Aira seakan-akan sedang mengingati sesuatu. Hazirah memandang Huzair dan Aira bersilih ganti. Namun, dia tidak mahu bertanya kerana dia tahu nanti abangnya itu akan menjelaskan kepadanya dan kawan-kawannya yang lain.
"Huz? Putera Huzair?" soal Aira secara tiba-tiba. Huzair mengangguk dan mengukirkan sebuah senyuman untuk Aira. Tanpa disedari, air mata mula menakung di mata Aira. Hazirah dan Batrisya sedikit terkejut, namun, masih mendiamkan diri.
"Dah kenapa kau nak nangis, Aira?" soal Huzair sebaik sahaja melihat air mata Aira menitis sedikit demi sedikit. Panggilan 'awak saya' ditukarkan kepada 'aku kau' pula.
"Salah kau lah," balas Aira. Selepas Aira menjawab soalan Huzair, beberapa orang masuk ke dalam kafe itu. Semua memandang empat orang yang baru sahaja melangkah masuk itu. Kelibat Khaulah, Muaz dan Syahmi bersama seseorang lelaki di hadapan mereka.
"Abang Aiman. Abang ingat tak kawan lama kita? Huzair?" soal Aira kepada lelaki di hadapan Muaz, Syahmi dan Khaulah. Muaz, Syahmi dan Khaulah melangkah ke arah Huzair dengan pendangan keliru, seakan-akan meminta penjelasan dari Huzair. Huzair menyuruhnya tunggu sebentar dan melihat apa yang akan berlaku.
"Ingat. Kenapa?" balas jejaka yang bernama Aiman itu. Aira menunjuk ke arah Huzair. Aiman memandang Huzair tanpa mengerlip matanya.
"Kau Huzair? Putera Huzair yang lama menghilang itu?" soal Aiman yang ingin meyakinkan apa yang dikatakan adik kembarnya, Aira. Huzair ketawa kecil melihat reaksinya dan mengangguk.
"Ya, aku Huzair. Aira dan Aiman. Aku nak kau berdua jumpa dengan adik aku dan kawan-kawannya, Blaze of the Light," balas Huzair dengan tenang sebelum menyambung kata-katanya, "Blaze of the Light. Mereka berdua ini sepasang kembar adik-beradik dan mereka berdua merupakan kawan rapat aku dan Alisa. Ada lagi dua kawan aku yang aku belum jumpa."
Mereka saling berkenalan dan berbual antara satu sama lain.
"Kau dah jumpa Alisa? Aku dah lama tak jumpa dia," kata Aira. Huzair mengangguk dan menceritakan bagaimana dan di mana dia dan Alisa bertemu.
"Sekarang, kau belum jumpa Fakhrul dan Suhaila?" soal Aiman.
"Belum lagi."
"Bila kau nak jumpa mereka? Sebelum aku terlupa, apa tujuan kau ada kat sini?" soal Aira pula.
"Aik, macam tak suka sahaja aku datang sini," balas Huzair dengan gurauan. Semua, yang ada di kafe itu, ketawa akan gurauan Huzair.
"Mana ada. Cuma hairanlah, takkan kau tidak ada kerja selepas menjadi raja? Selepas menjadi raja, pasti ada banyak kerja yang berkaitan dengan kerajaan ini bukan?" ucap Aira dengan mengatakan kekeliruannya.
"Aku sebenarnya bawa si Blaze of the Light dengan adik aku jalan-jalan kerajaan ini. Sementara itu, aku ingat bolehlah cari beberapa orang untuk menjadi askar dan guardian, yang rela melindungi kerajaan ini. Mana tahu, masih ada askar-askar yang masih terselamat dari peperangan dahulu," kata Huzair sambil menghirup kopinya.
Aira dan Aiman saling berpandangan. Mereka mengangguk tanda faham dan suasana menjadi sunyi tanpa sebarang perbualan.
"Kejap, buat apa kau perlukan guardian?" soal Muaz dengan keliru.
"Guardian adalah pahlawan-pahlawan yang terpilih untuk melindungi istana, raja, permaisuri, putera dan puteri. Mereka merupakan pahlawan yang rapat dengan raja, permaisuri, putera dan puteri sebab kebanyakan masa, mereka akan diberikan kerja yang berkaitan dengan apa yang terjadi di istana. Kerja mereka bukan sahaja untuk melindungi kami tetapi untuk melindungi rakyat-rakyat di ketiga-tiga bandar yang ada dalam kerajaan ini," terang Huzair dengan panjang lebar.
"Kenapa ayahanda tidak perlukan guardians?" soal Khaulah pula.
"Ayahanda tidak memerlukan guardians kerana sudah ada ramai askar dan The Alpha sudah ada untuk membantunya," balas Syahmi pula. Yang lain hanya mengangguk kecuali Syahmi, Huzair, Aira dan Aiman. Tanpa sedar, Huzair tersenyum senget. Aiman dan Aira, yang melihat senyuman itu, terus mengetahui bahawa Huzair mempunyai sebuah rancangan yang ada di dalam fikirannya.
"Sekarang, apa rancangan kau?" soal Aira dengan curiga.
"Blaze of the Light akan melindungi negara ini dan Kerajaan Avalor. The Alpha akan melindungi Kerajaan Alantia. Jika aku memerlukan guardians, aku perlu mencari orang yang layak dan kuat untuk menjaga kerajaan ini. Bukan itu sahaja, mereka ingin menjadi guardians atas kerelaan serta keamanan negara dan bukan kerana dipaksa," balas Huzair sambil memikirkan siapa yang layak.
Sebelum sesiapa sempat untuk mengatakan pendapat mereka, kedengaran bunyi bom tidak jauh dari kafe itu. Ianya seperti ada yang sedang melakukan pertempuran. Huzair segera berlari ke arah pertempuran itu bersama Blaze of the Light. Aira dan Aiman saling berpandangan sebelum mengikut langkah mereka. Kelihatan seperti dua jejaka sedang bertempur dan ramai penduduk sedang menyaksikan pertempuran itu dengan penuh minat. Khaulah dan Batrisya ingin melangkah ke arah mereka untuk berhentikan pertempuran itu tetapi dihalang Huzair. Mereka berdua memandang Huzair dengan penuh hairan. Hazirah mendiamkan diri dan menunggu akan penjelasan Huzair. Muaz dan Syahmi kelihatan tenang. Sama seperti Aira dan Aiman.
"Aku nak tahu sejauh mana kekuatan mereka. Jika mereka kuat dari segi pertempuran ini, mungkin aku akan terima mereka. Itu pun kalau mereka rela," terang Huzair. Hazirah tersengih apabila memikirkan cara pemikiran abangnya itu.
"Kau tidak mahu fikir akan askar-askar pula?" soal Muaz. Matanya tidak lepas pandang akan pertempuran itu.
"Yang itu, rasanya sesiapa sahaja boleh buat," balas Huzair dengan tenang. Apabila pertempuran itu kelihatan bahaya, Huzair ingin memberhentikan mereka namun sesuatu menghalangnya. Seorang gadis, yang berhentikan pertempuran itu, kelihatan amat marah.
"Kau berdua tidak ada kerja lain ke selain dari mengadakan pertempuran dekat sini?" marah gadis itu kepada dua jejaka itu.
Dua jejaka itu ketawa kecil sebelum salah seorang daripada mereka berkata, "Tak. Kau nak bagi kita kerja ke, Naseefa?"
Huzair batuk sedikit untuk menarik perhatian mereka bertiga. Mereka bertiga memandang Huzair sebelum menjerit sedikit. Mereka menunduk sedikit tanda hormat kepada Huzair sebagai raja Kerajaan Avalor.
"Tuanku, ada tujuan Tuanku datang ke mari?" soal gadis itu.
"Tidak bolehkah beta datang melawat rakyat beta?" soal Huzair hairan.
Blaze of the Light, Aira dan Aiman sudah menahan ketawa. Syahmi pula sekadar menggelengkan kepalanya. Kelihatan si gadis dan dua jejaka itu memandang satu sama lain dengan serba salah. Huzair tersenyum dan melangkah ke hadapan mereka.
"Apa nama kamu bertiga?" soal Huzair.
"Saya Naseefa. Yang pakai cermin mata ini, Arshad. Di sebelahnya, Fayyad," balas gadis itu.
"Beta sedang mencari beberapa orang yang layak menjadi guardians untuk beta," kata Huzair kepada mereka.
Mereka bertiga kelihatan hairan. Huzair bertanya, "Bolehkah kamu bertiga jumpa beta di istana esok? Tepat pukul 10 pagi?"
Naseefa, Arshad dan Fayyad saling memandang satu sama lain sebelum mengangguk. Huzair mengukirkan sebuah senyuman untuk mereka sebelum melangkah ke arah Blaze of the Light dan dua sahabatnya itu.
"Jom," ajak Huzair.
"Kau nak pergi mana pula sekarang?" soal Syahmi.
"Cari lagi tiga," balasnya.
Hazirah tersenyum apabila melihat abangnya bersemangat untuk menanggung tanggungjawab yang ada. Aira dan Aiman menggelengkan kepala mereka sebelum meminta diri untuk pulang ke kafe. Mereka sempat mengesyorkan beberapa kenalan mereka kepada Huzair. Selepas Aira dan Aiman berlalu pergi, Blaze of the Light dan Huzair melangkah ke taman berdekatan dengan mereka. Syahmi mengesan sesuatu dan berhenti berjalan, secara tiba-tiba. Dia memandang ke arah sesuatu dan melangkah ke arah itu. Hazirah, yang nampak Syahmi melangkah ke arah lain, menyuruh Batrisya, Muaz, Khaulah dan Huzair untuk berhenti seketika.
TBC