"Aunty.. Sorry tak bagi apa-apa hadiah. Tak tau apa nak beli sebenarnya," kataku kepada Puan Zalikha sambil menyalamnya.
"Tak mengapa, Nazirah. Kehadiran kamu dengan keluarga kamu pada hari ini sudah cukup," balas Puan Zalikha. Aku, dengan segera, meminta diri dan menaiki kereta abah apabila along dan angah sudah mula berbising dari dalam kereta.
--------------------------------
Isyraf POV
Jam di dinding menandakan tepat pukul 6 pagi. Aku segera ke tandas dan mengambil wuduk' untuk menunaikan Solat Subuh. Selama beberapa hari ini, aku melakukan solat istikharah sebelum azan Subuh berkumandang dan telah mendapat petunjuk daripada-Nya. Aku sudah yakin akan keputusan yang telahku pilih. Setelah menunaikan solat Subuh, aku turun ke bawah untuk sarapan pagi bersama keluarga tercinta.
"Assalamualaikum ibu, ayah.. Selamat pagi," kataku dengan tenang sambil menyalam tangan Puan Zalikha dan Ustaz Khairul.
"Wa'alaikumsalam.. Pagi Isyraf," balas kedua ibu bapanya.
"Mana Isya? Tak turun makan lagi ke?" soalku sambil menarik kerusi yang berada di hadapan Puan Zulaikha.
"Selamat pagi ibu, ayah dan abang!" kata Isya sambil menurun tangga.
"Pagi Isya.. Panjang umur kamu. Abang kamu baru tanya ibu dan ayah pasal kamu," balas Ustaz Khairul.
"Dah-dah lah beborak tu.. Isya duduk di hadapan abang kamu. Sarapan dah siap," tegur Puan Zalikha. Suasana di ruang makan senyap kecuali bunyi sudu dan garpu. Tiada perbualan di antara mereka sehingga aku berhenti makan.
"Ibu, ayah.. Isyraf setuju dengan permintaan yang ibu dan ayah katakan hari itu," kataku tiba-tiba. Puan Zalikha dan Ustaz Khairul memandang aku sebelum memandang satu sama lain bersama senyuman. Isya mendiamkan diri sahaja.
"Kamu betul ke ni?" soal Ustaz Khairul. Aku sekadar mengangguk manakala Puan Zalikha sudah tersenyum gembira. Aku mengangkat pinggan dan cawanku dan membawa ke dapur untuk dibasuh sendiri. Tanpaku ketahui, Puan Zalikha sudah menghubungi keluarga Nazirah tentang perkara ini.
End of POV
-----------------------------------------------
Tepat pukul 1 petang, aku pulang dari kedai umi dan memberi salam. Aku melangkah ke ruang tamu untuk menyalam abah, yang sedang menonton televisyen, dan umi, yang sedang menemani abah sementara melipat baju. Umi kelihatan pelik sedikit pada ketika itu. Mana tidaknya, kalau dah pandang aku semacam.
"Umi.. Kenapa umi pandang Naz lain macam ni?" soalku sambil melabuhkan punggung di sebelah abah dan kepalaku diletakkan di bahu abah.
"Kamu dah buat keputusan?" balas umi dengan soalan.
"Keputusan apa umi? Keputusan pasal permintaan umi dan abah hari itu ke?"
Umi mengangguk. Aku mendiamkan diri buat seketika sebelum abah mencelah, "Bagilah Naz masa, Imah.. Baru lima hari berlalu, awak sudah tanya pasal permintaan kita.. Dia sedang buntu tu," kata abah dengan tenang dan tidak lepas pandang dari televisyen.
"Saya bukannya apa, bang tapi si Isyraf tu setuju dengan permintaan kami. Sampai bila si Naz perlukan masa," balas umi.
Aku, yang berada di situ, sudah terkejut dengan apa yang dikatakan umi dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Sebelum jadi apa-apa, baik aku minta diri untuk bersihkan diri dan menunaikan solat. Setelah menunaikan solat, aku membaringkan tubuhku di atas katil sambil memandang syiling. Sedangku mengelamun, pintu bilikku diketuk dan dibuka.
"Adik.. Boleh angah masuk?" soal angah yang sedang memandangku. Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku. Aku mendiamkan diri apabila angah mengambil tempat di sebelahku.
"Adik angah okay tak? Nampak macam tak bermaya," kata angah dengan tenang.
"Okay.. Cuma..." balasku. Angah mendiamkan diri kerana ingin mengetahui isi hatiku dan ingin memberiku masa untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku.
"Perlukah adik mengahwini Isyraf? Adik tidak mahu mengecewakan umi dan abah dengan keputusan adik," luahku. Angah mengeluh kecil dan tidak berkata apa-apa. Dia menarikku ke dalam dakapannya, mengusap kepalaku dan cuba menenangku. Tanpa kami sedari, along sedang memerhati kami dan mendengar setiap kata-kataku. Dia melangkah ke dalam bilikku dengan niat ingin menceriakan suasana.
"Amboi.. Apa yang peluk-peluk ni? Dah lah tak ajak along. Sampai hati korang," gurau along.
"Eh eh along ni.. Pergi lah jauh-jauh. Orang nak meluangkan masa dengan adik saja," balas angah dengan gurauan.
Aku ketawa kecil dan berkata, "Sudah-sudah lah tu.. Dah besar panjang masih nak 'bergaduh'.. Dah takder kerja lain ke? Pergi cari kakak ipar untuk adik lagi bagus."
Kami bertiga ketawa berjemaah sambil mencuba geletek satu sama lain. Macam takder kerja lain.
"Adik. Kalau adik masih buntu untuk membuat keputusan, pergilah buat solat istikharah. Lebih afdal. Apa-apa keputusan adik, pasti kami akan sokong," nasihat along sebelum meminta diri untuk melakukan kerjanya yang bertimbun di bilik. Angah melemparkan senyuman dan merosakkan rambutku selepas memelukku. Di dalam hatiku, aku berasa bersyukur kerana mempunyai abang-abang yang penyayang, sentiasa menyokongku dan berada di sisiku pada setiap waktu.
--------------------------------------------
Keesokan hari
Di sekolah
Aku berjalan menuju ke dewan sekolah sambil memandang sekelilingku. Tiba-tiba, dia dilanggar oleh seseorang. Buku-buku aku terjatuh dan berselerak di atas lantai.
"Saya minta maaf.. Awak tak apa-apa ke?" Soal orang itu sambil menolongku mengutip buku-buku aku itu.
"Tak apa.. Saya pun bersalah.. Jalan tak pandang depan," balasku dengan perasaan bersalah. Keadaan pada ketika itu amat kalut sehingga aku dan orang itu terpegang tangan akibat hendak mengambil buku aku. Baru aku perasaan bahawa orang yang melanggarku adalah Isyraf.
Tiba-tiba, kami terdengar seseorang berdehem sebelum sindir, "Amboi.. Kalau nak berdating, jangan kat sini.. Orang nak lalu.."
"Kalau kita berdua nak dating pun, takder kena mengena dengan awak, kan Farah? Kalau orang dah tak suka kat awak tu, buat lah cara kena reject. Tak payah nak terhegeh-hegeh sangat," perli Isyraf, tanpa aku sempat membalas kata-kata Farah itu.
Ya, orang yang acah-acah sakit tekak sampai kena berdehem bagai itu adalah Farah. Aku tidak sangka sampai macam begitu sekali dia akan membenci kepadaku. Muka Farah berubah apabila Isyraf berkata sedemikian. Di saat seperti ini, aku ternampak Laila tidak jauh dari kami. Aku segera berjalan ke arahnya.
"Eh Nazirah.. Bila kau sampai?" soal Laila.
"Dalam 15 minit lebih sebelum dua bala tu datang," balasku.
"Bala? Siapa?" Soalnya dengan curiga. Aku mencerita kepada Laila dari A to Z. Laila sekadar mengangguk tanda memahami jalan ceritaku. Dia merungut akan perubahan Farah, sepupu aku, terhadap aku. Semua rakan sebayaku tahu akan keakraban kami yang seperti adik-beradik. Kami berjalan ke kelas dan memulakan pelajaran.
-----------------------------------------------------
Selepas sekolah
Aku dan Laila sedang berjalan kaki, keluar dari sekolah, menuju ke perhentian bas sambil menunggu bapa Laila datang mengambil Laila. Sewaktu berjalan ke perhentian bas, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelah kami.
"Naz, Laila.. Jom balik," kata seseorang dari dalam kereta itu.
"Angah oii.. Kalau ye pun, bagi ah salam," balasku dengan teguran.
"Assalamualaikum adikku sayang.. Dah dah jom. Laila, biar saya hantar awak balik rumah.. Kebetulan ayah awak tak dapat mengambil awak kerana motor ayah awak mengalami kerosakan," terang angah.
Aku segera menarik Laila ke dalam kereta angah sebelum Laila sempat membantah. Laila pasrah walaupun dia segan menumpang kereta angahku. Aku duduk bersama Laila di tempat duduk belakang sementara angah mula memberi perhatian kepada jalan raya.
"Naz.. Peperiksaan nak datang kan? Nak buat kumpulan untuk belajar sama-sama tak?" soal Laila secara tiba-tiba. Aku mengangguk dan bincang akan siapa yang mahu ikut sekali. Sementara itu, aku perasaan akan pandangan mata angah terhadap Laila. Muncullah sebuah idea jahat dalam mindaku.
"Ngah.. Kalau kau nak kena langgar, pandang ah belakang," tegurku.
TBC