Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 17 - Bab 17

Chapter 17 - Bab 17

Aku sedang duduk di meja solek sementara menyikat rambutku. Aku tidak sangka semua ini berlaku dengan cepat. Natasha dibawa masuk ke rumah sakit jiwa kerana disahkan gila oleh pakar doktor. Buat sementara ini, aku dan Isyraf menumpang di rumah keluargaku sementara menantikan sepuncuk surat untuk ke universiti manakala kedua-dua abangku sedang bercuti pada saat ini. Kehadiran Isyraf di bilikku tidak disedari aku.

"Amboii. Tengok cermin macam nak masuk cermin tu, kenapa?" tegur Isyraf. Aku terkejut apabila ditegur sebegitu dan bertindak untuk istighfar. Isyraf, yang sedang duduk di atas katil, dijelingku. Aku sambung menyikat rambutku sebelum melangkah ke pintu bilik. Langkahku terhenti apabila Isyraf memanggilku.

"Naz, duduk sini sekejap," arah Isyraf. Aku sekadar mengikut arahannya dan duduk di sebelahnya. Isyraf memandangku seperti ingin meluahkan sesuatu perkara yang berat. Aku mengangkat sebelah keningku.

"Umi, abah, ibu dan ayah sudah membuat keputusan. Mereka ingin kita pergi bulan madu dan mereka sudah membelikan dua tiket untuk kita. Along dan angah pula sudah membelikan sebuah rumah untuk kita duduk, tidak jauh dari sekolah," kata Isyraf. Aku memandang Isyraf dengan wajah yang terkejut. Segala yang berada di dalam fikiranku telah dilupakanku.

Isyraf's POV

"Umi, abah, ibu dan ayah sudah sepakat ingin kita pergi bulan madu dan mereka ingin belikan tiket untuk kita. Along dan angah pula sudah membelikan sebuah rumah untuk kita duduk, tidak jauh dari sekolah," kataku walaupun sedikit takut akan reaksi isteriku. Aku perasan akan reaksi isteriku yang terkejut itu. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan menunggu untuk dia berkata.

"Biar betul? Semakin kita menolak, semakin along dan angah nak buat juga. Kalau bulan madu tu, dekat mana?" bebel Nazirah. Aku tersenyum apabila melihat Nazirah membebel dan menggelengkan kepalaku. Bagiku, dia kelihatan comel apabila sedang membebel.

"Sudahlah tu membebel. Anggap sahaja ini rezeki kita. Pasal bulan madu tu, awak sahaja fikirkan ke mana awak nak pergi. Ke mana awak hendak pergi, saya ikutkan saja," kataku sambil memandangnya dengan tenang. Dia meletakkan tangannya di dagunya. Aku membiarkannya berfikir dan menunggu akan keputusannya.

"How about Dubai?" soal Nazirah sambil mengangkat sebelah keningnya dan memandangku.

"Hmm nice. Saya pun terfikir jugak nak pergi sana. Kebetulan, tempat idaman awak, bukan?" balasku sambil tersengih. Nazirah terkejut apabila aku berkata sebegitu.

"Bagaimana...?"

"Yang tu, biarlah rahsia," kataku dan membaringkan badanku di katilnya. Aku perasan dia memerhatiku tetapi aku tidak memperdulikan pandangannya. Pada saat itu, seseorang mengetuk pintu bilik kami. Tanpaku sempat pergi, Nazirah sudah berdiri dan melangkah ke pintu.

Nazirah's POV

Aku melangkah ke pintu dan membiarkan Isyraf berehat. Di saat aku membuka pintu, muncul seorang lelaki di hadapanku. Aku mengangkat sebelah keningku sekali lagi. Entah berapa banyak kali aku kena angkat kening aku ini.

"Naz.. Boleh tolong along?" soal lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan along.

"Tolong apa?" balasku dengan soalan.

"Tolong teman along pergi cari seutas rantai untuk someone," balas along. Aku terkejut.

'Along nak cari rantai untuk siapa? Tak sangka ada juga orang nakkan along eh?' bisik hati kecilku sambil memberi senyuman sinis. Aku mendiamkan diri sekejap.

"Pergilah temankan along," kata seseorang di belakangku. Aku memandang belakangku dan kelihatan Isyraf sedang berdiri di belakangku. Aku mengangguk dan segera menukar pakaianku dalam tandas. Along sempat menunjukkan ibu jarinya kepada Isyraf tanda terima kasih.

--------------------------

Petang itu

Aku teman along ke bandar untuk mencari seutas rantai. Aku masih memikirkan untuk siapakah yang along ingin bagi rantai itu. Mataku memandang along dengan seribu saru pandangan.

"Kenapa pandang along macam nak bunuh?" soal along dengan keliru.

"Along nak bagi siapa rantai itu?" soalku tanpa sebarang lapisan.

Along senyap sekejap sebelum menjawab, "Untuk seorang gadis yang berjaya menawan hati along."

"Siapalah gadis malang itu ye?" soalku dan meletakkan tanganku di dagu.

"Kenapa pula malang?"

"Yelah, along tu dahlah pemalas dan tak romantik langsung," kutukku depan along dengan penuh selamba. Along memandangku dengan tajam dan memberi sepenuh perhatian di jalan raya. Beberapa minit lagi, kami sampai di Mid Valley. Kami berjalan sekeliling mall itu sehingga jumpa sebuah kedai emas. Along melihat rantai-rantai yang tersusun cantik di kotak kaca itu manakala aku memandang sekeliling serta rantai-rantai tersebut.

"Naz.. Boleh tolong pilihkan? Along tak tahu mana satu nak pilih."

Aku memandang rantai-rantai tersebut dan seutas rantai menarik perhatianku. Aku menuruh pekerja di situ untuk mengeluarkan seutas rantai itu dan aku meminta pendapat along. Mujur sahaja along tidak banyak songeh dan cerewet. Dengan segera, along membuat bayaran. Sementara menunggu untuk along, aku mengeluarkan telefon bimbitku dan melayani permainan yang ada. Setelah itu, along mengajakku makan tengahhari. Seusai memilih tempat untuk bermakan, kami memesan makanan dan minuman. Tiba-tiba, seseorang menegur along.

"Eh Sufyan. Assalamualaikum," tegur orang itu. Aku dan along menoleh ke arah orang itu sambil menjawab salamnya. Along kelihatan terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang menegur kami dan berbual dengan perempuan itu. Aku sekadar mendiamkan diri. Aku beranggap bahawa perempuan itu adalah seseorang yang amat istimewa bagi along dari cara dia memandang dan berbicara dengan perempuan itu.

"Ouh lupa, kenalkan, ini adik bongsu saya, Nazirah Atikah. Panggil jer Nazirah," kata along, membuat aku berhenti dari terus mengelamun dan memandang mereka berdua. Aku senyum ke arah perempuan itu dan menyalamnya.

"Naz.. Ini kawan along, Dinah Maisara," kata along sambil memandangku.

Setelah sesi makan tengahhari itu dan menunggu sehingga along dan kawannya habis berbual, aku dan along pulang ke rumah umi. Kami sempat singgah ke masjid untuk menunaikan solat Asar sebelum pulang. Aku sempat soal siasat dengan along tentang gadis itu. Sesampai rumah, along meminta aku memanggil Isyraf, yang sedang berada di dalam bilik, untuk bertemu dengannya di dalam biliknya.

Flashback

"Long.. Kawan along tadi tu ke kawan istimewa along?" soalku. Along pandang aku sekejap sebelum memberi perhatian kepada jalan raya manakala aku memerhati gelagat along. Along mengangguk untuk soalanku dan aku tersengih.

"Along dah ada calon isteri lah ni? Tak sabar nak bilang umi dan abah," kataku dan memandang ke jalan raya.

"Jangan bilang umi dan abah dulu.. Jangan bilang angah pun ," kata along sebagai amaran.

"Kenapa pula?" soalku dengan penuh tanda soal di kepala.

"Nak buat kejutan.. Selain Naz, Isyraf pun tahu tentang perkara ini.. Ingat nak bilang angah sekejap lagi. Lepas tu, along nak minta tolong korang bertiga untuk melamar Dinah dulu dengan cara buat kejutan. Baru nak bagitahu umi dan abah," terang along dengan sedikit terperinci. Aku mengangguk dan tanpa aku sedar, aku terlena.

End of Flashback

Sampai sahaja di bilik, aku memasuk ke dalam dan ternampak sesusuk tubuh yang sedang menunaikan solatnya. Aku melangkah ke meja solekku dan menunggunya. Dia melangkah ke arahku setelah menunaikan solat.

"Along suruh jumpa dia kat bilik dia," kataku sambil memandangnya.

Isyraf mengangguk dan mengajakku ke bilik along. Sampai sahaja di bilik along, kelihatan along dan angah sedang boral-borak sehingga tidak perasan akan kehadiran kami. Aku dan Isyraf berpandangan dan tersengih. Isyraf mengambil gitar yang sedia ada di dalam bilik along dan kami berdua bersiap sedia untuk menyanyi.

Selamat Pengantin Baru

Selamat berbahgia

Selamat ke anak cucu

Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan

Semoga berkekalan

Semoga satu tujuan

Semoga aman

Hidup mestilah rukun

Sabar paling perlu

Cinta setiap hari

Senyum mesti selalu

Oh oh oh oh

Along dan angah terkejut sehingga melatah. Aku dan Isyraf ketawa akan reaksi mereka. Tanpa kami sedari, along dan angah sudah mengambil langkah ke arah kami dan mula menggeletek kami. Kami ketawa bagai tidak ingat dunia. Setelah penat ketawa, kami berempat duduk dalam bulatan dan merancang akan strategi untuk kejutan yang bakal ada nanti.

TBC