Beberapa bulan sudah berlalu dan hari ini merupakan hari terakhir untukku. Bukan aku sahaja, untuk Khaulah, Muaz, Syahmi dan Batrisya. Batrisya dapat keluar dari sekolah ini disebabkan dia dalam kumpulan Blaze of The Light. Ia mungkin alasan remeh tetapi itu adalah arahan dari Raja Rizal. Raja Rizal mengarahkan kami untuk membantu Huzair dengan segera dalam perihal kerajaan. Hazirah melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Huzair. Terdapat kesemua Guardians di dalam bilik tersebut. Hazirah memandang mereka dengan sedikit keliru.
"Panjang umur Haz. Along baru sahaja cakap tentang Hazirah," kata Huzair dengan sedikit ceria.
"Oh ya ke? Ada masalah ke long?" soal Hazirah dengan tenang. Kakinya melangkah ke arah sebelah Huzair.
"Ada sahaja masalah. Masalah besar," balas Huzair. Hazirah mengangkat keningnya dengan penuh hairan.
"Masalah apa yang begitu besar, along?" soal Hazirah lagi sekali.
"Peperangan akan berlaku tidak lama lagi."
Enam perkataan itu benar-benar mengejutkan Hazirah sehinggakan dia terdiam, tidak terkata-kata. Wajah Huzair amat serius dan tiada tanda-tanda untuk bergurau. Tiada sesiapa yang berani ingin mengatakan apa-apa pada ketika itu. Huzair menghela nafas yang berat sebelum mengusap kepala Hazirah dengan perlahan dan penuh kasih sayang.
"Kita mengadakan mesyuarat dan bincang dengan yang lain. Guardians, kau semua pergi panggil ahli kumpulan Blaze of the Light yang lain. Hazirah, tolong panggil beberapa askar yang terhandal," arah Huzair dengan tenang.
Guardians segera keluar dari bilik itu untuk memanggil Blaze of the Light yang lain. Hazirah turut memanggil askar-askar yang perlu terlibat dalam mesyuarat tersebut, seperti Amsyar dan Zafri. Mereka semua segera ke bilik mesyuarat dan Huzair sudah berada di sana. Hazirah melabuhkan punggungnya di sebelah abangnya. Blaze of the Light, Aqeela dan Fauzi duduk di sebelah kiri Hazirah. Naseefa, Arshad, Fayyad, Hamdan, Amsyar dan Zafri duduk di sebelah kanan Huzair. Masing-masing menunggu Huzair untuk memulakan perbincangan mereka.
"Kita ada masalah besar. Peperangan yang berlaku tidak lama lagi dan ini akan membahayakan semua orang di negara Utopia ini. Kerajaan gelap yang diketuai oleh Drake Jones sudah memulakan langkahnya. Beliau menyerang beberapa tempat di antara kerajaan kita dan kerajaan mereka," terang Huzair sambil memandang satu per satu yang ada di dalam bilik tersebut. Terdapat beberapa bisikan di antara askar-askar namun mereka terus diam apabila dipandang tajam oleh Syahmi.
"Apa yang perlu kita lakukan, Tuanku?" soal Naseefa sambil memandang Huzair dan Hazirah bersilih ganti.
"Saya meminta pendapat Raja Rizal, raja kepada Kerajaan Alantia. Beliau setuju untuk bekerjasama dan berganding bahu. Ada tiga lagi kerajaan lagi yang saya perlu mendapat persetujuan mereka tetapi belum pasti mereka akan bekerjasama dan berganting bahu dengan kami. Buat masa ini, bersedia untuk peperangan," terang Huzair lagi sekali.
"Muaz, kau latih askar-askar baru dan Khaulah, kau ketatkan latihan yang ada untuk askar-askar yang lain. Batrisya dan Hazirah, kau berdua buat latihan dengan aku. Guardians, awaskan musuh dan jangan lupa berlatih. Amsyar dan Zafri, ketatkan latihan juga," arah Syahmi selepas disuruh oleh Huzair.
"Syahmi, kau kena ikut aku buat sementara waktu. Aku perlu bantuan kau untuk teman aku ke kerajaan-kerajaan yang lain," kata Huzair dengan serius.
Syahmi hanya mengangguk dan semua bersurai untuk memulakan persiapan untuk peperangan. Hazirah berjalan ke arah Huzair apabila menyedari bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk ke kerajaan-kerajaan lain. Batrisya sekadar mengikut langkah-langkah Hazirah. Huzair, yang perasan akan perkara itu, berhenti melakukan apa yang sedang dia lakukan dan memandang Hazirah serta Batrisya bersilih-ganti.
"Along dan Syahmi dah nak pergi ke?" soal Hazirah. Huzair mengangguk dan dia sempat mengusap kepala Hazirah dengan perlahan.
"Haz jaga diri tau. Jaga kerajaan kita baik-baik. Kalau Haz tidak tahu bagaimana ingin melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kerajaan kita itu, Haz tanya Muaz. Dia boleh tolong Haz. Batrisya, tolong jaga kak ngah kamu ini dan jaga diri tau. Jangan nakal-nakal," nasihat Huzair dan sempat bergurau.
"Along ni, mana ada kita nakal-nakal. Entah-entah along yang nakal-nakal," gurau Batrisya.
Hazirah dan Batrisya sempat memeluk Huzair sebelum Huzair dan Syahmi berangkat ke kerajaan-kerajaan lain. Hazirah memandang Batrisya sebelum bertanya sesuatu.
"Risya nak ada pertempuran dengan akak?" soal Hazirah tanpa mengalihkan pandangannya dari Batrisya. Batrisya sekadar mengangguk memandangkan dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan dan dia turut memerlukan latihan.
"Guna kuasa ke kak ngah?" soal Batrisya.
Hazirah mengangguk dan bersiap sedia untuk bertempur. Batrisya mengeluarkan golem tanahnya dan bersiap sedia. Mereka saling merenung satu sama lain dan mulakan pertempuran mereka. Masing-masing saling tersenyum. Hazirah mendekatkan diri dengan Batrisya dan memberi sebuah pukulan kilat di pipi Batrisya. Namun, Batrisya sempat mengelak dan menggunakan golemnya untuk menyerang Hazirah. Hazirah tersengih dan mengangkat tangannya ke langit.
"Storms of lighting," bisik Hazirah.
Batrisya, yang sudah mengagak akan tindakan Hazirah itu, pantas mengelak dan membuat sebuah tumbukan daripada tanah. Dengan segera, tumbukan tersebut menyerang Hazirah. Namun, serangan itu berjaya dielak oleh Hazirah dan gerakan Hazirah mula menjadi pantas. Pertempuran mereka berdua telah berjaya menarik perhatian Guardians, Muaz, Khaulah dan askar-askar yang ada di istana. Mereka seronok memerhati gerakan Hazirah dan Batrisya.
"Wey Muaz, Khaulah. Kau berdua rasa siapa akan menang?" soal Naseefa.
"Siapa lagi kalau bukan puteri kita, Hazirah? Dia memegang panggilan Kembar Lagenda bersama Putera Syahmi," balas Muaz dengan tenang.
Khaulah mengangguk akan kata-kata Muaz itu. Yang lain semua sudah ternganga akan apa yang dikatakan Muaz. Mereka sekadar memikirkan apa akan terjadi dengan Batrisya. Selamat atau tidak.
"Jangan risau. Sekuat-kuat Hazirah, dia tidak akan sesekali nak bunuh adik susuannya itu. Mereka dah macam adik-beradik yang tidak boleh dipisahkan," terang Khaulah pula.
Mereka sekadar mengangguk dan melihat pertempuran itu sudah selesai. Hazirah sedang berdiri manakala Batrisya sudah terduduk di lantai dan kelihatan begitu penat. Khaulah dan Muaz melangkah ke mereka berdua dan memberi sebotol air serta tuala kecil.
"Thanks," kata Hazirah sambil memandang Batrisya yang sudah kepenatan dan bertanya, "Risya tak buat latihan ke?"
Soalannya itu dijawab dengan anggukan dari Batrisya. Khaulah, Muaz dan Hazirah sekadar menggelengkan kepala. Hazirah memandang Khaulah yang seakan-akan ingin mengatakan sesuatu, namun disenyapkan sahaja. Muaz, yang berdiri di sebelah Khaulah, hanya mendiamkan diri. Batrisya sudah meminta diri untuk ke biliknya dan berehat. Askar-askar pula sudah memulakan latihan mereka dan diawasi Naseefa dan Arshad.
"Kau dah kenapa Khaulah? Ada benda yang kau nak bilang aku?" soal Hazirah dengan tenang. Khaulah memandang Hazirah sebelum mengambil nafas untuk menenangkan dirinya.
"The Forbidden Forest. Alisa perlukan bantuan kita," balas Khaulah dengan risau.
"Kenapa? Apa terjadi?" soal Hazirah dengan cemas.
"Raja Drake Jones," balas Muaz pula.
Nama itu membuat Hazirah segera ke biliknya dan menukar pakaiannya ke pakaian yang lebih selesa untuk bertarung. Khaulah dan Muaz turut menukar pakaian mereka ke pakaian selesa. Mereka bertiga segera melangkah keluar dari istana. Batrisya, yang tidak jadi untuk berehat dan sedang berbual dengan Maisya, memandang Hazirah, Muaz dan Khaulah dengan pandangan keliru. Hazirah sempat menyuruh Batrisya mengikut mereka bertiga. Pandangan Batrisya dibiarkan dan mereka melangkah ke kuda mereka.
"Apa terjadi, kak ngah?" soal Batrisya dengan penuh curiga.
"Raja Drake Jones serang The Forbidden Forest. Buat sementara in9, Alisa dapat pertahankan hutan itu tapi tidak lama. Kita akan menggunakan teleportasi untuk ke sana bersama kuda-kuda kita," terang Hazirah.
TBC