Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 29 - 29 [Last Chapter]

Chapter 29 - 29 [Last Chapter]

Dengan selamba, dia melangkah ke padang belakang istana. Muaz memandang Huzair dengan serba salah kerana Huzair yang mengajak mereka bertemu tetapi perkara lain yang berlaku. Huzair mengangguk sebelum Muaz mengejar Khaulah ke padang.

"Kau bertiga buat apa selama seminggu ini?" soal Huzair.

Dia memandang Syahmi, Hazirah dan Batrisya bersilih-ganti. Selama seminggu itu, dia dan Alisa tidak tahu akan aktiviti-aktiviti mereka, terutama sekali adiknya, akibat kesibukan bercuti. Huzair bercuti di kerajaan kegelapan di mana kerajaan itu diubah suai untuk semua rakyat di dunia Utopia bertemu dan saling mengeratkan silaturahim. Kerajaan itu dinamakan Kerajaan Flouria atas kerjasama Raja Rizal, Huzair dan dua lagi raja.

"Syahmi dan Haz ada juga tolong Muaz dengan kerja-kerja di pejabat along itu. Batrisya pula membantu Maisya di taman belakang. Adakala kita bersenam, bertempur dengan Naseefa dan Arshad," terang Hazirah.

Matanya dan Syahmi bertemu apabila dia berkata bertempur dengan dua Guardians yang ada di istana. Senyuman kemenangan diukir di bibir kerana teringat bagaimana Naseefa dan Arshad dikalahkan dengan teruk. Tidaklah teruk mana pun, hanya mereka berdua letih sangat. Huzair sedar akan senyuman mereka itu dan menggelengkan kepadanya. Dia tahu apa yang dimaksudkan dengan senyuman itu. Namun, sekadar mendiamkan diri kerana tahu sangat bahawa Naseefa dan Arshad yang ingin bertempur dengan mereka.

"Kan aman dunia tanpa musuh-musuh dan pemberontak," tutur Arshad secara tiba-tiba. Naseefa mengangguk tanda setuju.

"Kalau nak difikirkan balik, Blaze of the Light semakin kuat daripada biasa. Banyak perkara yang sudah berubah sepanjang setahun ini. Ada komrad baru, yang dianggap lebih kepada kawan baru juga. Huzair pula dah jadi pengganti arwah babahnya dan menjadi raja Kerajaan Avalor. Bukan itu sahaja, sudah ada isteri seperti along," kata Syahmi.

Arshad, Batrisya dan Naseefa mengangguk. Alisa tersenyum memikirkan memori-memori yang dia ada bersama Blaze of the Light dan Huzair sejak mereka memulih Kerajaan Avalor seperti dulu. Huzair dan Hazirah menunduk ke lantai, memikirkan tentang arwah babah dan umi mereka. Batrisya, yang perasan akan kelakuan mereka itu, sekadar memandang Alisa dan Syahmi bersilih-ganti. Dia berharap mereka berdua dapat memujuk kakak susuannya dan abang angkatnya. Arshad dan Naseefa meminta diri dahulu untuk bertemu dengan ahli Guardians yang lain di padang dan berlatih bersama. Syahmi dan Alisa menyentuh bahu Hazirah dan Huzair secara serentak.

"Kau berdua ada masalah ke? Aku ada kata apa-apa yang salah ke?" soal Syahmi dengan sedikit serba-salah. Wajahnya turut menunjukkan perasaan bersalah dan risau.

"Tak ada pun. Cuma, aku terfikir kalau arwah babah dan umi masih hidup, pasti mereka bahagia bersama kami di sini. Aku tidak perlu berpisah dengan Hazirah sepanjang tujuh belas tahun yang lalu dan tidak perlu menjadi raja semuda ini," balas Huzair.

Sebuah senyuman pahit yang terukir di bibirnya dan di bibir Hazirah. Syahmi, Batrisya dan Alisa sekadar menunduk. Suasana yang muram itu dikejutkan dengan suara semangat seseorang. Alisa, Batrisya, Huzair, Hazirah dan Syahmi memandang ke arah itu dengan terkejut.

"Buat apa bersedih atas apa yang berlaku di masa lepas? Arwah umi dan babah kau mesti gembira tengok anak-anak mereka berjaya. Huzair menggantikan tempat arwah babah dan menjadi pemimpin yang amat disayangi rakyat. Hazirah pula menjadi pelindung kerajaan dan rakyat. Ibu bapa mana yang tidak akan gembira melihat anak-anak mereka berjaya?" tutur Khaulah dengan senyuman manis di bibirnya.

Kelihatan dia sedang berdiri bersama Muaz, the Guardians dan kawan baik Huzair. Hazirah dan Huzair saling berpandangan. Mereka berdua amat keliru dengan situasi itu. Dalam kepala masing-masing, terdapat beberapa soalan yang tidak dapat dijawab. Bagaimana Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila boleh ada di istana? Adakah mereka berlima dijemput oleh Muaz dan Khaulah atau the Guardians yang lain? Atau ianya secara kebetulan? Syahmi dan Batrisya melangkah ke arah Khaulah sebaik sahaja Khaulah memberi sebuah isyarat. Alisa dipandang oleh Huzair namun dia membalas dengan senyuman manis sebelum mengikut langkah-langkah Batrisya dan Syahmi. Hazirah dan Huzair memilih untuk berdiri dan memandang kawan-kawan mereka itu.

"Daripada mengenang masa lalu, baik kau berdua menentukan masa kini dan masa depan. Bukan hanya untuk kepentingan dan keperluan kau tetapi untuk kita dan rakyat kau. Syahmi, Batrisya, Khaulah, Alisa, Fakhrul, Aira, Aiman, Suhaila, the Guardians dan aku sudah seperti keluarga kau berdua bukan? Termasuk ayahanda Rizal, Bonda Khadija, Shahrul, Jeneral Zyra dan suami dia?" sambung Muaz dengan penuh semangat.

Huzair menundukkan kepalanya. Hazirah memandang kawan-kawannya sebelum memandang abangnya itu. Dia tidak tahu apa perasan abangnya apabila terpaksa berpisah dan berjauhan dengan ibu bapa. Hazirah beruntung kerana abangnya berkorban kepentingannya demi memikirkan tentang bagaimana dia memerlukan kasih sayang ibu bapa. Namun, dia turut tidak lari daripada berasa sedih apabila mengetahui ibu bapa kandungnya terkorban dalam peperangan yang berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Secara tiba-tiba, kedengaran suara seseorang ketawa. Semua, yang berada di ruang tamu itu, segera memandang Huzair yang sedang ketawa itu. Mereka memandang Huzair dengan pandangan keliru kecuali Muaz, Khaulah, Syahmi, Aira, Aiman, Suhaila, Fakhrul dan Alisa.

"Kau berlapan pasti ada sahaja yang ingin menceriakan aku setiap kali aku mengenang arwah babah dan umi," tutur Huzair sambil mengesat air mata yang bertakung di matanya.

Hazirah pula mengukirkan sebuah senyuman manis sebaik sahaja mereka melihat sinar kegembiraan yang ada di wajah Huzair. The Guardians dan Batrisya saling berpandangan sebelum mengukirkan sebuah senyuman di bibir mereka. Muaz, Syahmi, Aiman dan Fakhrul memeluk Huzair yang masih ketawa itu. The Guardians saling berpandangan dan mengukirkan sebuah senyuman kegembiraan.

THE END