelindung. Setelah pelindung menghilang, Grace mengambil peluang dan menghayunkan kakinya ke badan Nina dan menggunakan fire blow. Nina mengerang kesakitan. Lengannya terbakar sedikit.
"Nombor 025 lulus!", umum Ashera. Grace tersenyum sinis ke arah Nina lalu beredar ke luar gelanggang. Riak sedih terpancar pada wajah Nina. Peserta yang kalah perlu segera keluar dari dewan setelah menyerahkan semula badge.
Adam kagum dengan pergerakan Grace dan penggunaan genshi yang lancar. Dia bergerak dengan pantas tanpa memberi peluang kepada pihak lawan untuk bertindak. Perlawanan berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari. Ashera memberitahu semua peserta untuk berehat selama sejam sebelum bahagian kedua bermula pada sebelah petang. Adam dan Anna mengambil tempat duduk pada salah satu parlor di bahagian beranda. Adam mengeluarkan bekalan makanan dari beg sandang yang berupa nasi dan kari daging. Anna sekadar menjamah beberapa keping sandwich.
" Adam. Saya harap kita berdua akan lulus Ujian Kelayakan ini. Nanti dapatlah kita mengembara bersama-sama", kata Anna.
" Erm...Saya pun harap kita berdua lulus", Adam berdoa di dalam hatinya agar dia lulus ujian ini. Selepas menyaksikan beberapa pusingan perlawanan tadi. Adam menyedari bahawa terdapat orang lain yang lebih handal dalam memanipulasi penggunaan genshi. Kecepatan dan ketepatan adalah kunci untuk lulus Courage Test ini.