Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 16 - Bab 16

Chapter 16 - Bab 16

Syahmi mengesan sesuatu dan berhenti berjalan, secara tiba-tiba. Dia memandang ke arah sesuatu dan melangkah ke arah itu. Hazirah, yang nampak Syahmi melangkah ke arah lain, menyuruh Batrisya, Muaz, Khaulah dan Huzair untuk berhenti seketika.

"Apa yang Syahmi nampak itu?" soal Batrisya.

"Seperti dua orang yang dalam kesusahan," balas Hazirah sebelum dia melangkah ke arah Syahmi untuk membantunya. Hazirah membantu seorang gadis manakala Syahmi membantu seorang jejaka.

"Risya, boleh rawat luka-luka mereka?" soal Huzair sambil memeriksa pernafasan mereka.

Sebaik sahaja Batrisya merawat mereka, Blaze of the Light dan Huzair membawa mereka berdua ke istana untuk rawatan lanjut. Si gadis itu sudah pulih dan makin sedar dari pengsan. Hazirah segera memberinya segelas air dan menolongnya duduk.

"Awak okay?" soal Hazirah dengan risau. Gadis itu mengangguk dan memandang sekeliling sebelum dia mula risau akan sesuatu.

"Di manakah suami saya?" soal gadis itu.

"Suami awak dalam bilik rawatan sebelah. Dia sudah stabil dan sudah sedarkan diri," balas Khaulah pula. Hazirah dan Khaulah menolong gadis itu ke bilik sebelah dan menemukan gadis itu degan suaminya, yang sedang berborak dengan Muaz.

"Aqeela! Nasib baik awak okay. Terima kasih kerana menolong kami berdua. Kami tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa-jasa Tuanku," kata jejaka itu.

"Bolehkah beta tahu apa nama kamu berdua dan apa yang terjadi kepada kamu berdua tadi?" soal Hazirah terlebih dahulu. Huzair dan Blaze of the Light yang lain memandang Hazirah sebelum mengambil tempat duduk.

"Maaf. Saya Fauzi dan ini isteri saya, Aqeela. Kami berdua baru sahaja diserang oleh penjenaya-penjenaya yang amat berbahaya," balas jejaka itu dengan tenang.

"Beta tidak perlukan apa-apa dari kamu berdua, sekadar bekerja dengan beta. Beta tidak mahu memaksa dan ianya atas kerelaan kamu berdua," kata Huzair sambil mengatakan hasratnya kepada Aqeela dan Fauzi sebelum menyambung kata-katanya, "Beta akan memberikan kamu masa untuk berfikir akan tawaran beta. Beta akan bertemu dengan kamu berdua keesokan hari untuk keputusannya dan beta ingin mengetahui apa yang terjadi kepada kamu berdua esok, boleh?"

Fauzi dan Aqeela saling memandang satu sama lain sebelum mengangguk tanda setuju dengan apa yang diarahkan Huzair. Kedengaran bunyi telefon bimbit seseorang berdering. Huzair mengangkat panggilan tersebut dan memandang Muaz dan Syahmi untuk menemaninya. Dia kelihatan amat serius. Batrisya dan Khaulah memandang mereka bertiga berlalu pergi sebelum memandang Hazirah.

"Aiman yang telefon along. Mungkin sebab dia jumpa sesiapa yang abang carikan itu," kata Hazirah dengan tenang sambil memandang telefon bimbitnya.

*****************************************

Huzair dan Hazirah berada di bilik mesyuarat kerajaan bersama Syahmi. Mereka bertiga sedang menunggu akan kehadiran Fauzi, Aqeela, Naseefa, Fayyad, Arshad dan seseorang yang tidak dikenali. Khaulah dan Muaz pula sedang melihat askar-askar yang memerlukan latihan dari segi fizikal. Batrisya sekadar ke taman untuk melihat akan suasana yang perlu diubahsuai. Tidak beberapa lama kemudian, orang-orang yang dinantikan Huzair sudah tiba.

"Along, siapa lelaki yang terakhir itu?" soal Hazirah dengan nada bisik.

"Itu Hamdan. Aiman yang menawarnya bekerja dengan along," balas Huzair dengan nada yang sama.

"Beta menyuruh kamu berlima ke sini atas sebab beta mahu menanyakan sesuatu kepada kamu semua. Beta sudah menanyakan kepada Fauzi dan Aqeela semalam. Sekarang, beta akan mengulangi soalan beta kepada kamu berenam," tutur Huzair sambil memandang mereka berlima sebelum bertanya, "Adakah kamu semua setuju untuk bekerja dengan beta?"

Naseefa mengangkat tangannya dan Huzair mengangguk sedikit untuk mendengar apa yang ingin disoalkan oleh Naseefa.

"Maafkan saya, Tuanku. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Mengapa Tuanku inginkan kami untuk bekerja dengan Tuanku? Kami tidak mempunyai banyak pengalaman," soal Naseefa. Huzair tersengih apabila mendengar soalan Naseefa. Dia memandang Hazirah dengan sebuah senyuman yang sedikit nakal. Hazirah mengangkat bahunya dan Syahmi memandang ke arah telefon bimbitnya.

"Beta sebenarnya ingin kamu berenam untuk menjadi Guardians untuk Kerajaan Avalor. Guardians yang dimaksudkan beta ini adalah sepasukan pahlawan yang terpilih untuk melindungi istana, raja, permaisuri, putera dan puteri. Bukan itu sahaja, Guardians merupakan sekumpulan pahlawan yang terkuat di antara askar-askar yang kami ada. Atas sebab mengapa beta inginkan kamu berenam untuk menjadi Guardians? Beta melihat akan potensi dalam diri kamu berenam. Mungkin kita baru sahaja berkenal. Akan tetapi, beta tidak mahu memaksa kamu semua dan ianya atas kerelaan kamu," terang Huzair.

Hazirah mengangguk kerana dia setuju akan penerangan Huzair. Naseefa, Arshad, Fayyad, Fauzi dan Aqeela memandang satu sama lain. Hamdan sekadar mendiamkan diri. Keadaan di dalam bilik mesyuarat itu amat senyap sebelum seseorang membuka mulutnya.

"Tuanku. Saya dan isteri saya setuju untuk bekerja dengan Tuanku. Kami amat berterima kasih dan amat berjasa dengan Tuanku, Puteri Hazirah, Putera Syahmi dan sahabat-sahabat Tuanku. Rasanya, ini sahaja yang boleh kami balas jasa Tuanku yang telah menyelamatkan kami berdua semalam," kata Fauzi dengan sebuah senyuman yang terukir di bibir mereka.

Aqeela mengangguk setuju akan apa yang dikatakan oleh Fauzi. Huzair dan Hazirah mengukirkan sebuah senyum manis manakala Syahmi sekadar mengangguk. Syahmi terpaksa meminta diri dahulu untuk membantu Khaulah dan Muaz dengan memilih askar-askar yang baharu. Huzair memandang Aqeela dan Fauzi bersilih-ganti.

"Kamu berdua sudah fikir masak-masak? Beta tidak mahu memaksa kamu berdua untuk bekerja dengan beta," kata Huzair dengan sedikit risau.

Aqeela dan Fauzi kelihatan yakin apabila mereka berdua mengangguk. Huzair dan Hazirah memandang Naseefa, Arshad dan Fayyad pula. Kelihatan mereka sedang memandang satu sama lain sebelum mengangguk tanda setuju. Hamdan, yang sudah memberikan jawapannya semalam, turut megangguk akan soalan Huzair serta jawapan si suami isteri itu.

"Kami lebih rela bekerja dengan Tuanku," kata Naseefa, Arshad dan Fayyad dengan serentak.

Hazirah dan Huzair mengukirkan sebuah senyuman. Huzair mengajak mereka untuk ke padang atas alasan ingin melihat mereka bertarung dan memilih ketua di antara mereka. Selepas memerhatikan pertempuran mereka berlima, Hazirah dan Huzair saling memandang satu sama lain.

"Haz perasan tidak, mereka berenam seakan-akan replika Blaze of the Light dan along? Tapi, along rasa Arshad sesuai untuk menjadi ketua guardians. Apa pendapat Haz?" soal Huzair.

"Ya, Haz perasan. Arshad mempunyai kuasa along tetapi kuasa abiliti Batrisya. Naseefa mempunyai kuasa Khaulah tetapi kuasa abiliti Haz. Fayyad mempunyai kuasa Haz tetapi kuasa abiliti Muaz. Hamdan mempunyai kuasa Batrisya tetapi kuasa abiliti Syahmi. Akan tetapi, Aqeela dan Fauzi adalah berbeza daripada mereka. Mereka berdua seakan-akan mempunyai kuasa gelap, sama seperti Syahmi. Haz okay jer. Dari pandangan Haz, dia merupakan seorang yang agak matang dan ada sifat pemimpin. Lagipula, dia yang paling tua antara mereka berenam," terang Hazirah.

"Arshad. Kau jadi ketua Guardians ini. Mulai hari ini, kau berlima akan menjaga Kerajaan Avalor. Bandar Menteri akan dijaga oleh Arshad dan Naseefa. Bandar Floria akan dijaga oleh Aqeela dan Fauzi. Bandar Gadget akan dijaga oleh Fayyad dan Hamdan. Memandang kami akan bekerjasama mulai hari ini, aku ada satu permintaan," kata Huzair yang seakan-akan memberi arahan.

"Apa dia?" soal Arshad, memandangkan dia sudah menjadi ketua.

"Mulai hari ini, tidak perlu ada formaliti di antara aku, Hazirah dan kau berenam. Faham?" arah Huzair.

"Aik, bukan tadi dia kata yang dia ada permintaan. Itu bukan ke arahan?" soal Hamdan sambil menggaru kepalanya sedikit. Semua yang ada di sana sudah mula ketawa akan keadaan seperti itu. Huzair turut menggaru keadaan seperti itu.

TBC