Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 1 - Bab 1

Dia Imam Mudaku!

πŸ‡ΈπŸ‡¬_zilazri_
  • 21
    Completed
  • --
    NOT RATINGS
  • 100.3k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

Toleh kiri, toleh kanan. Line Clear! Satu das dilepaskan secara mengejut, membuat tudung seorang gadis basah dan berwarna biru.

Ambil kau!

Suka sangat buli aku kelmarin.

"Eh, basah tudung kau Za!" tegur sahabat kepada gadis tersebut.

"Ah! Macam mana boleh macam ni!" rungut gadis tu pula.

Tangannya menguis-kuis kesan biru pada tudungnya. Aku tergelak kecil di sebalik dinding tempat aku bersembunyi, pistol air berpeluru cat biru aku simpan dalam poket. Aku mengorak langkah untuk pergi. Nanti tanpa sebarang alasan, aku dikantoi dengan pengawas kang!

Selepas kejadian itu, aku terus melangkah masuk ke dalam kelas dan berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku. Secara tiba-tiba, seseorang sergahku dari belakang.

"Berangan!"

Aku terkejut apabila disergah seperti itu dan aku paling pantang bila seseorang sergah aku seperti ini.

"Dah kenapa dengan kau? Main sergah orang macam tu," marahku.

Aku menjeling sepupuku dengan geram. Ya, yang sergah aku tadi itu adalah sepupu aku, Farah. Kertas yang aku conteng tadi sempat diselitkan dalam buku agar dia tidak perasan apa yang dicontengku.

"Alah, janganlah marah. Aku sempat bawa buku yang kau minta aku pinjamkan di perpustakaan semalam," kata Farah.

Dia memberi sebuah novel melayu yang aku inginkan selama ini, Dr. Alpha Male by Anjell. Aku tersengih kegembiraan lalu mengambil buku tersebut dari Farah.

"Terima kasih, Farah! Kalau kau lupa tadi, siap aku kerjakan!" Aku membelek-belek buku itu dan mula membaca sinopsis yang ada di belakang buku itu.

"Selamat pagi semua!" Alah, dah datang rupanya cikgu bahasa melayu.

Farah kembali ke tempat duduknya; belakang sekali sebelah kanan manakala aku duduk di tengah-tengah kelas. Aku menyimpan buku masak di dalam begku. Pembelajaran dilanjutkan dengan menarik! Semangatku menuntut ilmu hari ini sangatlah bersisa.

Di kantin, aku memesan 1 bungkus nasi ayam dengan air Milo. Farah pula tidak kelihatan. Mungkin dia di perpustakaan kut. Lantaklah! Yang penting sekarang, aku sudah dapat makanan aku. Mataku memandang sekeliling, cari tempat duduk yang kosong dan jumpa tetapi ada seorang lelaki tidak tahu malu yang rebut tempat kosong aku!

"Heh ni tempat aku!" getusku marah. Aku meletakkan air Milo dan nasi ayam bungkusku dengan kasar di atas meja tersebut.

"Ini tempat awam bukan? Kalau ini tempat awak, pasti sudah ada nama awak di sini terlebih dahulu. Di mana nama awak?," balas lelaki itu dengan penuh sindiran.

Amboi sedap mulut kau mengata! Sudahlah berpakai kopiah. Eh kejap! Kopiah?

Aku meletuskan gelakku. Ada ke patut pakai kopiah? Memanglah sekolah yang aku sedang belajar di ni adalah sekolah Pendidikan Agama Harmoni tetapi kenapa kena pakai kopiah pula? Alim sangatlah macam abi.

"Yang engkau pakai kopiah ni sudah kenapa? Macamlah padan sangat," sindirku dengan perasaan geram.

"Kenapa kalau tak padan? Menganggu kehidupan awak ke?" Eh lelaki ini, aku rasa macam nak tarik macam getah sahaja.

"Kau ni! Berlagak betul!" marahku lagi.

Siapa lelaki ini? Kenapa aku tak pernah nampak dia di sekolah sebelum ni? Aku mencuba cari tempat untuk tengok muka dia. Mana tidaknya, dari tadi dia asyik tunduk sambil makan.

"Kenapa awak curi-curi pandang muka saya pula?"

Dia mengangkat wajahnya sekilas dan Masya-Allah! Kenapa kacak sangat? Lelaki ni manusia ke malaikat? Sekarang aku dah tak tahu macam mana nak cakap, tapi sumpah kacak gila! Wajahnya macam ada seri dan cahaya. Marah yang singgah tadi pun boleh hilang. Eh Astaghfirullah! Zina mata ni!

"Eh Nazirah!" panggil Farah yang tiba-tiba datang.

Kemudian Farah bagai terkejut, tak pasti kenapa. Kena sawan tiba-tiba kot? Dia segera menarik tanganku laju lalu membawa aku balik ke kelas.

"Wei, kau dah kenapa main tarik ini? Makanan aku tertinggal dekat kantin. Aduh, aku nak makan apa ini!" bebelku. Aku tengah lapar, boleh pula perempuan ini tarik aku.

"Apa yang terjadi tadi? Kau cakap dengan lelaki itu ke?" soal Farah teruja. Wajahnya tepat memandang wajahku, seolah-olah tidak sabar menanti jawapanku.

"Lelaki mana pula? Eh, kau ni, aku laparlah!" Kalau aku lapar, aku tidak akan faham apa orang lain sedang berbual. Aku akan jadi keliru.

"Kau ni! Lelaki berkopiah tadi itulah!" gesanya sambil menggoncang tubuhku. Aku melepaskan genggamannya yang terletak di bahuku sebaik sahaja teringat akan lelaki berkopiah yang tidak lepas pandang akan makanannya itu.

"Oh lelaki itu! Dia rebut tempat kosong aku tadi. Geram betul aku dengan sikap dia itu! Sudahlah berkopiah macam nak pergi ke surau. Kau tahu tak mulut dia tu pedas mengalahkan umi!" bebelku geram.

Geram yang teramat tetapi kacak. Mulanya sampai aku nak menangis teringatkan dia. Gurau sahaja.

"Tak baik cakap macam itu tau. Lelaki berkopiah tak semestinya nak kena pergi surau sahaja. Mereka turut ada kehidupan masing-masing," tegur Farah. Amboi, dia ni membela aku ke si lelaki itu?

"Kau tahu ke siapa dia tu?" soalku dengan penuh curiga.

"Anak ustaz Haji Khairul," jawabnya sambil tersenyum-senyum.

Mulutku mula melopong macam gua, membentukkan bulat. Anak ustaz Khairul rupanya. Patutlah kacak dan segak! Eh, melebih pula aku. Kalau ingin tahu, Ustaz Khairul ini alim dan tegas orangnya, sama seperti abi. Wajahnya kacak. Tidak aku sangka bahawa anaknya pun tumpang sekaki dari segi ketampanan.

"Macam mana kau tahu? Kenapa dia sekolah kat sini pula? Kenapa dia tidak masuk sekolah tempat lain? Dah nak SPM kot."

Soalan demi soalan aku lemparkan kepada Farah. Macam tidak mempunyai sebarang kerja yang perlu diselesaikan. Farah menggaru kepalanya yang tidak gatal kemudian mencapai kerusi yang berdekatan lalu duduk. Aku pun mengikut apa yang telah dilakukan Farah.

"Ini aku beritahu kaulah," kata dia sambil menoleh kiri dan kanan sebelum menyambung, "Aku dengar yang anak dia tu baru balik dari Singapura. Budak Tahfiz! Belajar agama di sana dari kecik sampai besar. Walaupun dia tinggal kat sana, mak bapa dia tetap galakkan dia untuk menggunakan bahasa Malaysia. Calon imam muda itu! Segala ayat dia hafal, memang betul-betul beragama!"

"Tapi asal biadap sangat eh?" tanyaku kehairanan.

"Kau ini! Sekolah dia yang dahulu itu semua pelajar lelaki. Manalah dia tahu bagaimana ingin bergaul dengan perempuan melainkan dengan mak dia!"

Aku mengangkat sebelah keningku, "Nampaknya kau tahu banyak sangat tentang lelaki itu. Dari mana kau dapat semua informasi-informasi ini?"

Farah sudah tersengih, "Yang itu biar rahsia aku. Heh."

"Eh, kau tau tidak apa nama budak Tahfiz itu? Dengar-dengar, dia budak baharu. Sudahlah kacak. Entah-entah dia dah ada awek ke tak eh?" Soalan demi soalan yang ditanya oleh Zaleha. Kedengaran dua budak perempuan sedang bergosip tentang lelaki itu. Terkenal nampak.

"Manalah aku tau semua tu! Kalau nak tau sangat, pergilah tanya dia sendiri. Tapi masa kau cakap yang dia kacak itu aku setuju sangat," jawab Nabilah dengan muka gembira, entah kenapa.

Tengah gosiplah itu. Eh Nazirah, yang tadi kau bual dengan Farah tu pun bukan gosip ke? Lantaklah, baik aku pergi kelas sebelum kena marah dari cikgu.

TBC