Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 27 - Bab 27

Chapter 27 - Bab 27

Muaz menghalangku dari berlari ke arah Hazirah dan Syahmi walau berapa kali aku cuba melepaskan diri dari pegangannya. Khaulah memeluk Batrisya yang sudah menangis teresak-esak. Guardians membuat sebuah dinding besar untuk melindungi askar-askar yang ada di padang daripada impak bebola api itu. Raja Rizal sudah menundukkan kepalanya kerana tidak sanggup melihat. Dia tidak sempat untuk menolong mereka berdua kerana serangan Raja Drake Jones hampir dekat dengan sang Kembar Lagenda. Syahmi dan Hazirah memandang Raja Drake Jones dengan tergamam. Mereka berdua tidak sempat mengelak dari serangan itu dan Hazirah bertindak untuk memeluk Syahmi. Mereka berdua menutup mata mereka sebaik sahaja serangan itu berhampiran dengan mereka. Akan tetapi, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada mereka.

"Apalah kau berdua ini? Serangan seperti ini, kau berdua tidak dapat halangkah?" soal seseorang yang dikenali Hazirah dan Syahmi.

Syahmi dan Hazirah membuka mata mereka dan kelibat Kembar Lagenda yang pertama sedang berdiri di hadapan mereka. Serangan Raja Drake Jones itu berjaya dihalang oleh Ashley dan Simon. Ramai tergamam dan terkelu melihat Kembar Lagenda yang pertama itu tetapi Muaz, Khaulah dan Batrisya kelihatan lega apabila melihat Kembar Lagenda yang pertama itu. Huzair turut melepaskan nafasnya dengan penuh kelegaan.

"Kembar Lagenda seterusnya, teruskan perjuangan kamu berdua demi keamanan. Ambil segala memori-memori kami sebagai pembimbing kamu berdua," kata Ashley dan Simon secara serentak dan tiba-tiba.

Badan mereka berdua jatuh dan sempat ditangkap oleh Hazirah dan Syahmi. Rupa-rupanya, kesan serangan Raja Drake Jones yang ditahan oleh Kembar Lagenda yang pertama telah mengambil seluruh tenaga mereka berdua akibat ingin menyelamat Hazirah dan Syahmi. Ashley dan Simon mengukirkan sebuah senyuman manis kepada Hazirah dan Syahmi sebelum badan mereka menghilang. Aila dan Pyro menunduk tanda kesedihan, termasuk Hazirah dan Syahmi. Yang lain turut menunduk sebelum memandang Hazirah dan Syahmi.

"Huz, ada bawa permata-permata itu?" soal Raja Rizal kepada Huzair. Huzair mengangguk dan berlari ke khemahnya untuk mengambil permata-permata itu.

"Ayahanda, apa yang ayahanda ingin lakukan dengan permata-permata itu?" soal Muaz dengan penuh kekeliruan.

"Permata-permata ini boleh digunakan dalam apa-apa keadaan kecemasan tidak kira baik atau buruk. Jika ia jatuh ke tangan Raja Drake Jones, dia akan menggunakan permata-permata ini untuk kemusnahan. Huz, kamu akan membawa permata-permata ini ke Hazirah dan Syahmi," balas Raja Rizal.

Muaz, Khaulah, Huzair dan Batrisya memandang Raja Rizal dengan keliru namun pandangan mereka dibalas dengan senyuman misteri. Huzair terbang ke arah Kembar Lagenda dan menunggu di belakang mereka dengan Muaz menemaninya. Aura Hazirah dan Syahmi semakin kuat dan kuasa mereka semakin meningkat. Hazirah memegang tangan Syahmi. Aura mereka berdua bercampuran manakala kuasa api dan petir mengelilingi mereka berdua. Raja Drake Jones memandang mereka berdua dan menyerang mereka berkali-kali. Namun setiap serangannya tidak berjaya untuk mencederakan sang Kembar Lagenda. Raja Drake Jones tidak berhenti serangannya. Dia cuba menyerang Muaz dan Huzair. Serangannya sempat dihalang oleh Syahmi dengan membuat pelindung di sekeliling Muaz dan Huzair.

"Along, biar Haz ambil permata-permata itu. Along dan Muaz pergi semula ke ayahanda. Kami akan mengalah raja tak guna itu," kata Hazirah dengan renungan tajam ke arah Raja Drake Jones.

Huzair dan Muaz mengikut apa yang dikatakan oleh Hazirah. Dia dan Syahmi memberi sepenuh tumpuan kepada kuasa mereka untuk mengaktifkan permata-permata tersebut. Yang lain sekadar memberi sepenuh perhatian kepada apa yang bakal berlaku manakala Raja Drake Jones sudah ketawa sinis.

"Engkau berdua ingat engkau akan berjaya mengaktifkan permata-permata itu untuk memusnahkan aku?" soal Raja Drake Jones dengan ketawa sinis.

Hazirah dan Syahmi membalas persoalannya dengan senyuman misteri. Mereka berdua tahu apa yang harus mereka lakukan namun mendiamkan diri. Hazirah dan Syahmi saling berpegang tangan. Tangan kiri Hazirah memegang tiga permata manakala tangan kanan Syahmi memegang lagi tiga permata. Dengan menghalakan tangan mereka yang mempunyai permata-permata tersebut ke arah Raja Drake Jones, sebuah bola besar terbina di hadapan tangan mereka itu.

"FUSION!" jerit Hazirah dan Syahmi sambil menolak bola itu ke arah Raja Drake Jones.

Senyuman Raja Drake Jones terus mati dan cuba melarikan diri dari fusion sang Kembar Lagenda. Namun, perusahaannya untuk melarikan diri tidak berjaya. Askar-askar, yang menyaksikan kemusnahan Raja Drake Jones, mula bersorak kerana peperangan telah berakhir. Ahli Blaze of the Light yang lain, The Alpha, Guardians, kawan-kawan Huzair, Huzair, Shahrul dan Raja Rizal tersenyum melihat kemenangan mereka. Tidak lama kemudian, tubuh mereka berdua menjadi lemah dan terus jatuh. Huzair dan Shahrul berlari ke arah mereka untuk menangkap tubuh-tubuh mereka. Hazirah dan Syahmi mengukirkan sebuah senyuman manis. Mereka memandang sinar kegembiraan yang terpancar di wajah askar-askar yang ada sambil berjalan ke arah Raja Rizal dengan bantuan Shahrul dan Huzair.

"Tidak sangka kamu berdua berjaya memenangi peperangan ini. Bukan itu sahaja, mempunyai kuasa baharu, Fusion, dengan bantuan permata-permata ini. Jika Kembar Lagenda yang pertama mempunyai kuasa keabadian, kamu berdua mempunyai kuasa fusion. Ashley dan Simon pasti gembira melihat kamu berdua berjaya. Tahniah! Mari kita pulang ke Kerajaan Alantia untuk meraih kemenangan ini," kata Raja Rizal dengan gembira.

********************************************

Hazirah's POV

Aku sedang menuju ke dewan bersama Muaz dan Khaulah. Aku segers berpusing sebaik sahaja mendengar suara seorang gadis sedang menjerit namaku dari belakang. Khaulah dan Muaz mengukirkan sebuah senyuman sebelum meminta diri terlebih dahulu.

"Kak ngah!"

Gadis itu dipandangku sebelum aku menoleh ke belakang gadis itu. Sepasang suami isteri, yang sangat aku rindu, telah tiba. Aku mula berlari ke arah mereka dan memeluk mereka.

"Haz tidak sangka bahawa ibu dan ayah tiba," tegurku.

"Mana boleh tidak hadir majlis ini. Majlis perkahwinan Putera Shahrul dan Huzair," balas Puan Damia.

"Lagipun, kalau Huzair tahu bahawa kami berdua tidak hadir untuk majlis dia, pasti dia akan menghantui ayah," sambung Encik Zul dengan gurauan.

Aku, Batrisya dan Puan Damia ketawa dengan gurauan Encik Zul sebelum melangkah masuk ke dalam dewan. Aku meminta diri untuk ke bilik satu-satunya abang yang aku ada dalam dunia ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik itu, abangku sudah segak memakai baju pengantin kerabat milik arwah babah. Shahrul turut memakai baju pengantin kerabat. Muaz pula berada di samping mereka berdua. Nasib baik baju itu muat untuk abang.

"Hai along. Hai Muaz. Hai abang Shahrul," sapaku dengan ceria.

"Amboi, cerianya adik along ini," balas Huzair dengan sebuah senyuman manis di bibirnya. Muaz turut membalas sapaanku dengan senyuman.

"Mana tak. Kejap lagi dia akan ada kakak ipar," usik Muaz.

Shahrul ketawa melihat abang Huz diusik oleh Muaz. Tanganku menepuk tangan Muaz apabila melihat abangku bengang dan pipinya merah dengan usikan itu. Aku ketawa sebaik sahaja Muaz terus mengusik abang Huz.

"Sudahlah. Layan along dan Muaz sampai esok pagi pun tidak akan habis. Haz nak tengok kakak ipar Haz dulu. Jumpa nanti!" kataku sebelum melangkah ke bilik tetamu, yang dijadikan bilik persiapan untuk para wanita.

Aku tiba di bilik tersebut dan tersenyum melihat keanggunan bakal kakak iparku dan bakal kakak ipar Syahmi. Khaulah pula berada di samping mereka.

"Mana Batrisya?" soal Khaulah sebaik sahaja perasan akan kelibatku di dalam bilik itu.

TBC