Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 23 - Bab 23

Chapter 23 - Bab 23

"Pernah berlatih bersama tidak bermakna kita boleh menang. Dahulu, Syahmi adalah yang terkuat dalam kami berempat, kecuali Batrisya dan Hazirah. Ianya kerana Syahmi belum menguasai elemen-elemen yang lain dan kami tidak tahu akan kuasa sebenar Syahmi. Sekarang, dengan pertolongan Pyro dan Aila, spirit beast Kembar Lagenda, mereka pasti dapat mengawal semua elemen dan kuasa mereka lebih kuat berbanding kami," terang Khaulah.

"Kita boleh sahaja bertempur dengan mereka, 3 lawan 2 atau 3 lawan 1. Tetapi, rasanya mereka akan tetap menang," tutur Huzair pula.

Mereka semua, kecuali Muaz dan Batrisya, mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Huzair dan Khaulah. Hazirah dan Syahmi, yang sudah selesai berlatih, melangkah ke arah mereka untuk merehatkan badan mereka. Hazirah sempat meletakkan kepalanya di atas paha Huzair sebagai alas. Huzair menggelengkan kepalanya dan membiarkan sahaja Hazirah meletakkan kepalanya di pahanya sebelum menyambung perbualannya bersama kawan-kawannya.

"Hazirah, Syahmi. Aku dan Naseefa ingat nak bertempur dengan kau berdua," tutur Arshad secara tiba-tiba. Hazirah dan Syahmi memandang mereka berdua bersilih-ganti manakala yang lain sudah memandang mereka dengan pandangan terkejut.

"Kau berdua sudah tidak betul ke? Nak bertempur dengan Kembar Lagenda?" soal Aiman terkejut. Arshad dan Naseefa mengangguk sebelum Naseefa bersuara.

"Inilah peluang kami untuk berlatih bersama yang terkuat dan meningkatkan kuasa kami untuk peperangan tidak lama lagi. Walaupun kami baharu sahaja dilantik untuk menjadi guardians Kerajaan Avalor, itu bukan suatu penghalang untuk kami tidak meningkatkan kuasa kami dan bertempur dengan sesiapa yang sama peningkatan dengan kami," kata Naseefa yang semangat untuk melindungi kerajaan mereka itu.

Huzair memandang Muaz manakala Khaulah memandang Batrisya. Syahmi sekadar mengangkatkan bahunya, sedangkan Hazirah mengukirkan senyuman manis.

"Meningkatkan kuasa kau berdua melalui kami? Kalau itu yang kau berdua inginkan, kami terima cabaran kau. Tetapi, kau berdua kena ingat bahawa kami tidak akan memberi sebarang belas kasihan. Setuju?" soal Syahmi dengan senyuman yang amat mengerikan.

Semua, yang memandang Syahmi itu kecuali Blaze of the Light dan Huzair, mula menggigil sedikit. Naseefa dan Arshad sekadar mengangguk tanda setuju. Mereka memulakan pertempuran mereka itu manakala Huzair meminta diri untuk ke bilik pejabatnya. Katanya, ada banyak perkara yang harus dia lakukan. Alisa mengikut langkah-langkah Huzair. Mungkin dia ingin berbual dengan Huzair tentang The Forgotten Forest. Yang lain sekadar memerhatikan pertempuran mereka berempat.

"Vivian, mari kita syncronize," kata Naseefa.

"Flare," tegur Arshad pula.

"SYNCRONIZE!"

Muaz, Aiman dan Fakhrul bersiul apabila melihat syncronize mode Arshad dan Naseefa. Khaulah, Suhaila, Batrisya dan Aira mengigil sedikit apabila mereka melihat Syahmi dan Hazirah mengukirkan sebuah senyuman sinis di bibir mereka. Syahmi memandang Hazirah dengan rancangan yang tersedia di dalam fikirannya. Hazirah sekadar mengangguk tanda dia bersedia dengan apa-apa yang dirancangkan oleh Syahmi.

"Senyuman mereka amat menyeramkan," bisik Arshad kepada Naseefa. Naseefa mengangguk tanda setuju dengan apa yang dibisikkan oleh Arshad. Mereka berdua bersiap sedia untuk serangan seterusnya dari Kembar Lagenda itu.

"Lightning Bolt." Serangan dari Hazirah dilakukan untuk jarak jauh. Naseefa dan Arshad terpaksa mengelak serangan tersebut dengan pantas sebelum serangan itu mengena mereka.

"Fire Ball." Seribu bebola api muncul di sekeliling Arshad dan Naseefa dalam sekelip mata. Satu per satu bebola api mula menyerang mereka berdua. Kelihatan wajah teruja mereka apabila mereka berlatih seperti budak-budak zaman sekolah. Ahli Blaze of the Light yang lain dan kawan-kawan Huzair yang ada, mula ternganga dengan serangan Hazirah serta Syahmi itu.

"Mereka berdua benar-benar mengerikan semenjak berlatih dengan Pyro dan Aila. Mereka berdua semakin pantas dan serangan mereka berdua semakin kuat. Tiada belas kasihan betul," kata Muaz.

Khaulah dan Batrisya mengangguk dengan laju tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Muaz itu. Aiman, Aira, Fakhrul dan Suhaila sekadar menggelengkan kepala mereka apabila mendengar kata-kata Muaz. Mereka berempat meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Huzair dan Alisa melihat prestasi Syahmi dan Hazirah yang semakin meningkat itu dari bilik pejabat Huzair.

"Adik awak dan Syahmi semakin pantas dan kuat. Saya pasti mereka berdua berjaya mengalahkan Raja Drake Jones." Kata-kata Alisa terus berada dalam fikiran Huzair dan kata-kata itulah yang membuatnya mengukirkan senyuman. Dia sekadar memandang Syahmi dan Hazirah yang sudah duduk kepenatan di tempat duduk yang ada. Arshad dan Naseefa sudah terbaring di lantai koliseum dengan senyuman manis.

"Mereka berdua benar-benar keturunan Kembar Lagenda. Kembar Lagenda yang sebelumnya pasti bangga mempunyai keturunan yang kuat," puji Naseefa sebelum meneguk air mineral yang diberikan oleh Batrisya.

************************************

"Along, kenapa Raja Drake Jones inginkan kuasa Kembar Lagenda dan inginkan kemusnahan dunia ini?" soal Hazirah dengan keliru.

Pada waktu itu, Hazirah ada bersama Huzair di bilik pejabat Huzair. Batrisya turut bersama mereka. Batrisya turut memandang Huzair kerana ingin mengetahui apakah jawapan Huzair. Huzair memandang Hazirah dan Batrisya bersilih-ganti sebelum memanggil Muaz dan Syahmi untuk menurut serta dalam perbincangan ini.

"Raja Drake Jones inginkan kuasa untuk dia seorang dan ingin memusnahkan dunia ini. Dengan memusnahkan dunia ini, dia ingin membuat dunia yang penuh dengan kegelapan. Untuk melakukan perkara itu, dia inginkan kuasa Kembar Lagenda kerana kuasa ini merupakan kuasa terkuat, jarang dan unik," terang Huzair.

"Kuasa terkuat, jarang dan unik huh?" bisik Muaz.

"Unik dalam segi apa, along?" soal Batrisya.

"Unik dalam segi mempunyai pelbagai formasi yang boleh digunakan dalam peperangan. Kalau kita, kita boleh menjadi satu dengan spirit beast kami, atau lebih tepat sycronization, dan mengeluarkan spirit beast jika perlu, bukan? Jika Kembar Lagenda, mereka boleh melakukan lebih dari itu," terang Huzair lagi.

"Lebih dari syncronization?"

"Maksud Huzair, kuasa kami boleh menggunakan fusion dan sebagainya. Sewaktu peperangan, jika kami berdua menggunakan kuasa tahap tertinggi, kemungkinan kami berdua akan mati," kata Syahmi.

Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum memandang sahabat-sahabat mereka satu per satu. Muaz, Batrisya, Huzair dan Khaulah tidak dapat menahan daripada membuat wajah sedih. Masing-masing risau kehilangan Hazirah dan Syahmi.

"Peperangan kali ini amat penting demi menyelamatkan dunia kita dan kerajaan kita. Mampukah kau berdua menamatkan peperangan ini dan pulang ke kami?" soal Huzair dengan risau.

"Insya'Allah." Itu sahaja yang mampu Hazirah dan Syahmi ucapkan kerana masing-masing tahu bahawa ajal maut berada di tangan Tuhan dan siapalah mereka untuk menentukan kematian mereka. Hazirah dan Syahmi melangkah keluar dari bilik pejabat Huzair. Mereka menuju ke sebuah bilik rekaan Aiman, bilik latihan visual [BLV], untuk latihan seterusnya bersama spirit beast mereka. Muaz, Khaulah, Batrisya dan Huzair menghantar mereka dengan pandangan mata. Mereka hanya mampu berdoa untuk keselamatan Hazirah dan Syahmi untuk peperangan nanti.

TBC