Waktu tengah hari
Aku duduk bersandarkan pokok sambil memerhati semua murid menengah 2 dan 3 sedang mengambil makanan masing-masing. Ada yang sedang berehat dan juga ada yang sudah makan makanan tengah hari mereka. Sedang aku memerhatikan persekitaranku, sepasang kaki berhenti dan melabuhkan pinggangnya di sebelahku. Aku memandang orang itu sekilas dan mengalih pandanganku untuk mencari sepupuku, Farah.
"Nah.. Saya tahu awak belum makan lagi," tegur orang itu sambil menghulurkan sepinggan berisi makanan kepadaku.
"Kenapa awak susah-susah ambilkan makanan untuk saya? Saya boleh ambil sendiri," kataku.
"Hm. Kaki awak kan masih sakit. Jadi apa salahnya tolong orang. Dapat pahala," balasnya. Aku malas nak bertengkar. Nanti makin aku balas kata-kata dia tu, makin banyak 'perlian' yang dia akan bagi. Baik diamkan diri lagi senang. Siapa lagi kalau bukan Isyraf tu. Aku mengambil pinggan yang dihulurkannya dan makan.
"Bagaimana dengan kaki awak?" Soalnya.
"Macam itu juga. Mungkin akan sembuh malam ni dan saya boleh menyertai aktiviti seterusnya," kataku.
"Saya dengar yang para cikgu akan melakukan satu aktiviti untuk unggun api esok. Entah semua orang perlu buat ke apa ke tu saya tidak tau tapi yang penting cikgu akan menyertai sekali," terang Isyraf.
"Oh ya ke? Aktiviti apa?" soalku.
"Aktiviti menyanyi," balasnya. Aku sekadar mengangguk. Tertiba ada orang berdeham di belakang yang menyebabkan kami berpusing dan memandang gerangan itu.
"Ehem, syok dating kat sini?" soal orang itu.
"Farah.. Apa maksud awak?" balas Isyraf dengan tegas. Mungkin marah kot. Ni Farah pun satu yang nak cemburu kenapa? Si Zahra tu okay sahaja.
"Yalah. Awak bagi makan kat sepupu saya. Siap berbual mesra lagi," kata Farah dengan nada yang marah.
"Takkan dengan itu pun kau nak cemburu? Dia bagi makan sahaja. Dah kaki aku sakit, takkan aku nak pergi ambil makanan sendiri?" tanyaku dengan tenang. Aku tak buat apa-apa salah. Jadi buat apa nak takut, kan? Hehe.
"Nazirah.. Kau ikut aku kejap," ujarnya. Farah membawaku sedikit jauh dari Isyraf sementara pingganku tertinggal dengan Isyraf.
"Kau dah kenapa eh? Kau tau kan aku suka Isyraf? Kenapa kau masih boleh lepak dengan dia bagai?" Soalan demi soalan dia tanyaku.
'Eh minah ni.. Kalau ya pun cemburu, boleh bawa bersabar tak? Menyampah aku,' aku merungut dalam hati.
"Eh, kau suka dia, kenapa aku pula yang kena? Wei, kau serius ke apa? Kau ingat aku nak dia dekat dengan aku? Setakat benda kecik pun kau nak cari gaduh? Lagipun kau tahu kan kaki aku masih sakit lagi dan aku belum makan lagi. Kalau tunggu kau, rasanya sampai lusa pun aku kelaparan kau tau tak," bidasku.
"HAHAHA.. KAU INGAT AKU BODOH? MACAM AKU TAK TAU PASAL KAU.. MULUT JER KATA TAK NAK TAPI DALAM HATI KATA NAK. MENGAKU JERLAH," jerit Farah secara tiba-tiba. Ramai pelajar dan para guru memerhatikan kami berdua bertengkar.
Aku ketawa kecil dan berkata, "Aku tahu kau tak bodoh. Kau nak aku mengaku sangat kan? Ya, aku sukakan dia tapi bukan seperti kau sangkakan. Aku sukakan dia sebagai kawan sahaja."
Pap!
"Farah!"
Pipi aku terasa amat sakit. Muka aku ada kesan merah dan aku memegang pipiku itu. Boleh tahan gak minah ni tampar aku. Umi dan abah aku pun tak pernah tampar aku. Suasana amat tegang dan semua memandang kami. Mana tak tertiba ada drama sinetron. Farah pula tergamam apabila Isyraf, yang menjerit namanya, berada di situ.
'Harap-harap lelaki itu tak dengar apa aku cakap,' bisik hatiku.
"Farah. Dia kan sepupu kamu. Kenapa awak buat macam tu? Kalau ya pun awak cemburu dan marah, tak perlulah nak marah dia.. Bukan salah dia pun," kata Isyraf dengan tenang.
Ahli kumpulanku datang ke arahku. Mereka mengajakku ke tempat rawatan. Lily mengambilkan sebotol air untuk aku manakala Isyraf mungkin sudah pergi ke ayahnya untuk memberitahu kejadian sebenar. Tertiba Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah datang ke arahku bersama Isyraf. Aku sekadar menunduk.
"Nazirah. Kamu okay?" soal Ustaz Khairul. Aku mengangguk.
--------------------
Waktu petang, keesokan hari
Aku dan Farah tak serapat dulu lagi. Aku terpaksa bermalaman di khemah Suzy dan Lily. Esok dah balik. Hari ni cikgu ada buat unggun api. Isyraf pula sering diganggu oleh Farah dan Zahra. Aku tak tau apa nak jadi dengan dua ekor tu. Selepas kejadian itu, aku cuba menjauhkan diri dari Isyraf jikalau tiada aktiviti yang perlu dilaksanakan.
"Hari ni seperti yang kamu jangkakan, kita akan buat unggun api. Saya akan membagikan tugas kepada setiap kumpulan agar dapat membantu para guru," kata Cikgu Zul.
"Kumpulan satu akan mencari pengikat, penggilap dan kayu kering manakala kumpulan tiga dan empat akan mencari batu-batu. Kumpulan lima akan tolong cikgu-cikgu menyediakan makanan dan minuman. Kumpulan enam akan mencari kayu-kayu," arah Cikgu Aina.
Setiap kumpulan pergi ke membuat tugasan mereka. Kumpulan aku berjalan secara berpasangan dan akan mencari kayu-kayu yang sebentuk seperti log. Setelah beberapa jam kita melakukan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Aina dan juga menunggu kumpulan lain untuk menghabiskan tugasan mereka, kami membuat api dan mengambil makanan untuk diri sendiri. Kami duduk secara berkumpulan setelah mengambil makanan masing-masing. Aku terpaksa duduk di sebelah Isyraf kerana tempat duduk di sebelah Suzy dan Lily telah Rizal dan Fahim duduk. Cikgu-cikgu menceritakan cerita-cerita hantu dan setiap kumpulan disuruh menceritakan sebuah cerita hantu. Sementara menunggu giliran untuk mencerita, aku mengambil kesempatan itu untuk melihat sekeliling dan ternampak Farah seperti berbeza. Dia seakan-akan melihat aku dengan pandangan yang berbeza. Selalunya dia sekadar menjeling aku tapi kali ni di seperti menunduk-nunduk sambil melihatku. Aku takut melihat keadaannya seperti itu dan bisik ke Isyraf.
"Isyraf.. Tengok Farah tu. Perangai dia pelik betul," bisikku kepadanya.
Isyraf memandang Farah sekilas dan menyuruh aku tidak berkata apa-apa. Dia melangkah ke ayahnya dan berbisik sesuatu. Pandangan mereka seakan-akan sedang serius itu. Isyraf mengangguk dan memberitahu guru-guru yang lain.
"Murid-murid. Pergi masuk ke dalam khemah masing-masing kecuali Farah," kata Cikgu Aina.
"Jangan sesekali keluar dari khemah masing-masing," kata Cikgu Zul pula dengan tegas. Aku melangkah ke khemah Suzy dan Lily apabila ada seseorang memanggilku.
"Nazirah.. Tunggu sekejap," tegur Isyraf.
"Kenapa?" soalku.
"Ustazah Maznah nak jumpa awak sekejap," balas Isyraf dan meminta diri untuk ke ayahnya.
Aku melangkah ke arah Ustazah Maznah yang sedang berbual dengan Cikgu Aina. Ustazah Maznah sedar akan kehadiranku dan menyuruhku untuk mengikutnya. Aku perasan yang Ustazah Maznah nak bawa aku ke tempat yang ada Ustaz Khairul, Cikgu Zul dan Isyraf. Tidak lupa ada Farah yang sedang duduk di lantai. Ustaz Khairul dan Isyraf seakan-akan sedang membaca sesuatu manakala Farah sedang meronta untuk lepaskan diri dan perasaan takut mula datang kepadaku. Aku dapat rasa Farah kena rasuk dengan sesuatu disebabkan semua diam dan membiarkan Ustaz Khairul dan Isyraf membaca sesuatu. Setelah beberapa minit, Farah mula untuk berhenti meronta dan pengsan. Aku pergi ke arah Farah bersama Ustazah Maznah.
"Nazirah.. Kamu tolong saya angkat Farah ke dalam tempat rawatan," arah Ustazah Maznah.
Aku sekadar mengangguk. Yalah takkan nak gelengkan kepala. Lagipun Farah tu kan sepupu aku walaupun dia dan aku tak rapat seperti dulu. Setelah mendukung Farah ke tempat rawatan, Ustazah Maznah meminta diri untuk berbual dengan Ustaz Khairul. Aku pula duduk di situ sambil memandang Farah dengan pandangan kosong. Aku tak tau apa yang harus aku lakukan. Nak pergi khemah Lily dan Suzy, takut pula kalau mereka dah tidur. Aku dengar tapak kaki seseorang menghampiriku dan aku memandangnya.
"Kenapa tak nak tidur lagi ke?" soal Isyraf.
TBC