Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 20 - Bab 20

Chapter 20 - Bab 20

Shahrul dan Huzair sudah berpandangan sambil menelan air liur mereka. Hologram Raja Rizal ditutup sebaik sahaja Raja Rizal mengucapkan salamnya. Blaze of the Light, kecuali Hazirah, pula sudah berpandangan antara satu sama lain. Hazirah mengukirkan sebuah senyuman manis di bibir dan memerhatikan gelagat abangnya.

"Sudah ada calon ke, along?" gurau Hazirah dengan senyuman mengusik.

Huzair memandang Hazirah sebelum berfikiran jauh. Blaze of the Light sekadar mendiamkan diri, termasuk Hazirah, yang sedang memandang abangnya. Hazirah menyuruh Blaze of the Light yang lain untuk keluar sebentar kerana dia ingin berbicara sesuatu bersama Huzair. Hazirah melangkah ke Huzair setelah Blaze of the Light berlalu pergi. Tangannya segera mengurut bahu abangnya sebelum dia bertanyakan sesuatu.

"Alisa ke teman istimewa abang itu?" Huzair memandang Hazirah sebentar sebelum terus menikmati urutan Hazirah. Soalan Hazirah dibiarkan begitu sahaja. Dia sudah terbiasa dengan Hazirah memanggilnya 'abang' ketika ingin bermanja dengannya tanpa sesiapa tahu.

"Kalau abang diam, bermakna tekaan Hazirah benar," kata Hazirah apabila melihat gelagat Huzair yang sebegitu. Huzair mengangguk setuju.

"Jadi, kenapa abang tak terus terang dengannya?"

"Abang takut dia tak terima abang," balas Huzair sambil menundukkan kepalanya. Hazirah berhenti mengurut dan duduk di sebelah Huzair. Dia memandang Huzair dan mengambil tangan abangnya itu. Kepala Huzair dipusingkan untuk memandangnya.

"Abang. Kalau abang takut dia menerima abang, sampai bila abang takkan melamar dia. Masa inilah masa yang sesuai untuk abang memberitahunya. Haz ada cadangan tetapi itu pun kalau abang nak dengar," kata Hazirah.

"Cadangan? Apa cadangan Haz?" soal Huzair dengan curiga. Hazirah mendekati Huzair dan membisikkan sesuatu di telinga abangnya itu dan bisikkannya membuatkan Huzair tersengih.

----------------------------------------------------------

Hazirah tersenyum seorang diri apabila melihat Huzair dan Alisa keluar dari istana. Batrisya, yang menyedari senyuman Hazirah itu, berjalan ke arah kakak susuannya itu dan menepuk perlahan bahunya.

"Sudah kenapa kak ngah tersenyum bagai? Along nak pergi mana?" soal Batrisya dengan kening sebelah diangkat.

"Kak ngah tengok along pergi date dengan kak Alisa," balas Hazirah dengan sengihan.

Batrisya tersengih apabila Hazirah berkata sebegitu. Secara tiba-tiba, seseorang menjerit di belakang mereka berdua. Hazirah dan Batrisya memandang ke gerangan yang menjerit itu dengan terkejut. Muaz pula sudah berlari ke tempat mereka bersama Syahmi.

"Apa yang terjadi?" soal Muaz dengan panik. Syahmi memandang Hazirah, Batrisya dan Khaulah bersilih-ganti.

"Huzair pergi date? Dengan Alisa?" soal Khaulah bertubi-tubi. Hazirah mengangguk kepada semua soalan Khaulah. Muaz sudah ternganga kerana terkejut dengan apa yang didengarnya.

"Sejujurnya, along sukakan Kak Alisa tetapi dia tidak berani untuk berterus-terang kepada Kak Alisa. Aku ada rancangan untuk along lamar Kak Alisa dan aku perlukan batuan kau berempat," tutur Hazirah dengan tenang.

Dia pandang Khaulah, Batrisya, Syahmi dan Muaz bersilih-ganti dengan penuh harapan bahawa mereka akan membantunya. Mereka, kecuali Syahmi, mengangguk setuju manakala pandangan Hazirah jatuh kepada Syahmi. Dia mengangguk perlahan dan mengukirkan senyuman tipis.

"Apa rancangan kak ngah?" soal Batrisya kepada Hazirah.

Hazirah mengukirkan sebuah senyuman misteri dan berlalu pergi ke taman yang terletak di belakang istana. Mereka berempat mengikut jejak Hazirah dan membantu apa yang patut. Sejam dari itu, Huzair dan Alisa melangkah masuk ke dalam istana. Huzair mencari kelibat Hazirah mahupun Blaze of the Light. Namun, tiada sesiapa yang ada di istana.

"Tuanku. Puteri Hazirah ada di taman belakang istana. Dia sedang menunggu untuk Tuanku dan Cik Alisa di sana," tegur Maisya sebaik sahaja kelibat Huzair melangkah masuk ke dapur bersama Alisa.

Alisa dan Huzair saling berpandangan sebelum melangkah ke taman. Alisa terkejut apabila melihat taman berkias dengan lilin. Meja dan kerusi turut disusun dengan penuh romantis. Huzair pula memandang Blaze of the Light, yang berada di sekeliling meja itu, dengan penuh sengihan. Blaze of the Light mengukirkan sebuah senyuman manis. Tangannya dihulurkan kepada Alisa dan menariknya ke tempat meja itu. Sebaik sahaja Huzair dan Alisa tiba di meja itu, Khaulah dan Muaz menarik kerusi untuk mereka berdua. Batrisya dan Hazirah pula menyediakan makanan dan minuman untuk mereka berdua.

Alisa memandang Huzair dan bertanya, "Awak ke rancang semua ini?"

Huzair menggelengkan kepalanya dan berkata, "Hazirah yang merancangkan semua ini. Mari kita makan dulu."

Blaze of the Light melangkah masuk ke istana, meninggalkan Huzair dan Alisa berdua di taman itu. Huzair merenung Alisa sambil menyuap steak di mulutnya. Alisa perasan akan renungan Huzair dan mengangkat kening sebelahnya.

"Ada apa-apa yang awak nak katakan ke? Lagi elok awak berbual dari merenung saya macam itu, bukan?" soal Alisa.

Huzair menunduk dan dia seakan-akan tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Alisa menunggu dengan tenang walaupun hatinya berdebar-debar. Tiba-tiba, Huzair bangun dari tempat duduknya dan mencangkung di hadapan Alisa. Matanya tidak lepas pandang wajah Alisa dan tangannya mencapai tangan Alisa. Alisa kelihatan terkejut dengan tindakan Huzair namun didiamkan dan menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Huzair.

"Alisa, saya tahu kami berdua sudah lama tidak berjumpa dan awak hanya menganggap saya sebagai seorang kawan sahaja. Selama saya berkawan dengan awak, saya sebenarnya sudah mula jatuh cinta dengan awak. Saya ingin awak menjadi kekasih saya, malah saya ingin awak menjadi tunang dan bakal isteri saya," terang Huzair sambil merenung Alisa.

Alisa mendiamkan diri dan menunduk. Dia tidak berkata apa-apa dan ini membuatkan Huzair khuatir. Blaze of the Light, yang memerhatikan mereka di sebalik pintu belakang istana, turut berasa gelisah sambil menantikan jawapan Alisa. Kelihatan Alisa mengangguk membuatkan Huzair tersenyum kegembiraan.

"Awak setuju? Betul ni?" soal Huzair kerana tidak mahu memaksa Alisa untuk membuat keputusan secara tergesa-gesa.

Alisa mengangguk dan mengukir sebuah senyuman manis untuk Huzair. Huzair memeluk Alisa sebaik sahaja Alisa mengangguk. Blaze of the Light pula sudah bersorak kecuali Syahmi, yang sudah mengukirkan sebuah senyuman tipis di bibirnya. Mereka berdua berjalan menuju ke Blaze of the Light. Hazirah memeluk tubuh abangnya dan yang lain mengucapkan tahniah.

"Syahmi. Shahrul sudah melamar gadis pilihan dia?" soal Huzair.

Syahmi mengangguk dan berkata, "Dia baru sahaja melamar si Aisha."

"Aisha?"

"Alah, Aisha kawan sama sekolah dia itu," balas Syahmi apabila melihat kekeliruan yang ada pada Huzair dan kawan-kawannya itu. Alisa ketawa kecil apabila melihat reaksi mereka itu kerana baginya, mereka semua kelihatan amat lucu.

"Sekarang ini, majlis yang ayahanda inginkan akan berlangsung bersama pertunangan Huzair dan Shahrul. Aku tak sabarnya nak lihat dua sahabat aku bertunang!" kata Muaz dengan penuh kegembiraan.

Huzair memandang Muaz dengan penuh kegeraman sebelum mengejar Muaz, yang sudah larikan diri sambil ketawa. Alisa dan Blaze of the Light yang lain memandang satu sama lain sebelum ketawa kecil.

TBC