Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

Murid-murid perempuan merungut macam-macam. Katanya, nanti kulit menjadi hitamlah dan pelbagai macam alasan. Aktiviti demi aktiviti diteruskan dan hari ni dah hari ketiga kami berkhemah, berjauhan dari keluarga masing-masing. Malam itu merupakan malam berjalan kaki bersama kumpulan dan malam api bersama tingkatan masing-masing. Kumpulan aku merupakan kumpulan dua untuk berjalan kaki di dalam hutan. Seram pula aku tengok sekeliling aku. Kumpulan aku pula berjalan secara berpasangan.

-----↓↓----

Suzy dengan Fahim

Laila dengan Rizal

Aku dengan Isyraf

----↑↑----

Bunyi belalang dan burung-burung kedengaran. Tiada perbualan di antara kita sekumpulan. Aku janggal jika mahu memulakan perbualan dan memilih untuk melihat sekeliling aku. Laila, yang berada di hadapanku, memandangku sekilas sebelum menanyaku, "Naz.. Kau baik-baik sahaja?"

"Aku okay. Tak perlu risau tentang aku," jawabku sambil menunduk apabila tersedar bahawa ahli kumpulan aku yang lain memandangku.

"Betul ni?" soalnya lagi. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan untuk soalannya.

"Laila. Asal awak tanya Nazirah seperti itu?" soal Suzy. Tak pelik ke bila tertiba ada yang menanya jika seseorang tu okay ke tidak? Macam ada tidak kena.

"Aku bukan apa. Aku kenal sangat Nazirah dengan sepupu dia, Farah, sejak kita orang dalam umur tujuh tahun macam itu. Jadi aku kenal dia dalam dan luaran. Dia ini jenis yang geli dengan binatang macam ular. Aku tanya dia pun sebab aku takut jikalau dia tertiba rasa kurang sihat ke apa," kata Laila.

Semua menganggukan sahaja kecuali Laila, aku dengan Isyraf. Nak kawal macho itu. Gurau hehe. Kita orang meneruskan perjalanan kita orang. Tertiba aku terasa ada sakit pada kaki kiriku dan secara tidak sengaja, aku terjerit kecil dan terpegang lengan Isyraf yang berlapikkan baju.

"Nazirah, kau okay tak?" soal ahli kumpulanku yang lain.

"Ka...kaki....ki...kiri....a..aku....sa...sakit," kataku dengan bergetar-getar. Fahim terus menggunakan lampu suluh yang berada dalam pegangannya dan menghala ke kaki kiriku. Isyraf menunduk bawah untuk melihat dari ternampak kesan-kesan merah di kaki.

"Awak boleh jalan tak?" soal Isyraf. Aku mencuba berjalan tetapi dalam kesakitan. Secara tertiba, Isyraf menghalangku untuk berjalan dan menundukkan badannya dan berkata, "Naik cepat. Nanti kalau awak jalan, lagi lambat kita sampai perkhemahan."

Aku hanya turutkan saja kerana tidak terdaya manakala kawan-kawan yang lain tersengih penuh makna.

-----------------------------------------------------------

Di perkhemahan

"Eh Isyraf, awat dukung anak dara orang sampai mai? Apa terjadi?" soal Ustaz Nazri, ayah Isyraf.

"Sabar ayah.. Kaki kiri Nazirah terkena sesuatu semasa perjalanan mai sini. Ni pun Isyraf nak bawa dia ke tempat rawatan. Rasanya dia perlukan rawatan dengan segera. Isyraf minta diri dulu ya," jelas Isyraf dengan tenang manakala Ustaz Nazri hanya mengangguk.

Aku diletakkan di atas alas beg tidur yang sengaja diletakkan di tempat rawatan dan Isyraf segera merawatnya sambil membalut sedikit kakinya. Manakala, aku hanya diamkan diri sambil memerhatikan gerak-geri Isyraf.

"Kalau ada apa-apa nak cakap atau tanya, cakap sekarang," tegurnya. Aku terkejut sambil menunduk ke bawah.

"Em. Terima kasih," kataku.

"Untuk?" soal Isyraf dengan tanda tanya.

"Menolong saya. Sudahlah dukung saya sampai ke sini, lepas tu siap rawat saya lagi. Saya tak tau bagaimana nak balas jasa awak," jawabku.

"Tak perlu pun. Saya ikhlas menolong. Ada apa-apa lagi yang awak perlukan?" soalnya lagi. Aku memandangnya sekilas dan mengangguk.

"Tolong ambilkan air," kataku.

Isyraf mengangguk dan pergi mengambil sebotol air yang disediakan. Setelah itu, dia meminta diri untuk menolong apa yang patut di luar. Aku termenung seketika sebelum kedengaran jeritan di sana sini.

"NAZIRAH!!!!" jerit seseorang sambil berlari ke arah aku macam tak cukup tanah.

"Farah.. Kau dah kenapa terjerit sana sini cam orang hutan? Lari pun macam tak cukup tanah?" marahku.

"Maaf.. Aku risaukan kau sahaja. Kau okey ke tidak?" balas Farah.

"Hmmm, aku okey sahaja. Kaki aku rasanya ada serangga buat sampai ada kesan merah," kataku.

"Macam manalah kau boleh terkena serangga. Lain kali hati-hati jalan kat dalam hutan," bebel Farah sambil melabuhkan pinggangnya di sebelahku.

"Hm yalah nenek Farah.. Dah selesai sesi membebel itu?" soalku.

"Bukan membebel tapi menasihatkan," protes Farah dan menyambung kata-katanya, "Sudahlah. Aku pergi khemah dulu. Mesti kau nak rehat kan? Esok kau jangan nak mengada-ada nak ikut serta semasa melakukan aktiviti."

"Ala, nak juga ikut," kataku.

"Tak boleh, Nazirah. Kaki kamu tu masih belum sembuh," sampuk Ustaz Khairul tiba-tiba. Farah mengangguk tanda setuju dan meminta diri untuk ke khemahnya. Aku sekadar menundukkan kepalaku. Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah, seorang guru yang pandai merawat, mendatang ke arahku. Ustazah Maznah memeriksa kaki aku.

"Boleh tahan gak kaki kamu kena serangga bagai," kata Ustazah Maznah. Ustaz Khairul melabuhkan pinggangnya di tempat berdekatan denganku manakala Ustazah Maznah duduk di sebelahku.

"Nazirah.. Kamu esok duduk di sini sahaja.. Bolehlah kamu tolong para guru-guru untuk menyediakan makanan bagai," pujuk Ustazah Maznah.

"Lagipun kaki kamu tu belum tentu pulih esok.. Mungkin selewat-lewatnya malam esok baru sembuh," kata Ustaz Khairul. Aku mengangguk tanda setuju kerana apa yang mereka katakan itu betul dan aku perlu rehat sepenuhnya. Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah meminta diri untuk memberiku ruang untuk merehatkan badan dan melelapkan diri.

----------------------------------

Para murid dan guru sedang menjamu sarapan pagi. Aku, yang sedang duduk di sebelah Ustazah Maznah, memandang sekeliling sambil memakan.

"Nazirah.. Tengah cari siapa tu?" soal Ustazah Maznah.

"Hehe.. Cari Farah. Entah pergi mana budak tu," balasku.

Ustazah Maznah mengangguk. Farah, yang sedang berborak dengan Lily, memandangku dan melambai. Aku sekadar balas dengan senyuman. Ada yang masih tengah makan dan ada yang sedang berborak dengan kawan. Cikgu Zul dan Cikgu Aina telah menyuruh murid-murid untuk berkumpul. Setiap kumpulan telah berkumpul secara barisan kecuali aku. Yalah, kaki aku kan belum sembuh lagi. Aktiviti seterusnya adalah Amazing Race.

"Hari ini akan ada aktiviti Amazing Race. Setiap kumpulan akan ada peta dan di peta yang kalian ada ini, akan ada beberapa lokasi yang perlu kamu pergi dan melaksanakan tugas yang diberikan," terang Cikgu Zul.

Ketua kumpulan mengambil peta dari Cikgu Aina dan memulakan perjalanan ke lokasi pertama mereka bersama kumpulan masing-masing. Kumpulan aku nampak bersemangat walaupun aku tak dapat menolong. Aku sekadar melihat dan termenung.

"Nazirah," tegur seseorang dari belakang.

"Ya Ustaz Khairul."

"Kenapa duduk kat sini? Kenapa tak duduk dengan Ustazah Maznah ke kat dalam?" Soal Ustaz Khairul.

"Hehe bosan duduk kat dalam. Kalau duduk dengan Ustazah Maznah, takut kacau Ustazah Maznah nak buat kerja pula," balasku.

Ustaz Khairul sekadar menggelengkan kepalanya dan berkata, "Rasanya dia nak pergi tengok air terjun dan sungai yang tak jauh dari sini."

"Eh, ada sungai dan air terjun?" soalku dengan teruja.

"Ya tapi kamu tak boleh pergi. Kaki kamu masih belum sembuh lagi," balas Ustaz Khairul dengan tenang. Aku hanya menunduk sedih dan menolong apa yang patut sementara Ustaz Khairul pula memerhati kawasan itu.

TBC