"Raja Drake Jones serang The Forbidden Forest. Buat sementara ini, Alisa dapat pertahankan hutan itu tapi tidak lama. Kita akan menggunakan teleportasi untuk ke sana bersama kuda-kuda kita," terang Hazirah.
"Along tahu ke tidak?" soal Batrisya.
Hazirah menggelengkan kepalanya dan berkata, "Kita terpaksa bertindak bersendirian. Lagipun, kak ngah tidak mahu along dan Syahmi risaukan perkara ini. Kak ngah dah panggil bantuan."
Batrisya dan Khaulah memandang Hazirah dengan pandangan hairan. Muaz pula tidak sudah dengan wajah tenangnya sejak tadi. Kelibat Arshad, Naseefa, Aira dan Aiman mendekati mereka. Terdapat lagi dua lagi di belakang mereka berempat. Khaulah dan Batrisya memandang mereka seperti baharu nampak artis berlalu.
"Siapa yang lagi dua tu, Hazirah?" soal Khaulah dengan curiga. Hazirah sekadar mengangkat bahu dan menyalam dengan para wanita sahaja. Khaulah dan Batrisya mengikut langkah Hazirah manakala Muaz menyalami para lelaki.
"Sebelum apa-apa, aku nak kenalkan Fakhrul dan Suhaila. Kawan-kawan yang kami katakan dua hari lepas," terang Aira. Hazirah mengangguk dan memberi sebuah senyuman manis sebelum memandang semua yang berdiri di sekelilingnya dengan pandangan serius.
"Aku tahu bahawa Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila adalah kumpulan pertama Huzair dalam kumpulan. Kumpulan Huzair yang ini adalah yang terkuat. Kita mungkin perlukan kau berempat dalam peperangan yang akan datang walaupun kau berempat tidak mahu masuk campur. Bolehkah..."
Sebelum Hazirah sempat bertanya, seseorang mencelah dan berkata, "Kita akan tolong tidak kira kalau kita mahu atau tidak. Let's save this speech for later."
"Arshad dan Naseefa. Aku perlu kau berdua jaga istana. Suruh Guardians yang lain untuk jaga bandar masing-masing dan berjaga-jaga akan serangan pihak musuh. Aira dan Aiman. Aku perlukan kau berdua untuk tolong aku jaga istana juga. Muaz, Batrisya, Khaulah, Fakhrul dan Suhaila. Kau berlima ikut aku," arah Hazirah dengan senyuman tipis.
Fakhrul, yang mempunyai kuasa teleportasi, meneleport mereka ke The Forbidden Forest. Sebaik sahaja mereka tiba, terdapat tentera-tentera pihak musuh yang sudah memulakan serangan tetapi sempat ditahan oleh Alisa. Dia dapat menahan semua serangan pihak musuh namun dia hampir kehilangan tenaga. Batrisya segera menolong Alisa bersama Fakhrul dan Suhaila. Muaz dan Khaulah memberi serangan bertubi-tubi dan serangan kombo yang mereka ada. Hazirah turut menolong Muaz dan Khaulah dengan serangan Storms of Lighting. Fakhrul dan Suhaila menyerang setelah menolong Alisa. Batrisya menolong Alisa dengan memperbaiki hutan tersebut. Tiba-tiba, kelibat Raja Drake Jones sedang berjalan ke arah kami. Dia berdiri dalam 1km jauh dari kami dan memandang kami dengan pandangan sinis.
"Kau rupanya keturunan Ashley, huh? Muka kau tidak jauh berbeza dari dia. Mana yang lagi satu? Tidak berani nak hadap aku?" soal Raja Drake Jones bertubi-tubi.
"Buat apa nak hadap kau? Daripada hadap kau, baik kita bunuh kau sahaja. Tidak guna kau hidup kalau kau membahayakan nyawa orang dengan serangan-serangan kau itu," sindir Hazirah.
Raja Drake Jones memandang Hazirah dengan penuh perasaan benci. Dia mengeluarkan kuasa kegelapannya dan ingin menyerang Hazirah namun Hazrah sempat mengelak dari terkena serangan itu. Dengan menggunakan gerakan kilat, dia berlari ke arah Raja Drake Jones dan mula menyerang raja itu. Kawan-kawannya ingin menghalang namun tidak berkesempatan. Yang mereka boleh lakukan adalah menyerang askar-askar musuh yang hampir seratus mahupun seribu itu.
"Aila!"
"Mari kita lakukan tapi jangan lama sangat. Kau tak biasa dengan sync lagi," kata Aila, spirit beast serigala milik Hazirah.
"SYNCHRONIZED!"
Cahaya mengelilingi tubuh Hazirah dan semua memandang Hazirah dengan pandangan kagum. Tubuh Hazirah berubah bentuk serigala. Kuasa Hazirah semakin bertambah dan Hazirah mula menyerang Raja Drake Jones secara bertubi-tubi. Tidak semua serangan Hazirah berjaya dielak oleh raja musuh tersebut. Secara tiba-tiba, Raja Drake Jones menghilang di sebalik bayang. Hazirah memandang sekelilingnya dan tidak disangka bahawa Raja Drake Jones, yang penuh dengan kelicikan itu, berjaya menyerang Hazirah di sebalik bayang. Serangan tidak dijangka oleh Hazirah itu terkena tubuh Hazirah. Dia tidak sempat menggunakan kuasa penyembuhannya dan diserang bertubi-tubi.
"Aura Petir," kata Hazirah.
Matanya memandang tanah dan sedikit bercahaya. Dia belum lagi menggunakan kuasa-kuasanya yang lain kerana dia tidak berapa mahir dalam mengguna kesemua elemen yang baru dia pelajari. Di sekeliling Hazirah, timbul sebuah aura yang dibuat daripada kuasa elemen petir. Kuasa itu membantunya menghalang serangan bertubi-tubi Raja Drake Jones. Kelihatan raja tersebut terkejut dan mula mengarah askar-askarnya untuk berundur. Pihak musuh berundur dan pulang ke kerajaan mereka. Hazirah secara tiba-tiba jatuh ke tanah dan pengsan. Batrisya segera berlari ke arah kakak susuannya bersama Muaz dan Khaulah. Alisa, Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila mengeliling mereka dengan perasaan risau yang semakin menebal.
"Bagaimana dengan Hazirah, Risya?" soal Khaulah dengan risau.
"Alhamdulillah, kak ngah tidak mengalami cedera parah. Dia sekadar pengsan kerana telah menggunakan tenaga yang banyak tadi," balas Batrisya dengan senyuman.
"Mari kita balik ke istana. Alisa, kau duduk di hutan ini terlebih dahulu. Aku nanti akan bincang dengan Huzair tentang perkara ini," kata Mauz sambil mengangkat Hazirah yang pengsan itu.
Alisa mengangguk dan melihat Blaze of the Light, Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila berlalu pergi lalui teleportasi. Sebaik sahaja mereka tiba di istana, Hazirah dibawa ke biliknya. Muaz segera menelefon Huzair dan sempat memberi isyarat kepada Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila untuk mengikutnya. Mereka ikutkan sahaja. Khaulah dan Batrisya menemani Hazirah sehingga dia sedar.
"Aduhh. Kita dekat mana?" soal Hazirah sambal memegang kepalanya.
"Kita dekat istana Kerajaan Avalor. Kak ngah ok?" balas Batrisya dengan risau.
"Apa yang terjadi dekat The Forbidden Forest?" soal Hazirah lagi.
"Raja Drake Jones berundur buat masa sekarang. Kau pengsan lepas syncronise dengan Aila," balas Khaulah pula. Hazirah memandang Batrisya dan Khaulah bersilih-ganti sebelum mengangguk. Secara tiba-tiba, pintu bilik Hazirah dibuka. Huzair dan Syahmi muncul bersama Muaz serta kawan-kawan Huzair. Huzair duduk di sebelah Hazirah dan mengusap kepala Hazirah dengan perlahan.
"Bagaimana boleh pengsan masa syncronize tadi?" soal Huzair kepada Hazirah.
"Entah. Kena belasah dengan raja tak guna itu lepas tu tenaga semakin berkurangan," balas Hazirah.
"Ya ka? Mari along belasah raja tak guna itu. Memang nak kena belasah dengan along sebab cederakan adik along yang seorang ini," balas Huzair dengan geram dang gurau. Semua yang ada di dalam bilik itu ketawa dengan gurauan Huzair. Hazirah turut tersengih apabila dapat merasakan kasih sayang abangnya walaupun sudah berbelas tahun tidak jumpa.
"Haz masih sakit lagi? Haz belum lagi sempurnakan syncronize kan?" soal Huzair lagi.
"Haz okay, tidak sakit lagi. Cedera yang ada pun Batrisya dan Aila sudah pulihkan. Syncronize mode belum lagi dapat sempurnakan," balas Hazirah sambil memandang abangnya itu.
"Syahmi, Hazirah. Kau berdua perlu ikut aku selepas ini. Ada sesuatu yang perlu aku berikan kepada kau berdua. Yang lain, berehat untuk hari ini. Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila. Kau berempat lepak dengan Blaze of the Light yang lain sementara aku sibuk dengan mereka berdua," arah Huzair.
Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila mengukirkan sebuah senyuman apabila melihat sahabat mereka yang seorang ini. Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa sahabat mereka ini akan menjadi ketua dan pemimpin mereka di usia yang muda ini. Huzair berlalu pergi ke sebuah bilik. Hazirah dan Syahmi sekadar menurut langkah-langkah Huzair tanpa mengetahui apa yang ingin diberikan oleh Huzair.
TBC
----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang ingin diberikan oleh Huzair kepada sang Kembar Lagenda?