"Kau ingat selepas jadi raja, terus ada kerja ke?" sindir Huzair. Khaulah dan Hazirah menggelengkan kepala mereka. Batrisya ketawa kecil.
"Amboi, sindir nampak," kata Muaz. Sempat dia mencebik buat seketika. Yang lain hanya ketawa apabila Muaz melakukan reaksi sebegitu.
"Buat masa ini, aku ingin tengok apa yang perlu diperbaiki. Lagipun, aku perlu melawat beberapa penduduk dan kenalan lama aku," terang Huzair.
----------------------------------------------------------------------------------
Keesokan hari
Hazirah's POV
Seperti biasa, aku akan bangun awal dari yang lain dan bersiap-sedia untuk melakukan beberapa senaman di taman yang ditempatkan di belakang istana. Selepas melakukan senaman, aku melangkah masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Namun, seseorang menghalangku dari melakukan perkara tersebut.
"Puteri, jangan lakukan apa-apa di dapur. Biar saya sahaja yang siapkan sarapan," halang seorang dayang yang aku kenal di Kerajaan Alantia walaupun buat sebulan dua sahaja.
"Alah Maisya, bukan susah pun nak buat sarapan," kataku dengan senyuman manis yang terukir di bibirku.
"Tapi puteri ..."
"Apa kata, saya buat sarapan setiap hari, awak dan dayang-dayang yang lain buat makan tengah hari dan makan malam?" soalku dengan tenang. Dayang, yang dipanggil Maisya itu, kelihatan serba salah apabila aku berkata sebegitu.
"Tak mengapa, Maisya. Awak jangan nak serba salah. Bukannya awak dan dayang-dayang yang lain tidak lakukan kerja yang ada di istana," pujuk Huzair yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.
Maisya setakat mengangguk setuju dan meminta diri untuk menyambung kerja-kerjanya setelah Huzair berkata sebegitu. Aku memandang abangku itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Kenapa pandang along macam tu?" soalnya. Aku menggelengkan kepala sebelum membuka mulutku.
"Saja. Macam tidak percaya pula, abang Haz yang selama ini Haz sangkakan tidak wujud, merupakan senior Haz di dalam akademi dan merupakan kawan baik kepada kawan baru Haz."
"Takdir yang menemukan kita melalui Muaz dan Khaulah. Mungkin kalau Haz tidak pindah ke akademi pun, Haz tidak akan jumpa along. Kita patut berterima kasih kepada Muaz, dan Khaulah," tutur Huzair dengan tenang.
Aku mengangguk dan berkata, "Jangan lupa berterima kasih kepada Pengetua Rashid, Cikgu Nurin, Batrisya, ibu dan ayah. Tanpa sokongan mereka, Haz tidak akan berpindah ke akademi Shadowille."
Tangan aku tidak berhenti menyiapkan sarapan pagi manakala Huzair mengangguk setuju dengan apa yang aku baru katakan itu. Seperti biasa, Batrisya dan Khaulah akan tolong mengejutkan para lelaki dan menyediakan meja makan. Namun, kerja mereka semakin ringan apabila meja makan telah disiapkan oleh aku dan Maisya. Muaz dan Syahmi turun ke ruang makan setelah membersihkan diri.
"Akak. Kenapa tak tunggu Batrisya dan kak Khaulah menyediakan sarapan?" soal Batrisya.
"Alah, ada dayang-dayang untuk bantu akak. Akak bukannya keseorangan bila buat kerja ini. Lagipun, kau berdua nampak letih. Itu yang aku tak kejut," balasku dengan selamba.
"Bila korang nak keluar? Pukul 10 pagi nanti?" soal Huzair pula. Blaze of the Light mengangguk dan masing-masing menyambung makan.
End of POV
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Jom keluar pergi bandar," ajak Huzair dengan begitu ceria dan tidak sabar untuk melihat bandar kerajaannya itu.
Hazirah dan Batrisya ketawa kecil. Muaz, Khaulah dan Syahmi menggelengkan kepala mereka apabila melihat Huzair dengan perangainya yang sebegitu. Mereka terus melangkah ke bandar yang terdekat. Maklumlah, Kerajaan Avalor merupakan kerajaan paling terbesar antara 3 kerajaan di dunia itu dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 bandar.
"Kerajaan ini ada berapa banyak bandar, along?" soal Batrisya. Siap membahasakan Huzair sebagai along semenjak mengetahui Huzair adalah abang kandung Hazirah, kakak susuannya itu.
"Mengikut sejarah dunia Utopia ini, Kerajaan Avalor merupakan antara kerajaan yang terbesar. Kerajaan ini mempunyai sebanyak 3 bandar. Pertama, Bandar Menteri. Bandar Menteri merupakan kubu pertama Kerajaan Avalor dan paling terdekat dengan istana. Kedua, Bandar Floria. Ia merupakan kubu kedua Kerajaan Avalor dan yang terakhir adalah Bandar Gadget. Kubu ketiga Kerajaan Avalor dan paling jauh dari istana. Ia memakan hampir tiga jam untuk ke sana," terang Huzair sambil membawa Blaze of the Light menaiki kereta api.
"Jadi, sekarang ini kita pergi Bandar Menteri, bukan?" soal Khaulah. Huzair mengangguk dan menuju ke sebuah kedai yang menarik perhatiannya.
"Kenapa, along? Ada yang tak kena dengan kedai ini?" soal Hazirah sambil memandang suasana di dalam kedai itu. Cantik dan menarik! Dua perkataan yang dia merasakan sesuai itu gambarkan kedai itu dari luar sahaja.
"Along nak jumpa seseorang kat dalam. Korang berlima nak ikut ke nak jalan-jalan dulu? Sebab aku rasa aku akan ambil masa yang sedikit lama kat dalam," tutur Huzair. Sempat dia tanya soalan kepada Blaze of the Light.
"Haz akan ikut along," tutur Hazirah.
Muaz dan Syahmi memandang satu sama lain sebelum Syahmi berkata, "Aku dengan Muaz nak jalan-jalan sekitar kawasan sini dahulu."
"Aku ikut Muaz dan Syahmi." Khaulah memberi kata-putusnya. Khaulah, Muaz, Hazirah, Huzair dan Syahmi memandang Batrisya bersilih-ganti. Batrisya, yang tahu bahawa dia sedang diperhatikan oleh senior-seniornya itu di sekelilingnya, memberi kata putus bahawa dia akan mengikut Hazirah dan Huzair sahaja.
"Nanti, pukul 11.30 pagi, korang datang sini balik," pesan Huzair sebelum Muaz, Syahmi dan Khaulah melangkah pergi. Syahmi mengangguk manakala Khaulah dan Muaz sudah berlalu pergi. Huzair, Batrisya dan Hazirah melangkah masuk ke kedai tersebut.
"Assalamualaikum. Ada sesiapa di sini?" soal Huzair sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai itu.
"Waalaikumsalam. Sekejap ya," balas seorang gadis dari dapur. Huzair, Hazirah dan Batrisya memandang satu sama lain apabila mendengar beberapa bunyi dari dapur, seakan-akan gadis itu memerlukan bantuan. Sebaik sahaja gadis itu keluar dari dapur, dia segera meminta maaf kerana mengambil sedikit masa untuk munculkan diri.
"Tidak mengapa. Saya ingin bertanya," tegur Huzair setelah beberapa minit mendiamkan diri. Gadis itu memandang Hazirah, Huzair dan Batrisya bersilih-ganti sebelum mengangguk.
"Adakah nama awak Aira? Adakah awak mempunyai seorang kembar tidak seiras?" soal Huzair. Gadis itu kelihatan sedikit terkejut dengan soalan Huzair. Hazirah dan Batrisya, yang sekadar mendiamkan diri itu, turut terkejut. Mereka tidak menyangka soalan seperti itu akan keluar dari mulut Huzair.
"Ya, saya Aira dan saya mempunyai seorang kembar yang tidak seeiras. Bagaimana Tuanku tahu? Adakah Tuanku mengenali kembar saya?" balas gadis yang bernama Aira itu. Dia sempat menanyakan dua soalan yang hadir di fikirannya itu. Huzair mendiamkan diri sebelum membuka mulutnya.
"Tidakkah awak mengenali saya?" soal Huzair lagi. Aira memandangnya dengan pandangan keliru. Hazirah dan Batrisya tidak masuk campur kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang difikirkan oleh Huzair. Aira menggelengkan kepalanya setelah beberapa minit.
"Memang patut pun awak tidak mengenali saya," gumam Huzair.
"Apa maksud Tuanku?" soal Aira.
"Kali terakhir kita berjumpa ramai-ramai adalah waktu kita umur 5 tahun, di taman berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Alisa, awak, kembar awak, saya dan lagi beberapa rakan kita ada pada saat itu. Mungkin awak tak ingat. Kalau tak ingat, tidak mengapalah," balas Huzair dengan sedikit muram.
Aira seakan-akan sedang mengingati sesuatu. Hazirah memandang Huzair dan Aira bersilih ganti. Namun, dia tidak mahu bertanya kerana dia tahu nanti abangnya itu akan menjelaskan kepadanya dan kawan-kawannya yang lain.
TBC