Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 12 - Bab 12

Chapter 12 - Bab 12

Sampai sahaja di rumah, aku dan Isyraf melangkah ke bilik Isyraf dan mengambil giliran untuk ke tandas. Aku, yang sudah pergi ke tandas, segera menyediakan dua sejadah untuk solat asar bersama. Waktu asar hampir pergi dan aku mengambil telekungku yang digantung di tepi. Pintu bilik dibuka dan kelibat Isyraf, yang memakai baju lengan panjang dipadankan dengan seluar track. Aku dan Isyraf mengambil saf masing-masing dan menunaikan kewajipan yang satu itu. Selepas mengaminkan doa-doa Isyraf, aku menyalam tangannya dan ingin melepaskan tangan tetapi tidak berjaya. Aku memandang Isyraf dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba, Isyraf menarik kepalaku ke arahnya dan dia mengucup dahiku buat seketika. Mukaku sudah membahang apabila dia membuat sedemikian. Aku segera meminta diri untuk ke dapur dan mengambil makanan.

"Tolong sediakan untuk saya juga.. Kejap lagi saya turun, tolong awak," kata Isyraf.

"Saya ingat nak buat roti telur.. Awak makan kan?" Soalku tiba-tiba.

"Makan sahaja," balas Isyraf. Aku mengangguk sebelum ke dapur. Setiba di dapur, aku menegur Isya dan Puan Zalikha, yang sedang membuat kuih lapis, aku rasa.

"Ibu dan Isya nak buat apa tu?" soalku.

"Eh Nazirah. Ibu dan Isya tengah buat kuih lapis untuk kita makan jap lagi," balas Puan Zalikha dengan senyuman manisnya. Aku mengangguk dan menyiapkan makanan ringkas untuk aku dan Isyraf kerana tidak kesempatan untuk mengisi perut sewaktu berlatih untuk hari sukan.

"Akak nak buat apa tu?" Soal Isya.

"Akak tengah gosok baju. Takkan tak nampak?" Aku sahaja bergurau dengan Isya.

"Ish akak ni.. Maksud Isya, akak nak buat apa dengan roti kat tangan akak tu?" balas Isya dengan geram.

"Nak buat roti telur.. Tadi akak dengan abang Isya tu tak sempat nak makan waktu berehat semasa berlatih tadi.. Itu yang nak buat makanan simple sekarang," kata aku sambil memecah telur.

"Kalau Naz nak tahu, roti telur adalah makanan kegemaran Isyraf dan Isya. Kalau ibu nak buat, ibu akan buat banyak. Ibu kena letak dalam tiga pinggan. Sepinggan untuk ibu dan ayah. Sepinggan untuk Isya dan lagi satu pinggan untuk Isyraf. Nanti dia orang berdua yang bedal," terang Puan Zalikha.

Isyraf, yang baru sampai di dapur, dan Isya tersengih-sengih apabila ibunya berkata sebegitu kepadaku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku apabila mendengar kata-kata ibu mertuaku itu. Isyraf datang ke arahku untuk menolong apa yang patut. Puan Zalikha dan Isya memandangku yang lincah membuat roti telur. Aku, yang perasan akan pandangan mereka, tidak mengendahkan pandangan mereka dan terus membuat kerjaku.

"Naz dah biasa ke membuat kerja rumah?" soal Puan Zalikha.

"Ya, ibu.. Naz selalu menolong umi kat dapur," balasku sambil mengambil satu pinggan bersih untuk roti telur.

*******************

Hari Isnin, selepas sekolah

Aku, Laila, Lily dan Suzy sedang berjalan kaki ke kedai umi bersama Isyraf, Rizal, Faiz dan Amir. Aku menolak basikal aku sementara Isyraf menolak basikalnya. Kami ingin ke kedai umi untuk belajar kerana peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi.

"Naz.. Umi kau ada kat kedai ke? Dia tahu ke kita nak datang?" soal Suzy.

"Ya.. Jangan risau, umi aku tahu," balasku dengan muka bosan. Sesudah sampai di kedai umi, kami memberi salam.

"Assalamualaikum umi," kataku.

"Waalaikumussalam.. Pergi ke dalam, solat zohor dulu," arah umi setelah para perempuan menyalamnya.

Isyraf, Rizal, Faiz dan Amir memberi senyuman kepada umi sementara menunggu para perempuan mengambil wudhuk. Selepas bersolat, kami pergi ke tempat meja yang disediakan dan memulakan sesi belajar. Adakala kami bergurau senda dan adakalanya kami berbual. Masa berlalu dengan begitu cepat dan sudah tiba untuk Lily, Suzy, Rizal dan Faiz pulang ke rumah manakala aku, Isyraf, Laila dan Amir masih ada sesuatu untuk berbicara.

"Naz, dah nak asar. Boleh tumpang solat asar dulu sebelum bincang tentang hal Zahra?" soal Isyraf. Laila dan Amir setuju dengan soalan Isyraf itu.

"Kejap eh.. Saya nak tengok jika umi dah siap solat," balasku sebelum melangkah ke bilik solat. Aku menjenguk ke dalam bilik solat itu dan nampak umi sedang membentangkan sejadah.

"Umi, umi sudah solat?" Soalku.

"Belum. Kenapa? Kamu dan kawan-kawan kamu pun nak solat ke?" Balas umi. Aku mengangguk. Umi mengarah kami mengambil wudhu' dan solat berjemaah bersamanya. Sudah tentu Isyraf yang menjadi imam. Setelah solat asar, kami berempat kembali ke tempat tadi dan memulakan perbincangan kami.

"Aku dapat tahu si Zahra hemdak pisahkan kau berdua semenjak hubungan korang semakin rapat," kata Amir. Aku, Isyraf dan Laila terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Amir.

"Dia ingin pisahkan korang dengan cara halus. Farah berjaya untuk gagalkan rancangan itu beberapa kali dan sekarang, Zahra ingin pisahkan korang dengan cara kasar kerana untuk dia, kalau dia tidak dapat Isyraf, tiada sesiapa pun akan dapat dia," terang Amir dengan sedikit detail.

"Kau tahu bagaiman dia nak pisahkan kita orang?" soal Isyraf.

"Buat masa sekarang, aku tak dapat sebarang informasi tetapi aku sarankan korang berhati-hati," balas Amir sebelum memandang aku dan berkata, "Farah ada pesan untuk bagitahu perkara ini kepada along kau kerana along kau mungkin boleh tolong korang dengan strategi selepas kami dapat tahu apa yang dirancang Zahra."

Aku mengangguk dan tidak sedap hati secara tiba-tiba. Isyraf, yang duduk di hadapannya dan di sebelah Amir, dapat melihat keresahanku. Dia mencapai tanganku dan mengusap bagi menenangku. Laila, yang berada di sebelahku, tersengih-sengih sebelum Amir berkata sesuatu.

"Shit!"

"Kenapa?" soalku, Laila dan Isyraf secara serentak. Amir memberi isyarat mata kepada Isyraf ke satu arah. Isyraf, yang tahu akan apa yang Amir cuba menyampai kepadanya, segera memandangku dan Laila sebelum melihat ke arah yang Amir isyaratkan kepadanya secara rahsia. Amir sempat mencuba untuk berbual sementara Isyraf melihat ke arah yang diisyaratkan. Laila dan aku mengikut rentak mereka.

"Kenapa?" soal Laila dengan nada bisik.

"Ada orang tengah intip kita.. Aku rasa orang Zahra dan mungkin Zahra sudah tahu aku sedang bekerjasama dengan korang," balas Amir dengan nada bisik juga.

Aku dan Isyraf sekadar mendiamkan diri dan mendengar apa yang dikatakan mereka berdua. Umi, yang perasan akan orang itu, menyuruh salah seorang pekerja lelakinya untuk membawa orang itu masuk. Amir dan Laila terkejut akan tindakan umi dan ingin membantah tetapi disuruh duduk. Kami berempat memerhati apa yang dilakukan umi. Mereka berdua memandangku dan Isyraf untuk meminta penjelasan tetapi kami berdua tidak berkata apa-apa. Setelah orang itu dibawa masuk, umi memulakan menyoal.

"Kau siapa?" soal umi.

"Tiada kaitan dengan makcik," balas orang itu. Dari nada dia, kami dapat tahu orang itu adalah seorang perempuan tetapi tidak pasti.

"Ouh tiada kaitan.. Kalau tiada kaitan, kenapa mengintip budak-budak itu? Kalau kau apa-apakan diorang, harus lalui aku dahulu," kata umi dengan tegas.

Orang itu kelihatan mengigil dan kami berempat kagum akan perbuatan umi. Umi memandang kami dan mengenyitkan matanya manakala aku menunjukkan ibu jariku kepada umi tanda terbaik. Mereka seperti anak patung akan perbuatan umi sebentar tadi. Orang itu pula berterus terang.

"Saya Zahra, musuh ketat Nazirah.. Saya hanya ingin tahu apa yang Amir lakukan di belakang saya," kata orang itu sambil mengagap.

Aku, Isyraf dan Laila terkejut akan pengakuan itu. Amir berdiri selamba dan berjalan ke arah orang itu. Dia mendekati wajahnya ke wajah orang itu dan perlahan-lahan membuka topeng yang dipakainya untuk kepastian. Umi sekadar memerhati dari tepi. Sebaik sahaja wajah orang itu kelihatan, kami berempat terpana apabila melihat wajah sebenarnya. Umi pula mendekati Zahra.

"Kamu mahu dengan anak makcik? Dia ada buat apa-apa dengan kamu?" soal umi kepadanya dengan lembut.

Zahra memandang umi dengan penuh kesedihan seperti seorang anak meminta kasihan kepada seorang ibu. Dia seakan-akan mencuba untuk mendapat kasih sayang dari umi dan tidak sedar akan pekerja-pekerja umi yang sedang memerhati keadaan itu dengan rapi.

"Dia ada semua benda yang saya mahukan. Keluarga bahagia, kepintaran, kawan-kawan, sepupu rapat dan orang yang saya cintai, Isyraf," balas Zahra sambil menangis tetapi tidak lama kemudian, perangainya berubah seperti orang gila.

Sekejap ketawa, sekejap tersengih-sengih. Di tangannya, mempunyai satu pistol dan dihalakan ke umi. Umi cuba menenangkannya dan cuma memberi isyarat mata ke arahku dan Isyraf.

"Kenapa bagi isyarat mata? Nak Zahra bunuh diorang ke?" soal Zahra yang seakan-akan polos sambil menghalakan pistol itu ke arah kami.

Umi cuba mendekatinya tetapi diugut jikalau sesiapa datang ke arahnya, dia akan bertindak untuk menembakku. Isyraf pula cuba untuk mendekatinya dan Zahra bertindak ingin menembakku. Tiba-tiba, kedengaran bunyi peluru dilepaskan dan mengena seseorang.

Bang!

Badan Zahra, yang dikena peluru, terjatuh. Semua, yang berada di kedai umi, memandang kejadian itu dengan penuh terkejut. Rupa-rupanya, pengawai polis yang bertindak sebegitu kerana Zahra merupakan salah seorang penjenayah licik yang tidak dapat mereka tangkap. Dia sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat bersama keluarganya yang sememangnya tidak pernah mengambil tahu tentangnya.

TBC