"Kau nak peperangan? Silakan, kita akan mengadakan peperangan di Astrad Island. Astrad Island tidak mempunyai sebarang penduduk di sana. Aku mahu kau tahu yang aku akan tetap lindungi kerajaan aku dan kuasa aku dari raja tak guna seperti kau. Selagi aku hidup, aku tidak mahu penduduk-penduduk aku, keluarga aku dan sahabat-sahabat aku berada dalam bahaya. Lagi-lagi engkau adalah penyebabnya," kata Hazirah pula.
Penduduk-penduduk, yang sedang melihat, mula membisik antara satu sama lain. Namun, apabila mata bertembung dengan Syahmi, ramai mendiamkan diri dan tidak berani untuk mengatakan sesuatu. Lagi-lagi jeneral-jeneral yang memikirkan mereka itu bagus sangat.
"Haha. Siapa yang akan ikut kau? Tentera kau? Entah-entah askar-askar yang kau ada adalah mainan kau dan mereka tidak mahu mengikut engkau dalam peperangan ini, wahai Kembar Lagenda," balas raja tidak guna itu. Sebelum Hazirah dan Syahmi sempat mengatakan apa-apa, kelibat Khaulah, Muaz dan Batrisya berdiri di hadapan mereka berdua.
"Siapa kata kami adalah mainan mereka? Engkau yang buta, raja tak guna. Ada sahaja yang ingin mengikut mereka. Yang pasti, ahli Blaze of the Light akan mengikut mereka. Mereka berdua boleh mempercayai kami untuk membantu mereka dalam peperangan ini," kata Muaz dengan tegas. Khaulah dan Batrisya mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Muaz.
"Siapa kata mereka menganggap kami sebagai mainan mereka? Kami bukan mainan mereka dan tidak sesekali dianggap sebagai tentera mainan mereka. Mereka berdua menganggap kami sebagai rakan sekerja yang boleh dipercayai di waktu susah dan senang," kata seseorang yang baru sahaja melangkah keluar dari istana Kerajaan Alantia.
Hazirah dan Syahmi memandang Khairul yang baru sahaja berbicara itu. Ahli kumpulan the Alpha berdiri di sebelah Khairul untuk menyokong kata-kata mereka. Badrul memberi Khairul sebuah isyarat dan lagi satu hologram muncul. Kelibat The Guardians muncul di hologram itu.
"Mereka turut menganggap kami sebagai adik-beradik yang mereka perlu menjaga dan membimbing sentiasa," tutur Aqeela sambil mengukirkan sebuah senyuman manis kepada Hazirah.
"Kau tengok ini, raja tidak guna. Kami tidak pernah memandang rendah kepada askar-askar yang kami ada. Kami layani mereka sama rata. Sebagai sahabat kami mahupun adik-beradik kami," tutur Hazirah dengan penuh semangat dan sempat membalas senyuman manis Aqeela.
Raja Drake Jones menghembus nafas dengan penuh kemarahan dan hologram itu ditutupkan. Jeneral Hafiz dan Johan segera meneleport diri ke kerajaan mereka sebaik sahaja hologram itu ditutup. Batrisya dan Khaulah sudah berpelukan akibat sedikit takut dengan wajah bengis raja kegelapan itu. Hazirah dan Syahmi memandang Huzair dengan pandangan serius.
"Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dan apa yang dirancang oleh Raja Drake Jones sekarang. Apa-apa pun aku nak kita bersedia untuk apa-apa. Aira, Aiman, Alisa, Fakhrul dan Suhaila. Aku mungkin perlukan kau berlima dalam peperangan yang akan datang walaupun aku tahu bahawa kau berlima tidak berminat dalam politik. Tetapi kali ini, aku benar-benar perlukan pertolongan kau berlima dalam peperangan ini. Dengan kuasa Hazirah dan Syahmi, tidak semestinya kita harus membiarkan mereka berdua sahaja yang melakukan semua ini demi kerajaan kita. Mereka boleh lindungi kita tetapi siapa yang akan lindungi mereka?" tutur Huzair dengan serius dan penuh kerisauan.
"Huz. Kau jangan risau. Kami berlima akan berperang bersama-sama kau dan Blaze of the Light, tidak kira jika kau perlukan kami mahupun tidak. Ini bukan masa untuk berundur. Kita bukan pergi perang suka-suka tetapi demi kerajaan kami sendiri. Demi kerajaan kami, kami sanggup bertarung bersama-sama kau," kata Aiman.
Aira, Fakhrul, Suhaila dan Alisa mengangguk tanda setuju akan kata-kata Aiman itu. Syahmi memegang tangan Hazirah untuk menghulurkan kekuatan. Khaulah, Muaz dan Batrisya saling memandang satu sama lain. Huzair memandang Raja Rizal dan The Alpha
"Ayahanda. Apa rancangan kita?" soal Huzair kepada Raja Rizal.
"Kita dan lagi dua kerajaan sudi bekerjasama dengan kita untuk melawan Raja Drake Jones. Kerajaan-kerajaan itu adalah Kerajaan Uwazia dan Busan. Kerajaan Mesta tidak mahu mengambil tahu tentang peperangan ini dan tidak mahu mengambil bahagian untuk melindungi kerajaan mereka," balas Raja Rizal dengan tenang.
Syahmi melangkah ke arah Huzair dan mula berkata, "Saya dan Hazirah sudah berbincang tentang perkara ini. Kami tahu bahawa ada yang menyoal tindakan kami dalam menerima cadangan untuk berperang. Namun, kita berperang demi keselamatan rakyat kami dan untuk masa hadapan kami. Muaz dan Khaulah akan mengawasi askar-askar bersama jeneral-jeneral yang ada. Guardians, kau berenam di bawah arahan aku. Arshad dan Naseefa berlatih bersama Batrisya manakala yang lain, korang tahu apa yang kau berempat harus lakukan. Fakhrul, kau bijak dalam IT bukan? Kau akan urusan segalanya berkaitan dengan robot dan penggodaman. Huz, aku rasa kau dengan kawan-kawan kau tahu apa yang perlu dilakukan. Jeneral Zyra akan mengawasi dan melatih askar-askar yang ada di Kerajaan Alantia. The Alpha, korang tahu apa yang harus korang lakukan."
"Kak ngah dengan Syahmi pula?" soal Batrisya. Syahmi dan Hazirah saling berpandangan sebelum tersenyum sinis. Huzair pula sudah menggelengkan kepalanya dan majlis, yang sepatutnya berjalan dengan lancar, terpaksa diakhirkan. Blaze of the Light melangkah masuk ke istana Kerajaan Alantia. Mereka menuju ke bilik Hazirah untuk berbincang tentang isu ini.
"Aku dan Syahmi akan ke koliseum untuk bermeditasi dan berlatih. Selain itu, kita perlukan masa untuk berlatih bersama Pyro dan Aila untuk mengawal semua elemen yang kita kuasai termasuk syncronize mode sebelum peperangan itu berlangsung dalam sebulan dari sekarang," balas Hazirah.
Hazirah mengusap kepala Batrisya seperti mana Huzair mengusap kepalanya. Muaz dan Khaulah meminta diri untuk melakukan tugasan mereka. Batrisya pula ingin mencari Arshad dan Naseefa untuk berlatih bersama. Hazirah dan Syahmi melangkah ke koliseum untuk memulakan latihan mereka bersama Pyro dan Aila. Mereka semua tidak melengahkan masa yang panjang untuk berlatih kerana bagi mereka, mereka kesuntukan waktu.
*****************************************
Hazirah dan Syahmi bermeditasi di koliseum. Mereka diperhatikan oleh Huzair dan Batrisya. Hazirah dan Syahmi memberikan tumpuan kepada aura mereka.
"Along, apa tujuan menumpukan aura?" soal Batrisya dengan keliru.
"Aura adalah sebahagian dari diri kita dan mempunyai tenaga negatif serta positif. Dengan menumpukan aura di beberapa bahagian sahaja, mereka dapat mengurangkan kecederaan yang dialami sewaktu peperangan mahupun pertempuran," terang Huzair. Batrisya mengangguk tanda faham akan penerangan Huzair.
"Along terangkan lagi senang untuk difahami berbanding dengan cikgu-cikgu terangkan sebelum ini," kata Batrisya secara tiba-tiba.
Huzair ketawa kecil apabila mendengar apa yang dikatakan Batrisya itu. Kepala Batrisya diusap perlahan sebelum menumpukan perhatian mereka ke arah Huzair dan Syahmi. Muaz, Batrisya, Arshad dan Naseefa tiba-tiba muncul dan melabuhkan punggung mereka di sebelah Huzair dan Batrisya. Seni pertahankan diri Hazirah dan Syahmi dipandang dengan penuh kagum oleh Blaze of the Light, Arshad dan Naseefa.
"Risya, kak ngah kau belajar seni pertahankan diri seperti apa?" soal Khaulah.
"Selain kendo, kak ngah belajar taekwondo, jujutsu dan muay tai," balas Batrisya dan matanya masih tidak lepas memandang penggerakan seni pertahankan diri yang dilakukan oleh Hazirah dan Syahmi.
"Sama dengan Syahmi, kecuali Syahmi tidak ambil kendo. Rasa macam nak ada pertempuran dengan mereka berdua pun ada tetapi bila fikir balik tentang kuasa mereka, rasanya tidak perlu kut," tutur Muaz dengan senyuman di bibir. Khaulah dan Huzair mengangguk tanda setuju.
"Kenapa? Kau bertiga boleh sahaja mengalahkan mereka sedangkan kau bertiga pernah berlatih bersama mereka, bukan?" soal Arshad dengan curiga.
TBC