Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Aku masuk ke dapur untuk membuat air dan mengambil snek agar aku dan Isyraf boleh berbual lebih lama. Nasib baik sekarang musim cuti sekolah.
"Tak boleh tidur ke?" soal Isyraf.
Aku menggelengkan kepalaku. "Tak rasa ngantuk lagi."
"Jom main Truth or Dare (TOD)?" soal Isyraf sambil mengangkat keningnya. Aku memandangnya dengan pandangan hairan.
'TOD? Boleh juga eh.. Boleh buat macam sesi kenal sesama diri,' bisik hatiku. Aku mengangguk akan cadangannya dan Isyraf mulakan dengan Truth.
"What is your happiest moment in your life?" soalku selamba. Isyraf menunduk apabila mendengar soalan itu keluar daripada mulutku. Dia mengambil beberapa minit untuk menjawab soalanku.
"Kalau awak nak tahu, my happiest moment in my life is masa akad nikah kita," balas Isyraf sambil merenungku. Aku membalas renungannya sebelum menunduk malu. Kata-katanya itu kedengaran romantik bagiku. Tiba masa untuk aku memilih sama ada Truth or Dare dan aku memilih truth.
"Do you think you deserve a better partner than me and why?" soal Isyraf yang masih merenungku. Aku terkedu apabila mendengar soalannya. Aku tidak sangka, soalan itu akan ditanya oleh Isyraf dan aku mendiamkan diri. Tiba-tiba, umi keluar dari biliknya. Dia terkejut melihat kami berdua berada di ruang tamu dan masih belum tidur.
"Umi buat apa keluar dari bilik? Belum tidur lagi?" soalku.
"Umi haus, itu yang keluar dari bilik. Kamu berdua sepatutnya sudah tidur, kenapa masih duduk di ruang tamu?" balas umi.
"Tidak boleh tidur lah umi," balasku dan Isyraf secara serentak.
Umi sekadar menggelengkan kepala dan mengarahkan kami berdua untuk masuk tidur akibat lewat malam. Aku mengangkat cawan yang telah digunakan untuk dicuci manakala Isyraf membuang snek yang perlu dibuang. Kami berdua meminta diri untuk ke bilik dan tidur.
------------------------------
Keesokan hari, aku dan Isyraf bangun seperti biasa untuk solat subuh. Kami sarapan bersama-sama kak Maisara. Aku membuat air milo untukku dan Isyraf manakala umi membuat teh untuk abah sambil borak dengan kak Maisara. Selepas bersarapan, aku masuk ke dalam bilik dan perasan Isyraf sambung tidurnya. Aku teringat akan soalan yang ditanya oleh Isyraf tadi pagi. Aku segera menggelengkan kepalaku dan menuju ke Isyraf yang sedang tidur itu. Aku mengejutnya dan menyuruhnya cuci mukanya. Nasib baik sudah mandi. Aku melangkah ke ruang tamu dan perasan angah sedang seronok bermain PS3.
"Along mana? Bukan ke dia selalu main dengan angah?" soalku apabila along tidak kelihatan bersama angah.
"Along pergi hantar keluarga kak Maisara balik. Mungkin dating sekali dengan kak Maisara," balas angah. Aku sekadar mengiyakannya. Kelibat Isyraf yang sedang menuju ke dapur membuatku turut ke dapur. Aku mengambilkan segelas air untuknya yang sudah bangun dari tidur lenanya.
"You have not answered my question just yet," kata Isyraf sambil memandangku dengan pandangan tajam.
Aku menunduk. "I don't think I deserve a better partner than you because you are already more than what I need," balasku.
Isyraf kelihatan terkejut dengan apa yang baharu aku katakan dan dia sempat mengawal reaksinya itu. Isyraf memandangku sambil tersenyum. Umi, yang baharu sahaja melangkah masuk ke dapur, tersengih melihat kami berdua.
"Dekat sini rupanya kamu berdua. Dating eh? Abah suruh umi bagitahu yang abah sudah letak tiket penerbangan untuk ke Dubai di bilik kamu," kata umi sebelum pergi.
Aku serta Isyraf sempat berterima kasih dan memberi senyuman untuk umi. Aku segera meminta diri untuk ke bilik manakala Isyraf pergi ke ruang tamu untuk bermain PS3 dengan angah.
-----------------------------------------------------------
Masa berlalu dengan begitu cepat dan aku serta Isyraf sudah pun pulang dari Dubai. Keluargaku dan keluarga Kak Maisara sedang bersiap sedia untuk majlis perkahwinan along dan Kak Maisara, yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membuat majlis tunang dan ingin mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Kad jemputan telah dibagikan kepada saudara-mara dan kawan-kawan rapat. Keluarga Isyraf turut dijemput ke majlis tersebut oleh umi dan abah. Aku dan Isyraf menolong apa yang patut. Tiba-tiba, angah memanggil kami berdua dari belakang.
"Ada apa, angah?" soal Isyraf.
"Nak buat kejutan besar untuk along dan kak Maisara tak?" balas angah dengan soalan. Aku mengangkat bahuku apabila perasan akan pandangan Isyraf terhadapku. Aku dan Isyraf memandangnya dengan pandangan keliru. Angah senyum dan membisik rancangannya kepada kami berdua. Aku dan Isyraf tersengih akan rancangan gila angah itu.
"Umi dan abah sudah tahu tentang rancangan gila angah itu?" soalku.
Angah mengangguk. Kami bertiga bincang tentang rancangan kami agar dapat berjalan dengan lancar. Umi dan Puan Zalikha, yang sedang memerhati kami bertiga, menepuk dahi mereka sambil mengelengkan kepala manakala abah dan Ustaz Khairul ketawa kecil akan reaksi isteri-isteri mereka itu.
"Tak sabar betul mereka bertiga itu," kata Puan Zalikha kepada umi.
"Hendak buat bagaimana? Along, angah dan Nazirah memang suka sangat buat kejutan.. Lagi-lagi mereka bertiga itu rapat," balas umi kepada Puan Zalikha.
Abah dan Ustaz Khairul mengajak angah serta Isyraf ke masjid manakala aku diminta untuk mengurus kedai umi kerana salah seorang pekerja umi terpaksa ambil cuti kecemasan. Aku sempat bagitahu Isyraf bahawa aku akan ke kedai umi dan telah mengajak Laila, Suzy, Lily dan Farah untuk menemanku. Tiba sahaja di kedai umi, aku menolong apa yang patut sementara menunggu yang lain sampai. Beberapa minit kemudian, kawan-kawanku sampai. Aku masuk ke dalam dapur dan menyediakan beberapa cawan air untuk kawan-kawanku.
"Ehh buat susah-susah jer kau ambilkan air untuk kita," kata Suzy.
"Ahh mana susah. Setakat buat air sahaja pun," balasku dengan selamba.
Aku menyambung kerjaku apabila mendapati beberapa pelanggan sedang melihat beberapa kek-kek yang ada mahupun sedang beratur untuk membayar. Kawan-kawan aku pula seronok berbual dan adakalanya, aku menyampuk dalam perbualan mereka. Setelah dua jam berlalu, aku dan kawan-kawan aku pulang ke rumah. Setiba sahaja di rumah, aku memberi salam dan meminta diri untuk berehat.
-----------------------------------------------------------
Hari Perkahwinan Along
Hari ini merupakan hari kebahagiaan Along dan Kak Maisara. Tema perkahwinan along adalah biru diraja di pihak belah perempuan manakala pastel hijau di pihak belah lelaki. Aku sedang menggosok baju yang hendak dipakai oleh Isyraf sementara Isyraf sedang mandi. Seusai menggosok bajunya, aku mengambil tudungku dan mula lilit tudung itu.
"Sudah siap?" soal Isyraf. Aku mengangguk dan kami berdua sempat selfie bersama. Aku memakai tudung berwarna hijau gelap bersama baju kurung berwarna pastel hijau. Isyraf pula memakai baju melayu pastel hijau bersama seluar jean hitam. Setelah itu, kami berdua pergi ke ruang tamu untuk saing ke masjid.
TBC