Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 2 - Bab 2

Chapter 2 - Bab 2

Selepas sembahyang zuhur di surau berdekatan dengan rumahku, aku mengayuh basikal biru milikku untuk pulang ke rumah.

"Nazirah!"

Kedengaran seseorang menegurku dari belakang. Aku berhenti mengayuh dan segera menoleh.

"Eh Kak Ija! Assalamualaikum, ada apa kak?"

Aku turun dari basikalku dan menyalami kak Ija. Kak Ija ini jiran aku yang paling baik dan aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri.

"Waalaikumsalam ni jemput datang ke rumah akak. Ada majlis tahlil di rumah akak. Ajak umi abi dan adik-beradik Nazirah sekali."

"Ni mesti majlis tahlil untuk arwah nenek dan abah Kak Ija kan?" soalku dengan curiga. Kak Ija mengangguk sebelum meminta diri untuk pulang.

----------------------------------------------------------------------------

Sebelum maghrib, aku dan umi pergi ke rumah Kak Ija dahulu sebelum tahlil bermula. Bak kata umi, sebagai jiran haruslah saling bantu-membantu. Sampai saja di rumah Kak Ija , kami pun mengorak langkah masuk ke rumahnya.

"Assalamualaikum. Kami datang mahu bantu apa yang patut," sapa umi.

"Waalaikumsalam. Eh jemput masuklah. Buat susah-susah sahaja nak datang membantu," jawab Kak Ija.

Tidak seperti selalu, rumah Kak Ija dihias dengan cantik sekali. Merah jambu merupakan warna untuk hiasan rumah Kak Ija. Aku terpegun akan rumah Kak Ija yang cantik sekali. Tiba-tiba ada seseorang yang berdeham di belakangku.

"Ehem.."

"Eh Kak Ju!" sapaku dan terus bertanya sambil menyalam Kak Ju,

"Bila sampai? Dah lama tak jumpa Kak Ju!!"

Kak Ju ini merupakan sepupu Kak Ija yang paling rapat. Aku kenal Kak Ju kerana dia turut menghadiri kelas mengaji dengan Ustaz Haji Khairul.

"Hehe. Akak baru sampai. Akak pun rindukan Naz. Sekarang akak nampak Naz ni makin cantik dan berseri-seri sahaja. Ada apa-apa yang berlaku ke?" jawab Kak Ju.

Aku apa lagi kalau bukan tersipu malu.

Tertiba, ada orang memberi salam, "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab aku Dan Kak Ju serentak.

"Eh Isyraf! Masuklah. Mak dan abah tak ikut ke?" sapa Kak Ju kepada seorang remaja lelaki yang memakai baju jubah hitam dan berkopiah putih.

"Mak dan abah ada kerja sikit kat masjid. Nanti mereka akan datang. Jadi, mereka suruh saya datang dulu," jawab lelaki, yang bernama Isyraf, itu sambil menunduk.

Kak Ju pun mengangguk apabila Isyraf berkata sebegitu. Aku baru perasaan yang aku kenal lelaki ini. Eh, dia ni kan Isyraf anak Ustaz Haji Khairul? Kenapa dia boleh ada dekat sini? Dijemput juga ke?

"Kak Ju. Ni anak Ustaz Khairul ke?" bisikku kepada Kak Ju.

Kak Ju mengangguk dan berkata, "Ustaz Khairul tu pakcik akak. Bagaimana Naz kenal pakcik akak?"

"Dia tu kan ustaz mengaji Naz. Mestilah Naz tau," kata aku. Kak Ju hanya mengangguk dan meminta diri untuk menolong apa yang patut.

"Tak nak gi solat ke?" Tertiba Isyraf menanya kepadaku.

Aku memandang Isyraf sebelum memandang kiri dan kanan aku. Isyraf tanya aku ke?

"Awak tanya saya ke?" Aku menanyanya dengan keliru.

"Kalau bukan awak, siapa lagi? Hantu? Tembok? Sudahlah. Jom, semua sepupu-sepupu saya dah pergi ke ruang yang disediakan untuk wanita," kata Isyraf.

'Isy, sempat dia perli aku' bisik hati kecilku sambil menjalan ke ruang yang disediakan untuk solat berjemaah pada malam tersebut.

----------------------------------------------------------------

"Umi, sudah habis? Nak Naz tolong tak?" soalku kepada umiku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam dapur.

"Belom lagi. Tinggal sikit saja. Tunggu kejap," kata umi.

Aku pun apa lagi? Aku melangkah ke khemah yang tersedia untuk tetamu-tetamu semua. Kelihatan abah dan abang-abangku yang sedang berbual dengan Ustaz Khairul.

"Naz! Boleh tolong Isyraf bagikan buku-buku ini?" soal Kak Ju tiba-tiba.

"Hm, boleh," jawabku.

Aku mengambil sedikit dan memberi kepada kaum Hawa. Apabila hendak membuat pusingan seterusnya, aku lihat buku-buku itu sudah habis.

"Eh, sudah habis? Cepatnya," kataku.

"Memanglah. Dah awak jalan macam siput," kata Isyraf.

Isy lelaki ni. Mana aku pergi mesti dia ada. Ada ke patut dia kata aku jalan macam siput?

"Oh, awak cakap saya macam siput. Awak hina ciptaan Allah s.w.t. Tak patut," ujarku.

"Tak adalah sampai menghina ciptaan Allah s.w.t tapi memang fakta yang siput jalan lambat." Aku mencebik tanda geram.

Aku hendak berlalu apabila Isyraf menghulur satu buku yang berada di tangannya, "Nah."

Aku mengambil dan terus berlalu pergi.

"Amboi sombongnya dia," kata Isyraf.

"Sindir ke? Tak ikhlas nak bagi nampak.," kataku.

Aku terdengar Isyraf ketawa terbahak-bahak di belakangku. Aku terus berlalu dan menolong apa yang patut. Sewaktu aku sedang menolong umi dan Kak Ija di dapur, seorang budak perempuan yang berumur sepuluh tahun, berlari ke arahku.

"Akak!" sergah budak perempuan itu.

Aku terkejut dan melihat budak perempuan itu. Kak Ija dan umi memandangnya dengan senyuman manis.

'Isy, anak siapa ni? Nasib baik comel,' bisik hatiku.

Aku menoleh dan melihat wajah budak perempuan itu sebelum bertanya, "Ya dik? Adik nak apa? Mana ibu bapa adik?"

"Tadi Isya nampak yang akak berbual dengan abang. Isya nak cakap yang akak ni cantik," katanya.

Aku memandang budak itu dengan hairan. Abang? Siapa abang dia? Aku kenal ke abang dia? Takkanlah Isyraf abang dia? Tapi boleh jadi Isyraf abang dia.

"Isya, jangan ganggu akak itu. Akak itu kan tengah cuci pinggan." Kedengaran suara garau dibelakangku.

Aku terperanjat dan mengata, "Ni adik awak ke?"

"Ya, ni adik saya. Isya, mari kita balik. Ibu dan ayah tengah tunggu kat luar itu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," balas Isyraf. Isya sekadar mengikut langkah abangnya selepas menyalamku dan melambaikan tangannya.

************************************************

Di kelas

"Bangun.. Assalamualaikum Cikgu Hamdan."

"Waalaikumsalam.. Sila duduk. Hari ni saya ada berita untuk kamu semua. Pihak sekolah akan mengadakan kem untuk menengah 2 dan 3. Ni ada surat untuk Ibu bapa kalian," kata Cikgu Hamdan, guru Pendidikan Jasmani (PJ). Semua hanya mengangguk sambil mengambil surat tersebut.

'Alamak! Asal diwajibkan pergi? Aduh, aku tak nak pergi ni,' bisik hati kecilku.

"Naz.. Mesti seronokkan kem ni? Aku tak sabarnya. Mesti ada Isyraf punya," kata Farah dengan gembira.

"Eh, awat dengan hang ni? Dah gila ke apa?" soalku kepada Farah yang sudah tersengih-sengih macam orang gila itu.

"Kalau kau kata gila nak masuk hospital, memang tak tapi gilakan Isyraf memanglah," jawab Farah.

Aku sekadar membuat aksi nak muntah. Aku tidak sangka bahawa Farah akan berada di tahap sebegini gara-gara seorang lelaki. Ingin sahaja aku tidak mahu mengaku dia sebagai sepupuku sendiri.

Hari kem telah pun tiba. Aku menyalam ke dua ibu bapaku dan abang-abangku sebelum melambaikan tangan dan masuk ke dalam bas. Farah pula tidak mahu aku duduk di sebelah dia.

'Kalau macam ni, aku nak merajuk jelah! Tapi tak kuasa aku. Bukan dia nak pujuk pun.'

"Isyraf, duduk sebelah saya. Ada tempat kosong," kata Farah.

Aku menggelengkan kepalaku apabila melihat Farah sebegitu. Sepupu aku ke ni? Aku segera menghiraukan persekitaranku sebaik sahaja kepalaku berasa sakit. Sempat aku menyediakan sebuah plastik dan minyak jika aku terasa ingin muntah.

"Farah. Jangan pandang saya macam tu. Kita bukan muhrim," kata Isyraf yang tidak selesa dengan pandangan Farah.

Farah yang sedang memandang wajah Isyraf itu hanya mencebik. Aku pula sekadar menggeleng dan menutup mataku untuk mengurangkan sakit kepala. Tidak lama kemudian, aku dibuai mimpi.

TBC