Teguran aku telah membuat angah gelabah semacam. Dia seakan-akan panik dan segera menutup kemaluannya dengan berpura-puta memandang jalan raya. Aku gelak sakan akan perbuatan angah itu dan Laila, yang sememangnya berasa segan dari mula naik kereta, membuang pandangannya ke tingkap. Setelah 15 minit, kereta angah sudah sampai di luar rumah Laila. Aku melambai ke arah Laila setelah bertukar tempatku di sebelah angah. Sementara itu, aku membuka radio untuk memecah kesunyian antara aku dan angah. Tiba-tiba, bunyi radio semakin perlahan tetapi masih kedengaran. Aku pandang angah yang sedang memandu.
"Angah ada apa-apa nak cakap ke?" soalku.
"Nak pergi makan sebelum balik tak?" balas angah dengan soalan.
"Boleh jer.. Makan kat mana? Kedai mamak?" balasku. Angah sekadar mengangguk. Aku mendiamkan diri sebelum membuka telefon bimbitku untuk semak jika ada sebarang mesej dari kawan-kawanku. Apabila aku tekan icon whatsapp, aku ternampak sebuah groupchat yang dinamakan Study Group. Aku segera melihat siapa yang berada dalam groupchat itu.
""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Study Group Kelas 2B
-Aku
-Laila
-Lily
-Suzy
"""""""""""""""""""""""""""""""""""
Aku, yang ingin menaip sesuatu, terpaksa berhenti perbuatanku apabila aku dapat merasa kereta angah berhenti. Aku dan angah keluar dari kereta dan memilih tempat duduk setelah masuk ke dalam sebuah kedai mamak. Seorang pelayan mamak menghampiri kami dan memberi menu. Aku melihat makanan dan minuman yang dijual di kedai itu. Angah pun tidak lepas pandang menu itu. Selepas beberapa minit, pelayan mamak tadi kembali kepada kami untuk mengambil pesanan kami. Aku sempat memberitahu angah apa yang aku mahukan sebelum pelayan mamak itu datang kembali.
"Cik adik dan encik abang mahu makan apa?" soal pelayan mamak itu dengan loghat india..
"Saya mahu nasi goreng pataya dua dan air sirap dua," kata angah kepada pelayan itu. Aku, yang sedang duduk di hadapan angah, memerhati sekelilingku sehinggakan aku ternampak dua orang yang amat aku kenali. Aku perhatikan mereka berdua sehinggakan aku tidak sedar bahawa angah sedang berbual dengan aku.
"Naz," sergah angah dengan perlahan. Aku terkejut seketika dan memandang angah. Angah memandang ke arah yang tadiku asyik perhatikan.
"Tu bukan ke Farah?" soal angah.
"Ya, itu Farah.. Semenjak dia berjauhan dengan Naz, dia selalu dengan si budak perempuan tu," balasku dengan sedikit geram.
"Budak perempuan tu Zahra? Yang Naz ceritakan tu?" soal angah. Aku hanya mengangguk dan menghirup air sirap yang telah dipesan oleh angah itu. Makanan yang dipesan angah sudah pun sampai. Aku dan angah segera makan dan secara kebetulan, telefon bimbit angah berbunyi. Angah menjawab panggilan itu. Aku segera menghabiskan makanan aku dan menggunakan telefon bimbitku. Aku menaip sesuatu di groupchat, Study Group itu.
Study Group
Aku: Korang.. Bila nak study sesama? Kita rancang ah setiap minggu, hari dan masa.
Laila: Aku tak kisah.. Aku ikutkan aje..
Lily: Apa kata kita belajar setiap minggu tiga hari? Dalam dua tiga jam gitu ngan ada waktu rehat, dua puluh minit?
Suzy: Aku okay jer... Hari apa? Isnin, Rabu, Jumaat? Isnin dan Rabu, kita mula belajar lepas waktu zohor.. Hari Jumaat pulak, masa para lelaki sedang solat Jumaat.. Set?
Aku, Lily dan Laila: Set.
Aku: Apa kata tempat belajar kat kedai umi aku?
Laila: Boleh gak.. Nanti kita boleh solat jemaah dan kalau nak apa-apa makanan, boleh ajer bawa dari rumah atau beli dari kedai runcit.
...
Setelah aku melihat mesej itu, aku memandang angah yang sudah menamat panggilannya.
"Angah.. Siapa yang call? Umi ke?" soalku.
"Ya.. Umi cakap yang abah dengan umi dah lawat ketua kampung yang sedang sakit tenat tu. Kalau boleh, umi nak kita balik awal," balas angah.
Angah segera menghabiskan makanannya dan kami terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku nampak umi dan abah yang sedang menunggu untuk kepulangan kami. Aku, yang sudah membuat keputusan dan merahsiakan keputusanku dari pengetahuan keluargaku. Kami sekeluarga pergi ke ruang tamu dan menanti akan keputusanku.
Aku mengambil nafas sebelum berkata, "Naz setuju dengan permintaan umi dan abah."
"Naz setuju dengan permintaan umi dan abah," kataku dengan tenang. Ayat aku itu telah memberi kegembiraan kepada umi dan abah. Abang-abang aku pula sudah seperti kanak-kanak ribena. Mereka berpelukan sambil lompat. Aku sekadar menggelengkan kepalaku sebelum tubuhku dipeluk oleh umi.
"Terima kasih Naz.. Terima kasih kerana bagi umi dan abah berpeluang untuk bermenantukan Isyraf serta berbesan dengan Ustaz Khairul dan isterinya," kata umi dengan senyuman.
Aku balas senyuman umi sebelum naik ke atas bilikku untuk menunaikan solat dan merehatkan badanku. Tiba-tiba telefonku berbunyi menanda ada mesej dari seseorang. Sudah tentu dari orang, takkan dari hantu kan?
Laila
Laila: Bagaimana dengan permintaan mak bapa kau? Kau setuju ke?
Aku: Kita orang setuju tapi aku masih tengah hairan. Kenapa dia pilih aku sedangkan ada banyak perempuan lain di luar sana yang minatinya?
Laila: Kau ada tanya dia tak? Bincang ngan dia ke? Aku rasa baik kau pergi bincang dengan dia.
Aku: Aku cuba tanya dia kalau boleh jumpa aku esok. Thanks tau.π
Laila: Welcome.. β€
Aku segera mesej Isyraf jika boleh jumpa aku lepas waktu sekolah. Aku melihat jam di dinding bilikku dan mengeluarkan beberapa buku rujukan dan buku latihan untuk mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilikku. Aku memandang pintu tersebut dan terdapat kedua-dua abangku di hadapan bilikku kerana pintu bilikku tidak tutup rapat.
"Awat along dan angah datang ke mai? Tak pernah-pernah pun datang kecuali nak usik Naz," perliku.
"Amboi, perli nampak. Nak kena komplen ngan umi abah lah," usik along.
"Sudah.. Angah dan along datang nak ajak adik keluar lepas asar," kata angah.
"Umi dan abah?" soalku.
"Mereka nak keluar dengan ibu bapa Isyraf untuk uruskan majlis perkahwinan kamu, yang akan berlangsung sebulan lebih lagi. Ibu bapa Isyraf sudah memberi cincin pertunangan adik hari itu, bukan? Isyraf kena jaga Isya sebab Isya demam panas," balas along pula.
Aku mengangguk. Jam di dinding menandakan pukul 4 petang. Aku menyuruh abang-abangku untuk bersiap sedia dan menunggu untuk solat asar. Aku tukar pakaian aku kepada baju berlengen pendek berwarna biru laut, sarung tangan hitam, seluar denim legging berwarna biru gelap dan shawl hitam. Aku juga tidak lupa mengambil wudhu' sebelum memakai shawl hitam itu.
Azan asar sudah berkumandang dan destinasi aku adalah ke ruang tamu di mana ada ruang untuk solat berjemaah. Aku nampak abang-abang aku sedang mengaji sementara aku bersiap. Aku mengambil kesempatan itu untuk mengikut abang-abangku mengaji. Setelah tiga puluh minit mengaji, aku dan abang-abangku menunaikan solat Asar dan terus ke pusat membeli-belah. Siapa kata kampung aku tidak mempunyai sebarang pusat membeli-belah? Kampung aku di kawasan bandar Kuala Lumpur. Aku dan abang-abang aku menghabiskan masa sejam di sana. Kami sempat bermain tag memanah, boling dan juga makan di sana. Aku sempat mengambil gambar bersama abang-abangku dan siarkan di Instagram dengan hashtag, '#siblingsgoal'. Tidak aku sangka bahawa aku akan terjumpa dengan sepupuku, Farah. Kedua abang-abangku tahu akan masalah tentang aku dan Farah kecuali umi dan abah. Aku tidak tahu kenapa tapi aku seperti dapat mengagak kenapa aku sering berjumpa dengannya walaupun dia kata dia benci aku dan sebagainya.
TBC