Kabus tebal meliputi tanah. Rumah disekitar masih lagi tertutup. Suasana yang dingin dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja berasa untuk terus berkelubung dalam selimut. Bunyi ayam berkokok kedengaran dari jauh. Matahari memunculkan diri bersama cahaya yang bersinar hangat menerangi alam. Seorang demi seorang mula bangun dan memulakan rutin harian. Bunyi percikan minyak kedengaran dari dapur. Air di tungku api sudah pun mendidih. Wanita itu lantas menuang air panas ke dalam teko yang berisi uncang teh. Telur dipecahkan dan dimasak sunny side egg. Sosej buatan tangan turut digoreng. Dua biji pinggan diambil. Kemudian roti dipotong, telur diletak di atas dan dua biji sosej disebelah ya. Tidak lupa juga sayur salad dan tomato segar dari kebun.
Adam mengambil makanan ayam dan diletak dalam bekas makanan di dalam reban. Pokok sayur - sayuran disiram sebelum dia beransur ke dapur melalui pintu belakang. Tangan dicuci dahulu sebelum dia duduk makan bersama ibunya.
"Adam. Kamu sudah beri makan ayam dan siram sayur - sayuran di kebun?", tanya si ibu dengan lembut.
" Sudah ibu", sahut Adam. Dia menuang air teh ke dalam dua biji cawan. Dihulurkan secawan kepada ibunya.
Adam membaca doa makan terlebih dahulu. Hari ini dia sudah genap berumur 15 tahun. Ini adalah merupakan hari yang istimewa untuk semua orang yang berumur di antara 15 tahun sehingga 20 tahun kerana Ujian Kelayakan akan berlangsung pada hari ini pada jam 8 pagi nanti.
" Adam. Kamu pasti nak ambil Ujian Kelayakan itu? Ibu risaulah...", kata si ibu. Dia bimbang anaknya akan hilang keyakinan diri jika dia gagal ujian tersebut. Bukan dia hendak mendoakan tetapi siapalah yang tidak risau dengan anak sendiri.
" Tak apa ibu. Saya ambil ujian itu pun untuk diri saya dan untuk ibu juga. Saya tak nak lepaskan peluang ini. Kalau gagal saya akan cuba cari kerja lain. Ibu janganlah risau sangat", jelas Adam dengan tenang. Jika dia berjaya mendapat badge Rank E sekalipun, sekurang - kurangnya dia dapat mencari pekerjaan yang lebih berbaloi untuk menampung perbelanjaan mereka. Sudah dua tahun berlalu sejak ayah meninggalkan mereka dan kini dia bertanggungjawab untuk menjaga ibunya.
" Hmm .... Baiklah. Kalau itu keputusan kamu, ibu tak halang", anaknya sudah besar dan lebih matang berbanding remaja lain seusianya. Dia perlu letakkan kepercayaan. kepada anaknya.
Selepas makan, Adam membasuh semua pinggan sementara ibunya menjemur pakaian. Adam masuk ke dalam biliknya dan mengambil beg sandang yang berisi segala keperluan yang mungkin diperlukan untuk ujian itu nanti. Pisau pendek disarungkan ke dalam sarung yang diperbuat dari kulit. Dipasang bersama tali pinggang dan dililit di pinggangnya. Dia duduk di bangku bawah sepohon pokok yang rendang sementara menunggu kawan sejak kecilnya, Anna. Gadis berambut hitam berkilau dan memiliki genshin berunsur air.
Adam berlatih menggunakan genshi miliknya iaitu elemen unsur api. Dia membayangkan api berbentuk bulat di tangannya. Api mula terbentuk di telapak tangannya. Ini adalah merupakan genshi pada tahap basic Kemudian dua membuat anak panah berapi dan juga libasan api. Teknik terakhir agak sukar memandangkan dia perlu melindungi badannya dengan membentuk pelindung di sekeliling badannya. Fire barrier. Dia berjaya bertahan selama 1 - 2 minit sahaja kerana memandangkan pelindung itu perlu bersaiz besar jadi dia perlu menggunakan jumlah genshi yang banyak. Setelah selesai berlatih, Adam menuju ke arah ibunya yang sedang duduk berehat di dapur.
" Ibu saya dah nak pergi. Ibu doakan saya berjaya ya", kata Adam. Tangan ibunya dicium lembut.
" Baiklah...Hati - hati masa kamu gunakan genshi nanti", nasihat si ibu.
Adam mengangguk. Kedengaran suara Anna memanggil namanya. Tanpa berlengah lagi dia terus berlalu pergi. Anna memakai blouse putih bersama skirt hitam paras lutut.
"Jomlah kita pergi. Nanti lambat pula", gesa Anna. Mereka berjalan beriringan menuju ke destinasi bersama orang lain yang turut mengambil ujian itu.
Mereka menuju ke stesen kereta api yang terletak di bandar. Ujian tersebut diadakan di Bangunan Permulaan yang khas untuk melaksanakan Ujian Kelayakan sahaja. Adam berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Mereka berdua scan tiket di laluan utama sebelum masuk ke dalam kereta api. Tempat duduk mereka terletak di gerabak nombor 4 barisan D. Adam dan Anna lantas duduk sementara menunggu penumpang lain. Kelihatan seorang gadis bertudung hitam yang memakai vest berwarna royal blue yang bercorak garisan symmetrical berwarna Perak pada bahagian belakang vest berjalan melalui laluan itu untuk menuju ke gerabak nombor 1 iaitu untuk kelas atasan yang terhad.
Kereta api mula bergerak menuju ke destinasi. Anna membuka tingkap di sebelahnya. Angin Menderu masuk menampar lembut pipinya. Rumput menghijau saujana mata memandang memenuhi pemandangan. Burung terbang rendah seperti cuba mengikut kereta api itu. Adam tiba - tiba teringat peristiwa semasa dia berumur 5 tahun.
Semua kanak-kanak berumur 5 tahun wajip pergi ke bangunan pentadbiran daerah. untuk melakukan pemeriksaan kehadiran genshi. Tidak semua orang memilikinya. Ada juga orang yang tidak dikurniakan genshi dan mereka digelar orang biasa.
Genshi terbahagi kepada empat elemen utama iaitu air, api udara dan tanah. Adam disahkan dan didaftarkan sebagai pengguna elemen api. Sejak itu dia banyak berlatih dan membaca buku mengenai genshi unsur api miliknya di perpustakaan ataupun menyaksikan perlawanan di antara pengguna genshi bersama bapanya. Tetapi itu sahaja tidak cukup untuk dirinya. Dia bernasib baik untuk bertemu seorang guru yang sudi mengajarnya cara penggunaan genshi yang betul semasa dia berumur 8 tahun. Lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu melihatnya sedang berlatih di dalam hutan. Adam tersenyum sendiri mengingati memori itu. Anna menoleh.
" Kenapa kamu senyum Adam ?"
" Tak ada apalah", dia menggeleng kepala. Adam turut melihat ke luar jendela, ke arah langit biru yang terbentang luas.
Satu jam kemudian, mereka sampai ke destinasi. Adam dan Anna menaiki bas pula untuk menuju ke Bangunan Permulaan. Setengah jam selepas itu, bas itu berhenti, semua penumpang yang menghadiri Ujian Kelayakan beratur pada barisan yang terbentang di hadapannya.
' Wah! Banyaknya orang. Mereka pun. macam aku juga. Hendak ambil ujian ini', getus hati Adam.
Proses pendaftaran selesai sejam kemudian. Semua orang masuk ke dalam dewan di tingkat 1. Suara riuh rendah memenuhi dewan. Terdapat kira-kira 350 orang. Tingkap kaca memenuhi dinding di sebelah kanan. Adam dan Anna duduk menunggu di kerusi yang disediakan.
" Selamat datang saya ucapkan kepada semua bakal Tenshiz. Kita akan mulakan dengan melakukan satu test yang mudah. Sekarang kamu semua perlu mencari badge berwarna merah yang tersorok di sekitar dewan ini dalam masa 10 minit. You may start!", setelah pengumuman itu tamat semua orang mula berlari mencari. Di bawah kerusi, mesin minuman dan apa sahaja ruang yang ada.
Adam dan Anna terus mencari tanpa membuang masa. Seorang lelaki mengambil sesuatu di bangku kayu. Badge berwarna merah. Lantas dipakai pada bajunya. Seorang demi seorang mula menjumpai badge yang seterusnya.
Kelihatan seorang gadis bertudung hitam hanya duduk tenang sambil menghirup teh tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Matanya melilau ke sekeliling dan mendarat ke arah pokok berdaun ungu yang bersinar disimbah cahaya matahari. Cawan diletak tepi dan dia lantas menuju ke arah pokok itu. Dia mencabut salah satu daun. Ia menyala lalu bertukar menjadi badge merah berbentuk segi tiga. Dia kelipkan pada tudungnya.
Anna menuju ke arah pokok yang berdaun kuning-jingga . Matanya liar memerhati sekeliling pokok dan tanah. Dia meraba-raba tanah dan tersentuh sesuatu lalu diambil. Batu kecil itu terus bertukar menjadi badge. Anna tersenyum. Dia menoleh ke arah Adam yang masih terkial-kial mencari. Panik terpancar pada wajahnya. Masa tinggal 5 minit lagi. Anna lantas menarik tangan Adam.
"Adam cuba kamu cari dekat lantai. Mungkin ada", cadang Anna. Tiada sesiapa pun cuba mencari di lantai.
Adam mengangguk. Dia mula meraba-raba permukaan lantai tetapi tiada apa pun. Dia lantas berlari ke meja terdekat dan pergi ke bawah meja. Mata dia tertangkap sesuatu yang berkilau lalu disentuh. Kertas? Kening Adam berkerut hairan. Rasanya tadi dia nampak sesuatu yang bersinar. Kertas itu bertukar menjadi badge. Adam terkejut tetapi dia terus memakai badge dan menuju ke Anna.
Anna tersenyum gembira apabila matanya mendarat pada badge merah di dada baju Adam. Tiiittt!!! Masa telah pun tamat. Adam tersenyum lega.